The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mat_mincr, 2021-12-11 12:03:28

Rubrik pertandingan

Rubrik pertandingan

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“CERITERA PDPR KITA”

1. PENGENALAN

Pertandingan Video Kreatif iaitu “Ceritera PdPR Kita” yang bakal dianjurkan ini adalah
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan situasi para pelajar yang
berada di peringkat sekolah menengah yang kini menjalani PdPR dari kawasan tempat tinggal
masing-masing. Dalam masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mencungkil dan
mengasah bakat para pelajar sekolah menengah dalam menghasilkan video yang kreatif dan
memberikan input yang berguna kepada masyarakat. Para pelajar boleh menceritakan
pengalaman pahit dan manis yang dihadapi oleh pelajar sepanjang menjalani pembelajaran
dengan norma yang baharu ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah
menengah dan menawarkan hadiah yang menarik.

2. TERMA DAN SYARAT

1. Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada semua pelajar sekolah
menengah yang berumur antara 13 hingga 17 tahun di seluruh Malaysia.

2. Semua penyertaan hendaklah mendaftar melalui borang penyertaan melalui laman
sesawang google form yang disediakan oleh pihak penganjur.

3. Bertemakan pengalaman peserta sepanjang tempoh (Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah) PdPR selaras dengan tema “Ceritera PdPR Kita”.

4. Pertandingan adalah bersifat individu, bebas dan tiada limitasi untuk penggunaan
platform dalam pembikinan video.

5. Tarikh penyertaan DIBUKA pada 13 Disember 2021 dan tarikh TUTUP pada 24
Disember 2021 dengan mengisi Borang Penyertaan berserta link video yang
dihasilkan.

6. Setiap video peryertaan haruslah dimuat naik ke Google Drive dan emailkan pautan
ke ………. (Alamat email)

7. Hasil video hendaklah menepati kualiti audio visual yang baik dan jelas.
8. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi hanya 1 sahaja

penyertaan yang terbaik akan dimenangi.
9. Genre adalah terbuka sama ada animasi, penceritaan, drama, sketsa, komedi,

dokumentari atau gabungan kreatif dan yang paling penting ada jalan penceritaan
ditonjolkan.
10. Semua penyertaan mestilah hasil kerja asal/asli dan tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan atau disiarkan di portal media sosial/ blog lain sebelum ini.
11. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli/ciplak (plagiat).
12. Durasi video adalah bebas tetapi TIDAK MELEBIHI 3 MINIT.
13. Penyampaian atau bahasa penghantar hendaklah menggunakan BAHASA MELAYU
atau BAHASA INGGERIS.

Info tambahan:

• Hasil video hendaklah sesuai diterbitkan dan dipaparkan dalam segala bentuk
media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, MOV, MP4, Tik-Tok, Reels
Instagram, dan yang berkaitan mengikut kreativiti peserta.

14. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mengikuti atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

15. Maklumat penyertaan hendaklah dilengkapkan pada Borang Penyertaan yang
disediakan. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

16. Kandungan video mestilah tidak mengandungi unsur-unsur lucah, provokasi,
menyentuh sensitiviti kaum, agama, politik dan isu-isu sensitif.

3. PENILAIAN DAN PEMENANG PERTANDINGAN.
Pengadilan dan penilaian hasil video adalah berdasarkan kepada isi kandungan, kreativiti,
audio visual dan impak kepada penonton.

BORANG PENILAIAN OLEH PENGADIL

BIL KRITERIA MARKAH PERATUS JUMLAH
1. Keaslian video dan tatabahasa PEMARKAHAN

30 %

2. Kreativiti, idea, isi kandungan, fakta dan 50%
menepati tema yang diberikan 20%

3. Gaya persembahan dan audio visual

JUMLAH KESELURUHAN

1. Tiga (3) video terbaik akan dipilih sebagai pemenang. 5 pemenang bagi hadiah
saguhati.

2. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak pengajur di Laman Facebook
KMBK UPM, dan setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

3. * Tawaran hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut:

JUARA:
Wang Tunai bernilai RM 200.00 Berserta Sijil Penyertaan
NAIB JUARA:
Wang Tunai bernilai RM 150.00 Berserta Sijil Penyertaan
TEMPAT KETIGA:
Wang Tunai bernilai RM 100.00 Berserta Sijil Penyertaan
SAGUHATI 5 PEMENANG:
Wang Tunai bernilai RM 20.00 setiap pemenang Berserta Sijil Penyertaan

* Tertakluk kepada perubahan daripada pihak penganjur


Click to View FlipBook Version