The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melafaz dan Mencipta Puisi

Puteri Nor Haziera
PT4S1-7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUTERI NOR HAZIERA BINTI HAMZAN IPG-Pelajar, 2023-10-27 01:57:43

Inovasi LaCiP

Melafaz dan Mencipta Puisi

Puteri Nor Haziera
PT4S1-7

Keywords: pantun,inovasi,puisi

LaCip Hidupkan nukilan puisimu, Nikmatilah keindahannya. PROFAIL Nama: Puteri Nor Haziera Binti Hamzan Umur: 22 Tahun Opsyen: Bahasa Melayu


RINGKASAN EKSEKUTIF Pengajaran bahasa Melayu meliputi dua aspek iaitu kemahiran bahasa dan aspek bahasa. Pemfokusan pada kali ini adalah aspek bahasa iaitu seni bahasa. Usaha pembangunan inovasi digital merujuk kepada permasalahan yang timbul dalam kalangan murid. Permasalahan utama yang dapat dikenal pasti sepanjang pelaksanaan proses PdP adalah murid menunjukkan rasa kurang minat apabila dikaitkan dengan topik pembelajaran seni bahasa. Hal ini bertitik tolak dengan kelemahan murid dalam penguasaan melafazkan pantun dengan betul. Tambahan pula, murid tidak mempunyai kemahiran asas dalam mengenal ciri-ciri penting untuk mencipta rangkap pantun. Hal ini menyebabkan murid cenderung untuk tidak ambil endah sepanjang PdP dilaksanakan. Permasalahan yang lain timbul adalah disebabkan murid tidak mampu untuk memahami konteks atau makna tersirat dalam teks pantun yang dibaca. Berpandukan pemerincian permasalahan-permasalahan yang timbul sedemikian, ini merupakan satu peluang untuk menyahut cabaran menyelesaikan isu permasalahan murid yang berikut. Pembangunan inovasi yang terhasil adalah LaCiP. Nama bagi inovasi ini adalah berteraskan akronim bagi setiap konstruk penting iaitu ‘Lafaz’, ‘Cipta’ dan ‘Puisi’. Rasional pembangunan inovasi digital ini adalah supaya guru dapat mencapai objektif pembelajaran dan pada masa yang sama membantu murid melafazkan pantun dengan cara sebutan dan intonasi yang betul. Inovasi LaCiP ini juga bertujuan melatih murid untuk mahir mencipta pantun dengan baik di samping memupuk nilai kesepaduan dalam bacaan teks pantun.


Dari segi strategi penyelesaian inovasi ini pula, Model Pembelajaran Generik Triologikal diadaptasi bagi membangunkan inovasi LaCiP. Setiap fasa pembangunan memenuhi kriteria model Trialogikal yang dimulai dengan menyatakan tujuan sebenar mencipta inovasi ini kemudian mengenal pasti skop dan batasan pengguna atau aplikasi yang hendak digunakan dalam inovasi ini. Seterusnya, melakukan draf dan semakan berulang oleh pakar untuk mencapai tahap kepuasan yang baik diikuti fasa uji lari kebolehan mengakses dan membuat refleksi daripada maklum balas pengguna. Akhir sekali, fasa guna semula untuk kegunaan pendidikan yang lain terhadap inovasi ini. Sasaran murid bagi penggunaan inovasi ini adalah dalam kalangan murid Tahap 2 sekolah rendah dan inovasi ini menggunakan pelantar Canva secara online. Hal ini sejajar dengan keperluan yang harus dipenuhi oleh murid Tahap 2 kerana terkandung dalam Dokumen Standard Bahasa Melayu (DSKP) Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Murid perlu menguasai kemahiran melafaz dan mencipta pantun secara berpandu. Bertepatan dengan itu, inovasi LaCiP dibangunkan untuk membantu guru bahasa Melayu mengajar murid menggunakan pendekatan didik hibur dan lebih menyeronokkan. Elemen visual-ruang dan latar belakang muzik dapat merangsang daya tumpuan murid sepanjang menyertai pelaksanaan aktiviti berpuisi. Tambahan pula, fleksibiliti dalam mengakses LaCiP pada bila-bila masa turut membantu ibu bapa untuk memantau anak-anak secara praktikal melafaz pantun menerusi penyertaan audio di dalamnya. Masalah kebimbangan peranti juga tidak perlu dihiraukan lagi kerana LaCiP ini boleh diakses menggunakan peranti telefon pintar mahupun tab atau komputer mengikut kesesuaian pengguna.


Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah berteraskan aspek seni bahasa iaitu melafaz dan mencipta pantun. Nama bagi inovasi ini adalah LaCiP yang diilhamkan daripada singkatan atau akronim konstruk utama inovasi ini iaitu ‘Lafaz’, ‘Cipta’ dan ‘Puisi’. Inovasi ini mensasarkan murid Tahap 2 di sekolah rendah terutama bagi mereka yang kurang menguasai kemahiran melafaz pantun dengan bacaan yang betul. LaCiP ini menggunakan pelantar Canva sebagai medium utama untuk menghimpunkan beberapa pelantar lain sebagai fitur (feature) tambahan untuk menjadikannya lebih menarik. Inovasi digital LaCiP ini juga dibangunkan dengan mengadaptasikan tema eksplorasi ‘explore race’ yang merangkumi empat komponen utama iaitu melafaz pantun, mencipta pantun, ciri-ciri pantun dan latihan pantun. LATAR BELAKANG Mendengar dan Melafaz Pantun Mencipta Pantun Secara Berpandu Memahami maksud menerusi latihan pantun teka-teki Klasifikasi Tahap Kesukaran: Tahap Rendah Tahap Sederhana Tahap Tinggi


RASIONAL PROJEK Membantu murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Melatih murid mencipta pantun dengan baik. Memupuk pemahaman maksud pantun yang berkesan dalam diri murid. Penghasilan inovasi LaCiP bertujuan mengisi kelopongan yang dialami oleh murid khususnya dalam pembelajaran bahasa Melayu. Pembangunan inovasi LaCiP adalah bertunjangkan 3 rasional yang berfokus: Murid lemah dalam penguasaan melafazkan pantun dengan betul. Murid tidak mahir mencipta rangkap pantun dengan kaedah yang betul. Murid tidak mampu memahami maksud pantun dilafazkan Murid menunjukkan rasa tidak minat belajar seni bahasa; puisi PERMASALAHAN UTAMA: Penetapan rasional inovasi merupakan hasil penjustifikasian permasalahan yang timbul


strategi penyelesaian 1 Proses pembangunan berasaskan Model Generik Pembelajaran Trialogikal. Merumuskan dan menyatakan tujuan sebenar inovasi LaCip dengan menyatupadukan pengetahuan asas dengan pengubahsuaian mengikut keselarasan pengguna Teknik latih tubi menerusi aktiviti mencipta pantun secara berpandu disediakan menggunakan laman EducaPlay Merangka Model: Sumbang saran daripada rakan guru untuk penjanaan idea giat dilaksanakan bagi mengenal pasti sasaran pengguna yang sesuai dan diterjemahkan ke dalam bentuk konkrit Merangka dan Mencorak: Penyediaan draf dilakukan dan proses perancangan terhadap pembangunan fitur sudah dimulakan. Memeriksa dan merenung kembali: Peringkat ini saya menggubal semula dengan membuat uji lari oleh rakan guru dan murid akan keberkesanan pengaksesan sistem dan kebolehpercayaan inovasi LaCiP. Setiap maklum balas dan kritikan diambil kira untuk penambahbaikan inovasi Pemurnian dan Spesifikasi: Mengekstrak fitur penggunaan yang diperlukan sahaja dan menetapkan sasaran serta kepentingan inovasi bagi memenuhi segala objektif inovasi. Penyediaan template akan dihantar melalui emel bagi pengguna atau guru luar opsyen bahasa Melayu. Boleh dikhususkan pelajaran murid Tahap 1 mengikut DSKP. Tawaran terbuka juga untuk penuntut IPTA dan IPTS kos pengajian bahasa sebagai rujukan Guna Semula:


Konsep teroka ‘explore race’ dipilih untuk diadaptasi ke dalam bentuk pilihan kandungan sebelum meneruskan objektif pembelajaran. Terdapat bahagian slaid interaktif di mana murid akan diperdengarkan cara melafazkan pantun berpandukan teks pantun yang dipaparkan. Teknik latih tubi menerusi aktiviti mencipta pantun secara berpandu disediakan menggunakan laman EducaPlay Mengimplementasikan setiap fitur yang dapat membantu permasalahan murid. strategi penyelesaian 2


Membuat lakaran susun atur dan input yang diperlukan sebelum membangunkan inovasi LaCiP Menggunakan kaedah sumbang saran dan brainstorming untuk mencetuskan idea inovasi strategi penyelesaian 3


penggunaan inovasi Buka link pautan Canva yang diberi Pilih destinasi yang hendak dituju dan klik pada gambar atau kata tersebut. Terdapat latar belakang audio Klik pada butang pilihan Lafaz Pantun Contoh setelah klik:


Klik pada butang pilihan Cipta Pantun Akan ke EducaPlay untuk ruangan mencipta pantun secara berpandu Contoh setelah klik: Ciri-ciri Pantun Klik pada butang pilihan Contoh setelah klik:


Klik pada butang pilihan Latihan memadankan teka-teki pantun Audio pantun disertakan pada bahagian sebelah soalan. Latihan Pandangan inovasi LaCip menerusi peranti telefon pintar


Inovasi dikomersialkan menerusi aplikasi Shoppee dan Telegram PELUASAN DAN KOMERSIAL Siswa Guru “Eksplorasi yang menarik dan sangat ceria. Sangat membantu” “mudahnyaaa! boleh buka dalam telefon juga” Rakan Guru “Arahan yang mudah dan senang difahami oleh anak. Rasa teruja untuk teroka pantun. Senang saya nak pantau. Tahniah kerana eksplorasi ini berjaya menarik minat anak kepada pantun Melayu” Ibu bapa murid


penutup Jelaslah di sini bahawa pembangunan inovasi digital LaCiP ini adalah selari dengan pemacuan matlamat pendidikan global. Pengintegrasian elemen Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam pengajaran bukan sahaja dapat memudahkan proses pelaksanaan pembelajaran murid bagi kemahiran bahasa sematamata. Malah dapat mendorong murid untuk mengorak langkah yang lebih jauh terhadap penguasaan aspek bahasa tradisional mahupun moden. Dengan adanya pembangunan inovasi digital LaCiP ini diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lancar dan berkesan untuk diaplikasikan di sekolah. Guru itu bukan buruh, guru adalah tombak pendidikan anak bangsa.


Click to View FlipBook Version