The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pautan Simulasi:
https://1drv.ms/p/s!AjteMIxs2UE8ddv8Hvkegbfi16E?e=XDLuZG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatindayana152, 2022-11-10 03:16:03

Modul e-LabChem

Pautan Simulasi:
https://1drv.ms/p/s!AjteMIxs2UE8ddv8Hvkegbfi16E?e=XDLuZG

Modul
e-LabChem

KONSEP MOL, FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

Nama: ...........................................................
Kelas: ............................................................

AKTIVITI
3.13

Tujuan: Menentukan formula empirik bagi
kuprum(II) oksida

Bahan: Air, serbuk kuprum(II) oksida, ketulan
zink, asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 , kayu uji dan
batang putik kapas

Radas: Tabung didih, penyumbat getah, salur
getah, salur kaca 12 cm panjang, salur kaca 10
cm panjang, lampu spirit, kaki retort dan
pengapit, bongkah kayu, penimbang elektronik
dan spatula.

Prosedur:

1. Timbangkan jisim salur kaca yang berukuran 12
cm panjang dengan penimbang elektronik dan
rekod jisim.

2. Isikan sedikit serbuk kuprum(II) oksida ke dalam
salur kaca. Gunakan kayu uji untuk mengalihkan
serbuk kuprum(II) oksida ke bahagian tengah salur
kaca. Timbangkan jisim salur kaca berserta dengan
kandungannya dan rekod jisim.

3. Isikan satu tabung didih dengan air sehingga 2/3
penuh.

4. Tutupkan tabung didih itu dengan penyumbat
getah yang mempunyai salur kaca 12 cm panjang.
Apitkan tabung uji itu pada kaki retort.

5. Masukkan beberapa ketulan zink ke dalam satu
tabung didih yang lain. Tambahkan asid hidroklorik
1.0 mol dm-3 ke dalam tabung didih sehingga 1/3
penuh.

6. Tutupkan tabung didih dengan penyumbat getah
yang mempunyai salur kaca 10 cm panjang. Apitkan
tabung didih itu pada kaki retort yang satu lagi.

7. Pasangkan salur kaca yang berisi serbuk
kuprum(II) oksida.

8. Biarkan gas hidrogen mengalir selama 10 saat
dengan membenarkan gelembung gas terbebas di
dalam air sebelum memulakan pemanasan.

9. Panaskan kuprum(II) oksida dengan lampu spirit
dalam aliran gas hidrogen yang berterusan.

10. Hentikan pemanasan apabila warna hitam
serbuk kuprum(II) oksida berubah sepenuhnya
kepada perang.

11. Teruskan aliran gas hidrogen sehingga salur kaca
berada pada suhu bilik.

12. Tanggalkan salur kaca yang berisi serbuk perang.
Singkirkan titisan air di hujung salur kaca dengan
batang putik kapas.

13. Timbangkan jisim salur kaca berserta dengan
kandungannya dan rekod jisim.

14. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan
penimbangan dalam langkah 9 hingga 13 sehingga
mendapat bacaan jisim yang tetap.

15. Rekod jisim tetap itu dalam bentuk jadual.
Pautan Simulasi:

https://1drv.ms/p/s!AjteMIxs2UE8ddv8Hvkegbfi16
E?e=XDLuZG
Keputusan:

Mentafsir data:
1. Tentukan formula empirik kuprum(II) oksida
dalam aktiviti ini.

Perbincangan:

1. Apakah peranan ketulan zink dan asid hidroklorik
dalam aktiviti ini?

2. Mengapakah gas hydrogen perlu dibiarkan
mengalir seketika sebelum memulakan
pemanasan?

3. Gas hidrogen dibiarkan mengalir sehingga hasil
pemanasan berada pada suhu bilik dalam langkah
11. Mengapa?

4. Mengapakah proses pemanasan, penyejukan
dan penimbangan perlu diulang sehingga jisim
tetap diperoleh.

Thyoaun!k


Click to View FlipBook Version