MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH : PUAN NUR IDAYU BINTI AWANG TEH
TAJUK: PERISTIWA 13 MEI 1969
NAMA AHLI KUMPULAN :
NADHIRAH BT MOHD NAZARI (21DDT20F1154)
NUR SOFRINA BT RAZALI (21DDT20F1158)
TENG WEI WEI (21DDT20F1167)
NURUL ASYIQIN BT MAT ZIN (21DDT20F1168)
NUR AIMI ATHIRAH BT ROSLAN (21DDT20F1169)
KELAS : DDT1E (S2)
ISI KANDUNGAN
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 2
3
Latar Belakang Peristiwa 14
13 Mei 1969
21
Punca Berlakunya Peristiwa 23
13 Mei 1969
25
Kesan Daripada Peristiwa 26
13 Mei 1969
Pengajaran Yang Diperoleh
Daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Kesimpulan
Rujukan
(1)
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei merupakan satu tragedi berdarah
yang banyak meninggalkan kesan terhadap
politik,ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.
Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa
yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan
kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Kesan penubuhan Jepun di Tanah Melayu
merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang
kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca
kepada peristiwa tersebut.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah
Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan yang negatif terhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera
amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras
umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan
ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata
selepas penjajahan British. Dasar Ekonomi Baru yang
dirancang oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu
usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali
kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di
Malaysia. (2)
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum
di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk
dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti
dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan
pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Pembangkang
meraikan kemenangan. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan
Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50-50 di
Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru.Sedangkan di Kampung Baru diduduki 30,000
orang melayu yang menjadi kubu UMNO berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini terletaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
(3)
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada
yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-
tepi jalan.
(4)
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun, perarakan kematian
tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas keterlanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan
semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tetapi, permohonan maaf sudah terlambat.
(5)
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan diri kedua-dua pihak.
Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri
Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba
mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan
dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita
kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari
rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua pemandu motosikal Cina
yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa
rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap
dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung
seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat
dikeluarkan, semua orang tidak keluar dari rumah. Pasukan polus berkawal
di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan
menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
(6)
Regimen Renjer
Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari
Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-
orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin
meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung
Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer.
Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar
Selangor.
(7)
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai
emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar
tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan
ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa
pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Walau
bagaimanapun, sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.
(8)
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa
iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina
keluar dari panggung. Iklan tersebut disiarkan dalam Bahasa Cina. Penonton
Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang anggota polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang
turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-
pura mati. Beliau masih hidup sehingga sekarang. Akibat daripada tindakan
sebegitu, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dan dikatakan kepala
orang Cina yang terbunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang
tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah
mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang
ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang
merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai
Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat iaitu ilmu kebal dengan yang agak mahal. Sebenarnya mereka
mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti,
Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung
Baru ketika itu.
Namun rusuhan tidak berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak,
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri
Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di
Melaka dan di Betong ada tembakan oleh PKM.
(9)
Panggung Odeon di Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur
(10)
Angka Korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah, tetapi spekulasi mengatakan 700 orang
mati terbunuh. Di mana Tunku? Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul
Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang, Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin
mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya, Tunku
menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei
1969. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang
Melayu ketika itu. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju
Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe
Bugner dan Bank Rakyat.
(11)
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara
dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan
oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema
Melayu" (Malay Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan.
Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-
burukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat dikawal dan
beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian
termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan
Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langka Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dan
Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka
miskin di tanah air mereka sendiri.
(12)
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3
semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi
Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang
dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan
seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi pilihan raya dan agihan
kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
(13)
Punca Berlakunya
Peristiwa 13 Mei 1969
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman penduduk Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama
lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar "pecah dan
perintah" yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan
beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi
dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang
Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja
di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan
India adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan
ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
okonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan
perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam
kedudukan mereka. Masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan di
kampung, masyarakat Cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun-
temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja
sebagai penoreh dan tinggal di estet.
(14)
Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam
kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya
terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan
prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969. Suasana seperti ini menyebabkan hubungan
masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah
keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan
kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak
seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai
kemerdekaan. Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-
ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang
melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan
dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya
dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan.
Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini
berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai
kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,
membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri Cina dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
(15)
Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki
sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah
yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Walaupun selepas kemerdekaan, kerajaan cuba memperkenalkan dasar-
dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan
ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu.
Hal ini kerana, mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan
bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS)
pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa
dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan
universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan
Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad
sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO
ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr. Ismail bin Abdul Rahman,
akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan
kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.
Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang
kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.
Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah
mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti
Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka
dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan
itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul
Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi
bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan
Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan
sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
(16)
Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak
Istimewa Orang Melayu
Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa
orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum
lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan
Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang Melayu. Namun, hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya
apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-
mata untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan
bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah
mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada
9 Ogos 1965.
(17)
Namun, keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela
nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru
telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP sebelum ini.
Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya
pilihanraya 1969 parti DAP dan parti-parti pembangkang lain telah
memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-
soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang
cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan
sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
(18)
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang
antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas
sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status
bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa
Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed
Nasir bin Ismail.
Perbezaan Agama Dan Budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam. Kaum cina
beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india
beragama hindu. Di samping itu, terdapat juga yang beragama kristian.
Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat
dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara
yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut
agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei
1969.
(19)
Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan
berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang
Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina manakala
orang cina dan India mencemburui kelebihan orang Melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
(20)
Kesan Daripada Peristiwa
13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 memberi kesan kepada banyak perkara di negara
kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum
Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat
negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan
raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasa raja
serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang
kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah
menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara
negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk
menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang
telah terpendam dalam diri masyarakat sehingga tercetusnya peristiwa
hitam 13 Mei 1969.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa
pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Perkara ini telah
menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen
dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan
yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya
dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui
sukai.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan
perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama
diamalkan di Tanah Melayu.Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan
adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi,
penangkapan ikan dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami
perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi
kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
(21)
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak
langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu
orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-
masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India
tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak
dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk
mewujudkan perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan
perintah kolonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga
mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan
berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor
penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah
tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan
Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga
dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu
kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada
masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada
yang sependapat dan ada pula yang berlainan.
Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei 1969 ketika itu memberi pelbagai kesan
yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak
turut terlibat.
(22)
Pengajaran yang diperoleh daripada
peristiwa 13 Mei 1969
Walaupun sudah lebih 50 tahun insiden berdarah ini berlaku, banyak
sebenarnya pengajaran dan iktibar yang boleh diambil oleh generasi
yang ada pada hari ini. Antara iktibar yang paling penting ialah,
amalan politik perkauman yang sempit
sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kepentingan
perpaduan antara kaum.
Tragedi 13 Mei menjadi manifestasi penting untuk kita sedar betapa
tindakan para pemimpim politik yang mengapi-apikan provokasi politik
perkauman cukup berbahaya untuk masyarakat majmuk negara ini. Apa
yang dirisaukan ialah amalan ini sebenarnya masih berlarutan sehingga
kini. Masih ada segelintir pemimpin politik yang mengamalkan politik
perkauman sekali gus sentiasa mencetuskan perbalahan dalam
kalangan masyarakat. Bagi kelompok ini cita-cita peribadi dilihat
sentiasa mengatasi kepentingan rakyat dan negara. Jadi jika kita mahu
terus maju ke hadapan sebagai sebuah negara yang bersatu padu,
ambil iktibar dengan peristiwa 13 Mei dan hentikanlah amalan politik
perkauman yang jelas mengancam perpaduan rakyat dan keselamatan
negara.
Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar perpaduan
dalam kalangan rakyat tiada galang gantinya. Ringkasnya, konflik
perkauman adalah umpama yang kalah jadi abu dan yang menang
menjadi arang. Justeru, sebagai masyarakat majmuk kita tidak mempunyai
banyak pilihan selain sentiasa berpaut erat kepada jambatan perpaduan
yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu. Kegagalan
kita menghayati kepentingan perpaduan antara kaum boleh
menyebabkan peristiwa seperti ini berulang kembali.
(23)
Anggota masyarakat juga perlu sentiasa beringat agar jangan sesekali
menyentuh isu-isu sensitif dan mempertikai hak setiap kaum terutamanya
hak keistimewaan orang Melayu seperti terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan
dengan jelas memperincikan hak setiap kaum jadi jangan sewenang-
wenangnya kita mempersoal apa yang telah dipersetujui oleh para
pengasas negara ini. Misalnya, tindakan sesetengah pihak yang secara
berterusan dan terang-terangan mempertikai hak keistimewaan orang
Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu serta Raja-raja
Melayu tidak sepatutnya berlaku lagi. Sedarlah tindakan seperti ini
boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
Dalam konteks ini, kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi
terdahulu perlu terus dipertahankan. Generasi hari ini perlu ambil iktibar
betapa aspek persefahaman, penerimaan, pengorbanan dan tolak ansur
setiap kaum yang ada di negara ini telah menjadi asas kepada
pembentukan kontrak sosial yang kemudiannya menjadi faktor penting
pencapaian kemerdekaan negara ini pada 1957. Justeru adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk terus mempertahankan kontrak sosial ini yang
telah dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan seperti, Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan. Janganlah kita
sia-siakan segala jasa, usaha dan pengorbanan mereka.
Selepas merdeka dan setelah melalui detik berdarah pada 1969, kita
berjaya bangkit dan membina rakyat dan negara ini. Hasilnya pada hari
ini kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di pentas
dunia bersama-sama dengan negara lain.
Namun harus diingat segala kejayaan ini termasuklah kebebasan dan
kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang tetap dan kekal. Kita boleh
menjadi negara mundur dan dijajah semula dalam sekelip mata andai
kita leka, alpa dan gagal untuk ambil iktibar. Tuntasnya, merdeka sekali
tidak bermaksud akan kekal merdeka selamanya, sebaliknya kita perlu
sentiasa berusaha untuk mempertahankannya. Jadi berpegang eratlah
kepada tali silaturrahim antara kaum yang ada.
(24)
Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut
memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi
bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya
integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu
gagal dimanfaatkan, sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan
sahaja.
Selepas peristiwa ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar
seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem
sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa
seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang
penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini,
tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist,
chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan
Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini
berlaku.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan
menuju cita-cita menjadi negara maju, tragedi pahit seperti penjajahan
oleh kuasa luar lebih dari 400 tahun serta peristiwa berdarah pada 13
Mei 1969 perlu terus dijadikan iktibar dan
pengajaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk
terus mempertahankan kemerdekaan dan jambatan perpaduan yang
ada dengan berpaksikan pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. Jika gagal, tidak mustahil negara ini kembali dijajah
atau peristiwa 13 Mei berulang semula. Sama-samalah kita berdoa agar
rakyat dan negara ini terus dijauhi dari segala jenis ancaman baik dari
anasir dalam mahupun luar.
(25)
Rujukan
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
2) http://www.cikguhailmi.com/2013/05/13-mei-sejarah-penting-
malayisa-yang.html
3) http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-
mei-1969.html
4) http://malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-
hakikat-peristiwa-13-mei.html
5) https://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei
6) http://poovarasidns.blogspot.com/2015/09/kesan-peristiwa-13-
mei-1969.html
7) https://pages.malaysiakini.com/may13/my/
8) http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
(26)
HARI ini 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah
negara. Pada tarikh ini kira-kira 51 tahun lalu, berlaku
peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh
seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri
peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara
mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah
gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga
dan tempat bergantung akibat tragedi itu. Bagi generasi
baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan.
Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan
kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi
berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk.