ADAT SEBAGAI
SUMBER HUKUM
SABDA RASULUALLAH SAW:-
“APA YANG DIPANDANG BAIK DISISI ORANG, MAKA DIPANDANG
BAIK DISISI ALLAH”
PENULIS: 1) SHURAHANI BINTI MD ZAINUDIN (33DTM20F1040)
2) NUR MASITAH BINTI AZAHAR (33DTM20F1026)
3) NUR ATHIRAH BINTI SA’DUN (33DTM20F1004)
4) SITI NURINA BINTI MD ISA (33DTM20F1022)
AL ADAT MUHAKKAMAH :
KONSEP ASAS SERTA
APLIKASINYA
• Ilmu usul fiqh merupakan sebahagian daripada ilmu syarak yang terbesar. Ia meletakkan garis
panduan yang tepat bagi seorang mujtahid untuk mengistinbatkan sesuatu hukum, memelihara
mujtahid daripada tergelincir dan menyimpang daripada kehendak syarak yang sebenar semasa
berijtihad dan membuka kepada penyelesaianpenyelesaian hukum bagi setiap permasalahan dalam
syariat Islam. Perbahasan dasar berkenaan ilmu usul fiqh ialah berkisar berkenaan dalil-dalil hukum
syarak secara umum. Para ulama’ membahagikan dalil-dalil ini kepada dua bahagian. Pertama, dalil
yang disepakati kehujahannya oleh kebanyakan ulama’ iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma‘ dan Qiyas.
Kedua, dalil yang menjadi perselisihan sebahagian besar ulama’ berkenaan kehujahannya. Dalil-dalil
tersebut seperti Istishab, Istihsan, ‘Urf, Masalih Mursalah, Qawl Sahabi dan Syar‘ Man Qablana. Oleh
itu, Istihsan termasuk salah satu dalil yang menjadi perselisihan sebahagian besar ulama’ sama ada ia
boleh digunakan sebagai salah satu sumber bagi pengeluaran hukum syarak ataupun tidak. Istilah
Istihsan amat tidak asing lagi di kalangan pengkaji-pengkaji Ilmu Usul Fiqh. Walaubagaimanapun,
sekiranya kita meneliti kepada perbahasan para ulama’ fiqh dan usul fiqh berkenaan Istihsan, kita akan
dapati para ulama’ terdahulu tidak pernah berselisih pendapat berkenaan satu perkara sepertimana
mereka berselisih pendapat tentang Istihsan. Mereka berselisih pendapat tentang takrif yang paling
sesuai digunakan untuk perkataan Istihsan, mereka juga berselisih pendapat tentang hukum
penggunaan Istihsan sebagai salah satu sumber bagi hukum syarak. Para ulama’ memberi berbagai
takrif tentang Istihsan, terdapat sebahagian takrif yang diberikan masih lagi memberi gambaran yang
samar-samar, sebahagiannya pula tidak merangkumi semua aspek yang terdapat dalam Istihsan dan
terdapat juga takrif-takrif yang dapat memberi penjelasan yang agak lengkap tentang Istihsan. Oleh
itu kita perlu meneliti secara terperinci segala takrif yang dikemukakan oleh para ulama’ untuk
memahami dengan jelas tentang konsep Istihsan ini. Para ulama’ juga berselisih pendapat tentang
kehujahan Istihsan, adakah ia diterimapakai dalam proses pengeluaran hukum syarak atau sebaliknya.
Cuma menjadi satu perkara yang agak ironis di mana pihak yang menolak penggunaan Istihsan
mengatakan, penggunaan Istihsan bermaksud kita bermudah-mudah dengan agama dan hanya
menggunakan hawa nafsu ketika mengeluarkan hukum.1 Bagi pihak yang menerimanya pula
mengatakan, Istihsan merupakan sembilan persepuluh daripada ilmu dan penggunaannya dalam fiqh
lebih banyak daripada penggunaan Qiyas
AL ADAT MUHAKKAMAH :
KONSEP ASAS SERTA
APLIKASINYA
• Perbezaan pendapat yang sangat jauh ini menyebabkan para ulama’ mutaakhirin membuat kesimpulan
bahawa kedua-dua pihak yang berselisih pendapat ini tidak berselisih dalam satu perkara yang sama,
atau dalam lain perkataan ia bermaksud mereka berselisih pendapat pada mahal khilaf yang berbeza.
Kesimpulan ini dilihat turut disokong oleh persepakatan para ulama’ tentang dua perkara. Pertama,
tidak harus bagi mana-mana individu untuk membicarakan hal-hal berkaitan hukum agama dengan
semata-mata menggunakan akal fikiran dan hawa nafsu tanpa bersandarkan dalil-dalil syarak yang
khusus atau berdasarkan dalil-dalil syarak yang umum. Kedua, menjadi kewajipan ke atas setiap
mujtahid untuk beramal dengan hukum yang terhasil daripada ijtihad dan penelitiannya sekalipun
hanya bersandarkan kepada dalil yang bersifat zanni. Justeru itu, berdasarkan dua persepakatan ini, ia
dapat memberikan satu gambaran awal bahawa tidak harus berlaku perselisihan pendapat di kalangan
para ulama’ tentang Istihsan sepertimana yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya konsep atau dalil
Istihsan ini hanya boleh mempunyai dua kemungkinan, sama ada dikategorikan sebagai dalil yang
disepakati oleh sekelian ulama’ ataupun ia merupakan satu dalil yang tidak dibenarkan penggunaannya
oleh sekelian ulama
PENGERTIAN KAEDAH
FIQH
• Al-‘adah muhakkamah termasuk antara lima kaedah fiqh yang disebut sebagai al-qawaid al-kubra.
Kaedah ini bermaksud adat diterima sebagai hukum.
• Ia banyak digunakan dalam masalah muamalat dan kehakiman, khususnya berkaitan perniagaan
kerana ilmunya luas dan berubah seiring dengan perubahan masa dan tempat. Jadi, apa-apa
kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat, yang mana ia bersangkutan atau tidak bertentangan
dengan hukum, maka itu boleh dilakukan dalam kehidupan mereka.
• Antara dalil rujukan bagi kaedah ini adalah seperti berikut:
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
ُخ ِذ ٱۡلعَ ۡف َو َو ۡأ ُم ۡر بِٱۡلعُ ۡر ِف َوأَ ۡع ِر ۡض َع ِن ٱۡل َٰ َج ِه ِلي َن
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta
berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”(Surah
al-A’raf 7:199)
• Dalam hadith riwayat Bukhari pula ada menyatakan:
“Daripada Aisyah r.a., sesungguhnya Hindun, anak perempuan ‘Utbah dan juga isteri kepada
Abu Sufyan telah bertemu dan berkata: “Wahai Nabi! Sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang
kaya tetapi bakhil, dia tidak memberikan aku perbelanjaan yang mencukupkan aku dan anak-
anakku, lantas aku mengambil daripadanya sejumlah wang tanpa pengetahuannya”.
• Maka, mendengar itu, Nabi Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Ambillah daripadanya
sejumlah wang yang mencukupi untuk kamu dan anak-anakmu berdasarkan uruf”.
• Apa yang dimaksudkan dengan uruf? Ia merujuk kepada adat atau kebiasaan masyarakat.
PERANAN KAEDAH
FIQH:-
• Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu:
• 1. Adat Am –
• Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi
maksud tertentu. Contohnya, sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud
yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.
• 2. Adat Khusus –
• Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau
negeri atau dikalangan golongan tertentu. Contohnya, kesarjanaan merujuk kepada
kepandaian dan kecendiakawan seseorang.
• 3. Adat Sahih –
• Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau
menghalalkan yang haram atau tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya, pemberian hantaran dalam majlis
perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara pembeli
atau penjual melafazkan aqad jual beli.
• 4. Adat Fasid atau Rosak –
• Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syarat
atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya, menjual barang secara bertangguh melebihi
daripada bayaran secara tunai.
SYARAT-SYARAT YANG
DIJADIKAN :
• Adat tidak bertentangan dengan syarak
• Adat masih diamalkan
• Tiada penentangan masyarakat
• Adat kebiasaan
APLIKASI KAEDAH
FIQH:-
• 1. Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan dibenarkan menggunakan ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk
membuat keputusan.
• 2. Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang mendalam tentang konsep
adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati
kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi bahan
perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.
• 3. Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup menjadi
sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih
besar.
• 4. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah
berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.
• 5. Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat untuk menjadikan nas syarak dan prinsip-
prinsip utama syariat serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.
• 6. Antara syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah: -
• Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara
berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang
singkat. Contohnya, amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat.
• Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau
mana-mana prinsip syariat yang putus (Qat’i)
RUMUSAN:
• Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum (al- Âadah
muhakkamah) merupakan kaedah asas kelima dalam
perundangan Islam. Kaedah ini juga disebut sebagai “al-
qawaÊid al-khams al- kubraa” atau “al-qawaÊid al-asasiyyah.”
• Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang
diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu
sumber hukum. Sebarang bentuk tradisi atau budaya yang
baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau
diteruskan