The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jajamilah81, 2021-08-14 09:19:33

FOLIO SEJARAH TAHUN 5A

FOLIO SEJARAH TAHUN 5A

SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI
01000 KANGAR, PERLIS

FOLIO SEJARAH
PERJUANGAN TOKOH-TOKOH

TEMPATAN

NAMA: KU NAJWAN SYAFI BIN KU ABD FITHRI
KELAS: 5 ARIF
TAHUN: 2021

NAMA GURU: PUAN CHEMPAWAN BINTI HASSAN

0

Bil Isi Kandungan Muka Surat
1. Isi Kandungan 1
2. Penghargaan 2
3. Pendahuluan 3
4. Tokoh
5. Kesimpulan 4-15
16

1

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan folio tentang
Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada cikgu sejarah saya iaitu cikgu Chempawan bt Hassan di atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa dan kakak saya kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-kata
semangat kepada saya di dalam menyiapkan tugasan ini.

2

Folio ini bertajuk Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan. Seramai 10 orang
tokoh-tokoh tempatan dihuraikan secara ringkas di dalam folio ini. Semoga jasa
dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini akan dapat di ketahui dan disanjung
oleh generasi-generasi yang akan datang.

3

TOKOH DOL SAID
TOKOH RENTAP
TOKOH SHARIF MASAHOR
TOKOH DATO’MAHARAJA LELA
TOKOH YAMTUAN ANTAH
TOKOH DATO’ BAHAMAN
TOKOH MAT SALLEH
TOKOH ANTENOM
TOKOH TOK JANGGUT
TOKOH HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

4

TOKOH DOL SAID

Nama sebenar dato' naning abdul said bin omar. Nama gelaran dol said.
Tinggal di daerah naming. Jawatan penghulu naning ke-9. Lahir pada tahun
1773. Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.

Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai. Pada
tahun 1831, Dol Said berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik
perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai
Ujong,Johol dan Muar. Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat
pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa
membelanjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Dol Said. British
hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga. Pada tahun
1832, Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka.

5

TOKOH RENTAP

Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak. Dilahirkan
tahun 1800. Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’.
Rentap juga digelar ‘Raja Darat’. merupakan pemimpin orang Iban di Sungai
Skrang dan Sungai Saribas.

Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun
dan telah menghapuskan petempatan mereka. James Brooke telah mendirikan
kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai prgerakan orang Iban. Pada tahun
1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai
kejayaan. Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan Iban
yang menyokongnya. Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James
Brooke di Bukit Sadok. Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat
dikesan selepas itu.

6

TOKOH SHARIF MASAHOR

Nama sebenar beliau ialah sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab.
Pembesar. Sarikei di kawasan Sungai Rajang. Dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein
di Brunei. Sangat berpengaruh dalam kalangan orang Melanau dan Iban di Sungai
Skrang.

Menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei
dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah
menyerang Mukah. Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
menyokong James Brooke. Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk
menyerang Kuching. Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera
Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun
1861, Sharif Masahor ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah
dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi
dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang

7

TOKOH DATO’MAHARAJA LELA

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di
Pasir Salak. Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu
J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan
konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan
di Pasir Salak.

Menetang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan
campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Sultan Abdullah,Dato” Maharaja
Lela dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh
J.W.W. Birch. Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch.
Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada
tahun 1877.

8

TOKOH YAMTUAN ANTAH

Nama sebenarnya ialah Tunku Laksamana Amtah Ibni Almarhum Radin
Menjadi Yamtuanseri Menanti sejak tahun 1875. Wilayah Seri Menanti terdiri
daripada Terachi,Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol.

Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British
dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan
tindakan Dato’ Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British
mengalahkan pasukan Yamtuan Antah. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke
Bukit Putus. Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.
Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

9

TOKOH DATO’ BAHAMAN

Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Dianugerahi gelaran
Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang
Klang di Selangor. Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang
Kaya Indera Segara. Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di
Pahang.

Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan
dilucutkan gelaran sebagai pembesar. Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman
menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman
menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dato’ Bahaman terpaksa berundur
ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.

10

TOKOH MAT SALLEH

Nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu. Dilahirkan di Inanam
dan menjadi pemerintah Sungau Sugut. Berketurunan Bajau dan Suluk. Mewarisi
sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Kebangkitan Mat Salleh
merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.

Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan
kawasan pengaruh. Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan
baharu yang membebankan. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu
di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. Mat Salleh telah ditewaskan di
Tambunan dan dikatakan telah terkorban.

11

TOKOH ANTENOM

Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom. Ketua kaum Murut di Rundum.
Dilahirkan tahun 1873. Ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang
Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

Menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang
pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa
dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan. Antanom
telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB. Pada tahun
1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai
Selangit. Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit

12

TOKOH TOK JANGGUT

Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut
kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada. Dilahirkan tahun 1853
di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah. Mahir dalam ilmu persilatan. Menetap di Kampung Nering,
Kelantan. Bekerja sebagai petani dan peniaga.

Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan.. Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan
serangan ke atas Pasir Puteh. Pihak British bertindak menyerang Tok
Janggut yang berkubu di Kampumg Saring. Tok Janggut terkorban dalam
pertempuran itu.

13

TOKOH HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji
Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah 1347
H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdul
Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.
Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika
pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji
Musa yang tinggal di Paya Bunga. Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti
gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

14

Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang
buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai
peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana
menentang peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran. Pihak British juga telah mengancam akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para
petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pihak
British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong telah
ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

15

Setelah menyiapkan folio ini, saya dapat mengetahui perjuangan tokoh-
tokoh Tempatan seperti Tokoh Dol Said, Tokoh Rentap, Tokoh Sharif Masahor,
Tokoh Dato’maharaja Lela, Tokoh Yamtuan Antah, Tokoh Dato’ Bahaman, Tokoh
Mat Salleh, Tokoh Antenom, Tokoh Tok Janggut, Tokoh Haji Abdul Rahman
Limbong.

Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanantokoh-tokoh ini
kerana kegigihan merekadi dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara daripada ditakluki oleh penjajah.

16


Click to View FlipBook Version