The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sambutan Tahun Baru Cina SMK Seri Bintang Tahun 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90411466, 2024-02-07 18:19:29

BUKU PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Sambutan Tahun Baru Cina SMK Seri Bintang Tahun 2024

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2024 SMK SERI BINTANG SELATAN TARIKH: 8 FEBRUARI 2024 (KHAMIS) MASA: 7.30PAGI -11.50 PAGI TEMPAT: DATARAN BESTARI


PENDAHULUAN Kecemerlangan generasi ialah tunggak kegemilangan negara. Perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama amat penting dalam melahirkan generasi yang cemerlang dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek.Sambutan Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan yang akan diraikan oleh rakyat berbangsa Cina di Malaysia tetapi sebenarnya adalah diharapkan semua rakyat Malaysia dapat merapatkan silaturrahim dengan menyambut perayaan ini bersama-sama. RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.


MATLAMAT Persatuan Bahasa Cina menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan (RIMUP) dan nilai hormat-menghormati antara kaum dalam kalangan murid dan memupuk semangat perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga SMK SERI BINTANG SELATAN . Seterusnya dapat melahirkan warga murid yang bukan sahaja mencintai ilmu bahkan menghargai keunikan kepelbagaian budaya Malaysia. OBJEKTIF 1. Memberi kesedaran yang optimum kepada murid berkenaan pentingnya Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid. 2. Mencungkil kemahiran kreatif dan inovatif murid dalam menghasilkan sesuatu dan penyertaan. 3. Melahirkan murid yang berfikiran kritis dengan memupuk pembelajaran aras tinggi (KBAT) sebagai pemangkin kemenjadian murid. 4. Meningkatkan semangat perpaduan dan toleransi dalam kehidupan serta melahirkan modal insan yang cemerlang.


URUS SETIA Pengerusi Puan Norlela binti A Wahid (Pengetua) Timbalan Pengerusi I Encik Zam Zam bin Abdul Aziz (Penolong Kanan Kokurikulum) Timbalan Pengerusi II Puan Hamimah binti Shamsuddin (Penolong Kanan Pentadbiran) Timabalan Pengerusi III Puan Sabidara binti Mahmud (Penolong Kanan HEM) Penyelaras Puan Chan Lee Chen(Ketua Guru Penasihat) Setiausaha Encik Chow Swee Ching ( SU Persatuan Bahasa Cina) Bendahari Puan Chai Sheau Feng ( Guru Penasihat Persatuan Bahasa Cina)


JAWATANKUASA JEMPUTAN Dr Chun Cheng Chuan PERSEMBAHAN Puan Chai Sheau Feng ( K ) Puan Chan Lee Chen Ahli Persatuan Bahasa Cina PERSIAPAN TEMPAT DAN PERHIASAN PENTAS Dr Chun Cheng Chuan (K) Puan Chua Sim Bee KECERIAAN & KEBERSIHAN Puan Wong Siew Kuon AGIHAN BUAH LIMAU Puan Wong Siew Kuon SIARAYA Encik Chow Swee Ching Pengawas AJK PENGACARA MAJLIS Encik Chow Swee Ching DOKUMENTASI DAN BUKU PROGRAM Puan Loh Chin Ying FOTOGRAFI Puan Chua Sim Bee Ahli Kelab Fotografi GIMIK Puan Chan Lee Chen


ATUR CARA 7.30 pagi - 7.35 pagi: Ketibaan tetamu. Perarakan masuk diiringi dengan persembahan tarian singa 7.35 pagi - 8.10 pagi: Persembahan Tarian Singa Memperkenalkan pasukan tarian singa sebagai pembuka tirai majlis 8.10 pagi – 8.20 pagi: Ucapan Pengetua 8.20 pagi - 9.00 pagi: Gimik Pelancaran dan Persembahan Murid 9.30 pagi -10.30 pagi: Pertandingan Kaligrafi 10.30 pagi - 11.20 pagi: Sesi Penghakiman 11.20 pagi - 11.50 pagi: Penyampaian Hadiah


新年快乐 Xīn nián kuài lè Selamat Tahun Baru Cina 过年好 Guò nián hǎo Semoga bergembira semasa hari raya ⼼想事成 Xīn xiǎng shì chéng Semoga apa yang diimpikan tercapai 万事如意 Wàn shì rú yì Semoga urusan anda dipermudahkan ⾝体健康 Shēn tǐ jiàn kāng Semoga sihat sejahtera 事业发达 Shì yè fā dá Semoga maju dalam kerjaya dan perniagaan 阖家幸福 Hé jiā xìng fú Semoga berbahagia bersama dengan keluarga 恭喜发财 Gōng xǐ fā cái Semoga rezeki melimpah ruah UCAPAN


PENUTUP Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SMK SERI BINTANG SELATAN TAHUN 2024. Kerjasama anda amat kami hargai. Semoga semua warga sekolah sihat dan ceria sepanjang tahun 2024.


Click to View FlipBook Version