1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : KU NURUL IMAN AMINAH BINTI KU MOHD ADNAN SHAH No. K/P : 030822-08-0474 Angka Giliran : 2021202340325 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.02 Nama Pensyarah : DR KOK KEAN HIN Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______Aminah__________Tarikh : ______5 MAC 2024________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:______________________Tarikh : _____________________
2 Penghargaan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurniaNya, maka saya dapat menyiapkan pentaksiran berterusan ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Kok Kean Hin selaku pensyarah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang tidak putus memberi sokongan dan bantuan sepanjang saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini. Akhir sekali, saya berharap hasil penulisan bagi pentaksiran berterusan ini dapat memenuhi spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan oleh pensyarah dan Institut Pendidikan Guru dan gred yang cemerlang.
3 Isi Kandungan Bil Perkara Catatan 1.0 Pengenalan 4 2.0 Impak Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah 5 – 7 3.0 Manipulasi Impak Stratifikasi Sosial Untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah 8 – 9 4.0 Penutup 9 Rujukan 10
4 1.0 Pengenalan Berdasarkan Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar dan Mohd Hanapiah Khamis (2024), stratifikasi sosial merujuk kepada perbezaan dan ketaksamaan sosial yang menentukan kedudukan sosial seseorang. Stratifikasi sosial bukan sahaja menggambarkan perbezaan yang wujud dalam masyarakat malah menentukan peranan dan fungsi sosial. Rizqon Halal Syah Aji (2015) menyatakan bahawa ketaksamaan sosial dipengaruhi oleh perkara-perkara tertentu seperti status sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat. Selain itu, Muhammad Qayyum (2022) berpandangan bahawa sistem stratifikasi sosial sangat diperlukan dalam masyarakat moden kerana terdapatnya pelbagai pembahagian kerja. Hal ini mendorong kepada sistem pembahagian sumber manusia yang efektif di mana individu dibahagikan mengikut kebolehan tertentu. Melalui sistem pembahagian tersebut, stratifikasi sosial boleh wujud secara semulajadi atau dibina. Stratifikasi secara semulajadi adalah seperti hubungan dalam keluarga, pemimpin atau hubungan senior dan junior dalam sesebuah institusi sosial. Stratifikasi sosial yang dibina pula wujud dalam sesebuah organisasi formal seperti pembahagian kuasa dan jawatan. Seterusnya, Sulaiman Saat (2016) mendefinisikan institusi sosial sebagai sesuatu yang wujud kerana masyarakat mempunyai keperluan yang harus dipenuhi melalui kerjasama. Pertambahan institusi sosial dipengaruhi oleh keperluan masyarakat yang pelbagai seperti institusi keagamaan, institusi pendidikan dan institusi ekonomi. Stratifikasi sosial mewujudkan peranan masyarakat yang berbeza dalam institusi sosial bagi memenuhi keperluan.
5 2.0 Impak Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah Stratifikasi sosial memberi impak yang pelbagai dalam budaya sama ada di sekolah atau di tempat kerja. Namun begitu, stratifikasi sosial pada era kemodenan kini telah jelas wujud dalam budaya sekolah. Hal ini berlaku kerana generasi kini semakin mudah menilai sesuatu perkara dengan menggunakan teknologi dan maklumat. Impak yang diberi kepada budaya sekolah dapat dilihat melalui tiga faktor yang telah dinyatakan. 2.1 Stratifikasi Politik Sepertimana yang telah dijelaskan, stratifikasi sosial dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan status sosial. Idrul Hisham Ismail et al. (2024) mengatakan bahawa faktor asas yang menentukan stratifikasi sosial ialah kekuasaan. Seseorang yang memiliki kuasa atau jawatan dinilai mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannya. Dari sudut budaya sekolah, stratifikasi sosial yang dipengaruhi oleh politik dapat dilihat secara semulajadi dan dibina. Dalam stratifikasi politik, stratifikasi sosial secara semulajadi dalam budaya sekolah dapat dilihat melalui hubungan senior dan junior. Murid senior dilihat sebagai contoh teladan oleh murid junior dalam pelbagai aspek seperti pemakaian, tingkah laku dan disiplin. Selain itu, stratifikasi sosial yang dibina di budaya sekolah dari sudut politik dapat dilihat pada jawatan yang disandang oleh murid dan guru. Murid yang memiliki jawatan seperti pengawas sekolah dan guru yang memegang jawatan seperti Guru Besar dan Penolong Kanan lebih disegani oleh murid lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang berjawatan sedemikian mempunyai kuasa dalam beberapa skop tertentu. Sehubungan dengan itu, stratifikasi politik yang wujud dalam budaya sekolah memberi impak kepada kelompok yang tergolong dalam budaya tersebut. Hubungan senior dan junior menyebabkan wujudnya ketegangan dalam hubungan komuniti sekolah. Hal yang sama juga boleh berlaku bagi golongan yang berjawatan di sekolah. Ketegangan hubungan ini juga menyebabkan hubungan sesama komuniti sekolah menjadi kurang mesra di samping menghalang kesepaduan dalam menjayakan aktiviti sekolah.
6 2.2 Stratifikasi Ekonomi Menurut Siska Wahyuni Fitri, Aulia Rahman, Nelfia Noftri dan Januar (2023), stratifikasi ekonomi terjadi apabila wujudnya kemampuan ekonomi yang berbeza dari segi pendapatan, kekayaan dan pekerjaan. Stratifikasi ekonomi juga bersifat terbuka dan perubahan antara kelas ekonomi berlaku secara bebas. Dalam budaya sekolah, stratifikasi ekonomi diikur dan dinilai pada pendapatan ibu bapa murid. Pendapatan isi rumah yang direkodkan oleh pihak sekolah telah membahagikan murid kepada beberapa golongan yang tertentu seperti murid B40 dan murid bantuan RMT. Pembahagian ini menyebabkan terdapatnya murid yang tidak berkelayakan untuk menerima sebarang bentuk bantuan dari segi bantuan kewangan atau barang fizikal lain. Perkara ini dapat dilihat pada murid yang tergolong dalam golongan M40 yang kadang kala tidak dapat memenuhi kesemua keperluan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana murid golongan M40 mempunyai faktor lain yang menyebabkan kekangan tersebut berlaku. Faktor seperti bilangan adik-beradik yang ramai menyebabkan ibu bapa berpendapatan M40 tidak dapat memenuhi semua keperluan pendidikan anak-anaknya. Muhammad Fajar Khoironi dan Arief Sudrajat (2023) turut menegaskan lagi bahawa stratifikasi sosial yang dipengaruhi oleh ekonomi menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak dapat menyediakan peralatan sekolah yang mencukupi seperti buku latihan. Masalah ini acap kali dipandang remeh dalam kalangan M40 yang disebabkan oleh persepsi masyarakat dan guru yang menganggap bahawa golongan ini lebih berkemampuan berbanding B40. 2.3 Stratifikasi Status Sosial Abdullah Chozin dan Taufan Adi Prasetyo (2021) menyatakan bahawa stratifikasi status sosial diukur dari segi kehormatan dan ilmu. Kehormatan yang dinyatakan merujuk kepada seseorang yang dihormati dan disegani atau seseorang yang telah menyumbangkan sesuatu terhadap komuniti. Kehormatan dalam budaya sekolah sering kali ditujukan kepada guru atau murid yang membanggakan atau mengharumkan nama sekolah. Hal ini menyebabkan berlakunya persaingan dalam budaya sekolah bagi mencapai sesuatu yang diingini. Persaingan sering kali berlaku antara murid yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam akademik berbanding murid yang sebaliknya. Natijahnya, para guru lebih tertumpu kepada golongan murid tersebut bagi mengekalkan tahap prestasi sekolah yang cemerlang atau sekolah kluster. Secara tidak langsung, guru juga bersikap bias terhadap murid yang sederhana dan murid yang lemah dalam sesi PdP. Sikap bias guru menyebabkan murid yang sederhana dan murid yang lemah berasa rendah diri terhadap kebolehan mereka dalam akademik dan kokurikulum. Murid-murid tersebut juga berkemungkinan menjadi pasif dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh guru atau sekolah. Seterusnya, murid-murid tersebut juga berkemungkinan menyebabkan masalah disiplin bagi mengambil perhatian guru terhadap kewujudan mereka di sekolah.
7 Di samping itu, Abdullah Chozin dan Taufan Adi Prasetyo (2021) turut berhujah bahawa ilmu pengetahuan seseorang atau sesuatu kelompok yang mempunyai pendidikan yang tinggi kebiasaannya dipandang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui penubuhan sekolah elit dan sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Seratas dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Persepsi masyarakat terhadap sekolah-sekolah di atas menyebabkan berlakunya konflik dalam budaya sekolah. Perkara ini diketengahkan oleh Windy Divaci Anastasya, Wulan Say, Dini Sri Wahyuni dan Januar (2024) yang berpandangan bahawa konflik dalam stratifikasi sosial merupakan keadaan di mana pihak yang pelbagai saling menghancurkan, menyingkirkan dan mengalahkan disebabkan perasaan benci, permusuhan dan iri hati. Keadaan ini berisiko mewujudkan budaya sekolah yang tidak sihat seperti buli dalam kalangan murid. Persepsi guru yang tinggi terhadap muridmurid di sekolah-sekolah tersebut juga menyebabkan segelintir murid keciciran dalam pelajaran. Perkara ini dipengaruhi oleh tanggapan guru yang tinggi terhadap sekolah elit yang menyebabkan guru kurang berusaha dalam memperbaiki dan menambah baik kaedah pengajaran. Selain daripada itu, stratifikasi sosial juga menyebabkan wujudnya budaya berpuak dalam kalangan guru dan murid. Budaya ini dipengaruhi oleh status ekonomi, sosial dan kadang kala kuasa serta jawatan. Dari segi status ekonomi, murid yang berkemampuan lebih gemar berkawan dengan murid yang sama status ekonomi dengannya. Hal ini dikatakan oleh Zulkifley Hamid dan Muammar Ghaddafi Hanafiah (2016) bahawa golongan yang berstatus ekonomi stabil dan tinggi mempunyai pemikiran yang jauh lebih positif daripada golongan yang berstatus ekonomi rendah. Seterusnya, budaya berpuak di sekolah juga dibentuk melalui tahap pencapaian murid. Murid yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi atau sederhana dalam akademik lebih banyak berinterkasi sesama mereka sahaja. Perkara ini didorong oleh minat dan perkongsian ilmu yang hanya difahami antara murid-murid tersebut. Golongan murid tersebut juga lebih gemar untuk belajar bersama-sama dalam latihan pengukuhan yang diberi oleh guru. Hal ini kerana daya dan tahap kefahaman mereka dalam sesuatu subjek adalah hampir sama untuk difahami berdanding murid yang lemah. Sehubungan dengan itu, kuasa atau jawatan yang disandang oleh murid turut menjadi sebab budaya berpuak semakin berleluasa di sekolah. Terdapat sebahagian murid yang hanya bersosial dengan murid-murid yang memegang jawatan seperti pengawas sekolah dan pengawas Pembimbing Rakan Sebaya bagi memperoleh kelebihan tertentu. Kelebihan ini termasuklah mendapat nama di kalangan guru atau mengelakkan diri daripada hukuman. Kenyataan-kenyataan di atas jelas berlaku di sekolah terutamanya dalam lingkungan sosial dan interaksi antara murid.
8 3.0 Manipulasi Impak Stratifikasi Sosial Untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah Impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Namun begitu, impak-impak tersebut mampu dimanipulasi untuk membentuk budaya yang lebih positif di sekolah. Dalam stratifikasi politik, guru bukan sahaja menggalakkan pembinaan ‘role model’ dalam kalangan murid senior, malah dalam kalangan murid junior. Hal ini bertujuan mengurangkan tekanan murid senior yang berasa terpaksa dan terbeban dalam menjadi contoh teladan. Seterusnya, galakan guru ini juga dapat memupuk pembentukan jati diri yang positif dalam kalangan murid junior dari aspek disiplin dan tingkah laku. Hal ini turut menyumbang kepada pembentukan budaya positif di sekolah kerana murid telah dididik dan dibentuk dari awal umur persekolahan. Guru juga boleh memberi pendedahan kepada muridmurid berkaitan tugas yang dipegang oleh Guru-guru Penolong Kanan dan Pengawas Sekolah. Pendedahan ini berfungsi mengurangkan perasaan segan dan gerun murid serta menggalakkan murid untuk memberi kerjasama kepada pemegang-pemegang jawatan tersebut dalam melakukan tugas. Di samping itu, guru sewajarnya cakna terhadap status ekonomi murid-murid tanpa membandingkan perkara tersebut di khalayak ramai seperti dalam kelas atau di bilik guru. Hal ini boleh menyebabkan murid golongan B40 berasa malu terhadap status ekonominya yang rendah dan murid golongan M40 berasa dipinggirkan daripada menerima bantuan seperti bantuan RM100. Dalam proses manipulasi impak stratifikasi ekonomi, ibu bapa turut memainkan peranan signifikan dalam menjelaskan status ekonomi mereka kepada pihak sekolah dan anak-anak mereka. Tindakan ini bertujuan meningkatkan kefahaman pihak sekolah dan anak-anak terhadap perkara atau benda yang mampu dipenuhi dan sebaliknya. Tindakan ini juga dapat merendahkan tanggapan guru atau pihak sekolah yang menganggap golongan murid M40 memiliki kuasa mampu milik seperti golongan murid T20 terhadap barangan keperluan sekolah. Berdasarkan penjelasan impak stratifikasi status sosial kepada budaya sekolah, guru dan ibu bapa perlu sentiasa memotivasikan murid secara menyeluruh sama ada dalam akademik, kokurikulum dan tingkah laku. Murid bukan sahaja dimotivasikan dengan kata-kata semangat, malah melalui tindakan guru dan ibu bapa yang menggalakkan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan tanpa mengira tahap pencapaian akademik mereka. Sebaliknya, guru meningkatkan penglibatan murid dalam sukan dan pertandingan berdasarkan minat, bakat dan komitmen yang ditunjukkan oleh murid. Guru juga haruslah menumpukan perhatian yang lebih kepada murid yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui langkah dan latihan intervensi dalam kelas atau di luar kelas. Intervensi tersebut dilakukan bagi mengukuhkan dan memperkasakan semula konsep asas yang dapat memudahkan murid dalam memahami perkara yang lebih lanjut. Selain daripada itu, guru perlulah bijak membahagikan murid ketika
9 aktiviti berkumpulan. Hal ini bertujuan mengurangkan budaya berpuak di samping memupuk dan meningkatkan nilai kerjasama dalam kalangan murid. Usaha ini juga bertujuan meningkatkan penglibatan murid pasif dalam aktiviti PdP dan membina keyakinan diri mereka. Pembahagian ahli kumpulan dalam aktiviti PdP mestilah terdiri daripada murid yang pelbagai tahap penguasaan agar pengukuhan dapat dilaksanakan dengan efektif. 4.0 Penutup Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa stratifikasi sosial memberi kesan dalam pelbagai aspek termasuklah pendidikan. Malahan, stratifikasi sosial memberi kesan yang lebih mendalam kepada budaya sekolah kerana murid-murid masih berada dalam fasa perkembangan untuk menilai perkara positif dan negatif. Para pendidik dan ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya positif di sekolah melalui pendidikan formal atau informal. Oleh hal yang demikian itu, impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah mestilah dikawal oleh pihak yang berkaitan bagi membentuk generasi yang seimbang dan positif.
10 Rujukan Anastasya, W. D., Say, W., Wahyuni, D. S., & Januar. (2024). Kesenjangan Prestasi di Sekolah: Faktor-Faktor Stratifikasi yang Berperan. Jurnal Pendidikan Dan Ilmu Sosia, 2(1), 171-181. https://doi.org/10.54066/jupendis.v2i1.1187 Chozin, A., & Prasetyo, T. A. (2021). Pendidikan masyarakat Dan stratifikasi sosial dalam prespektif Islam. Mamba'ul 'Ulum, 17(2), 1-12. https://doi.org/10.54090/mu.42 Fitri, S. W., Rahman, A., Nofitri, N., & Januar, J. (2023). Stratifikasi Sosial dalam Sistem Perekonomian Masyarakat Urban. Journal of Social Humanities and Education, 2(4), 307-318. https://doi.org/10.55606/concept.v2i4.691 Hamid, Z., & Hanafiah, M. G. (2016). Pemikiran belia Malaysia: Pengaruh umur, etnisiti dan status ekonomi. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space, 12(11), 92-102. https://journalarticle.ukm.my/11078/1/15620-43717-1-PB.pdf Ismail, I. H., Kayar, R., & Khamis, M. H. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Khoironi, M. F., & Sudrajat, A. (2023). Budaya Stratifikasi Sosial terhadap Kesenjangan Ekonomi Keluarga dan Kualitas Pendidikan pada Anak. Jurnal Ilmiah Ilmu Sosial, 9(1), 25-34. https://doi.org/10.23887/jiis.v9i1.55663 Qayyum, M. (2022). Stratifikasi sosial ekonomi masyarakat urban. https://doi.org/10.31219/osf.io/np6r4 Saat, S. (2016). Pendidikan sebagai institusi sosial. Lentera Pendidikan : Jurnal Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, 16(2), 178-187. https://doi.org/10.24252/lp.2013v16n2a5 Syah Aji, R. H. (2015). Stratifikasi Sosial dan Kesedaran Kelas. Jurnal Salam, 2(1), 31-48. http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/handle/123456789/31358