MUHAMMAD ADIB B. ADNAN 24DKM21F2007 DINIY HAKIMI B. BURHANUDIN 24DKM21F2003 AHMAD FIKRI IDHAN B. TOHRI 24DKM21F2002 Sejarah Malaysia
BIL. TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 KRONOLOGI 4 3 FAKTOR-FAKTOR 8 4 PENGAJARAN 12 5 KESIMPULAN 15 6 RUJUKAN 15 ISI KANDUNGAN
Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu peristiwa yang memilukan. Ia adalah rusuhan kaum yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ketiga 1969. Berpunca daripada ketegangan politik dan perbezaan kaum, rusuhan ini menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban dan membawa kepada perubahan penting dalam politik dan masyarakat negara kita. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 mempunyai kesan yang ketara terhadap sejarah Malaysia. Ia telah menunjukkan kepada kita betapa berbahayanya perasaan benci dan perkauman yang boleh mengganggu keharmonian dan keamanan negara. Pengalaman tragis ini mendorong kita untuk menghargai perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia sepanjang masa. PENGENALAN
Isu perkauman dalam Pilihan Raya 1969 mempunyai kait rapat dengan tragedi 13 Mei ini. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan rasa tidak puas hati Bangsa Melayu berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihan raya ketika itu. Pada Pilihan Raya Umum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. KRONOLOGI
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman, akan tetapi terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut diadakan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, sambil melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besarnya kaum Cina dari “Democratic Action Party” dan Gerakan yang menang, telah mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu di Kampung Baru, sambil bersorak pada penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.
Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan. Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja (selangor).
Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah seramai 172 sehingga 196 orang. Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka. Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh partiparti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).
1. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN Masyarakat di Tanah Melayu telah dilayan berbeza beza semasa terutamanya pada pendudukan zaman Jepun. Masyarakat Cina paling merasakan impaknya kerana mereka dilayan dengan sebegitu teruk berbanding dengn masyarakat Melayu dan masyarakat yang lain ketika itu. Hal ini disebabkan oleh, kisah silam Jepun yang telah berperang dengan Cina sebelum ini menyebabkan perasaan saling memusuhi dan dendam antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Oleh kerana, layanan berat sebelah ini telah menyemaikan perasaan rusuhan antara orang Melayu dengan Cina. 2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU People Action Party (PAP) telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang di sebut sebagai hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum – kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisir daripada keadilan. Oleh sebab itu, isu sebenar yang mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 adalah tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu. Namun, hakikatnya, kedudukan taraf ekonomi kaum Cina lebih tinggi berbanding orang Melayu. Oleh itu, apa yang didakwa oleh orang–orang Cina yang mereka terjejas disebabkan peruntukkan hak keistimewaan orang Melayu adalah sebagai alat untuk mereka menarik perhatian dan sokongan ramai terutamanya menjelang pilihan raya 1964. FAKTOR-FAKTOR
3. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka, kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu 4. PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, Kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme danConficius, manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat juga yang beragama Kristian. Setiap kaum-kaum di Malaysia juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan sesama agama, tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 dan perarakan pembangkang yang dilkukan kaum cina terhadap orang melayu.
5. DASAR PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH INGGERIS Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh panjajah Inggeris menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan polarisasi kaum. Contohnya, orang-orang Cina tinggal di kawasan bandar menjalankan perniagaan dan perlombongan dikawasan lombong dan mereka sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sebaliknya orang-orang Melayu tinggal di kawasan kampung sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India pula kebanyakkannya bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan bekerja di ladang-ladang. Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah digambarkan bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi orang India dan Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Oleh hal yang demikian, jurang pendapatan yang berbeza antara kaum menimbulkan rasa tidak puas hati serta persaingan ekonomi yang tidak sihat. Ketidak seimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling cemburu antara satu sama lain.
6. MASALAH EKONOMI Kegiatan ekonomi yang berbeza telah menciptakan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidak setaraan ini menyebabkan semua kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, manakala orang Cina dan India mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. 7. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA Latar belakang Pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai sebab yang membawa kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini terjadi apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka telah terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum tertentu iaitu sekolah Cina, Melayu, Inggeris dan India. Di sekolah Melayu, mereka lebih menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira, sekadar keperluan peringkat rendah. Manakala kurikulum sekolah India dan Cina pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malahan buku teks dan guru-guru mereka juga berasal dari negara tersendiri. Tambahan pula, bagi sekolah Inggeris pula hanya terdiri dari kalangan pelajar Cina dan India yang tinggal di bandar sahaja. Oleh hal yang demikian, silibus pelajaran yang berbeza menyebabkan ketidak seragaman bahasa, identiti dan fahaman menyebabkan berlakunya impak yang negatif dalam pembentukan kaum di Malaysia.
PENGAJARAN 1.KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA Tragedi gelap 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah langsung kepada mana-mana pihak, kerana berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum Melayu dan kaum Cina di Malaysia ketika itu. Impak dari peristiwa ini adalah mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling memilukan adalah nyawa mereka yang terkorban akibat kejadian seperti ini telah meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan ahli keluarga yang terbabit dalam insiden 13 Mei 1969. 2.PERINTAH BERKURUNG Setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Objektif dari tindakan ini adalah untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara Ketika itu. Hal ini memberikan kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya membatasi dan menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca rezek, sebagai contohnya aktiviti berjual-beli yang susah untuk melakukan interaksi antara penjual dan pembeli kerana terdapat sekatan lalu lintas dan terhadnya waktu untuk keluar rumah yang dilakukan semasa perintah berkurung ketika itu.
3.KEUNTUNGAN KEPADA MUSUH-MUSUH NEGARA Peristiwa 13 Mei 1969 ini sangat jelas menguntungkan musuhmusuh negara di luar sana yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Kesimpulan dari peristiwa ini adalah, keadaan negara yang kacau-bilau, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum akan berpecah-belah berpunca dari amarah dan rasa tidak berpuas hati dengan topik-topik yang sensitif terutama isu perkauman, agama dan perbezaan antara kaum . 4.PERPADUAN NASIONAL Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi pengajaran kepada kita dan kerajaan telah memulakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan teladan,panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum agar dapat menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berperasangka baik antara satu sama lain. Selain itu juga, peristiwa ini memberi kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat, bertolak-ansur,bertoleransi perlulah dipupuk dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia peristiwa gelap ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.
5.KEADILAN EKONOMI Tragedi 13 Mei juga membuktikan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai apabila masyarakat Malaysia hidup dalam kemiskinan, keadaan ini bertambah rumit dengan fakta bahawa kebanyakan orang miskin terdiri daripada hanya satu kaum sahaja .Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa kestabilan ekonomi hanya berpehak kepada kaum tertentu sahaja. Ekonomi dan penduduk Malaysia menunjukkan kebanyakan penduduk luar bandar kurang bernasib baik dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi masalah dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam masyarakat Bumiputera kerana sukar untuk mencapai keharmonian dalam hidup. Berikutan itu, kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 13 Mei. Dasar ini adalah dasar jangka panjang dengan dua objektif utama iaitu pembasmian kemiskinan dan pembaharuan sosial, tanpa mengira kasta.
KESIMPULAN Peristiwa gelap 13 Mei 1969 ini bukan sahaja tercatat sebagai sejarah pertelingkahan dan salah faham antara kaum, ianya juga menggariskan sempadan–sempadan yang harus diambil tahu dan dipeduli oleh semua pihak. Selain itu juga, peristiwa ini turut memaparkan rahsia– rahsia pembinaan negara bangsa yang merangkumi bidang–bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Oleh itu, pentingnya untuk kita hidup bersatu padu untuk menguatkan lagi perpaduan antara kaum agar tidak lagi boleh dijajah oleh negara lain apabila melihat masyrakatnya yang saling hormat–menghormati dan hidup dalam keadaan aman sejahtera tidak mengira kaum, agama dan bangsa. Semoga masyarakat Malaysia mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini dan diharapkan supaya peristiwa seperti ini tidak berulang lagi di Malaysia. RUKUJAN https://www.aerill.com/2018/05/pru-3-1969-peristiwa-13- mei.html 1. https://mm0905-1.blogspot.com/2010/01/images-from-may-13- incident.html 2. 3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei 4.https://pages.malaysiakini.com/may13/my/ 5.https://cerdika.com/my/faktor-rusuhan-kaum-13-mei-1969/ https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-dirajamalaysia/sejarah/peristiwa-13-mei 6.