The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti nurina, 2020-11-10 05:27:50

KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA MENJAMIN KEPADA PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN:
KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA MENJAMIN KEPADA PEMBANGUNAN SEBUAH

NEGARA

NAMA PENSYARAH:
PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

NAMA PELAJAR:
1. SITI NURINA BINTI MD ISA

(33DTM20F1022)
2. SYAMIMI SYAZLINA BINTI MD ZAMRI

(33DTM20F1036)
3. NURMASITAH BINTI AZAHAR

(33DTM20F1026)

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Mukasur
at
1. Pengenalan dan objektif 3
2. Kepentingan kesihatan 4-5
3. Kesihatan dan Perpaduan 6
4 Pandemik Covid-19 7-8
5 Kepentingan Perpaduan 9
6 Piramid Makanan 10
7 Kesimpulan 11
8 Lampiran
9. Rujukan 12-13
14

1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, kita sama-sama dapat menjaga dan memupuk
kesihatan dan perpaduan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia kita pada
hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pemodenan di Malaysia semakin
membangun. Seperti yang kita lihat ekonomi dan teknologi yang dicipta semakin
canggih dan dapat membantu dan memudahkan aktiviti seharian masyarakat. Teknologi
masa kini telah digunakan dengan baik oleh masyarakat kerana masing-masing
mempunyai sikap rasional dan bertanggungjawab. Oleh itu kita dapat lihat
bahawasanya negara dan rakyat Malaysia sedang membangun dan mengikut sejajar
dengan arus pemodenan pada masa kini.

Sudah terang lagi bersuluh, teknologi yang semakin canggih ini dapat memberikan
kesan yang sangat baik dan positif kepada masyarakat dari segi kesihatan mahupun
perpaduan. Hal ini dikatakan begitu kerana telahnya terciptanya jam pintar iaitu fitness
tracker untuk kita mendapatkan bacaan denyutan nadi , pengiraan langkah , pengiraan
pembakaran kalori dan banyak lagi fungsi yang istimewa untuk menarik minat
masyarakat untuk bersenam. Dengan melakukan aktiviti bersenam kita dapat
menyihatkan tubuh badan dan cerdaskan minda . Dengan bantuan teknologi juga kita
dapat mengeratkan silaturahim sesama masyarakat di seantero dunia. Dari aplikasi
yang dicipta, kita dapat berhubung dengan mereka melalui media sosial seperti aplikasi
Whatsapp, Instagram, Telegram dan banyak lagi aplikasi lainnya. Dengan keadaan
sedemikian, kita dapat meningkatkan perpaduan dalam rakyat dengan bercampur dan
bergaul dengan mereka tanpa mengira beza antara agama dan bangsa.

Maka, kami akan membincangkan beberapa perkara tentang kesihatan dan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menjamin kepada pembangunan
negara .

2.0 OBJEKTIF TUGASAN :

-Untuk memahami tentang kepentingan kesihatan 3
-Untuk menjelaskan tentang kepentingan perpaduan
-Untuk membincangkan tentang kesihatan dan perpaduan
-Untuk memahami tentang kesimpulan antara perpaduan dan kesihatan.
-Untuk mengenal dengan lebih terperinci tentang piramid makanan

3.0 KEPENTINGAN KESIHATAN

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun, kita sering kali
didatangi oleh pelbagai masalah yang berkaitan tentang kesihatan dalam kalangan
masyarakat domestik dan antarabangsa. Pada masa ini peratus masyarakat yang
mempunyai masalah kesihatan semakin hari semakin meningkat tanpa mengira
peringkat usia. Hal ini kerana masyarakat sering mengambil ringan tentang isu
kesihatan. Tambahan pula, terdapat sesetengah masyarakat yang terlalu sibuk dengan
perkerjaan masing masing sehingga alpa dengan kondisi kesihatan diri masing masing.
Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia merupakan salah
satu kunci utama dalam memastikan kelangsungan hidup seseorang pada ketika ini.

Selain itu, apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik. Kita dapat meningkatkan
produktiviti kehidupan seseorang. Hal ini demikian kerana, pelbagai aktiviti dapat dijalan
kan dengan mudah tanpa risau akan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu melakukan kerja – kerja yang
secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini.
Sebagai contoh , pelajar sekolah dapat memberikan fokus yang baik pada pelajaran dan
pekerja professional boleh menjadi kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas
masing – masing. Justeru, kesihatan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam
setiap perkara.

Disamping itu, kita dapat mengelakkan diri daripada menghidapi penyakit berjangkit
yang merbahaya. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem
kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada
terkena serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh tangan menggunakan sabun
selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa membawa bakteria atau
virus. Amalan tersebut dapat menghidarkan diri daripada virus yang tidak diingini kerana
bakteria tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu kita mestilah sentiasa berjaga
jaga, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

4

Akhir sekali, kita sering didengari dengan pepatah ‘kesihatan itu lebih baik daripada
harta benda‘. Ini membawa maksud kepada jika kita tidak sihat banyak aktiviti harian
tidak dapat dilakukan dengan selesa. Malah kekayaan yang dimiliki oleh seseorang
tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika seseorang menghidapi
penyakit buah pinggang, dia akan banyak meluangkan masa di hospital kerana
mempunyai pemeriksaan pada setiap minggu atau bulan. Oleh itu, individu itu tidak
berpeluang pergi melancong atau melakukan aktivi yang lasak walaupun seseorang
itu mempunyai banyak wang untuk melakukan aktiviti tersebut.

5

3,1 KESIHATAN DAN PERPADUAN

Kesihatan dan perpaduan boleh bergerak seiring. Hal ini demikian kerana program
kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuhkan
perpaduan dalam komuniti setempat. Ini kerana, program kesihatan merupakan satu
wadah terbaik untuk memantapkan perpaduan. Selain itu ia menggalakkan komuniti
bersama membudayakan kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Bagaimana program
ini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum? Ini kerana program kesihatan seperti
ini melibatkan pelbagai kaum seperti kaum cina, india dan melayu.

Program kesihatan yang bermatlamat merapatkan hubungan serta memupuk
perpaduan komuniti ialah membuat aktiviti gotong – royong membersihkan kawasan
sekitar perumahan. Ini kerana kita banyak meluangkan masa di rumah. Oleh itu kita
mestilah memastikan suasana di sekitar kita sentiasa bersih. Hal ini demikian kerana,
apabila suasana bersih kita dapat menghidarkan diri daripada menghidap penyakit
yang berbahaya seperti demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes yang
disebabkan oleh persekitaran yang kotor dan tercemar. Tambahan pula, ketika aktiviti
gotong – royong berlaku badan kita akan mengeluarkan peluh dan membuang segala
toksin daripada badan yang membuatkan kita kekal sihat dan cergas.

Tambahan pula, apabila melakukan aktiviti gotong – royong tersebut masyarakat
dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan cara itu kita dapat meningkatkan
perpaduan antara kaum. Ini kerana, masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama
lain dengan bertanya khabar dan sebagainya. Selain itu, melalui aktiviti gotong –
royong ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara kaum dengan membantu antara
satu sama lain semasa melakukan tugas. Oleh itu , kita dapat menjaga kesihatan diri
sekali gus merapatkan lagi perpaduan antara kaum bak kata pepatah sambil menyelam
minum air.

6

3.2 PANDEMIK COVID-19

Novel coronavirus yang bermula di Wuhan, China dinamakan sebagai COVID-19.
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang lazimnya menjangkiti melalui saluran
pernafasan. Novel coronavirus pula merujuk kepada spesis baru virus dalam keluarga
coronavirus yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini boleh merebak sesama
haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selsema yang
lain melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin, dan komplikasi lebih teruk
pada golongan yang lemah imunisasi badan seperti terjadinya radang paru-paru dan
sindrom kesukaran pernafasan akut. Ianya lebih teruk dikatakan kerana boleh merebak
melalui persentuhan. Gejala umum termasuk demam, batuk dan sesak nafas. Pada
masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral. Langkah-langkah pencegahan yang
disyorkan ialah kerap membasuh tangan dengan sanitizer, menutup mulut ketika batuk
atau bersin, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial. Oleh itu, masyarakat
perlulah bertanggungjawab mematuhi SOP untuk menjaga diri sendiri dan orang lain.

Pada waktu yang sama, kita dapat melihat perpaduan kaum dalam menangani isu ini.
Setelah beberapa bulan di kuarantin, kita dapat melihat jumlah kes semakin berkurang.
Hal ini demikian kerana sikap rakyat yang prihatin kepada situasi yang melanda seluruh
dunia. Sudah terang lagi bersuluh, rakyat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga
dalam mengatasi pandemik ini. Sebagai contoh, kita dapat melihat tiada seorang pun
yang keluar dari rumah tanpa tujuan yang tidak jelas dan mereka sentiasa mematuhi
SOP. Hal ini jelas dikatakan kerana rakyat ingin membantu dalam menangani pandemik
ini dari berleluasa. Selain itu, kita juga dapat melihat perpaduan masyarakat ketika
mereka sentiasa membantu orang-orang yang memerlukan seperti orang yang
kehilangan kerja disebabkan pandemik. Mereka memberikan bantuan makanan, wang
dan juga barang keperluan. Ada juga masyarakat yang bekerjasama untuk membantu
frontliner dengan menjahit baju PPE dan membuat shield mask untuk mereka. Inilah
yang disebutkan sebagai perpaduan kaum. Masyarakat saling membantu dan tidak
mementingkan diri sendiri .

7

Secara keseluruhannya, wabak pandemik yang melanda negara kita sekarang ini
banyak memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan seseorang. Dari sudut
yang lain, ianya dapat membentuk kesepakatan dan perpaduan kaum dalam menjaga
kesihatan diri untuk mencegah wabak Covid-19.

8

3.3 KEPENTINGAN PERPADUAN

Bagai aur dengan tebing merupakan suatu peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun
semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan
sesuatu perkara. Bertitik tolak dalam daripada sikap saling menolong ini akan
terlahirlah masyarakat yang bersatu-padu. Perpaduan merupakan aset terpenting
Malaysia kerana tanpa perpaduan, mustahil keharmonian dapat dinikmati ibarat
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, berbagai renjau
berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang saling berganding bahu menuntut
kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan
dan kongkongan penjajah disebabkan oleh usaha-usaha pemimpin terdahulu.
Perpaduan yang telah wujud kini merupakan warisan daripada warisan nenek moyang
yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Kesimpulannya, kepentingan perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara.
Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia dapat menarik perhatian orang
luar negara untuk mengenali dengan lebih dekat tentang budaya masyarakat Malaysia
yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung. Jelaslah bahawa, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi
negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara lain.

9

3.4 PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai. Ia
menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian. Objektif ini
adalah untuk memberi semua orang mengamalkan pemakanan dengan nutrisi yang
seimbang supaya kita boleh berada dalam gaya hidup sihat selalu. Idea piramid
makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal tahun
90-an. Ia dikeluarkan oleh US Department of Agriculture (USDA). Dari semasa ke
semasa, ia mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumnya, tiada perubahan
besar yang berlaku pada piramid makanan ini.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bahawa makanan yang kita
nikmati akan membentuk fizikal, mental waima keperibadian seseorang. Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
penjagaan kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan
makanan seimbang dalam masyarakat. Kita juga seharusnya memastikan pengambilan
makanan yang seimbang mampu membawa kemaslahatan kepada setiap lapisan
masyarakat.

Pepatah ada mengatakan, diri anda ialah apa yang anda makan dan kenyataan ini
benar dalam soal kesihatan. Memang tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat
dan seimbang. Kita perlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan
Piramid Makanan serta mematuhi arahan doktor. Andai kata semua warganegara
Malaysia berganding bahu dan bersama-sama mempraktikkan diet dan pemakanan
yang seimbang, bukan sahaja individu malah masyarakat dan negara yang akan
menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif ini. Akhir kata, marilah kita semua
mengamalkan pemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih
sihat dan cergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam,
kerana badan sihat, otak cerdas.

10

4.0 KESIMPULAN

Sebagai penutup wacana, kita dapat menyimpulkan bahawa teknologi yang semakin
canggih dapat membawa negara ke arah yang lebih maju. Dari teknologi juga, kita
dapat membentuk kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk
menjamin kesejahteraan rakyat. Kita mestilah mengamalkan budaya mementingkan
kesihatan dan perpaduan untuk menjamin masa depan negara dalam keadaan negara
sekarang yang dilanda pandemik covid-19. Sebagai rakyat, kita merupakan masa
depan negara untuk memajukan dan membanggakan nama negara ke serata dunia.
Tambahan pula, konsep 1 Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan
kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan
harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah
amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan
ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada
kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat
yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-
masing.

11

5.0 LAMPIRAN

Piramid makanan
Perpaduan setiap kaum di negara Malaysia

Amalan gaya hidup yang sihat Langkah pencegahan covid-19

12

Amalan gotong royong dapat mengeratkan silaturrahim
sesama masyarakat

Aktiviti kesihatan seperti senamrobik dapat meningkatkan
tahap kesihatan kita sekaligus meningkatkan perpaduan di

Malaysia

13

6.0 RUJUKAN
-https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/15/program-
kesihatan-berupaya-perkukuh-perpaduan-komuniti-kata-
Ibrahim
-http://www.kehakiman.gov.my/en/node/2692
-https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-
kesihatan-diri.html
-https://hellodoktor.com/gaya-hidup-
sihat/pemakanan/memahami-piramid-makanan/#gref
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/65
1403/harmonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum

14

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version