INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH
SELANGOR
_____________________________________________
PROGRAM SIJIL DAKWAH DAN KEPIMPINAN
ILDAS
SIRI 11/2021-2022
SEMESTER 2
SUBJEK
TAJWID
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH SITI RAHAYU BT HATIM
DISEDIAKAN OLEH: NO MATRIK
BIL NAMA PELAJAR 210404
1 MUHAMMAD FARIZAL MARLIAS BIN MAHIL
1) PENGENALAN TAJWID
a) APA ITU TAJWID?
۩ Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau
memperindahkan.
۩ Dari sudut istilah pula, Tajwid bererti megeluarkan huruf
dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang
dimilikinya.
۩ Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca
Al-Quran dengan baik dan betul.
b) TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID
۩ Supaya dapat membaca ayat suci Al-Qur’an secara fasih (betul/benar),
lancar, serta dapat memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika
membaca al-Qur'an.
c) HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID
۩ Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah.
۩ Akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid di ketika membaca Al-Qu’an
adalah Fardh ‘Ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang
mukallaf.
2) HARAKAT
a) Apa itu Harakat?
Cara membaca mad bergantung kepada kadar
harakatyang ditetapkan bermula dari 2 hingga 6 harakat.
1 harakat dikategorikan dalam bacaan tidak panjang .
Manakala, bacaan panjang adalah bermula dari 2 sehingga 6
harakat.
Cara mengira harakat adalah dengan menggenggam jari
dan melepaskannya. Jika 2 harakat, genggam 2 jari dan lepaskan.
Namun begitu, cara untuk mengenggam dan melepaskan jari
mestilah mengikut kadar kelajuan bacaan.
Kadar Kelajuan Bacaan :
Kadar kelajuan bacaan terdapat 3 jenis :
• Tahqiq – perlahan
Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan
dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan qari /
qariah.
• Tadwir – lebih laju dari tahqiq
Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak
mengabaikan tajwid pada bacaan.
• Hadr – laju
Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid
pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-Quran
dalam mengulang-ulang bacaan.
3) Mad Asli
۩ Mad yang BUKAN DISEBABKAN hamzah dan sukun.
۩ Kadar harakat adalah 2 sahaja.
۩ Asli – Asal
۩ Thobi’i – Semulajadi
4) MAD ASLI
Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i.
Sebab Ia Terjadi :
Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif ( ) ا, Wau ( ) و, dan
Ya ( ) ي. Dan ianya terjadi secara tobi’i (semulajadi) kerana 3 huruf
itu sahaja TANPA DISEBABKAN oleh hamzah atau sukun.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara
ketika bertemu huruf mad)
Asli Asal
Thobi’i Semulajadi
Istilah Sesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab
samaada hamzah atau sukun
Kenalpasti Tanda Mad Asli :
1 Huruf mad yang TIADA baris
• Huruf Alif ( ) اdan sebelumnya terdapat huruf
yang berbaris fathah.
• Huruf Wau ( ) وdan sebelumnya terdapat huruf
yang berbaris depan.
• Huruf Ya ( ) يdan sebelumnya terdapat huruf
yang berbaris bawah.
2 Tanda huruf mad yang kecil iaitu huruf Alif ( ) ا, Wau ( ) و,
dan Ya ( ) ي
Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
Dalam al-Quran terdapat dua jenis tanda bujur iaitu Tanda Bujur
Serong dan Tanda Bujur Tegak.
Tanda Bujur Serong :
Ia hanya ada pada tulisan tetapi TIADA pada bacaan. Ia hanyalah
huruf ziadah (tambahan) sahaja.
Tanda Bujur Tegak :
Hanya terdapat pada ENAM (6) perkataan dalam al-Quran,
ia dikategorikan sebagai mad asli yang perlu dibaca dengan kadar 2
harakat HANYA APABILA DIWAQAFKAN. Pada bacaan wasal, ia
diabaikan.
6 Baris Ayat Tanda Bujur Tegak Di Dalam Al-Quran :
Bagi setiap kalimah “ana” dalam Al-Quran. Tidak semestinya pada surah
Al-Baqarah (2) : 258 sahaja.
5.0 WAJIBULGUNNAH
6.0HURUF-HURUF HIJAIYAH BERBARIS