IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
BMMB 1074 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA : ROHAIYU BINTI ABDUL RAHIM
ANGKA GILIRAN : 2021292310031
NO. TELEFON
OPSYEN : 0149957606
AMBILAN
KOD KURSUS : BAHASA MELAYU (SK)
NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : JUN 2021
JABATAN/UNIT
TARIKH SERAHAN : BMMB 1074
: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
: ENCIK MOHAMED SHAHREN BIN
ABDULLAH
: JABATAN PENGAJIAN MELAYU
: 8 NOVEMBER 2021
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: __8__N_O_V__E_M_B__E_R__2_0_2_1__
1.0 PENGENALAN
Menurut Awang Sariyan (2010) di dalam Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dan Maliati Mohamad
(2020), bahasa adalah amat penting dalam kejayaan bagi sesuatu tamadun. Malaysia
dikategorikan sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai bangsa yang
menghuninya. Setiap etnik mempunyai bahasa dan budayanya tersendiri. Walaupun begitu,
setiap rakyat di Malaysia menerima dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan,
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara Malaysia. Bahasa Melayu hendaklah
dijadikan bahasa utama bagi penutur yang menetap di Malaysia. Hal ini berkaitan dengan
ketakrifan kita sebagai warganegara yang bangga serta mempunyai hasrat bagi
memperkasakan lagi bahasa ibunda. Bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa
akademik yang sempurna dengan laras-laras bahasa yang pelbagai. Namun, kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan semakin tercabar di Malaysia.
Penguasaan bahasa Melayu masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan.
2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
2.1 PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Penggunaan bahasa rojak dalam perbualan harian yang menghilangkan identiti
bahasa Melayu telah menjadi cabaran kepada bahasa Melayu di Malaysia. Pada zaman ini,
guru perlu menjadi seorang yang professional dan mantap dari segi ilmu dan pengetahuan
dalam bahasa Melayu bagi menghadapi remaja yang pelbagai karenah. Guru juga seharusnya
jelas tentang tanggungjawab mereka dalam menyampaikan perkara yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Bahasa Melayu. Remaja kerap menggunakan
bahasa rojak dalam perbualan sama ada bersama rakan mahupun guru. Fenomena bahasa
rojak kini kian menjadi-jadi. Bertutur dalam bahasa kebangsaan tetapi dicampur dengan
bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan. Hal ini amat membimbangkan jika remaja menjadi
terbiasa dengan bahasa rojak sehingga boleh mempengaruhi gaya dan hasil penulisan
mereka. Menurut Farizah Hanim Ismail (2010), remaja menganggap bahasa Melayu kurang
bernilai berbanding dengan mata pelajaran sains dan matematik atau perakaunan. Oleh itu,
usaha dalam pembelajaran bahasa Melayu tidak dianggap serius kerana permintaan dalam
bidang pekerjaan kurang menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu.
Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar
Di samping itu, penggunaan bahasa rojak juga dapat dikaitkan dengan ibu bapa yang
mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam satu ayat semasa mendidik
anak di rumah. Hasilnya, perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada anak terhadap bahasa
Melayu. Dalam mendidik anak-anak, pihak ibu bapa seharusnya menetapkan matlamat untuk
memantapkan penguasaan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu kepada anak-anak.
Sekiranya ingin mendedahkan pengetahuan bahasa Melayu kepada anak, maka ibu bapa
perlu bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya supaya tidak menimbulkan
kekeliruan berkenaan perkataan bahasa Melayu.
Contoh penggunaan bahasa rojak di antara ibu dan anak
2.2 BIDANG PEKERJAAN
Seperti yang diketahui umum, bidang pekerjaan yang ketika ini amat menitikberatkan
penguasaan bahasa selain daripada bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris dan bahasa
Mandarin terutamanya pekerjaan dalam sektor swasta. Lebih menyedihkan lagi, bahasa
Melayu dianggap bahasa kedua atau ketiga dalam permohonan pekerjaan. Seseorang yang
telah mempunyai penguasaan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin dikatakan
mempunyai peluang yang cerah dan lebih layak diterima semasa temu duga. Perkara ini akan
menyebabkan rakyat Malaysia tidak begitu serius dalam usaha untuk mempelajari dan
mendalami bahasa Melayu kerana pengambilan dalam pekerjaan tidak menitikberatkan
bahasa Melayu. Hasilnya, semakin hari Malaysia akan kehilangan golongan yang dapat
berbahasa Melayu dengan baik.
2.3 MENGGUNAKAN KOSA KATA YANG TIDAK SELARI DENGAN BAHASA
MELAYU
Penutur bahasa ibunda tidak menetapkan matlamat yang kukuh dalam berbahasa
Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sifat merendah diri termasuklah dalam berkomunikasi
dengan kaum asing serta kaum di Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu seperti
sesetengah kaum Cina atau kaum India. Contohnya, apabila orang Melayu berkomunikasi
dengan orang Cina, bahasa yang digunakan tidak mempunyai kosa kata yang selari dengan
bahasa Melayu. Contohnya “Saya tarak suka makan itu ayam” yang bermaksud “Saya tidak
suka makan ayat itu”. Kemudian “Ini punya buku manyak mahal” yang membawa maksud
“Buku ini sangat mahal”. Secara tidak langsung, dengan penggunaan kosa kata yang salah
dalam berbahasa akan menyebabkan kebiasaan terhadap kaum asing dalam menggunakan
bahasa pasar tersebut. Perkara ini menyebabkan tidak akan berlaku proses penambahbaikan
terhadap pemantapan bahasa Melayu apabila orang Melayu itu sendiri yang mencemarkan
bahasa ibunda mereka. Kemudian, penggunaan kosa kata dan ejaan yang salah dalam bidang
pengiklanan serta label bungkusan juga dilihat menjadi kebiasaan. Sebagai contoh,
pengeluaran produk losen daripada Malaysia sendiri tidak menitikberatkan ejaan yang betul
dalam label pembungkusan produk dengan melabelkannya sebagai “losyen” selain daripada
“losen”.
Contoh penggunaan kosa kata atau ejaan yang salah
2.4 PENAMBAHAN SEKOLAH VERNAKULAR
Selain itu, penambahan sekolah vernakular di Malaysia menjejaskan kedudukan
bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu di sekolah vernakular sudah parah. Jumlah
penubuhan sekolah vernakular sepatutnya tidak bertambah apabila kita dalam usaha untuk
membentuk negara bangsa tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Perkara ini juga boleh
menjejaskan hasrat kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat bersatu padu dan
beridentiti nasional. Misalnya, pelajar yang bersekolah di Sekolah jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) hanya fasih dalam bahasa Mandarin dan hanya bergaul sesama mereka sahaja tanpa
pergaulan dengan kaum-kaum yang lain. Sekiranya golongan pelajar itu fasih dalam bahasa
Mandarin sahaja, mereka akan membaca bahan bacaan berbahasa Cina serta menonton
rancangan televisyen Cina sahaja. Lebih membimbangkan lagi, terdapat ibu bapa daripada
kaum Melayu yang menghantar anak ke sekolah vernakular dengan alasan supaya anak
mereka dapat belajar bahasa Mandarin. Malah, sekolah-sekolah antarabangsa juga semakin
bertambah dan dijangka akan membawa kepada masalah dalam pemerkasaan bahasa
Melayu.
3.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Walaupun bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia menjadi bahasa kebangsaan, namun sehingga hari ini bahasa Inggeris masih
mengatasi penggunaan bahasa Melayu dalam perundangan negara. Antara cabaran bahasa
Melayu di peringkat antarabangsa termasuklah persaingan dengan bahasa Inggeris di tanah
air Malaysia. Pengaruh penggunaan bahasa Inggeri dengan jelasnya begitu sukar untuk
ditepis. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan
kemudiannya diserapkan ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Contohnya bus (bas), garage
(garaj), calendar (kalendar), counter (kaunter), dan creative (kreatif).
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, sebagai negara yang telah lama mencapai kemerdekaan, Malaysia
perlulah meneruskan usaha bagi memperkasakan bahasa Melayu untuk membentuk sebuah
negara bangsa. Pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada
pembentukan sebuah negara bangsa (Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad,
2020). Segala cabaran yang dilalui bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan bukanlah suatu proses yang mudah. Demi memastikan semua
bangsa di Malaysia fasih dalam bahasa Melayu, penguatkuasaan daripada pihak kerajaan dan
ketegasan politik perlu diadakan.
(1030 patah perkataan)
RUJUKAN
Amat Tarop Sumo, Abu Bakar Ahmad, Patarai Cholen, Thahir Nuruddin, Hasizan Dahalal,
Azhar Md. Sabil, & Shahariman Ahmad (2016). Pengantar bahasa Melayu. Sasbadi
Sdn. Bhd.
Azlinda Ab. Rahman (2013). Bahasa Melayu: Antara peluasan, penyempitan dan kecelaruan.
Journal of Techno-Social, 5(1), 11-22.
Farizah Hanim Ismail (2010). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
remaja di sekolah menengah: Suatu cabaran. Jurnal Linguistik, 10(1), 1-17.
Graf, A. (2020). Cabaran pelestarian bahasa Melayu menjelang revolusi industri keempat.
Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(1), 161-172.
Hasliza Hassan (2018, April 30). Martabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.
Berita Harian.
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, & Maliati Mohamad (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa
Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal
(APJ), 3(2), 181-191.
Jaafar Jambi (2008). Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, 19(1), 69-90.
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman (2013). Keupayaan bahasa
Melayu di persada antarabangsa. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 1(1), 55-65.
Shamsatun Nahar Ahmad (2020, September 1). Sekolah vernakular punca bahasa Melayu
terpinggir. Berita Harian.
Sharifah Darmia Sharif Adam (2019). Peranan dan cabaran bahasa kebangsaan dalam
menyatupadukan pelbagai enik di Sabah. Malaysian Journal of Social Science and
Humanities (MJSSH), 4(4), 1-11.
LAMPIRAN