The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayurahimmm, 2022-05-15 15:29:06

MANUAL PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN

BMMB1144 - KESANTUNAN BERBAHASA

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan
izin kurniaannya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus Kesantunan Berbahasa
(BMMB1144) ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang mengajar dan mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada saya iaitu pensyarah bagi
kursus BMMB1144, Tn. Hj. Ismail bin Abdul Samad.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya juga telah menolong saya dalam
usaha menyiapkan tugasan ini serta berkongsi bahan untuk dijadikan sebagai rujukan.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang seida menolong saya dalam
kerja kursus nii, Saya tidak akan lupakan pertolongan yang telah diberikan. Segala panduan,
bimbingan dan semangat daripada semua pihak semasa saya menjayakan kerja kursus ini
amat saya hargai.

PENDAHULUAN
Kit pembelajaran digital ini dibuat melalui beberapa aplikasi yang bersesuaian sebagai

langkah mudah untuk dikuasi dan dipelajari oleh seseorang murid. Kit pembelajaran ini juga
dihasilkan bagi untuk memudahkan murid mengetahui dan menguasai tanda baca. Kit
pembelajaran ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas bagi menyediakan pembelajaran bermakna yang dapat memberikan
kefahaman yang jelas dan menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan kit pembelajaran ini
diharap dapat mampu melahirkan murid yang mempunyai penguasaan terhadap tanda baca
dan dapat mengaplikasikan penggunaan tanda baca dalam pelbagai situasi penulisan.

OBJEKTIF PEMBINAAN KIT PEMBELAJARAN DIGITAL
Terdapat beberapa objektif pembinaan kit pengajaran dan pembelajaran ini. Antaranya adalah
seperti berikut:

● Kit ini dapat membantu guru mengendalikan sesi pengajaran di dalam kelas.
● Dapat mewujudkan suasana PdPc yang lebih menarik dan kondusif.
● Dapat mengasah pemikiran murid melalui permainan yang menyeronokkan.
● Dapat melaksanakan PdPc yang berpusatkan murid.
● Dapat memberikan pengayaan dan pengukuhan kepada semua murid.
● Dapat mengelakkan keciciran murid.

OBJEKTIF PEMBINAAN MANUAL PENGGUNAAN
Manual ini dibina bagi:

● Sebagai panduan kepada guru dan murid tentang cara penggunaan kit dan cara
pelaksanaan aktiviti.

● Mengelakkan kekeliruan kepada pengguna kit pembelajaran digital ini.
● Menerangkan cara bagi setiap aktiviti yang terdapat dalam kit ini.

CARA PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN DIGITAL
KIT PEMBELAJARAN DIGITAL

Penerangan:
● Slaid 1 adalah muka depan kit pembelajaran digital.
● Slaid 2 adalah maklumat siswa guru.

Penerangan:
● Slaid 3 merupakan paparan bagi “MENU” dan “MANUAL PENGGUNAAN” kit
pembelajaran.
● Terdapat dua kotak yang memaparkan menu dan manual penggunaan.
● Pengguna perlu menekan kotak tersebut sama ada mahu ke menu atau manual
penggunaan.
● Setelah pengguna menekan kotak, pengguna akan dibawa ke slaid yang diingini.

Penerangan:
● Slaid 4 adalah menu utama yang mengandungi butang sistem bahasa, video,

permainan dan isu kesantunan berbahasa.
● Pengguna perlu klik pada kotak yang diingini

Penerangan:
● Slaid 5 adalah paparan bagi sistem bahasa.
● Untuk penerangan yang lebih lanjut, pengguna perlu klik pada setiap kotak yang
diingini.

Penerangan:
● Terdapat empat butang yang mempunyai fungsi pada bahagian bawah slaid 6 hingga
13.
● Butang anak panah kanan adalah untuk ke slaid yang seterusnya.
● Butang anak panah kiri adalah untuk ke slaid yang sebelumnya.
● Butang “Menu Utama” adalah untuk ke paparan menu utama.
● Butang “Kembali” adalah untuk kembali pada paparan bagi sistem bahasa.

Penerangan:
● Slaid 6 hingga slaid 13 adalah penerangan tentang setiap tanda baca.
● Pengguna perlu klik pada kotak yang terdapat dalam slaid 5 untuk dibawa ke slaid

penerangan ini.

Penerangan:
● Slaid 14 adalah persembahan dalam bentuk video melalui aplikasi Youtube.
● Pengguna perlu klik pada perkataan “LAGU TANDA BACA” atau “PENERANGAN
TANDA BACA”.

Penerangan:
● Slaid 15 adalah permainan.
● Terdapat dua permainan yang boleh dimain oleh pengguna.
● Pengguna perlu klik pada perkataan “RINTANGAN BERPAGAR” atau “SAYA BIJAK!”
untuk bermain permainan.
● Pengguna juga boleh mengimbas QR kod untuk bermain permainan.


Click to View FlipBook Version