The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA:
Nur Syahida Binti Mohd Hanafi
21DDT20F2025
Rozaniza Roziani Binti Muhamad Rozi
21DDT20F2031
Marziathul Sabrina Binti Mohamed Iqbal
21DDT20F2029

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marziathul, 2022-08-19 10:12:07

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

NAMA:
Nur Syahida Binti Mohd Hanafi
21DDT20F2025
Rozaniza Roziani Binti Muhamad Rozi
21DDT20F2031
Marziathul Sabrina Binti Mohamed Iqbal
21DDT20F2029

GejalaKERUNTUHAN AKHLAK

PENSYARAH: DISEDIAKAN OLEH:

PUAN NURUL ADHA BINTI RAJALI NUR SYAHIDA BINTI MOHD HANAFI
ROZANIZA ROZIANI BINTI MUHAMAD ROZI
MARZIATHUL SABRINA BINTI MOHAMED IQBAL

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK
SEKS BEBAS
BERKELAKUAN TIDAK SENONOH ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN
BERSEKEDUDUKAN LELAKI DENGAN PEREMPUAN
MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH
BERPAKAIAN SINGKAT
MELEPASKAN NAFSU
BUDAYA MINUM ARAK
KETAGIHAN KEPADA MUZIK
KEGIATAN SUMBANG
TIDAK MENGHORMATI LAGI KEPADA IBU-BAPA
TIDAK MENGHORMATI LAGI TERHADAP BUDAYA MELAYU
MEMBACA AL-QURAN DAN MENGHAYATI ISLAM

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
PENGARUH RAKAN SEBAYA
KESIBUKAN IBU BAPA
PENGARUH MEDIA MASSA
KURANG DIDIKAN AGAMA
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

CARA MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK
ASPEK PERUNDANGAN DI POLITEKNIK
KHIDMAT NASIHAT KAUNSELING
PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN
MENGADAKAN AKTIVITI YANG DAPAT MEMBENTUK AKHLAK REMAJA

KESIMPULAN

CONTOH GAMBAR KERUNTUHAN AKHLAK

1.0

Pengenalan

Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing

dankritikal pada hari ini. Pelbagai kejadian yang amat merungsingkan

berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang didedahkan di dalam

akhbar.

Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan

generasi muda dan remaja, malah turut

terpalit dalam golongan dewasa.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

semakin hari kelihatan semakin membesar

dan serius.

Kita akan membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-punca

yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkah-langkah yang

sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan dan

seterusnya mengatasi masalah ini.

2.0

Masalah Keruntuhan Akhlak

1. Terlalu berani mengadakan perhubungan
jenis secara haram dan seks bebas tidak
pernah rasa berdosa dan takut pada
pembalasan selepas mati.

2. Berkelakuan tidak senonoh antara
lelaki dengan perempuan di khalayak
ramai ataupun di tempat tersembunyi.

3. Bersekedudukan lelaki dengan
perempuan seumpama suami isteri
tanpa melalui akad nikah yang sah.

4. Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini
teramat berani dan tanpa ada perasaan
ragu sanggup melahirkan anak luar nikah
atau “anak haram”.

5. Kaum wanita Islam yang berpakaian singkat
dan mendedahkan bahagian tubuh badan
dengan megah dan bangga tanpa segan silu.

2.0

Masalah Keruntuhan Akhlak

6. Kaum lelaki yang sudah terlalu gemar dan
menjadikan cara hidup mempergunakan
wanita untuk melepaskan nafsu haiwaniahnya.

7. Budaya meminum alkohol atau arak
sudah menjadi cara hidup sebahagian
orang Islam yang tertentu di masa ini.

8. Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan
secara berlebihan dan sanggup terkinja-kinja
menari-nari sehingga hampir lupa kepada dunia
nyata.

9. Budaya ketagihan dadah dikalangan
lelaki dan wanita Islam hari ini yang
telah menjadikan dadah sebagai dunia
baru mereka.

10. Golongan remaja Islam yang melibatkan diri
dalam kegiatan sumbang,menyalahi undang-undang,
lumba haram, gengstar, perasugut, menjual maruah
diri dan banyak lagi yang seiring dengannya.

2.0

Masalah Keruntuhan Akhlak

11. Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi
kepada ibu-bapa, guru- guru, orang tua dan
masyarakat marhaen.

12. Golongan yang sudah tidak menghormati lagi
terhadap budaya Melayu dan tradisi Islam yang
diamalkan sejak dahulu.

13. Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh
membaca Al-Quran dan menghayati Islam
sebaliknya sebahagian besar kita samada
dewasa atau remaja atau kanak-kanak sudah
tidak mengerti bacaan AlQuran dan
melaksanakan perintah Allah.

3.0

Punca Runtuhnya Akhlak Remaja

Punca pertama ialah, pengaruh rakan sebaya

Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang
remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini
akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun
mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar
akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu
perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.

Kesibukan ibu bapa juga mainkan peranan dalam keruntuhan
akhlak remaja

Semestinya lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi
orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang
ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.
Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak
dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan
termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak
mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.

Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Husain bin ‘Ali RA, bahawa Nabi SAW

bersabda :


‫ِإَّن َهللا َتَع اىَل‬
‫ َوَيَكرُه َس ْف َس اَفَه ا‬،‫ُيِح ُّب َم َع اِلَي اُألُم ِو ر َوَأشَراَفَه ا‬




Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara

(akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-

perkara (akhlak-akhlak) yang keji ”.

3.0

Punca Runtuhnya Akhlak Remaja

Pengaruh media massa

Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam
kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh
mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak
kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan
malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat
mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya,
keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi

Kurang didikan agama

Tambahan pula, didikan agama dan nilai-nilai murni tidak terapkan dalam diri kalangan
remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan
duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka.
Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapatkan didikan agama yang secukup oleh ibu
bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan
buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan .Oleh itu, mereka melakukan sesuatu
perkara yang negatif itu tanpa berfikir panjang.

"‫ "ِإَّن ِم ْن ِخ َياِرُكْم َأَحاِس ُنُكْم َأْخاَل ًقا‬:‫ َع ْن َع ْبِد ِهَّللا ْبِن َع ْم ٍرو َم ْرُفوًع ا‬، ‫َع ْن َم ْس ُروٍق‬



:'Telah diriwayatkan pula dari Masruq, dari Abdullah ibnu Amr secara marfu



Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang paling
baik akhlaknya

3.0

Punca Runtuhnya Akhlak Remaja

Perkembangan teknologi
Salah satu faktornya ialah perkembangan teknologi. Definisi

teknologi ialah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang
yang diperlukan bagi kelangsungan dan kenyamanan hidup manusia.
Oleh itu, mereka dapat mengakses pelbagai perkara yang tidak
senonohseperti melayari laman web pornografi.Selain itu, aplikasi
seperti Twitter, Facebook, dan Wechat jugamenyumbang kepada
keruntuhan moral dalam kalangan remaja.Fenomena “Cinta Di Alam
Maya” menggunakan aplikasi ini telahmenyebabkan banyak maksiat
yang berlaku dalam negara kita.

‫ َوَيَكرُه َس ْف َس اَفَه ا‬،‫ِإَّن َهللا َتَع اىَل ُيِح ُّب َم َع اِلَي اُألُم ِو ر َوَأشَراَفَه ا‬



Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-
akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara
(akhlak-akhlak) yang keji ”.


(Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894)

[Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1890]

4.0

Cara Mengatasi Akhlak Remaja

Aspek perundangan di politeknik perlu diberi tumpuan
kerana ia dapat mengurangkan penglibatan pelajar

dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di

politeknik.

Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia

dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di

samping dapat mengurangkan beban dan

tanggungjawab pihak politeknik dan ibu bapa dalam

mengawasi disiplin.

Khidmat nasihat Kaunseling di politeknik memainkan peranan penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling
juga dapat dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju
oleh remaja. Pensyarah kaunselor di politeknik-politeknik juga boleh
menganjurkan kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar-pelajar. Ini
adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang sihat di kalangan
remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain.

Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada
rakan sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan
teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-
asas kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini.

4.0

Cara Mengatasi Akhlak Remaja

Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan

dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan

pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat

diperkemaskan.

Amalan keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan

melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang

bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang

terawal untuk membina modal nyata untuk

dikembangkan dalam masyarakat.

Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja
seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di
samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag
masa.

Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.

‫ َوَيَكرُه َس ْف َس اَفَه ا‬،‫ِإَّن َهللا َتَع اىَل ُيِح ُّب َم َع اِلَي اُألُم ِو ر َوَأشَراَفَه ا‬



Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara

(akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-

perkara (akhlak-akhlak) yang keji ”.




(Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894)

[Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilahnya, no. hadith :

1890]

5.0

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai faktor yang
menyumbangkepada masalah keruntuhan akhlak dalam kalang
remaja. Punca – puncautama inilah yang perlu diberi perhatian dan
diambil cakna oleh semua pihak khususnya pihak ibu bapa. Hal ini
kerana, kesan – kesan yang lebihmudarat dan lebih berat akan
berlaku pada masa akan datang jika masalahkeruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja tidak diatasi dengan baik padahari ini.
Terdapat juga beberapa langkah yang terbaik
dalammengurangkan masalah ini melalui peranan ibu bapa, media
massa dandiri sendiri.

Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa
depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka.Merekalah
yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajuidan
membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya
kuahkalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa
depan sesebuahnegara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah
masa depan sesebuahnegara itu.

Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukanuntuk
membentuk sesebuah negara yang berjaya. Semoga isu
polemicdapat diatasi dengan baik kerana belia harapan negara.

6.0

Contoh Gambar Keruntuhan Akhlak


Click to View FlipBook Version