The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENSYARAH: PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
KOD KURSUS: PALS1012
NAMA KURSUS: ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayurahimmm, 2022-06-09 05:20:01

PALS1012 TUGASAN 3 - ROHAIYU BINTI ABDUL RAHIM

PENSYARAH: PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
KOD KURSUS: PALS1012
NAMA KURSUS: ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
PALS 1012

NAMA : ROHAIYU BINTI ABDUL RAHIM
ANGKA GILIRAN : 2021292310031

NO. TELEFON : 0149957606

OPSYEN : BAHASA MELAYU 2

AMBILAN : JUN 2021

KOD KURSUS : PALS 1012

NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN

JABATAN/UNIT : JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN
TARIKH SERAHAN INOVASI

: 26/5/2022

Pengakuan Pelajar:

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan pelajar: Tarikh: 26/5/2022

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 1
1.0 PENGENALAN 1
2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR 2
3
2.1 PEMBUANGAN PLASTIK DAN POLISTIRENA 4
2.2 KEKURANGAN TENAGA ELEKTRIK 4
2.3 PEMBAKARAN EKZOS KENDERAAN 6
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU YANG MENANGANI ISU 7
3.1 PRODUK BIODEGRADASI 8
3.2 PANEL SOLAR 10
3.3 KERETA HIBRID
4.0 PENUTUP
RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Isu-isu seperti pencemaran, perubahan iklim dan sumber bahan yang terhad amat

membimbangkan. Menyedari permasalahan ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air (KeTTHA) telah melancarkan Dasar-dasar Teknologi Hijau bagi memperkasakan
penggunaan teknologi hijau (Karmilah Abdullah dan Jamilah Ahmad, 2014). Teknologi hijau
bukan lagi perkara baharu di Malaysia malah sebahagian daripada rakyat Malaysia tahu akan
konsep teknologi hijau. Teknologi hijau merupakan pengaplikasian sains alam sekitar bagi
memelihara dan memulihara sumber dan alam semulajadi bagi meminimumkan kesan negatif
akibat daripada aktiviti manusia. Hal ini kerana, aktiviti manusia merupakan antara punca
utama kerosakan alam sekitar (Haliza Abdul Rahman, 2010). Pihak KeTTHA yakin bahawa
teknologi hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, menjaga
ekosistem, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan serta bebanan kos sebagai inisiatif
mengatasi impak negatif daripada pembangunan. Menurut Iskandar Hassan Tan Abdullah
(2015), teknologi hijau dapat membantu dalam pembangunan masyarakat di mana
memberikan dorongan dalam mempraktikkan tenaga lestari dan menghasilkan cara
kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Menurut kenyataan daripada Mudzalifah Mustapha
(2011), tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau
masih rendah pada masa kini. Kini, kita menyaksikan pelbagai isu-isu global mengenai alam
sekitar yang terjadi dan terdapat juga produk-produk teknologi hijau yang diuji berkesan yang
diciptakan bagi menangani isu-isu global tersebut.

2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR

2.1 PEMBUANGAN PLASTIK DAN POLISTIRENA
Isu semasa yang pertama adalah penggunaan plastik dan polistirena yang banyak
dalam kalangan masyarakat. Plastik merupakan polimer yang begitu meluas di seluruh dunia.
Plastik memakan masa selama 400 hingga 1000 tahun untuk terurai dengan lengkap.
Pertambahan penggunaan plastik adalah kerana jumah penduduk yang kian bertambah dari
hari ke hari. Sampah plastik menjadi antara masalah besar di Malaysia malah Malaysia
merupakan negara yang berada pada kedudukan kelapan antara sepuluh negara yang
mempunyai masalah sampah plastik yang tidak terurus. Malaysia telah mencatatkan
penggunaan pembungkusan plastik untuk makanan sebanyak 148,000 tan metrik pada tahun
2020 (Mohideen Abdul Kader, 2021). Penggunaan pembungkus plastik mencatatkan bilangan
sebanyak 16.78 kilogram per kapita tahunan kita. Penggunaan plastik yang banyak ini
mendorong kepada aktiviti pembuangan plastik di tempat yang tidak sewajarnya seperti
pinggir laut dan sebagainya. Universiti Plymouth yang telah membuat kajian mendapati

1

bahawa kira-kira 700 spesies hidupan marin terancam akibat daripada sisa buangan plastik
di laut.

Rajah 1: Keadaan laut yang dicemari dengan pembuangan plastik

Malah, burung-burung yang memburu makanan berhampiran dengan lautan dianggarkan
92.5 peratus mati akibat tertelan plastik (Haliza Abdul Rahman, 2021). Perkara sebegini bukan
sahaja menyusahkan pihak di negara kita sahaja malah sampah plastik yang dibuang di
perairan Malaysia mempunyai kebarangkalian yang tinggi akan dihanyutkan ke negara jiran
(Isabelle Leong, 2019). Selain itu, selain mengakibatkan pencemaran, sisa plastik ini juga
akan menjejaskan kesihatan kita kerana sisa plastik mengandungi bahan kimia toksik.
Sekiranya kita memakan makanan laut seperti ikan, kita turut menelan sedikit partikel plastik
kerana 90 peratus ikan mempunyai partikel plastik dalam perutnya. Setiap tahun, kita
dianggarkan memakan 70,000 partikel mikro plastik (Mohideen Abdul Kader, 2021).
Walaupun kerajaan telah mengambil tindakan dengan mengenakan caj bayaran bagi beg
plastik yang dijual di pasar raya sebagai usaha bagi mengurangkan penggunaan beg plastik
namun, rakyat di negara ini juga perlu mengambil langkah yang bertanggungjawab bagi
mengurangkan penggunaan plastik.

2.2 KEKURANGAN TENAGA ELEKTRIK
Seterusnya, isu semasa global yang kedua adalah kekurangan tenaga elektrik di
beberapa buah negara. Tenaga elektrik merupakan elemen utama bagi suatu pengoperasian
sesebuah bangunan atau komersil. Sumber tenaga utama bagi menjana tenaga elektrik
diperoleh melalui sumber fossil seperti bahan api gas dan arang batu. Antara penggunaan
tenaga elektrik adalah sebagai sistem peralatan motor, sistem komunikasi, sistem penghawa
dingin, sistem pencahayaan dan sebagainya. Sistem sesebuah pengoperasian terganggu dan
dan keperluan pengguna terjejas apabila menghadapi kekurangan tenaga elektrik.
Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan telah menyebabkan dunia menghadapi krisis

2

tenaga yang serius. Antaranya adalah bekalan tenaga yang tidak mencukupi dan dan harga
pasarannya yang tidak menentu akan menyebabkan berlakunya kemusnahan terhadap alam
sekitar sama ada melalui perubahan iklim atau cuaca (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain et al.,
2013). Krisis tenaga elektrik yang membimbangkan di beberapa buah negara menyebabkan
negara terpaksa melakukan catuan penggunaan elektrik. Menurut Berita Harian (2021),
terdapat beberapa wilayah di China yang terpaksa mencatu penggunaan elektrik. Terdapat
premis perniagaan di premis tertentu yang terpaksa menggunakan lilin bagi meneruskan
perniagaan. Manakala di India, bekalan arang batu dikatakan semakin sedikit dan negara
tersebut juga berdepan dengan krisis kekurangan tenaga elektrik. Data kerajaan India
menunjukkan separuh daripada 135 loji kuasa yang dijana arang batu yang mempunyai
jumlah bekalan bahan bakar yang begitu membimbangkan dengan anggaran kurang daripada
tiga hari. Arvind Kejriwal yang merangkap ketua menteri New Delhi telah menggesa Perdana
Menterinya iaitu Narenda Modi agar mendapatkan lebih banyak bekalan arang batu dan gas
supaya bekalan elektrik tidak terputus di bandar mereka. Bagi konteks negara Lubnan,
semenjak insiden letupan besar di Beirut, Lubnan pada tahun 2020, krisis bahan bakar di
negara tersebut semakin teruk dan turut menjurus kepada krisis bekalan bahan bakar yang
kritikal.

Rajah 2: Keadaan di China semasa bekalan elektrik terputus

2.3 PEMBAKARAN EKZOS KENDERAAN
Pembakaran enjin fosil yang dihasilkan oleh ekzos kenderaan seperti kereta, lori, bas
dan kenderaan berat mengakibatkan pencemaran udara. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), pencemaran udara merupakan antara risiko kesihatan pada masa kini
sehingga menyebabkan 1 dalam 9 kematian di dunia. Laporan perubatan menunjukkan kadar
penyakit kanser paru-paru dan emphysema semakin meningkat berganda-ganda sejak tahun

3

1970an. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah sikap masyarakat yang
enggan menggunakan pengangkutan awam bagi menjalankan aktiviti harian. Menurut Dr. Nor
Eliani Ezani (2019), dianggarkan 88 peratus daripada masyarakat Malaysia menggunakan
kenderaan persendirian. Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan statistik yang
menunjukkan trend peningkatan jumlah kenderaan yang berterusan di Malaysia iaitu
berjumlah 4,335,863 unit kenderaan kepada 28,224,407 unit kenderaan dari tahun 2003
hingga 2017 (Siti Haslina Mohd Shafie dan Mastura Mahmud, 2020). Peningkatan tersebut
adalah sebanyak 8.16 peratus. Data yang diperoleh melaporkan bahawa pelepasan gas
karbon dioksida akibat di Lembah Klang akibat daripada kenderaan adalah berjumlah 337,800
tahun setahun. Kandungan bahan yang terdapat pada gas ekzos adalah karbon dioksida
(CO2) dan air (H20) yang tidak mendatangkan masalah dan tidak berbahaya sekiranya
berlaku pembakaran lengkap. Namun, adakalanya enjin tidak melakukan pembakaran fosil
yang lengkap. Oleh itu, dua unsur iaitu karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) akan
terhasil akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. CO terhasil sekiranya kandungan
udara yang disebut tidak mencukupi dan kadar kandungan bahan api yang berlebihan
manakala HC pula terhasil sebagai gas jika bahan api tidak dibakar dengan sempurna di
dalam ruang pembakaran dalam ekzos. Kedua-dua unsur bahaya ini terhasil apabila
kenderaan bergerak dalam kelajuan yang rendah dan berkurang apabila kenderaan
menambah kelajuan. Manakala, nitrik oksida dan nitrogen dioksida (NOx) yang juga
merupakan unsur yang bahaya akan sentiasa terhasil semasa enjin sedang bergerak.

3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU YANG MENANGANI ISU

3.1 PRODUK BIODEGRADASI
Berdasarkan isu penggunaan plastik yang banyak dalam kalangan masyarakat,
produk teknologi hijau yang dapat menangani permasalahan ini adalah produk biodegradasi.
Biodegradasi adalah produk yang terurai secara biologi melalui agen pengurai seperti mikrob,
fungus dan proses kimia yang bertindakbalas secara semulajadi serta boleh mereput
sepenuhnya dalam jangka masa yang pendek berbanding plastik dan polistirena (Hartini
Mohd Nawi, 2017). Perkara ini berbeza dengan plastik dan polistirena yang memerlukan
jangka masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai sepenuhnya. Oleh kerana proses ini
terurai dengan bakteria semula jadi maka, ianya akan memberi manfaat terhadap alam sekitar
dengan mengurangkan pencemaran. Penggunaan produk biodegradasi merupakan satu
usaha yang dijalankan oleh Inisiatif Teknologi Hijau Wilayah Persekutuan di bawah Teras 7
iaitu pengurusan sisa pepejal di mana inisiati ini berperanan bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat berkaitan dengan keburukan plastik dan polistirena kepada kesihatan

4

masyarakat, alam sekitar dan hidupan liar. Menurut Dr Aishah Aziz iaitu penceramah dan
aktivis dari Global Go Green for Biodegradable, plastik biodegradasi dikategorikan kepada
dua jenis iaitu plastik okso-biodegradasi (OBP) dan plastik hidro-biodegradasi (HBP) yang
terdapat di pasaran. Antara dua jenis plastik biodegradasi ini, HBP dapat mendegradasi dan
membiodegradasi dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding OBP. HBP diperbuat
daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti tebu, jagung dan gandum. OBP pula dibuat
dengan menggunakan sedikit sebatian asid lemak logam peralihan contohnya seperti besi.
Sekiranya masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab membakar produk
biodegradasi, produk ini tidak akan melepaskan karbon kerana tidak karbon yang terlibat
semasa pembuatannya (Muhammad Firdaus Dzulkapri, 2013). Jelaslah bahawa melalui
penggunaan produk biodegradasi seperti bekas makanan atau plastik biodegradasi, masalah
pencemaran alam sekitar yang berlaku dapat dibendung. Selain daripada mengurangkan
pencemaran alam sekitar, produk biodegradasi dapat mengurangkan kos pelupusan serta
sistem pepejal plastik.

Rajah 3: Contoh bekas pembungkus biodegradasi

Rajah 4: Produk biodegradasi menggunakan serat
5

3.2 PANEL SOLAR
Produk yang dapat menangani isu kekurangan tenaga elektrik adalah panel solar.
Panel solar merupakan satu teknologi yang dicipta bertujuan untuk mendapatkan tenaga
daripada radiasi cahaya matahari. Penggunaan tenaga solar amat digalakkan dalam
kehidupan masyarakat memandangkan keadaan dan iklim yang tidak menentu di bumi yang
menyebabkan tenaga elektrik yang berkurangan. Pemasangan panel solar bagi bangunan-
bangunan di Malaysia masih berada pada peringkat awalan berikutan akses yang agak terhad
terhadap teknologi ini (Nur Azfahani Ahmad et al.,2020). Memandangkan tenaga elektrik di
Malaysia masih stabil, penggunaan tenaga solar lebih ke arah memupuk penjimatan kos
pembayaran bil elektrik bulanan penduduk (Nur Azfahani Ahmad et al., 2019). Tenaga elektrik
dari penjanaan tenaga solar di Malaysia berpotensi untuk menghasilkan tenaga yang sangat
baik kerana negara ini menerima keamatan suria sebanyak 4 hingga 5 kWh/m2 setiap hari
sepanjang tahun. Kemampuan Malaysia untuk menjana tenaga solar lebih tinggi berbanding
negara-negara yang menjadi pengeluar panel solar seperti Jerman, Jepun dan China. Hal ini
kerana kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang menerima cahaya matahari
4 jam setiap hari. Faktor lain yang mendorong kepada potensi tersebut adalah keluasan
bumbung bangunan-bangunan di Malaysia yang besar dan mempunyai kecerunan antara 10
hingga 30 darjah yang membolehkan penerimaan cahaya matahari ke arah maksimum.
Tenaga matahari digunakan bagi menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan
panel solar fotovoltaik. Jadi, panel solar berfungsi dengan cahaya matahari yang ditukarkan
kepada tenaga elektrik dan kaedah ini akan menghasilkan voltan arus secara terus. Oleh itu,
penggunaan tenaga solar mendorong kepada penurunan permintaan tenaga elektrik serta
berpeluang untuk memberi keseimbangan ekonomi negara pada masa yang akan datang.

Rajah 5: Cara panel solar berfungsi

6

Rajah 6: Pemasangan sistem panel solar

Rajah 7: Panel solar yang dipasang pada bumbung rumah

3.3 KERETA HIBRID
Bagi pengguna kenderaan yang gemar menggunakan kenderaan persendirian
semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian, penggunaan kereta hibrid amat sesuai digunakan.
Menurut Nizamuddin Zainuddin et al., 2017), kenderaan yang menggunakan sistem hibrid
dapat mengurangkan pencemaran udara serta kesan negatif terhadap isu alam sekitar.
Kereta hibrid adalah kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri sahaja tetapi juga
enjin pembakaran dalaman yang membolehkan generator untuk membekalkan elektrik bagi
pemanduan secara langsung (Farah Ain, 2019). Secara ringkasnya, kereta yang dicipta
dengan sistem hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk menggerakkan
kenderaan. Kereta hibrid berfungsi secara efektif untuk menjimatkan penggunaan bahan api
fosil dengan adanya dua enjin yang bekerja bersama-sama iaitu enjin petrol tradisional dan
motor elektrik serta bateri. Kini, terdapat banyak peniaga yang menjalankan perniagaan ke
arah pengaplikasian teknologi hijau termasuklah kereta yang menggunakan sistem hibrid (Lin
dan Ho, 2008). Pengeluar-pengeluar automotif mula mengambil inisiatif bagi mengeluarkan

7

kereta yang menggunakan sistem hibrid seiring dengan kehendak penggunaan teknologi hijau
yang berpotensi untuk memelihara alam sekitar. Model kereta yang menggunakan teknologi
hibrid keluaran Malaysia adalah proton EMAS yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd.
Pengeluaran model kereta di luar negara yang menggunakan sistem hibrid pula termasuklah
Toyota Prius, Honda Civic Hybrid dan Ford Fusion Hybrid (Danial Hadi, 2015). Kereta hibrid
terbahagi kepada dua bahagian iaitu hibrid penuh dan hibrid sederhana. Antara kelebihan
kereta hibrid selain daripada konteks penjagaan kelestarian alam sekitar, kereta ini
menghasilkan pemanduan yang senyap dan membolehkan pengguna memandu dengan
keadaan yang lebih fokus dan teratur. Jelaslah bahawa penggunaan kereta hibrid
memberikan pelbagai kelebihan sama ada dari aspek pemeliharaan alam sekitar mahupun
dari aspek keselesaan pengguna.

Rajah 8: Kereta hibrid (Proton EMAS)

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kewujudan produk-produk teknologi hijau telah terbukti dapat

menangani isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Pihak kerajaan memainkan peranan yang
besar dalam usaha untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap rakyat
Malaysia tentang begitu pentingnya penjagaan alam sekitar bagi menggerakkan
pembangunan dan penggunaan produk teknologi hijau (Iskandar Hasan Tan Abdullah, 2015).
Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam memajukan teknologi hijau antaranya
memberikan dana berjumlah RM1.5 bilion bertujuan untuk memajukan pembekalan dan
penggunaan teknologi hijau. Bukan dalam konteks Malaysia sahaja, kita sebagai penduduk
bumi juga perlu bertanggungjawab dan bersama-sama menjadikan dunia lebih berkualiti tinggi
dari segi pengurusan sumber semula jadi yang baik. Penggunaan produk teknologi hijau juga

8

dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dari segi ekonomi melalui pembangunan ekonomi
negara. Oleh itu, dengan kesedaran bersama-sama mengenai kepentingan teknologi hijau,
segala pencemaran dan aktiviti negatif manusia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

9

RUJUKAN

Aidil Haidzil Johan, & Hasmahzaiti Omar (2021, April 13). Plastik punca haiwan liar terancam.
AngkaSfera. https://angkasfera.com/2021/04/13/plastik-punca-haiwan-liar-terancam/

Bushra Limuna Ismail (2020). Teknologi hijau dalam arus pembangunan negara dan amalan
masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3(1), 161-168.

Danial Hadi (2015, Ogos 11). Kereta hibrid [PowerPoint slides]. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/274138319/Kereta-Hibrid

Haliza Abdul Rahman (2010). Human rights to environment in Malaysia. Health and the
Environment Journal, 1(1), 59-64.

Farah Ain (2019, Jun 1). Inovasi teknologi hijau: kereta hibrid. SemutAskar.
http://www.semutaskar.com/2019/06/01/inovasi-teknologi-hijau-kereta-hibrid/

Haliza Abdul Rahman (2021, Jun 29). Plastik kini ancaman besar. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/146949/KHAS/Pendapat/Plastik-kini-
ancaman-besar

Hartini Mohd Nawi (2017, September 16). Ambil masa singkat untuk terurai. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untuk-
terurai

Isabelle Leong (2019, September 18). Tahukah anda plastik sekali guna ambil masa 400
hingga 1,000 tahun untuk terurai? Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tahukah-anda-plastik-sekali-guna-ambil-masa-400-hingga-1000-tahun-
untuk-terurai-217753

Iskandar Hasan Tan Abdullah (2015, Mac 13). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu
ekonomi negara. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

Karmilah Abdullah, & Jamilah Ahmad (2014). Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap
amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysia Green Technology
Corporation (GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39.

Lin, C. H., & Ho, Y. H. (2008). An empirical study on logistics service providers’ intention to
adopt green innovations. Journal of Technology Management and Innovation, 3(1),
17-26.

Mohd Anuar Jailani & Mohammad Nazri Mohd Jaafar (1999). Emisi ekzos dari kenderaan
bermotor, kesannya ke atas atmosfera dan kaedah pengurangannya: Satu kajian.
Jurnal Mekanikal, 2(1), 12-27

10

Mohideen Abdul Kader (2021, Mac 15). Menangani pencemaran plastik di Malaysia. Malaysia

Now. https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/15/menangani-pencemaran-

plastik-di-malaysia/

Muhammad Firdaus Dzulkapri (2013, Mei 27). Plastik biodegradasi [PowerPoint slides].

SlideShare. https://www.slideshare.net/firdauswakrado89/plastik-biodegradasi-

powerpoint-22007120

Mudzalifah Mustapha (2011, Julai 8). Kepentingan teknologi hijau. Utusan Online.

http://utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Nadhirah Rashid (2021, Ogos 25). Kereta hibrid: Fungsi, kelebihan dan kekurangan. Qoala.

https://www.qoala.app/my/blog/gaya-hidup/automotif/kereta-hibrid/

Nizamuddin Zainuddin, Ezanee M. Elias, Mustakin Melan & Rohafiz Sabar (2017). Aplikasi

teknologi kelestarian (hybrid) pada pengangkutan awam (bas) di bandar satu

pendekatan diskriptif. Journal of Technology and Operations Management, Special

Issue, 71-87.

Nor Eliani Ezani (2019, Jun 25). Zon pelepasan rendah, suatu inisiatif menangani pencemaran

udara. Berita Harian.

https://upm.edu.my/article/zon_pelepasan_rendah_suatu_inisiatif_menangani_penc

emaran_udara-53429

Norizan Hassan, Hussin Salamon, & Hasimah Abdul Rahman (2016). Sumbangan teknologi

hijau dalam ketamadunan Islam. Sains Humanika, 3(2), 29-37.

Nur Azfahani Ahmad, Asmalia Che Ahmad, Hugh Byrd & Nur Huzeima Hussain (2019).

Establishing solar village communities in Malaysia towards a self-sufficient electricity

lifestyle: The feasibility study. International Journal of Innovative Technology and

Exploring Engineering, 8(5), 277-281.

Nur Azfahani Ahmad, Nur Huzeima Hussain, Norazmi Anas & Hasrul Jamani Jamian (2020).

Pemasangan panel solar bagi menampung bekalan elektrik tambahan untuk institusi

pendidikan agama persendirian di luar bandar: Melalui pendekatan Program

Kemasyarakatan Komuniti. Malaysian Journal of Sustainable Environment, 7(2), 161-

184.

Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud (2020). Aplikasi kerangka konseptual DPSIR

USEPA bagi pencemaran udara bandar daripada kenderaan bermotor: Kajian kes

Kuala Lumpur, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 17(2), 77-90.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail, & Mat Khalid Md Noh (2013). Prosiding

PERKEM VIII. Google Scholar.

https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_4B3.pdf

11


Click to View FlipBook Version