MODUL AKTIVITI
KANAK-KANAK TADIKA
KETRAMPILAN DIRI
Berpandukan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Penulis Modul
Wan Norulhazrina Binti Wan Hassan
(M20211001094)
Guru Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan
izin-Nya Modul Aktiviti Kanak-Kanak ini berjaya dihasilkan bagi
memenuhi syarat pentaksiran akhir kursus Penglibatan
Keluarga, Komuniti dan Budaya dalam Pendidikan Awal Kanak-
Kanak (KAI 60404). Modul ini dibina khusus sebagai panduan
mudah kepada ibu-bapa atau ahli komuniti untuk menjalankan
aktiviti berfokuskan tunjang ketrampilan diri bersama kanak-
kanak.
Pembinaan modul ini diharapkan dapat membantu ibu
bapa serta ahli komuniti untuk membantu kanak-kanak sebelum
mereka memasuki pendidikan formal. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada Dr. Azizah Bt. Zain yang memberi peluang
kepada kami untuk menghasilkan modul ini. Tunjuk ajar dan
bimbingan yang baik membantu saya menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ilmu berguna yang
dicurahkan menjadi panduan kepada kami untuk menghasilkan
modul aktiviti interaktif dan menarik.
Akhir kata, diharapkan dengan terbinanya modul ini
membantu memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti di
luar sana dalam melahirkan generasi yang berilmu, cantik
sahsiah serta emosi.
Isi Kandungan
01 02
Pengenalan Peranan Ibu bapa
(Konsep Modul) 04
03 Aktiviti 2
(Bajuku Wangi)
Aktiviti 1
(Kolaj Wajah) 06
05
Aktiviti 3 Aktiviti 4
(Si Monyet) ( Jiranku Sayang)
07 08 09
Aktiviti 5 Kesimpulan Rujukan
(Datuk Harimau)
01
Pengenalan
Tunjang Ketrampilan Diri
Pengenalan
Modul Aktiviti Kanak-Kanak & Penglibatan Ibu Bapa ini dibina
berfokuskan tunjang ketrampilan diri. Tujuan tunjang ini ialah
memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan
mengurus emosi sendiri – berbincang cara untuk mengenali dan
menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Kanak-kanak juga akan
belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain.
Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Kanak-
kanak perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang
positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan untuk
berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain.
Modul yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk
kemahiran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan mengandungi latihan serta aktviti berdasarkan
kemahiran mengenali dan mengguna emosi, mencapai emosi yang
positif serta membina kemahiran sosial bagi memperkasakan
ketrampilan diri kanak-kanak. Modul yang menarik ini dapat
membantu meransang minat kanak-kanak untuk belajar dan
meneroka perkara baharu. Diharapkan modul ini dapat dijadikan
panduan dan dijadikan rujukan utama ibu-bapa serta komuniti dalam
aktiviti di rumah sekaligus dapat membina keyakinan diri si cilik,
menyesuaikan diri kanak-kanak dalam kehidupan bermasyarakat
serta kental menghadapi cabaran.
Pengenalan
Konsep ● Berfokuskan aktiviti yang melibatkan
Modul Kerjasama di antara ibu bapa dan ahli
keluarga serta masyarakat
● Membina jatidiri dan keyakinan diri
kanak-kanak
● Membentuk generasi yang berdikari dan
mampu berdaya saing
● Memupuk semangat Kerjasama di antara
ahli keluarga.
● Membina hubungan kekeluargaan yang
positif dan meningkatkan kasih sayang di
antara satu sama lain
● Meningkatkan kemahiran keibu bapaan
dengan pelaksanaan aktiviti terpandu
● Membina hubungan baik dengan pihak
sekolah dengan memantau dan
melaporkan penguasaan kanak-kanak
dalam setiap aktiviti yang dilakukakn di
rumah kepada guru.
02
Peranan
Ibu Bapa
Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan jawatan utama dan
terpenting bagi sebahagian besar anggota
masyarakat. Ibu bapa merupakan satu jawatan
tanpa perlantikan rasmi dari sesiapa. Segala-
galanya bertitik-tolak dari amanah, tugas,
peranan dan tanggungjawab yang mesti
dipikul oleh setiap ibu bapa.
(Rusnani Abdul kadir, 2000)
Peranan Ibu Bapa
Dalam KSPK telah menggariskan kepentingan penglibatan
ibu bapa dan komuniti dalam membantu memajukan
perkembangan kanak-kanak. Menurut Norjumira et.al
(2020), penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan
awal kanak-kanak akan dapat membantu pembelajaran
kanak-kanak menjadi lebih baik serta dapat memastikan
kesinambungan pembelajaran di sekolah ke rumah dan
sebaliknya.
03
Aktiviti 1
Kolaj Wajah
AKTIVITI KOLAJ WAJAH
SASARAN TEMA OBJEKTIF
Kanak-kanak Diri Saya Kanak-kanak dapat
4-6 tahun mengenalpasti emosi
yang pelbagai seperti
gembira, sedih, takut,
marah dan malu.
STANDARD STANDARD TEMPOH
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN
KD 1.2: KD 1.2.1 30 minit
Mengenali Mengenalpasti
emosi orang emosi orang lain
berdasarkan
lain tingkahlaku yang
ditunjukkan
Bahan bantu mengajar
(BBM)
Pautan Video Emosi
1.https://www.youtube.com/watch?v=rwJSAHXV2ZU&t=6s
2.https://www.youtube.com/watch?v=mtG0xs1lZeI
Gunting Gambar
Digunakan untuk Gambar manusia dengan
menghasilkan kolaj pelbagai emosi di ambil
dari surat khabar/majalah
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Kaedah
1 Ibu bapa menayangkan video emosi saya dan Feelings
Song untuk tontonan anak-anak di Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=rwJSAHXV2ZU&t=6s
2 Ibu bapa mengajak anak-anak untuk menyanyi lagu
Feelings Song bersama –sama.
3 Kanak-kanak diminta untuk bercerita tentang emosi yang
terdapat di dalam video contohnya emosi gembira, sedih,
marah, geram dan sebagainya.
4 Menggunakan gambar-gambar yang telah diambil dari
majalah, ibu membimbing kanak-kanak menghasilkan kolaj
wajah manusia. Gambar wajah di potong dari paras
rambut ke hidung, dan hidung ke dagu.
5 Ibu bapa menujukkan cara permainan. Gambar wajah
yang telah digunting akan dipadankan dengan wajah orang
lain.
6 Kanak-kanak diminta untuk meneka emosi wajah yang
telah dipadankan.
7 Kanak-kanak diarahkan untuk meniru mimik muka yang
terdapat pada cantuman gambar.
8 Permainan diteruskan dengan memadankan potongan
gambar yang berlainan.
Lampiran
Lirik lagu Feelings Song
Lampiran
Contoh kolaj wajah yang telah dihasilkan untuk aktiviti
Lampiran
Rekod Penilaian
Aktiviti “Kolaj Wajah”
Nama kanak-kanak :_________________________________
Hari :_________________________________
Tarikh :_____________________________________
Perkara Penguasaan Catatan
Ya Tidak
1. Kanak-kanak menunjukkan
menunjukkan minat semasa
menjalankan aktiviti.
2. Kanak-kanak dapat menyanyi lagu
Feelings Song bersama ibu bapa
3. Dapat menyebut emosi yang terdapat
di dalam video
4. Dapat membezakan emosi yang
terdapat pada cantuman gambar seperti
marah, gembira, sedih
5. Dapat meniru mimik muka seperti
gambar.
Tanda tangan ibu/bapa :___________________________________
Tarikh
Pentaksiran :___________________________________
:TP1 TP2 TP3
Pentaksiran:
TP1: Boleh menyatakan emosi orang lain
TP2: Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi
TP3: Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi tertentu
04
Aktiviti 2
Bajuku Wangi
AKTIVITI BAJUKU WANGI
SASARAN TEMA OBJEKTIF
Kanak-kanak Keluarga Saya 1. Kanak-kanak dapat
4-6 tahun membantu ibu bapa
melakukan kerja rumah dan
berdikari
2. Memupuk sikap sabar dalam
menyiapkan tugasan
STANDARD STANDARD TEMPOH
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN
KD 2.1: Membina KD 2.1.1 40 minit
Konsep Kendiri Menunjukkan sikap positif
iaitu
(i) Sabar
(ii) Berdikari
(iii) Berkeyakinan
(iv) Tolong Menolong
Bahan bantu mengajar
(BBM)
Pautan aktiviti
menjemur baju
1. https://www.youtube.com/shorts/0a9Hg1G7f74
Ampaian Penyepit baju
Bakul dan baju
Digunakan untuk
menjemur baju dan basah
sesuai untuk kanak-
kanak
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Kaedah
1 Ibu bapa menayangkan video aktiviti menjemur baju di
Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=rwJSAHXV2ZU&t=6s
2 Ibu bapa menunjukkan cara menjemur pakaian yang telah
dibasuh dengan betul kepada anak-anak dan kanak-kanak
memberi perhatian.
3 Kanak-kanak diminta untuk mengasingkan pakaian yang
besar dan kecil di dalam bakul berasingan.
4 Kemudian, kanak-kanak di minta untuk menjemur pakaian
masing-masing pada ampaian dengan teliti dan kemas.
5 Anak-anak yang lebih dewasa membantu adik-adik yang
memerlukan bantuan semasa aktiviti.
6 Seterusnya, ibu membimbing kanak-kanak menyepit baju
menggunakan penyepit supaya baju tidak jatuh semasa
dijemur.
7 Kanak-kanak diarahkan untuk menjemur pakaian sehingga
habis.
8 Ibu bapa menerangkan akibat sekiranya baju tidak dijemur
dengan betul (lambat kering, terjatuh, dll)
9 Ibu bapa memberi lembaran mewarna kepada kanak-
kanak sebagai aktiviti tambahan,
Lampiran
Lembaran Aktiviti Mewarna
Lampiran
Rekod Penilaian
Aktiviti “Bajuku Wangi”
Nama kanak-kanak :_________________________________
Hari :_________________________________
Tarikh :_________________________________
Perkara Penguasaan Catatan
Ya Tidak
1. Kanak-kanak memberi perhatian
sewaktu ibu bapa menjemur pakaian
2. Kanak-kanak dapat mengasingkan
pakaian besar dan kecil
3. Dapat menjemur pakaian dengan
betul, bersabar & berdikari
4. Kanak-kanak menyepit pakaian
dengan betul
5. Menyiapkan lembaran kerja mewarna
dengan cantik dan kemas
Tanda tangan ibu/bapa :___________________________________
Tarikh
Pentaksiran :___________________________________
:TP1 TP2 TP3
Pentaksiran:
TP1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan ransangan
TP2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif
TP3: Boleh menujukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi
05
Aktiviti 3
Si Monyet
AKTIVITI SI MONYET
SASARAN TEMA OBJEKTIF
Kanak-kanak 5-6 Haiwan 1. Kanak-kanak dapat
tahun memahami perasaan dan
keperluan orang lain
2. Memupuk rasa sayang
kanak-kanak kepada makhluk
lain ciptaan Allah swt
STANDARD STANDARD TEMPOH
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN
KD 3.1.1
KD 3.1: Menunjukkan kepekaan 40 minit
Memahami keperluan, terhadap keperluan orang
perasaan dan lain dan bertindak sewajarnya
pandangan orang lain
KD 3.1.2
Menyatakan perasaan orang
lain berdasarkan gerak laku
yang ditunjukkannya
Bahan bantu mengajar
(BBM)
Pautan kisah si
monyet
https://www.youtube.com/shorts/E4vdzOCv4AQ
Kertas warna saiz Pen Marker
A4
Untuk aktiviti origami
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Kaedah
1 Kanak-kanak menonton video pembelajaran pada pautan
https://www.youtube.com/shorts/E4vdzOCv4AQ
2 Ibu bapa bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai
video tersebut. Contohnya:
a) Apakah nama haiwan di dalam video? -monyet
b) Apakah yang terjadi pada monyet itu?
c) Mengapakah monyet tersebut dalam kesakitan?
3 Ibu bapa membimbing kanak-kanak membuat origami
monyet menggunakan kertas A4 berwarna. Rujuk lampiran
untuk cara-cara membuat origami.
4 Selesai membuat origami, kanak-kanak bercerita tentang
cara menyantuni haiwan tersebut, contohnya:
a) Memberi monyet makan
b) Tidak membaling batu dan mercun kepada monyet
c) Tidak meracun monyet
d) Tidak menzalimi monyet kerana mereka juga makhluk
Allah swt yang perlu dilindungi
e) Memberi laluan kepada monyet yang melintas jalan
serta memperlahankan kenderaan
f) Menghantar monyet yang sakit ke klinik haiwan
sekiranya terjumpa.
5 Ibu bapa mengisi senarai semak / borang penilaian
selepas selesai aktiviti
Lampiran
Cara-cara membuat origami monyet
Lampiran
Rekod Penilaian
Aktiviti “Si Monyet”
Nama kanak-kanak :_________________________________
Hari :_________________________________
Tarikh :_____________________________________
Perkara Penguasaan Catatan
Ya Tidak
1. Kanak-kanak dapat menyatakan
perasaan sedih /gembira /takut /marah
berdasarkan situasi yang berlaku
2. Kanak-kanak dapat menunjukkan
tingkah laku faham akan perasaan sedih
/gembira /takut /marah berdasarkan
situasi tersebut
3. Kanak-kanak berusaha menghasilkan
origami monyet dengan sabar dan tekun
dengan bimbingan.
4. Kanak-kanak dapat menunjukkan
perbuatan / tingkah laku menghormati
orang / makhluk lain dalam pelbagai
cara
5. Dapat bercerita kejadian di dalam
video yang ditonton dengan baik dan
teratur
Tanda tangan ibu/bapa :___________________________________
Tarikh
Pentaksiran :___________________________________
:TP1 TP2 TP3
Pentaksiran:
TP1: Boleh memahami keperluan orang lain dengan bimbingan
TP2: Boleh memahami perasaan orang lain berdasarkan gerak laku yang ditunjukkan
TP3: Boleh menghormati perasaan dan pandangan orang lain dalam pelbagai situasi
06
Aktiviti 4
Jiranku Sayang
AKTIVITI JIRANKU
SAYANG
SASARAN TEMA OBJEKTIF
Kanak-kanak Jiran Saya Kanak-kanak dapat
4-6 tahun menyesuaikan diri dengan
masyarakat dan
menghormati jiran tetangga
STANDARD STANDARD TEMPOH
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN
KD 3.2: KD 3.2.5
Menggunakan Menyesuaikan diri dengan 45 minit
kemahiran sosial situasi tertentu untuk
dalam hubungan bersosialisasi
dengan orang lain
KD 3.1.2
Mengamalkan etika sosial
dalam perhubungan
Bahan bantu mengajar
(BBM)
Pautan Video Omar Hana
https://www.youtube.com/watch?v=fDDGWsRYMho
Buah-buahan Jawab Kuiz
https://wordwall.net/ms/r
esource/21107190/sayangi
-jiran
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Kaedah
1 Kanak-kanak menonton video pembelajaran berbaik
dengan jiran Omar & Hana pada pautan
https://www.youtube.com/watch?v=fDDGWsRYMho
2 Ibu bapa menerangkan kepada kanak-kanak kepentingan
berbuat baik kepada jiran dan adab-adab menziarahi jiran.
3 Ibu bapa menerangkan perkara yang tidak boleh dilakukan
di rumah jiran seperi membuat bising, kurang sopan dan
masuk ke rumah jiran tanpa izin.
4 Kanak-kanak diminta untuk menghantar buah tangan
kepada jiran sebelah rumah, kiri dan kanan dengan
pantauan ibu bapa.
5 Kanak-kanak memberi salam kepada jiran dan bersalaman
dengan tuan rumah sebagai tanda hormat serta
menghulurkan buah-buahan.
6 Setelah selesai, ibu bapa meminta kanak-kanak
menceritakan pengalaman menziarahi jiran tetangga.
7 Kanak-kanak menjawab kuiz ‘jiran saya’ pada pautan
berikut dengan bimbingan ibu bapa.
https://wordwall.net/ms/resource/21107190/sayangi-jiran
Lampiran
Lirik Lagu
Berbaik Dengan Jiran
Mari buat baik kepada jiran Mari buat baik kepada jiran
Jiran yang kiri dan juga kanan Jiran yang kiri dan juga kanan
Jiran yang belakang dan juga depan Jiran belakang dan juga depan
Semua pun jiran Semua pun jiran
،ال َّسلاَ ُم َعلَ ْي ُك ْمUstaz Musa ،ال َّسلاَ ُم َع َل ْي ُك ْمMakcik Huda
، َو َعلَ ْي ُك ْم ال َّسلاَ ْمsemua ، َو َع َل ْي ُك ْم ال َّسلاَ ْمsemua
Kami bawa buah dari Mama Kami ada buah untuk Pakcik Yahya
Wah, terima kasih! Dan Makcik Huda
Mari semua (eh?) Pakcik Yahya! (Eh?)
Mari pergi melawat Pakcik Yahya (Pakcik Makanlah buah ini untuk sihat (terima
Yahya?) kasih)
Kerana Pakcik Yahya tidak sihat (yeke?) Bila perut kenyang, badan pun kuat
Mari, marilah, Ustaz, kita pergi sekarang (wah!)
Nanti dulu, Omar, Hana Pakcik, silakan minum
Pakcik, silakan makan
Kenapa? Nanti dulu, Omar, Hana
Ustaz nak bawa makanan untuk mereka
Kita berbaik dengan jiran Kenapa?
Berbaik dengan semua Potongkan dulu, barulah mudah
Allah sayang kita dimakan
Kita berbaik dengan jiran
Berbaik dengan semua
Allah sayang kita
Lampiran
Kuiz Sayangi Jiran
Di Wordwall
Lampiran
Rekod Penilaian
Aktiviti “Jiranku Sayang”
Nama kanak-kanak :_________________________________
Hari :_________________________________
Tarikh :_____________________________________
Perkara Penguasaan Catatan
Ya Tidak
1. Kanak-kanak dapat menyatakan
adab-adab menziarahi jiran
2. Kanak-kanak dapat menceritakan
pengalaman menhantar buah tangan
kepada jiran
3. Kanak-kanak seronok melakukan
aktiviti menziarahi jiran tetangga.
4. Kanak-kanak berinteraksi secara
sopan dan baik dengan jiran-jiran.
5. Kanak-kanak menghormati jiran dan
mereka yang lebih tua dengan memberi
salam dan bersalam-salaman.
6. Kanak-kanak menyelesaikan kuiz .
Sayangi Jiran di Wordwall dengan
bimbingan ibu bapa
Tanda tangan ibu/bapa :___________________________________
Tarikh
Pentaksiran :___________________________________
:TP1 TP2 TP3
Pentaksiran:
TP1: Boleh menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain melalui
bimbingan
TP2: Boleh menyesuaikan diri dengan situasi tertentu untuk bersosialisasi
TP3: Boleh menyesuaikan diri dan mengamalkan etika sosial dalam perhubungan
07
Aktiviti 5
Datuk Harimau
AKTIVITI DATUK
HARIMAU
SASARAN TEMA OBJEKTIF
Kanak-kanak Kawan Saya 1. Kanak-kanak dapat
4-6 tahun bekerjasama dan bermain
permainan dengan suasana
harmoni.
2. Membina hubungan baik
Bersama rakan-rakan
STANDARD STANDARD TEMPOH
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN
KD 3.2: KD 3.2.5
Menggunakan Menyesuaikan diri dengan 40 minit
kemahiran sosial situasi tertentu untuk
dalam hubungan bersosialisasi
dengan orang lain
KD 3.1.2
Mengamalkan etika sosial
dalam perhubungan
Bahan bantu mengajar
(BBM)
Pautan Video Datuk Harimau
https://www.youtube.com/watch?v=aHwJHyQapwY
Nota dan lirik lagu Topeng harimau
dicetak dari
internet
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Kaedah
1 Ibu bapa memberi kebeanaran kepada kanak-kanak
menjemput kawan datang ke rumah untukmenjalankan
aktiviti ini.
2 Ibu bapa menayangkan video permainan Datuk Harimau
kepada kanak-kanak pada pautan:
https://www.youtube.com/watch?v=aHwJHyQapwY
3 Kanak-kanak kemudian menyanyikan lagu pukul berapa
datuk harimau bersama-sama.
4 Ibu bapa menunjukkan demonstrasi bermain Datuk
Harimau kepada kanak kanak. Rujuk lampiran untuk
tatacara permainan.
5 Kanak-kanak kemudian bermain Datuk Harimau Bersama
rakan-rakan
6 Selesai aktiviti, ibu bapa dan kanak-kanak bersoal tentang
aktiviti yang telah dijalankan.
7 Ibu bapa mengisi senarai semak berdasarkan respon
anak-anak
Lampiran
Rekod Penilaian
Aktiviti “Datuk Harimau”
Nama kanak-kanak :_________________________________
Hari :_________________________________
Tarikh :_________________________________
Perkara Penguasaan Catatan
Ya Tidak
1. Kanak-kanak memahami dan
mengikut arahan
2. Kanak-kanak menunjukkan minat
terhadap aktiviti yang dijalankan
3. Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri
dengan rakan-rakan sewaktu bermain
4. Kanak-kanak berinteraksi dengan
bahasa yang sopan sewaktu beraktiviti
dengan rakan
5. Kanak-kanak menunjukkan emosi
sendiri semasa bermain.
6. Kanak-kanak menunjukkan perlakuan .
dan tingkah laku yang baik semasa
bermain
Tanda tangan ibu/bapa :___________________________________
Tarikh
Pentaksiran :___________________________________
: TP1 TP2 TP3
Pentaksiran:
TP1: Boleh menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain melalui
bimbingan
TP2: Boleh menyesuaikan diri dengan situasi tertentu untuk bersosialisasi
TP3: Boleh menyesuaikan diri dan mengamalkan etika sosial dalam perhubungan
LAMPIRAN
TATACARA PERMAINAN DATUK HARIMAU
BILANGAN PEMAIN :
Bilangannya tidak terhad tetapi minimum seramai 4 orang.
CARA BERMAIN :
1. Pilih seorang kanak-kanak menjadi ‘ Datuk Harimau ‘
2. Kanak-kanak lain berdiri di belakang ‘ Datuk Harimau ‘ pada jarak
lebih kurang 2 meter.
3. Kanak-kanak yang berjalan dibelakang berteriak ‘ Pukul Berapa
Datuk Harimau ?’
4. Kemudian ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul 1’ ataupun ‘ Pukul 4’
5. Apabila ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul ………aku lapar ‘ ia
menoleh ke belakang dan cuba menangkap kanak-kanak
dibelakangnya.
6. Kanak-kanak perlu menyelamatkan diri masing-masing.
7. ‘Datuk Harimau’ boleh menangkap mangsanya pada bila-bila masa
.Tidak semestinya hingga selesai pukul 12
8. Mereka yang ditangkap akan menjadi datuk harimau dipusingan
yang seterusnya.
9. Permainan juga boleh diteruskan seberapa banyak
pusingan.Pemain yang paling kerap ditangkap dikira kalah.
08
Kesimpulan
Kesimpulan
Iibu bapa dan guru adalah individu penting kepada
perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam
01 pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu konsep
complimentary learning bagi membantu pencapaian segala
keperluan dan kejayaan kanak-kanak. Ia adalah satu
pendekatan sistemik yang mengintegrasikan sekolah dan
sokongan bukan sekolah dalam memastikan semua kanak-
kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.
02 Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara
tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap
perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-
sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan
tingkah laku yang lebih baik dan seimbang (Nurjumira et.al,
2020)
03 Selain itu, penglibatan ibu bapa secara tidak langsung
memberi peluang ibu bapa dan guru saling berbincang dan
berkongsi pendapat mengenai perkembangan anak-anak di
rumah atau di sekolah. Ibu bapa dan guru boleh bertukar
pandangan yang membina bagi membantu dalam
meningkatkan pencapaian kanak-kanak.
04 Corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang memberi
kesan mendalam terhadap perkembangan mental, fizikal,
emosi dan rohani kanak-kanak. Kanak-kanak yang sering
dibantu oleh ibu bapa akan membentu personaliti serta
konsep kendiri yang positif. Mereka juga lebih berkeyakinan
tinggi dan lebih kental dalam menghadapi dugaan
mendatang.
09
Rujukan
Senarai Rujukan
Halimah Abdul Majid et. al, (2017). Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti
Dalam Memperkasakan Sekolah, https
://www.researchgate.net/publication/319794654
Khairun Nisa Md Isa, & Kamariah Abu Bakar. (2021). Hubungan Antara
Emosi Ibu Bapa dengan Kanak-kanak dan Kepentingannya terhadap
Perkembangan Awal Kanak-kanak. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities.
Norjumira Abd Raof, Mohamad Shukri Ishak, Muhammad Syahfei
Mohamed, Mohamad Arif Zaki Ali, & Ahmad Zulfandi Ibrahim. (2020).
Tahap Penglibatan Ibu Bapa Dalam Didikan Kanak-kanak Di Taska
Kemas. Jurnal Kesidang.
Nur Najwa Mohamed, & Anis Norma Mohamed Jaafar. (2020).
Penggunaan Modul Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek
Terhadap Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan.
Paezah Abd. Halim (2017). Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran kanak-kanak di sekolah. e-Prosiding Pendidikan KUIS.
Saayah Abu (2017). Pengurusan Taska dan Tadika Cemerlang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia
Siti Arina Badli, & Suziyani Mohamed. (2021). Hubungan Antara
Penglibatan Ibu Bapa dengan Perkembangan Kanak-kanak di Tabika
Kemas. Jurnal Dunia Pendidikan
Suresh Kumar, N. V. (2019). Pemerkasaan Kerjasama sekolah, keluarga
dan komuniti. Edisi ke-1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Zulkifli Abdul Hamid et. al, (2011). Hubungan antara penglibatang ibu bapa
dan pencapaian akademik pelajar miskin di Negeri Selangor. Journal
of Islamic and Arabic Education 3 (2), 2011 31-40
Si Cilik Celik Emosi
Membentuk Pekerti Terpuji
Terima Kasih