The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jananibaqiyah, 2022-05-12 00:29:54

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO

SUKAN DAN PERPADUAN

PENSYARAH : PN. NORFAZILA AHMAD
SESI 2 : 2021/2022

NAMA NO PENDAFTARAN
NOR AINI BINTI SOFWAN 23DLH21F2006
NUR DEENA SABRINA BINTI FAIROSAZMAN 23DLH21F2028
NUR JANANI BAQIYAH BINTI MD TAZUDIN 23DLH21F2065
23DLH21F2019
MAISARAH BEDU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA 4
1 PENGENALAN 4
2 MAKSUD SUKAN 5
3 MAKSUD PERPADUAN
4 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 6
6-7
5 CONTOH-CONTOH SUKAN
6 TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN 8

PENCAPAIAN YANG DICAPAI 8

7 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM 9
PERPADUAN
10-13
8 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK
SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN 14-15
MURID 16
17
9 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN
KAUM

10 PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

11 SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI
PENDIDIKAN

12 BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK
PERPADUAN

13 KESIMPULAN

PENGENALAN

Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara
kita ini. Di negara Malaysia ini terdapat pelbagai jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum
Melayu, Cina dan India. Antara permainan kaum melayu ialah congkak yang merupakan sejenis
permainan tradisi yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dalam pertandingan. Seterusnya,
antara permainan kaum cina pula ialah Yo-Yo Cina atau dikenali sebagai Diabolo. Permainan ini
mempunyai dua cakera yang sama saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang dan akan berpusing pada
tali yang diikat pada dua batang kayu yang kecil. Selain itu, permainan Xiang Oi iaitu permainan papan
cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Permainan yang terakhir dari kaum cina ini adalah Go. Go
adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Akhir sekali, antara permainan
yang sering dimainkan oleh kaum india ialah Karom di mana permainan karom ini menjadikan aktivit
harian bila-bila masa sahaja bagi mengisi masa lapang yang terluang. Seterusnya, permainan Kho-Kho
iaitu permainan tradisional yang popular dalam kalangan kaum India. Permainan terakhir ialah Kabaddi
yang berasal dari India dan satu-satunya permainan sangat terkenal di Asia. Impak positif penglibatan
sukan kepada individu ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah
seta mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Masa lapang sebenarnya amat
berharga bagi diri seseorang atau masyarakat. Hal ini demikian kerana ‘masa itu emas’ walaupun hanya
ada beberapa minit, masa itu sangat berharga. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan bagi
mengurangkan tekanan serta melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, mereka dapat
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral, gejala vandalisma dan
membuang masa dengan sia-sia seperti melepak dan merokok. Ada sesetengah kajian membuktikan
bahawa perpaduan masyarakat kita boleh dipupuk menerusi acara sukan atau permainan yang diadakan
tersebut. Situasi ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk positif atau negative
secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut iaitu kaum melayu, cina
dan india. Hal ini demikian juga kegiatan sukan atau permainan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat ersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan
dalam kegiatan sukan atau permainan kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana
muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru, kegiatan
sukan atau permainan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan
hubungan anatara mereka.

MAKSUD
SUKAN

Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu
untuk memantapkan staminanya. Sukan adalah sejenis latihan gerak
badan dan permainan. Sukan juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti
rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun dengan motif
menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan ‘indoor’
dan ‘outdoor’. Sukan ‘indoor’ ialah sukan yang menggunakan tenaga
tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur, badminton dan
lain-lain. Sukan ‘outdoor’ pula ialah sukan yang banyak menggunakan
tenaga dan anggota badan contohnya bola sepak, berenang dan lain-

lain.

MAKSUD
PERPADUAN

Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi
sesuatu masyarakat yang berbeza. Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia

mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi.

Mengeratkan Mewujudkan Membina
hubungan hubungan masyarakat yang
silaturrahim berkeyakinan dan
diplomatik antara bersefahaman.
antara satu sama sesebuah negara
lain. dengan negara Menyediakan
peluang untuk
Memupuk lain.
semangat masyarakat
kerjasama antara PERANAN berkerjasama dan
masyarakat. SUKAN DARI saling memahami
antara satu sama
SEGI
PERPADUAN lain.

Dapat membentuk
masyarakat yang

berdisiplin
melahirkan
masyarakat yang
harmoni.

• Badminton
• Bola tampar
• Hoki
• Silat olahraga

TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN
PENCAPAIAN YANG DICAPAI

DATO LEE CHONG WEI

• Pemain badminton pertama yang telah memenangi ranking nombor satu dunia selama
3 tahun.

• Memenangi tiga kali pingat perak di olimpik.
• Memenangi anugerah olahragawan negara sebanyak 4 kali.
• Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
• Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 348 tiga kali.
• Memenangi lima pingat emas dalam sukan komanwel.

DATO NICOL DAVID

• Nicol David adalah ratu di gelanggang skuasy.
• Beliau adalah juara dunia lapan kali.
• Juara skuasy Asia sembilan kali.
• Pemain wispa enam tahun.
• Pemain termuda untuk memenangi kejohanan junior dunia.
• Wanita Asia pertama yang memenangi gelaran Dunia #1.

PANDELELA RINONG

• Seorang atlet Malaysia bagi acara terjun.
• Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan

Olimpik Musim Panas 2012 di London.
• Mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat

gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita.
• Atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei

dalam acara badminton.
• Pada Julai 2015, Pandelela membuat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia pertama

yang menamatkan podium dalam satu acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia.

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

➢ PERINGKAT INDIVIDU
Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya
saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa
lapang secara berfaedah.

➢ PERINGKAT MASYARAKAT
Menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum,
peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama
dan sokongan.

➢ PERINGKAT ANTARABANGSA
Menyumbang kepada pemupukan jalinan dan Kerjasama Antarabangsa, peningkatan
ketahanan dan daya saing.

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID

➢ Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan murid yang mempunyai
potensi dalam bidang sukan.

➢ Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan dalam bidang sukan.
➢ Setiap tahun, Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dianjurkan

untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.
➢ Pengenalan Rancangan Intergrasi Murid Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.

IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan Batasan yang
boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong dan pegurusan. Kedua, sukan menjadi
alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang
boleh Bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus
berbeza.

Di samping itu, mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan,
Malaysia juga Berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuklah Sukan Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi termasya
sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan ‘Sukan
Menjana Perpaduan’.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat, tetapi juga segenap lapisan
strafikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan
sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus
juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud
dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik
terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari
itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja
dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat
dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan
kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat
negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara
tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang
berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk
fahaman politik masing-masing.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga
berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah
Sukan Malaysia yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara.
Sukma XIV baru-baru ini diadakan di Perak bertemakan 'Wow Kita Hebat'. Perpaduan dalam negara
yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat
'penghubung' keseluruhan warganya.

Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang
melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu, yang juga
merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala
Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti
sukan Negara.

Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat tetapi juga segenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik.

Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia. Sukan mampu memecah tradisi
dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi
penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Hari sukan negara yang dianjurkan setiap tahun mampu memupuk semangat cinta negara sekaligus
dapat mengeratkan interaksi antara setiap kaum.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi
fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan
kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.

Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan
kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar
Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan
pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial
yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang
berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi
yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.

SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah.

Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Kokurikulu merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di
dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Sukan juga menjadi
salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.

Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan
diantara pelajar-pelajar sekolah. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan
persefahaman,semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar- pelajar sekolah. Pada hari sukan,
semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk.

BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

Sukan dikenali sebagai agen perpaduan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, hubungan silaturahim dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti
bersukan sekaligus dapat mendidik disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, dengan mengadakan program yang besar seperti Temasya Sukan Malaysia
iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
permain atau penonton. Disamping itu, bersukan juga menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan
kedaulatan Negara. Akhir sekali, jika semangat perpaduan ini diteruskan dan rakyat
bersatu padu, kemajuan negara mesti dapat bersaing dengan negara-negara maju
yang lain seperti Jepun dan China.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara
kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu,
sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri
seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua
yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti
dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga
akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam
rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara.
Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep
1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya
dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang
aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini
sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.


Click to View FlipBook Version