The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jajamilah81, 2021-08-18 02:55:43

BUKU SCRAP PERMAINAN TRADISIONAL

BUKU SCRAP PERMAINAN TRADISIONAL

SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI
01000 KANGAR, PERLIS

BUKU SKRAP
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM

MELAYU

NAMA: KU NAJWAN SYAFI BIN KU ABD FITHRI
KELAS: 5 ARIF
TAHUN: 2021

NAMA GURU: PUAN CHE NORLIA BINTI CHE MAT

0

Bil Isi Kandungan Muka Surat
1. Isi Kandungan 1
2. Penghargaan 2
3. Pendahuluan 3
4. Permainan Tradisional
5. Kesimpulan 4-11
12

1

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan buku skrap ini
tentang Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada cikgu saya iaitu cikgu Che Norlia Binti Che Mat, di atas
segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa dan kakak saya kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-
kata semangat kepada saya didalam menyiapkan tugasan ini.

2

Buku skrap ini bertajuk Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia. Tiga
kaum dihuraikan secara ringkas didalam buku skrap ini. Semoga permainan
tradisional ini akan dapat di ketahui oleh generasi-generasi yang akan datang.

Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu
melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan
anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat,
memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan
sebagainya. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini mengukuhkan
lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita

3

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

SEPAK RAGA
BATU SEREMBAN

CONGKAK

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

MAHJONG
GO

XIANG QI
YO-YO CINA

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

KHO-KHO
CHATURANGA

KABADI

4

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

SEPAK RAGA

Permainan sepak raga telah diperkenal sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat
Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih
dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang
Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola
sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah
seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu
akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan
atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya
supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan.

BATU SEREMBAN

Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional
yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan
fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk

5

membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu. Dengan pergerakan
pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain batu seremban ini,
kemahiran motor halus anak dapat ditingkatkan. Batu Seremban juga dikenali
sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu
lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan
yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

CONGKAK

Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya
dapat bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan,
pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain. Dengan
bermain congkak, ianya bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga
dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemahiran motor halus
mereka.

6

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

MAHJONG

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang
berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan,
termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan,
nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong
juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
GO

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga
dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi
yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah.
Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

7

XIANG QI

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur

YO-YO CINA

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang
sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh,
dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan
laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

8

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

KHO-KHO

‘Kho-kho’ merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum
India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan
menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa
Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan ‘Lari dan
kejar’ di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh
pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta
pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan
kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9
daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam
permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara
lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah
setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala,
pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap
pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan.
Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan “foul”, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan
sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran
mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata “Kho
Kho”. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi
permainan ‘Kho-Kho’ ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

9

CHATURANGA

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah
pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur
dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam
terminologi sanskrit, “Chaturanga” berarti “memiliki empat bagian” dan dalam
puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti “tentara.” Nama itu sendiri
bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang
terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna
memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8
di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal
di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-
Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai
sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan
dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas’ūdī juga
menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur
untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari
Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada
permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni
sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau
melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi
bidak lain mengalami perubahan bentuk

10

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional
India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas
di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan
juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.
Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga
kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia
British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada
tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh
daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain
simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan
5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan
menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik
kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah
rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus,
salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran
pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum
berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi
sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali
semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,
pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang
dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir
perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan
adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada
satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu
penjaring

11

Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat mengetahui Jenis-Jenis
Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia Seperti permainan Tradisional Kaum
Melayu seperti Sepak Raga, Batu Seremban dan Congkak. Permainan Tradisional
Kaum Cina seperti Mahjong, Go, Xiang Qi dan Yo-Yo Cina. Permainan Tradisional
Kaum India seperti Kho-Kho, Chaturanga dan Kabadi.

12


Click to View FlipBook Version