The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aimi Athirah, 2021-06-07 08:23:40

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TERHADAP ALAM SEKITAR

E-FOLIO

MPU23032
PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: NURULADHA BINTI RAJALI

MPEEMMBBERAINKGEUSNAANN KBEAPNADDAARAYLAANMG SPEEKSIATTAR

NUR ALIAH AFRINA BINTI ZAIDI (21DDT20F1133)
NABILAH BINTI AHMAD RAZALI (21DDT20F1135)
NUR ISMAHANI KAMILLIA BINTI WAN CHIK
(21DDT20F1140)
NUR SORFINA BINTI RAZALI (21DDT20F1158)
NUR AIMI ATHIRAH BINTI ROSLAN (21DDT20F1169)

PELIHARALAH
ALAM SEKITAR

Isi Kandungan

BIL. TAJUK HALAMAN
1. Pengenalan 1-2
2. Jenis-Jenis Pencemaran 3-6
3. Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar 7 - 11
4. Faktor yang menyebabkan kurang penguatkuasaan 12
terhadap pencemaran alam sekitar
5. Kesan Pencemaran Alam Sekitar 13 - 15
6. Langkah Memelihara Alam Sekitar 16 - 19
7. Kesimpulan
20

PENGENALAN

Masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan udara
bukanlah suatu yang asing bagi kita. Sejak dekad yang lalu, peristiwa seperti
tumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telah memusnahkan kehidupan liar
dan sebahagian pinggiran laut Alaskan. Pada tahun 1991 pula, pembakaran
telaga minyak di Kuwait telah membebaskan 200 juta tan gas karbon dioksida
ke atmosfera (Winchip 2003). Kemusnahan alam sekitar ini sangat berkait
rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Pembangunan oleh manusia yang
mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata telah menyebabkan
penyusutan sumber alam dan pencemaran.

Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius
telah mengalihkan Gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan
keprihatinan alam sekitar pada aliran utama (Othman 1992an). Di negara
barat, gerakan hijau telah menjadi salah satu isu penting dalam kalangan
masyarakat sejak dekad yang lalu. Pihak peniaga, kerajaan dan pengguna
semakin sedar dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Perkembangan
keprihatinan alam sekitar telah mula mengubah sikap dan tingkah laku
manusia terhadap alam sekitar. Semakin ramai individu sedar bahawa
pembelian dan penggunaan mereka boleh memberi kesan terhadap kualiti
alam sekitar.

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan
tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan kerana memerlukan
penelitian yang sedalam-dalamnya. Hal ini desebabkan isu ini mempengaruhi
seantero jagatraya. Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu
dibincanglan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa. Ini
adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah,
sedang dan akan dialami oleh semua negara. Jadi langkah-langkah bijak perlu
dirancangkan bagi mengatasi masalah ini.

(1)

Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT
yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Allah
telah menciptakan alam ini dengan sempurna dan seimbang
untuk kemakmuran manusia. Kebanyakan makhkuk amat
bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi
ini terutamanya manusia. Bumi yang luas ini dijadikan tempat
tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh-
tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, hujan sebagai sumber rezeki, demikian juga dengan

pelbagai haiwan dan hidupan laut yang dijadikan untuk
memudahkan hidup manusia. Firman Allah: “Allah jualah yang

menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari
langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan

untuk menjadi makanan bagi kamu dan ia yang memberi
kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk
belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan
sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan
ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar
untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan

malam dan sing bagi faedah hidup kamu.

(2)

JENIS-JENIS PENCEMARAN
ALAM SEKITAR

Pencemaran Pencemaran
Udara Tanah

Pencemaran
Air

Pencemaran Pencemaran
Sisa Toksik Sampah
Sarap

Pencemaran
Bunyi

(3)

PENCEMARAN UDARA

Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang
teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan

kejadian jerebu yang teruk. Berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke
atmosfera dan menyebabkan perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan
haiwan. Tuntas daripada itu, bahan kimia ini terlampau banyak dalam tubuh manusia dan akan

menyekat pengaliran oksigen ke seluruh tubuh badan.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan pembebasan asap ke udara semakin
betambah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kawasan kilang pembuatan bahan kimia dan

kilang memproses makanan yang megeluarkan asap yang tebal dan hitam. Keadaan ini
menyebabkan udara tercemar dan mengsengsarakan penduduk setempat. Peningkatan kadar
pencemaran udara dan fenomena jerebu akibat pertambahan industri dan kenderaan. Kadar

karbon monoksida di dalam udara bandar semakin tinggi, ditambah oleh asap, debu dan
partikel-partikel lain boleh mengancam kesihatan manusia. Pertambahan kawasan pelupusan
sampah yang sejajar dengan pertambahan penduduk juga turut mencemarkan udara akibat

pembakaran sampah terbuka.

(4)

PENCEMARAN AIR

Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat
pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini.

Contohnya, Sungai Klang dan Sungai Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-
kilang yang terletak di Lembah Klang. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai lalu memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran air
bukan sekadar berlaku di sungai namun berlaku juga di laut dan hal ini boleh berlaku secara sengaja atau
tidak sengaja. Pencemaran air juga adalah masuk atau dimasukkannya makhluk hidup, zat, tenaga atau
komponen lain ke dalam air oleh kegiatan manusia sehingga melampaui baku mutu air. Pembuangan sisa
bahan seperti raksa dan plumbum tanpa kawalan rapi dapat mencemarkan kualiti air kawasan sekitarnya.
Peningkatan kadar pencemaran air meliputi pencemaran sungai, tasik, air hujan, air bawah tanah dan lain-
lain yang berpunca daripada sisa domestik dan sisa perkilangan yang menjejaskan ekosistem akuatik.

PENCEMARAN TANAH PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran tanah adalah disebabkan oleh kehadiran Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan
xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar
pada persekitaran tanah semula jadi. Ia biasanya disebabkan besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk
oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian atau pelupusan sisa bandar untuk menjalani kehidupan seharian. Penghasilan

tidak wajar, bahan kimia yang paling biasa terbabit adalah bunyi yang kuat dan bising daripada mesin pembuatan
pelarut, racun perosak, plumbum dan lain-lain. Pencemaran ini bangunan yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan
dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kehidupan lain. Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku
di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi
kimia. Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca
terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara kenderaan, bunyi kapal terbang dan bunyi kereta api.
langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan
tercemar dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di
bawah tanah. Pemetaan laman tanah yang tercemar dan hasil pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan
pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan
mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi,
pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan tersebut.
kimia, kemahiran pemodelan komputer dan GIS bagi
Pencemaran Alam Sekitar dan juga pemahaman mengenai
sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan

punca pencemaran tanah.

(5)

PENCEMARAN SISA TOKSIK PENCEMARAN
SAMPAH SARAP
Bahan toksik dan berbahaya ini banyak dihasilkan oleh
kilang pembuatan dan kejuruteraan. Bahan-bahan Sampah sarap dianggap pencemar
sekiranya bahan itu terdapat di
tersebut disimpan dalam lingkungan kawasan industri
setakat yang mereka mampu. Sesetengah kilang kawasan ramai penduduk tertumpu.
Oleh itu. pencemaran sampah sarap
menggunakan khidmat kontraktor persendirian untuk berlebihan merupakan masalah yang
mengangkut bahan tersebut dan membuangkannya di
tempat pembuangan sampah sarap atau pun di mana terdapat di bandar. Kemajuan
ekonomi perkilangan dan kepadatan
sahaja mereka rasakan sesuai. Ini bermakna
sesetengah bahan toksik akan dibuang bukan sahaja penduduk yang tinggi di sesebuah
kawasan berupaya menghasilkan
di tempat pelupusan sampah sarap, tetapi juga di
pinggir jalan raya, badan air dan tanah terbiar. banyak sampah sarap.

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon

and infographics & images by Freepik.

(6)

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Sikap tidak Sumber yang
bertanggungjawab mencemarkan alam

Penguatkuasaan undang- Kelonggaran dasar
undang yang lemah dan polisi

Lihat sebelah

(7)

Punca utama berlakunya pencemaran ini adalah Seterusnya
sikap tidak bertanggungjawab individu mahupun
sesebuah organisasi dalam pencemaran. Sebagai AIR
SUMBER
contoh, aktiviti ekonomi seperti pembukaan UTAMA
kawasan perumahan dan perindustrian yang baru
diperlukan tetapi, ekosistem sesebuah kawasan KITA
tersebut perlu dipelihara. Penebangan hutan dan
penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan SIKAP TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB
seperti penanaman semula pokok telah
menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat

mereka. Hal ini menyebabkan berlaku bencana
seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana

ketiadaan pokok-pokok yang selama ini menjadi
tunjang utama kekuatan tanah di kawasan

tersebut. Justeru, kekayaan yang kian mengaburi
mata-mata orang yang tidak prihatin akan alam

semula jadi harus dibukakan mata dan
ditunjukkan kesan dan akibat sekiranya
pencemaran ini berlaku dan meninggalkan kesan

terhadap diri mereka sendiri.

Bagaimanakah pencemaran (8)
boleh berlaku?

Penguatkuasaaan

undang-undang yang

lemah Penguatkuasaaan undang-undang yang lemah juga antara
punca berlakunya pencemaran yang semakin menjadi-jadi.

Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan
pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan ramai
individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar dan
mengendahkan kedaulatan undang-undang. Integriti pihak
berkuasa perlu dipersoalkan lantaran kes-kes penerimaan
rasuah yang dikaitkan dengan penjawat-penjawat awam.
Hal ini berlaku kerana tekanan ekonomi dan sikap tidak
bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram
tersebut hanya kerana ingin melepaskan diri daripada
tindakan undang-undang. Pihak kerajaan sewajarnya lebih
menumpukan perhatian dalam bab kebajikan pegawai-
pegawai yang bertugas menegakkan kedaulatan undang-

undang negara.

(9)

KELONGGARAN DASAR ATAU POLISI

Dalam pada itu, antara dimensi lain yang menyebabkan pencemaran ini adalah kelonggaran
dasar atau polisi kerajaan dalam kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling daripada pencemaran meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut. Namun, pencemaran masih berlaku secara berleluasa.
Bak kata peribahasa Melayu, seperti melepaskan batuk di tangga yang bermaksud perlakuan kerja yang
dilakukan secara sambil lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan semakin menjadi-jadi, pembangunan
secara lestari tidak dilaksana sehinggakan berlaku pencemaran yang memakan diri. Misalnya, kejadian
yang berlaku di Pasir Gudang, Johor di mana kawasan perindustrian dibina hampir dengan kawasan
perumahan dan sekolah serta pencemaran udara yang teruk telah melanda sehingga mengakibatkan
sekolah ditutup dan kanak-kanak dihantar ke hospital. Harapan yang tinggi untuk pihak kerajaan hari ini
mengutamakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping memacu ekonomi negara ke
arah kegemilangan.

(10)

PENGGUNAAN SUMBER TENAGA
YANG MENCEMARKAN ALAM

Selain itu, punca pencemaran alam sekitar adalah penggunaan sumber
tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Faktor
perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada bahan bakar petrol dan
diesel menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida
yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas dan
motosikal secara berlebihan telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap
yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini. Kita dapat lihat contoh di
negara Norway yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik ataupun yang
berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui. Mereka memberi pengecualian cukai dan
kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersebut sekaligus mengurangkan
pelepasan gas-gas yang mencemarkan udara dan memanfaatkan sumber tenaga
yang berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan sistem yang

mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersama-sama mencegah
pencemaran ini daripada terus berleluasa.

(11)

▪ Kelemahan penguatkuasaan Faktor-faktor yang
Pegawai-pegawai yang terlibat kurang bekerjasama menyebabkan menyebabkan kurang

kurang penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar ini. Selain itu, penguatkuasaan
terdapat karenah birokrasi dan unsur rasuah oleh pihak yang terlibat terhadap Pencemaran

menyebabkan isu pencemaran ini tidak ada kesudahan. Alam Sekitar
▪ Pertindihan kuasa

Isu pertindihan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
Sebahagian besar sumber alam sekitar adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri seperti tenaga, air dan hutan. Oleh sebab itulah, timbul

isu bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak dapat memainkan
peranan dengan berkesan kerana tindakan mereka akan membabitkan
bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Isu pertindihan kuasa
ini perlu diteliti untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap

isu ini.
▪ Kesedaran masyarakat
Masyarakat sepatutnya sedar bahawa menjaga alam sekitar
merupakan tanggungjawab bersama. Bukannya mengharapkan
sebelah pihak untuk menjaga alam ini. Kesedaran masyarakat terhadap
isu ini boleh dilihat sebagai contoh, tidak segan silu membuang sampah
merata-rata tempat tidak kira dalam air mahupun di darat.
▪ Kerjasama pihak swasta dan kerajaan
Pihak swasta tidak bekerjasama dalam menangani isu pencemaran
seperti pembinaan kilang di tempat yang tidak sistematik, pembuangan
sisa-sisa toksik di tempat yang tidak dibenarkan dan lain-lain. Oleh itu,
kerjasama dan peranan daripada pihak swasta sangat diperlukan bagi
membantu serta melancarkan perjalanan pihak kerajaan untuk
membuat kawalan secara menyeluruh ke atas alam sekitar.

(12)

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT
TERHADAP ALAM SEKITAR

➢ Kesan hakisan tanah ➢ Banjir dan banjir kilat

Kesan hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah Banjir dan banjir kilat akibat daripada
mendap yang berpunca daripada eksploitasi pembangunan bandar yang terlampau pesat
terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan seperti penerokaan kawasan tadahan air dan
untuk menampung keperluan penduduk seperti penimbusan paya serta tasik (wet land) untuk
aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan dibina kawasan perumahan, kadar penurapan
bukit untuk dijadikan pelbagai tapak bina. muka bumi yang keterlaluan serta perubahan
Proses hakisan menyebabkan berlakunya tanah terhadap sistem saliran semula jadi.
runtuh dan tanah tandus di kawasan tarahan Pembersihan kawasan tumbuh-tumbuhan dan
lereng bukit yang tidak diurus. Penebangan pertambahan kawasan berturap di bandar
hutan akan mengurangkan proses resapan air atau desa dan pinggir bandar meningkatkan isi
ke dalam tanah dan meningkatkan pengaliran padu luahan dan kadar larian air. Longkang
air di permukaan bumi dan anak sungai tidak mampu menampung isi
padu air yang banyak ketika hujan lebat dan
melimpah menyebabkan banjir kilat.

(13)

➢ Kesihatan manusia terjejas ➢ Kehilangan sumber ekonomi

Kesan utama pencemaran alam sekitar adalah ke atas Pemusnahan dan kepupusan haiwan
kesihatan manusia. Manusia akan menghidap akuatik lain menjejaskan sumber
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat pendapatan para nelayan. Pencemaran
menghidu udara yang tercemar. Manusia radioaktif seperti yang berlaku di
memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Jika Chernobyl telah menyebabkan kerugian
udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasan yang besar dalam sektor pertanian.
seseorang itu akan menyerap pelbagai bahan Kawasan yang terlibat tidak dapat
pencemar ke dalam paru-paru. Hal ini akan diusahakan dalam jangka masa yang
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida panjang akibat pendedahan kepada
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan sinaran radioaktif.
mengalami kekurangan oksigen dan seterusnya
menyebabkan fungsi paru-paru terjejas serta sistem
pengaliran darah mengalami masalah dan seterusnya
mengakibatkan pelbagai penyakit.

(14)

➢ Ancaman kepupusan kepelbagaian ➢ Peningkatan haba bandar dan kenaikan

biologi suhu mikro

Kemusnahan habitat dan rantaian makanan Kesan pulau haba bandar dan kenaikan suhu mikro.
akibat penerokaan hutan dan kawasan baru. Peningkatan suhu setempat di kawasan terbuka
Aktiviti-aktiviti pembangunan menyebabkan berpunca daripada sifat permukaan bandar yang
berlakunya kepupusan sumber semula jadi. berturap yang menyerap bahangan matahari dan
Sesetengah spesies flora dan fauna pupus memerangkap bahangan bumi, pembakaran bahan api
kerana pembangunan tanah untuk fosil, kesan rumah hijau serta tenaga haba yang
petempatan, pembandaran, perindustrian dibebaskan oleh metabolisme manusia di bandar.
dan lain-lain. Strategi pembangunan wilayah Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar
misalnya telah menukarkan beribu-ribu penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di
hektar hutan semula jadi menjadi tanah kawasan bandar. Pembinaan bangunan yang sangat
pertanian. rapat antara satu sama lain juga menyebabkan haba
berada di celah-celah bangunan dan dapat
memanaskan permukaan bandar.

(15)

LANGKAH-LANGKAH
MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Pelbagai langkah perlu diatur capai pembangunan lestari demi mengurangkan
kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan
pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam.

• Penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui perlu diperkenal dan
digalakkan

Contohnya,hidroelektrik, tenaga solar dan angin. Penggunaan tenaga seperti ini akan
mengurangkan kadar pelepasan karbon yang menyumbang penurunan kualiti udara dan
pencemaran lain.
Kontradiksi sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui di mana sumber akan habis di
suatu masa dan meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

(16)

• Penguatkuasaan undang-undang harus diperkasa.

Terdapat individu menawarkan rasuah sebagai jalan penyelesaian untuk lari daripada
tindakan undang-undang. Hukuman dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan
mencemarkan dan memusnahkan alam dengan menarik lesen perusahaan dan
mengharamkan mereka daripada aktiviti ekonomi yang berkaitan

(17)

• Pelepasan cukai atau pemberian subsidi

Pelepasan cukai atau pemberian subsidi kepada penggunaan teknologi
berteraskan sumber tenaga yang boleh diperbaharui harus
dilaksanakan sebagai langkah mendorong pembangunan tidak
mencemarkan alam sekitar dan berpotensi cerah untuk masa hadapan

• Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan
kepada murid sekolah

Satu kurikulum khusus perlu digubal supaya pendedahan berkesan dapat
dilaksanakan. Aktiviti seperti penanaman pokok di sekolah atau kawasan
komuniti akan memberi impak kepada mereka.

Penayangan video memaparkan akibat daripada pembangunan rakus dan
kemusnahan alam sekitar boleh menambah kefahaman mendalam mengenai
rasionalnya pembangunan lestari.Jika sejak kecil diberikan pendedahan
sedemikian, mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila
dewasa nanti dan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan
negara yang lestari dan mapan

(18)

• Menubuhkan kempen kesedaran
Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif
yang dapat diambil bagi mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen
yang boleh dilaksanakan adalah kempen ‘Cintailah
Alam Sekitar’, ‘Kitar Semula’ dan ‘Sahabat Alam’.
Menerusi kempen ini, peserta akan diajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

• Pengawalan bukan perundangan
Pihak kerajaan membina pusat kitar semula di
seluruh negara agar masyarakat dapat
mengumpulkan bahan buangan yang boleh dikitar
semula dan mengurangkan pembuangan sisa
pepejal. Penyebaran maklumat dan pendidikan
berkaitan alam sekitar dapat meningkatkan rasa
cinta alam sekitar.

(19)

KESIMPULAN

Alam adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Penjagaan yang baik bukan
hanya mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat malah ia juga boleh mendatangkan
pendapatan kepada negara. Keindahan flora dan fauna boleh dijadikan sebagai salah satu aset
negara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat Malaysia.
Ini secara tidak langsung turut akan menguntungkan masyarakat sekeliling dengan mengadakan

gerai-gerai jualan untuk dikunjungi para pelancong.
Walau bagaimanapun, selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah
seperti pemanasan global, pencemaran sungai, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi.
Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam
nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam
sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama,
kita hendaklah berusaha bersama untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti,
bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

(20)


Click to View FlipBook Version