The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fhanani2317, 2024-02-24 04:11:35

Pengembaraan Lili Di Dalam Hutan Pelangi

BMMB3283

PENGEMBARAAN LILI DI DALAM HUTAN PELANGI Farah Hanani @ E


Watak Lili Danish Chong NenekMimi NenekMimi Encik Daniel Encik Daniel Nini


Di sebuah perkampungan kecil, tinggal seorang bapa yang digelar Encik Daniel dan anaknya Lili dalam sebuah rumah di hujung kampung. Encik Daniel kehilangan isterinya setelah melahirkan Lili. Isterinya telah menghidap penyakit mata misteri dan Lili juga juga telah menghidap penyakit mata tersebut secara genetik.


“Ayah, bagaimanakah warna pelangi? Lili juga ingin melihat warna pelangi yang selalu diceritakan oleh ayah. ” kata Lili . Bersimpati dengan nasib Lili, Encik Daniel teringat akan cerita ibunya dahulu tentang seorang nenek yang tinggal di hutan pelangi bernama Mimi berkebolehan untuk menunaikan hajat. Encik Daniel menceritakan kepada Lili tentang nenek Mimi. Lili berasa teruja dan nekad untuk mencari nenek Mimi di hutan pelangi.


Setibanya di hadapan hutan itu, Encik Daniel berpesan kepada Lili. “ Lili, ingatlah pesan ayah, sentiasa berbuat baik dengan semua orang agar beroleh kebaikan pada dirimu juga. ” “Baik ayah, saya akan ingat pesan ayah . ” ujar Lili Lili amat teruja kerana dia mula dapat melihat warna di sekelilingnya sejurus sahaja memasuki hutan pelangi itu.


Dalam perjalanan ke rumah nenek , Lili terjumpa seorang budak lelaki yang menangis teresak-esak. “Kenapa kamu menangis ?” tanya Lili. “Tayar… basikal saya tercabut dan saya perlu balik segera ke rumah. Kata budak lelaki bernama Danish itu. Lili segera membantu Danish untuk menggantikan tayar basikalnya yang tercabut di tengah jalan itu.


“ T erima k a si h se b a b tolo n g s a y a , se b a g a i t a n d a terima k a si h s a y a h e n d a k b eri k a n a w a k s a t u p ele k a t b i n t a n g y a n g s a y a a d a i n i . ” D a n is h p u n me n y er a h k a n p ele k a t b i n t a n g y a n g comel k e p a d a Li l i se b a g a i t a n d a terima k a si h . “ S a y a h a r a p k e b a i k a n a w a k mamp u memb a n t u a w a k s u a t u h a ri n a n ti . ” k a t a D a n is h mema n d a n g Li l i s amb i l terse n y um.


Lili meneruskan lagi perjalanannya di dalam hutan pelangi. Setibanya, di sebatang sungai Lili terlihat seorang lelaki berbaju hijau muda yang patah kakinya sedang berfikir cara hendak melalui sungai tersebut . “Hai pemuda , apakah yang awak sedang fikirkan ?” tanya Lili. “Saya sedang cuba untuk melalui sungai ini namun saya tidak mampu untuk melakukannya sendirian kerana kaki saya patah. Bolehkah awak membantu saya meletakkan papan kayu di sungai ini?” jawab Chong.


Lili terus mencapai papan kayu yang ada di tepi pokok dan membantu Chong meletakkannya di sungai itu untuk dijadikan titi. Namun, sewaktu Lili ingin mencuba melalui titi tersebut, papan kayu itu telah patah. Nasib menyebelahi Lili apabila Chong sempat mencapai tangannya sebelum dibawa oleh arus sungai itu. “Lili, kamu tidak apa-apa kan?” tanya Chong dengan kerisauan. “Jangan risaulah! saya kan kuat!” balas Lili dengan semangat untuk mengurangkan kerisauan yang ada di muka Chong.


Setelah berfikir sejenak, Lili telah mendapat idea untuk menggunakan dua keping papan kayu untuk dijadikan titi di sungai itu. Melalui cara itu , papan kayu tersebut mampu menampung berat Chong. Lili segera memberitahu Chong ideanya dan mereka meletakkan dua papan kayu di sungai untuk dijadikan sebagai titi dan ianya berhasil!


“Wah kamu sangat pintar. Terima kasih adik kerana telah membantu saya, awak terimalah pemberian saya yang tidak seberapa ini. ” Chong menghulurkan pelekat bintang kepada Lili. “Mesti ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik semua pelekat bintang yang aku dapat ini. ” ujar Lili sendirian di dalam hati. “Terima kasih, semoga awak cepat baik dan selamat sampai ya!” kata Lili kepada Chong.


Lili meneruskan pengembaraannya apabila tiba di hadapan sebuah gua yang besar, Lili terdengar suara kanak-kanak yang menangis sayu di tepi gua itu. “Dodo! .. di mana kamu?” Nini memanggil Dodo dengan sayu.


“Hai adik, adik sedang cari apa?Siapa Dodo?” tanya Lili. “Kucing saya berwarna coklat keperangan memakai kolar bintang yang bernama Dodo telah hilang sewaktu saya mengambil bunga di tepi gua. Kakak boleh bantu saya carikan Dodo?” jawab Nini dengan sayu. “Ya mestilah boleh, mari kita cari Dodo bersama-sama. ” jawab Lili sambil memegang tangan Nini yang kecil itu. Setelah puas mereka mencari Dodo di kawasan berhampiran gua, Lili nekad untuk mencari Dodo di dalam gua itu. “Kakak rasa kita perlu cari di dalam gua, Dodo mungkin ada di dalam gua ini. ” kata Lili sambil menunjukkan pintu gua tersebut. “Baiklah kakak. ” jawab Nini .


“Hai adik, adik sedang cari apa?Siapa Dodo?” tanya Lili. “Kucing saya berwarna coklat keperangan memakai kolar bintang yang bernama Dodo telah lari masuk ke dalam gua itu . ” kata Nini sambil menunjuk ke arah gua tersebut. “Tetapi gua itu sangat gelap dan saya takut untuk masuk ke dalam gua itu. ” Balas Nini. “ Jangan risau, ayuh kita bersama masuk ke gua dan mencari Dodo. ” kata Lili sambil memegang tangan Nini.


S e b a i k s a h a j a mema s u k i g u a it u , Ni n i memb erit a h u k e p a d a Li l i b a h a w a k ol a r k u ci n g n y a it u b ole h b erc a h a y a ma k a i a n y a a k a n memu d a h k a n l a g i p e n c a ri a n Do d o d i d a l am g u a it u . “ O h b e g it u y a ? b a g u sl a h k a l a u b e g it u ! le b i h mu d a h u n t u k k it a c a ri Do d o se k a r a n g . ” j a w a b Li l i d e n g a n ri a n g . S e w a k t u me n c a ri Do d o d i d a l am g u a , Ni n i me n y a n y i k a n s a t u l a g u .


Dodo , dodo marilah sini, Tuan Nini mencari-cari, Di mana dodo tak dijumpai, Tuan Nini rindu sekali. Dodo kucing manja sekali, Balik ke nini tuanmu ini, Nini tidak mahu pengganti, Baliklah sayang sini kemari. Irama lagu : “Nenek si bongkok tiga”


Tiba-tiba , Nini ternampak cahaya disebalik batu di dalam gua itu. Nini dan Lili cuba menghampiri batu itu dan akhirnya mereka menjumpai Dodo. “Dodo!! Nini rindu Dodo… ” Nini berlari ke arah Dodo sambil memeluk kucingnya itu. “Terima kasih kakak kerana menolong saya untuk mencari Dodo saya yang hilang, sebagai hadiahnya saya nak berikan kolar Dodo kepada kakak. ” Nini mengambil kolar Dodo lalu memberikannya kepada Lili.


Lili meneruskan lagi perjalanan , namun apabila sampai di satu jalan kecil Lili terpesona melihat rama- rama yang mempunyai warna seperti warna pelangi. Lili mengikut rama-rama tersebut sehingga menemui sebuah rumah berwarna pelangi di hadapannya.


“Wah, cantiknya rumah ini” . Lili berkata sendirian sambil terpesona melihat rumah pelang i itu.


“Hai cu, apakah hajat kamu kemari?” tanya nenek Mimi. Lili memandang nenek Mimi dengan gembira. Lili terus memberi tahu hajatnya untuk berjumpa dengan nenek Mimi. “ Nenek , sebenarnya Lili ingin berjumpa nenek untuk mendapatkan kaca mata ajaib . Lili juga menghidap penyakit yang sama seperti ibu… ” ujar Lili dengan sedih.


“Wa h a i c u , meli h a t b int ang - b int ang y ang k amu d a p a t nene k t a h u b a h awa k amu tel a h mel a k u k an k e b a i k an. ” k a t a nene k Mimi k e p a d a Lili. “Nene k a k an t una i k an p ermint a an k amu unt u k mend a p a t k an k a c a ma t a a j a i b . ” k a t a nene k Mimi.


N e n e k m i m i m e n g h u l u r k a n k a c a m a t a m er a h a j a i b it u k e p a d a Li l i . “ T eri m a k a si h n e n e k Mi m i . Li l i p u l a n g d u l u y a !”Li l i terse n y u m g e m b ir a . 0


Lili memakai kaca mata itu dan pulang semula ke rumah dengan kaca mata ajaibnya. Lili berasa teruja untuk menceritakan pengembaraannya dalam hutan pelangi kepada ayahnya. -Tamat-


Click to View FlipBook Version