The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jananibaqiyah, 2022-12-06 08:03:56

EFOLIO GROUP 6

EFOLIO GROUP 6

MPU 23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

TAJUK : E-FOLIO PENDAKAP GIGI
KELAS : DLH 2B
NAMA PENSYARAH : PN. HASANI GHAZALI
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NOR AINI BINTI SOFWAN ( 23DLH21F2006 )
2. NUR DEENA SABRINA BINTI FAIROSAZMAN ( 23DLH21F2028 )
3. NUR JANANI BAQIYAH BINTI MD TAZUDIN ( 23DLH21F2065 )
4. NUR HAZREY BIN HAMZAH ( 23DLH21F2073 )

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN 3-4

2. APLIANS DAN HUKUM 5-6

3. HUBUNGAN TAJUK DENGAN PRINSIP SYARIAH BESERTA 7-9

HURAIAN

4. HUBUNGAN TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA 10-12

HURAIAN

5. KESIMPULAN 13

6. LAMPIRAN 14

PENGENALAN

Gigi yang tidak teratur dan gigitan yang tidak sempurna adalah penyebab utama pesakit mendapatkan rawatan
ortodontik dan pemakaian pendakap gigi. Pendakap gigi adalah alat yang digunakan di dalam bidak ortodontik untuk
menyusun atur gigi ke posisi gigitan yang lebih baik dan juga menambah baik kesihatan pergigian secara
keseluruhannya.
Terdapat 2 jenis pendakap gigi iaitu aplians boleh tanggal dan aplians tetap.

Penjarakan tidak normal gigi dan rahang adalah biasa, hampir 30% daripada populasi mempunyai maloklusi yang
cukup teruk untuk mendapat manfaat daripada rawatan ortodonik. Rawatan boleh mengambil masa sehingga
beberapa bulan hingga beberapa tahun, melibatkan penggunaan pendakap pergigian dan peralatan lain untuk
perlahan-lahan memindahkan gigi dan rahang sekitar. Sekiranya maloklusi sangat teruk, pembedahan rahang boleh
digunakan. Rawatan biasanya dimulakan sebelum seseorang mencapai usia dewasa kerana tulang lebih mudah
dipindahkan ketika usia kanak-kanak.

Ini membuatkan seseorang mengalami kesukaran ketika mengigit dan akan menyebabkan masalah
pada jangka masa panjang antaranya:
I. Masalah gigi berlubang
II. Penyakit gusi
III. Masalah mengunyah atau pertuturan
IV. Masalah rahang
V. Permukaan gigi cepat haus

APLIANS

Komponen-komponen aplians tetap adalah:

1.Braket – Braket adalah besi kecil bersegi empat yang dilekatkan pada permukaan gigi. Ia mempunyai satu alur kecil yang merintangi di tengahnya untuk
pemasangan wayar arkus. Sesetengah braket mempunyai eksesori tertentu seperti bebola cangkuk yang berfungsi untuk memegang getah dan sebagainya.
Braket boleh diperbuat dari Titanium Nikel, keluli nirkarat, akrilik, seramik atau emas.

2. Wayar arkus – Wayar ini dipasang pada braket untuk memandu gigi bergerak ke dalam satu barisan. Kebiasaannya wayar ini diperbuat dari keluli nirkarat dan
Titanium Nikel. Wayar arkus diikat pada braket menggunakan getah atau dawai besi yang halus.

3. Getah pengikat – Ia adalah getah bulat yang kecil, kebiasaannya berwarna dan digunakan untuk mengikat wayar arkus pada setiap braket.

4. Dawai besi pengikat - Dawai halus yang digunakan untuk mengikat wayar arkus pada braket ortodontik.

5. Gegelang molar – Ia adalah gelungan besi yang diletakkan pada gigi geraham menggunakan ejen pengikat khas.

Komponen Aplians boleh tanggal (ABT):

1. Tapak akrilik (menyokong komponen dawai dan menyediakan penahanan)
2. Komponen dawai keluli nirkarat (untuk pembikinan komponen pemegang bagi membantu perlekatan)
3. Komponen dawai keluli nirkarat (untuk komponen aktif)

2.0 HUKUM

Hukum memasang pendakap gigi (braces) mahupun sarung gigi (veneer) adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan
disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal. Adapun, tiada keperluan
untuk memasang sarung gigi atau pendakap gigi sekiranya tiada keaiban yang ketara pada gigi.

Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan ( HARUS ) menggunakan pendakap gigi atau apa-apa
sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya. Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah
ciptaan Allah.
Adapun jika seseorang yang memakai pendakap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya, dipakai pendakap gigi
supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah HARAM tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia
tidaklah haram.

3.0 HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN PRINSIP SYARIAH BESERTA HURAIAN

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan
ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat
masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari
larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Mutallib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah
dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata:

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online: “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing
wrong with it.” , iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Prinsip Syariah
1 . RABBANIAH (KETUHANAN)
➢ Syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat

adalah secocok dengan keperluan manusia alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh terokai dengan
mematuhi peraturan Allah SWT. Contohnya, Salwa memakai pendakap gigi kerana giginya sudah tidak teratur bukanlah untuk
kecantikkan.

2. WASATIAH (KESEDERHANAAN)
➢ Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada

yang berlebihan atau berkurangan kerana boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut
keperluan yang tertentu. Contohnya, agama islam memberi kelonggaran bagi penganutnya untuk menggunakan pendakap gigi
dengan alasan yang munasabah seperti untuk kesihatan diri.

3. TAWAZUN & MIZAN (KESEIMBANGAN & KESETARAAN)

Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan
akhirat. Contohnya, memakai pendakap gigi untuk megurangkan risiko kecederaan terutama pada gigi kacip dan
mengurangkan risiko penyakit gusi. Kerosakan gigi bukan kerana untuk kecantikkan sehingga dapat menjadikan pemakaian
pendakap gigi menjadi haram.

4. TETAP & ANJAL (MUTLAK & MURUNAH)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek aqidah dan
hukum hakam amaliyyah yang dinyatakan secara tetap atau qat’ I (pasti) dalam al-quran dan al-sunnah yang tidak boleh
dipindah dan diubah dasar dan prinsipnya. Contohnya hukum pendakap gigi adalah harus bagi tujuan membaiki gigi yang
cacat tetapi jika memakai pendakap gigi bagi tujuan kecantikkan hukumnya adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah
SWT.

4.0 HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN

Hubungkait pemasangan pendakap gigi ini salah satunya ialah:
Setiap sesuatu bergantung kepada tujuannya

Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah
itu dikenali sebagai ‘Al-Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’. Lima kaedah tersebut ialah:
I. Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
II. Suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan).
III. Kemudaratan mesti dihapuskan.
IV. Adat dirujuk dalam menentukan hukum.
V. Kesusahan mendatangkan kemudahan.

2. Kaedah ‘Segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.
3. Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat islam. Imam Bukhari berkata, “Tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam satu hadis yang lebih mencukupi, dan lebih banyak faedah, daripada hadis ini”. Ramai imam salaf menjulang kedudukan hadis ini dan
membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdiy, Ibn Al-Madiniy, Abu
Daud, dan Al-Daraqutniy.
4. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah: “Segala perkara bergantung kepada tujuannya”. Ia juga mencakupi
kebanyakan bab dan fasal dalam ilmu feqah.

5. Maksud umum kaedah ini ialah: Segala perkara yang lahir dari seorang mukallaf samada dalam bentuk perubatan
atau pertuturan, maka hukum hakamnya ditentukan berdasarkan maksud dan tujuan dia melakukan atau
memutarkannya. Jadi, niat dan maksud seseorang berperanan penting dalam menentukan suatu hukum.

6. Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat, dan perbuatan yang
berlaku secara tidak sengaja atau tanpa niat. Hukumnya pun berbeza. Sebagai contoh, dua orang lelaki, A dan B telah
melakukan perbuatan membunuh. A sengaja melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah, manakala
B tidak ada niat langsung untuk membunuh, tetapi tersilap sehingga menyebabkan kematian orang lain. Dalam
perundangan islam, hukuman terhadap kedua-duanya A dan B adalah berbeza. Kerana A membunuh dengan niat,
manakala B membunuh secara tidak sengaja.

7. Satu perbuatan yang sama tetapi dilakukan dengan tujuan yang berbeza, natijah yang terhasil juga akan berbeza
bergantung kepada apa yang diniatkan. Contohnya orang yang berperang dalam barisan tentera Islam, jika bertujuan
untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Manakala orang yang berperang
kerana mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang berani dan pahlawan, akan mendapat balasan yang buruk.
Berbeza balasan disebabkan berbeza tujuan.

8. Niat terbahagi kepada dua jenis:

i. Niat dalam amalan.
Niat dalam amalan berperanan untuk membezakan antara ibadah dengan perlakuan bukan ibadah. Contohnya, seseorang yang tidak
makan dan minum pada waktu siang. Mungkin dia Manahan lapar kerana melakukan diet, atau disebabkan tiada makanan, atau kerana
berpuasa. Jadi dengan berniat puasa, dapat dipastikan bahawa perbuatan itu adalah ibadah.
Selain itu, niat juga berperanan membezakan antara ibadah-ibadah. Contohnya, seorang yang berpuasa mungkin tujuannya puasa sunat,
atau puasa qadha, atau puasa kaffarah. Jenis puasanya dapat ditentukan melalui niat.

i. Niat untuk apakah dilakukan amalan.
Maksud niat jenis ini ialah satu-satu perkara ibadah adakah dilakukan ikhlas kerana Allah Taala, ataupun dilakukan kerana tujuan lain? Niat
inilah yang membezakan antara ikhlas, riyak, sum’ah, dan lain-lain.

9. Niat wadahnya ialah di dalam hati. Demikian menurut sekalian ulama islam. Oleh itu, seseorang yang meniatkan di dalam hati, tanpa
melafazkan dengan lidahnya, maka ia sudah memadai di sisi sekalian ulama.

10. Pengetahuan tentang niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul. Kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat
kadang-kadang menyebabkan kepayahan dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Benarlah kata-kata
sesetengah ulama bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama.
Jadi daripada fakta ini saya dapat menyimpulkan bahawa kaedah pemasangan pendakap gigi tidak akan diharamkan jika niat pemasangan
tersebut ini tidak atas tujuan kecantikan semata-mata.

5.0 KESIMPULAN

Konklusi daripada perbincangan ini, terdapat dua hukum daripada pemakaian pendakap gigi. Haram
bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa masalah pada gigi dan memakainya hanya tujuan
kecantikkan dan trend. Namun, jika terdapat sebab tertentu seperti cacat sejak lahir atau mengalami
kecederaan akibat kemalangan, kedudukan gigi yang tidak stabil dan memudaratkan maka diharuskan
untuk mendapatkan rawatan ortodontik dan braces. Rawatan pergigian yang dapat memperbaiki
maloklusi pergigian, mengembalikan keyakinan diri.

6.0 LAMPIRAN

- SEKIAN TERIMA KASIH –
DARI KUMPULAN 6


Click to View FlipBook Version