The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhazeem777, 2021-08-19 12:33:05

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau dalam Aspek Perdagangan

Kajian kes sejarah 1

KEGEMILANGAN
KESULTANAN JOHOR
RIAU DALAM ASPEK

PERDAGANGAN

Nama: Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah
Tingkatan: 2 Gigih
Guru mata pelajaran: Hjh Nazrah binti Hj Jamaludin

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
saya dapat menyiapkan kajian kes sejarah ini. Insyaallah kajian kes ini
dapat memberikan banyak manfaat kepada saya disamping menambah
ilmu pengetahuan saya. Pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu, Hjh Nazrah binti Hj
Jamaludin kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga rakan-rakan yang lain banyak
membantu bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan
kajian kes sejarah ini. Saya percaya bahawa tanpa doa dan restu
mereka, saya tidak dapat menyiapkan kajian kes ini dengan jayanya

PERNYATAAN MASALAH

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.
Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor Riau termasuklah
memajukan Aktiviti perdagangan. Namun, maklumat berkaitan aktiviti
perdagangan di Johor Riau di dalam buku teks adalah terhad. Oleh itu
kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti factor-faktor
yang mendorong kepada kegemilangan perdagangan di Johor Riau

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif yang ditetapkan.
Objektif ini adalah seperti berikut:

1. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau
2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau yang

gemilang
3. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Johor sebagai

sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada
kegemilangan

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 3 jenis kaedah kajian iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis
dan kaedah arkeologi. Namun, dalam kajian kes ini, saya menggunakan
kaedah berikut:

1. Kaedah Bertulis

Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan rujukan
antaranya buku teks sejarah, membuat carian menggunakan internet
dan buku rujukan sejarah yang lain

JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 28/7/2021 Panduan pemilihan tajuk
2. 29/7/2021 Taklimat kajian kes Tingkatan 2 daripada guru kajian oleh guru
mata pelajaran Sejarah Usaha kendiri dan guru
3. 29/7/2021 Melengkapkan rancangan awal kajian kes:
4. 30/7/2021 I.Membina jadual kerja Usaha kendiri dan guru
5. 31/7/201 2.Menentukan tajuk kajian Usaha kendiri dan guru
6. 1/8/2021 Penghargaan Usaha kendiri
7. 3/8/2021- Usaha kendiri
Menyiapkan objektif kajian dan kaedah kajian Usaha kendiri dan guru
10/8/2021
Membaca buku teks untuk mecari bahan Usaha kendiri dan guru
8. 12/8/2021 maklumat untuk menyiapkan kajian kes Usaha kendiri dan guru
9. 12/8/2021 Mengumpul maklumat dari laman web Usaha kendiri dan guru
10. 12/8/2021 Internet Usaha kendiri dan guru
11. 12/8/2021- Menyediakan kerangka kasar: Usaha kendiri dan guru
1.Sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau
17/8/2021 2.Ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau
12. 17/8/2021 3.Faktor-faktor Johor sebagai sebuah
Pelabuhan entrepot
4.Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah
negeri yang mempunyai system perdagangan
yang gemilang
5.Pandangan anda tentang sistem ekonomi
negara kita hari ini
Langkah untuk memajukan system ekonomi
masa kini
Nilai dan iktibar

Harapan

Menyiapkan laporan akhir

Sumber rujukan

KERANGKA KASAR

Sejarah Pengasasan • Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801
Kesultanan Johor M sebagai petempatan perdagangan yang penting.
Riau Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah
tanggungan Empayar Majapahit sehingga
pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511)
yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah
jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511,
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan
Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu,
melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke
Bintan di Johor.

• Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja
Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin
Riayat Shah I (1528-1564). Bendahara Seri Nara
Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk
membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

• Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528. Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan dalam
memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan
berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.

• Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan
dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan
membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong.

Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang
musuh sukar melintasi sungai yang sempit.
• Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu,
Johor Lama. Kawasan ini juga dikenali sebagai
Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategik di
Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan
kemasukan kapal dagang.
• Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699
iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang
dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama
(Laksamana Bintan). Sultan Mahmood tidak
mempunyai waris yang sah dan oleh itu
pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah
kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri
yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh
sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa
perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak
20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada
akhirnya di Kepulauan Riau.

Ciri-ciri perdagangan Kedudukan yang strategik
Kesultanan Johor
Riau • Pelabuhan Batu Sawar dan Panchor mudah

dimudiki kapal besar sebab sungai Johor Lebar dan
dalam
• Lokasi pelabuhan bolehkan Johor kawal lalu lintas
kapal dagang dari Timur dan Barat
• Pelabuhan Riau di persimpangan lalu lintas maritim
yang strategik jadi tumpuan pedagang

Tumpuan para pedagang

• dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris
• Pedagang jawa pilih pelabuhan Johor kerana tidak

mahu berdagang dengan Portugis di Melaka
• Pedagang Siam pasarkan beras
• dapat tumpuan pedagang dari tanah jajahan,

naungan dan kerajaan alam melayu lain

Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang
dagangan

• peranan-pusat pertukaran barangan keluaran alam
melayu dengan barangan dari China, India dan
Arab

• barang dagangan dibekalkan tanah jajahan dan
naungan Johor. Contoh: lada hitam, bijih timah dan
emas

• bijih timah dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam
serta Pulau Bangka, Sumatera

• Lada hitam dari Jambi
• emas dari Inderagiri
• Barang tempatan – kelapa kering, kayu gaharu,

damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk
belanga, lilin dan garam datang dari Pahang,
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau
• Pelabuhan Batu Sawar jadi pusat perdagangan dari
china.Cth barang benang emas, kain sutera putih,
barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan
tembaga
• Pedagang jawa bawa beras
• Pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan manik

• Johor dapat bekalan beras dari pedagang Siam

Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

• Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang
pelbagai bangsa berlabuh di Pelabuhan Johor
terutamanya di Pelabuhan Riau

• Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah
kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di
Alam Melayu

Faktor-faktor Johor Kemudahan Pelabuhan
sebagai sebuah
Pelabuhan entrepot • sediakan gudang bawah tanah untuk simpan
barangan untuk elak dari kebakaran

• sediakan pegawai terlatih untuk uruskan
perdagangan

• bekalkan barang yang diperlukan. Cth, lada
hitam, rempah ratus.

Urusan jual beli

• secara tukar barangan dan guna mata wang
• Sultan Alauddin Riayat Shah I telah kenalkan

mata wang. Emas(mas), perak (kupang), bijih
timah (katun)
• akhir abad 18, mata wang asing dolar Sepanyol,
Mexico dan Belanda turut digunakan
• Syahbandar bertanggungjawab uruskan sistem
jual beli dan kutipan cukai pelabuhan
• Cukai yang dikenakan berpatutan

• Syahbandar juga tetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan

Sistem naungan

• Pedagang luar dan tempatan perlu dapat
naungan dari ( Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Raja Indera Bongsu)

• Sebahagian hasil keuntungan diberi pada pihak
yang berikan naungan dalam bentuk cukai
perdagangan ikut sistem naungan

• Sistem ini mudahkan dapat surat kebenaran dari
Belanda

• dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

Peranan orang laut

• ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah pada
pedagang dan pengawal di perairan Johor dan
Selat Melaka.

• Terlibat mengawal keselamatan Johor Riau
dengan jadi tentera angkatan laut

Kemudahan membaiki dan membina kapal

• mempunyai kemudahan membaiki dan membina
kapal saiz kecil

• orang laut mahir bina kapal
• mereka buat kapal pesisir pantai.Cth kolek,

banteng, penjajap, balok dan pencalang.
• kemahiran ini bantu Johor Riau maju.

Pusat persuratan

• Karya yang tertulis dalam Bahasa Melayu. Karya
yang mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem
nilai, kepercayaan, falsafah, pandangan hidup,
dan mencerminkan pemikiran orang Melayu

• Contohnya: Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang
Tuah

Bukti Kesultanan Johor dapat kumpul pelbagai hasil dagangan kerana
Johor Riau mempunyai jajahan takluk yang luas
sebagai sebuah
negeri yang • Bukti:
mempunyai • 1623, kapal dagangan Johor telah berdagang
sistem
perdagangan hingga ke Maluku dan Makasar.
yang gemilang • Ramai pedagang asing datang berniaga

dipelabuhan Johor – pedagang China dari Canton
(Guangzao dan Amoy)
• Kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke
pelabuhan Johor.
• Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah 11
(1685-1699) = pusat pentadbiran dan Pelabuhan
Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
• Thomas Silcher = Gabenor Belanda melawat Johor
pada tahun 1689, mengatakan bahawa terlalu
banyak kapal yang berlabuh di pelabuhan Johor.

Kemajuan perdagangan Johor disebabkan oleh
kepelbagaian barang dagangannya.

• Terdapat pelbagai barang tempatan dan luar
negeri dijual di pelabuhan Johor.

• Bukti:
• Barang tempatan = damar, tikar, bijih timah, sagu,

minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam,
kayu, gaharu dan beras.
• Johor juga terkenal sebagai pembekal kain
bercorak baharu.
• Barangan luar negeri = benang emas, kain sutera
putih, teh, barangan tembikar, tembaga dari China

Di pelabuhan Johor, terdapat pelbagai kemudahan untuk
pedagang seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.

Perdagangan dijalankan melalui 2 cara :
1) secara tukar barang
2) penggunaan mata wang = Johor
memperkenalkan mata wang yang diperbuat
daripada emas, perak dan timah.
a) mata wang emas = mas
b) mata wang perak = kupang
c) mata wang timah = katun

• Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah II.

• Mata wang = Dolar Sepanyol, Dolar Mexicodan
duit Belanda juga digunakan di pelabuhan Johor.

Kerajaan Johor cekap mentadbir pelabuhan dan
mengamalkan sistem cukai yang berpatutan.

• Contoh :
• Setiap bahara lada hitam = cukai 6 keping mas

• Setiap bahara timah = 10 keping mas
• (bahara = timbangan/kilogram)

Kerajaan Johor mengamalkan sistem naungan bagi
menjamin keselamatan pedagang asing.

• Setiap pedagang dilindungi oleh Bendahara, Raja
Indera Bongsu, Temenggung dan Laksamana.

• Bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal
yang berlabuh = kerajaan Johor mengerahkan
Orang Laut.

• Tugas Orang Laut :
I. Pengawal pelabuhan
II. Pengawas perairan Johor
III. Penunda
IV. Penunjuk arah

Pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin monsun.

Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat
Melaka > Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang
dari barat dan Timur

Pandangan anda Johor = pusat membuat kapal persisiran pantai seperti
terhadap sistem banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.
ekonomi negara Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia
kita hari ini.
• Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia.
• Malaysia merupakan negara hab halal, hab

elektronik, hab perlancongan dan industry yang
mapan.
• Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata
wang lain di dunia.

Langkah untuk • Penggunaan teknologi termaju dalam bidang
memajukan pembangunan ekonomi serta social.
sistem ekonomi
masa kini • Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti
PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan
sebagainya.

• Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum,
kayu dan sebagainya.

IPT menyediakan kursus dalam bidang berkaitan ekonomi.
• Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu
menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti
bidang keusahawanan.

Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi serta
konsultasi.

• Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan
pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani
masalah pencarian sumber pendapatan bagi
golongan yang kurang berkemampuan

Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk
dimajukan.

• Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan
adalah sector pelancongan memandangkan Malaysia
kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang
menarik untuk dilawati.

Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf dunia.

• Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di mata orang luar.

Nilai dan Iktibar Contohnya, jenama Getha (jenama pengeluaran
tilam), Yokohama (jenama pengeluaran tayar dan
bateri kereta). Mamee (jenama makanan), Fujiaire
(jenama penghawa dingin) dan Joven (jenama
pemanas air).

Mengadakan program pembangunan seperti FELDA dan
FELCRA.

• Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber
pendapatan sekaligus mengembangkan sektor
ekonomi negara.

SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah
ekonomi.

• Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi
negara bersifat bersih dan bebas daripada jenayah
rasuah.

Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan

• Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi
memastikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi
ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin
berkembang.

Mempunyai pentadbiran yang berkesan

• Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalam membentuk sistem ekonomi yang

Harapan kukuh. Contohnya dalam Kesultanan Johor Riau
mengamalkan sistem naungan bagi menjamin
keselamatan pedagang asing.

Mempunyai pemimpin berwibawa

• Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting
dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi
yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati kewujudan tentang
kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui
pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada
zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran
kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan
bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari
zaman sejarah kegemilangan Johor. Memandangkan subjek
sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar
hanya mempelajarinya untuk lulus dan tidak memahami
dengan mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan
jati diri terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai
petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu
menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga
pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor
menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511,
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan
Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan
di Johor. Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahara Seri Nara Diraja
dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir
Sungai Johor. Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528. Kedudukan Kota
Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam
memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau di
sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.
Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis
pada tahun 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka
pusat pemerintahan di Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana
kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit. Pada tahun
1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan
ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung
Batu. Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam
memudahkan kemasukan kapal dagang. Dinasti ini memerintah Johor

sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang
dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan). Sultan
Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan
pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-
menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab
perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor
berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada
akhirnya di Kepulauan Riau.

Kedudukan pelabuhan Johor yang strategik. Pelabuhan Batu Sawar
dan Panchor mudah dimudiki kapal besar sebab sungai Johor Lebar dan
dalam. Lokasi pelabuhan bolehkan Johor kawal lalu lintas kapal dagang
dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau di persimpangan lalu lintas maritim
yang strategik jadi tumpuan pedagang. Tumpuan para pedagang dari
China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris. Pedagang jawa pilih pelabuhan
Johor kerana tidak mahu berdagang dengan Portugis di Melaka.
Pedagang Siam pasarkan beras. Pelabuhan ini dapat tumpuan pedagang
dari tanah jajahan, naungan dan kerajaan alam melayu lain. Pusat
pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan. Peranan
pusat pertukaran barangan keluaran alam melayu dengan barangan dari
China, India dan Arab. Barang dagangan dibekalkan tanah jajahan dan
naungan Johor. Contoh: lada hitam, bijih timah dan emas, bijih timah dari
Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera, Lada
hitam dari Jambi, emas dari Inderagiri. Barang tempatan ialah kelapa
kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk
belanga, lilin dan garam datang dari Pahang, Sumatera, Kepulauan Riau,
Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau. Pelabuhan Batu Sawar jadi
pusat perdagangan dari china. Contoh barang benang emas, kain sutera
putih, barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang
jawa bawa beras, pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan manik.
Johor dapat bekalan beras dari pedagang Siam. Kesibukan Pelabuhan

Johor Riau, terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa
berlabuh di Pelabuhan Johor terutamanya di Pelabuhan Riau. Antara
kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris
dan pulau-pulau di Alam Melayu.

Kemudahan Pelabuhan seperti disediakan gudang bawah tanah untuk
simpan barangan untuk elak dari kebakaran, disediakan pegawai terlatih
untuk uruskan perdagangan dan dibekalkan barang yang diperlukan.
Contohnya, lada hitam, rempah ratus. Urusan jual beli secara tukar
barangan dan guna mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I telah
kenalkan mata wang. Emas atau mas, perak atau kupang, bijih timah
atau katun. Akhir abad 18, mata wang asing dolar Sepanyol, Mexico dan
Belanda turut digunakan. Syahbandar bertanggungjawab uruskan sistem
jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai yang dikenakan berpatutan.
Syahbandar juga tetapkan ukuran dan berat timbangan barangan. Sistem
naungan, pedagang luar dan tempatan perlu dapat naungan dari
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
Sebahagian hasil keuntungan diberi pada pihak yang berikan naungan
dalam bentuk cukai perdagangan ikut sistem naungan. Sistem ini
mudahkan dapat surat kebenaran dari Belanda. Ia dapat membuat
pedagang belayar tanpa gangguan di Selat Melaka. Peranan orang laut,
ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,
penunjuk arah pada pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat
Melaka. Terlibat mengawal keselamatan Johor Riau dengan jadi tentera
angkatan laut. Kemudahan membaiki dan membina kapal, mempunyai
kemudahan membaiki dan membina kapal saiz kecil. Orang laut mahir
bina kapal. Mereka buat kapal pesisir pantai.Contohnya kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini bantu Johor Riau maju.
Pusat persuratan, karya yang tertulis dalam Bahasa Melayu. Karya yang
mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem nilai, kepercayaan, falsafah,

pandangan hidup, dan mencerminkan pemikiran orang Melayu.
Contohnya, Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah

Johor dapat kumpul pelbagai hasil dagangan kerana mempunyai
jajahan takluk yang luas. Buktinya, pada 1623, kapal dagangan Johor
telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Ramai pedagang asing
datang berniaga dipelabuhan Johor seperti pedagang China dari Canton
(Guangzao dan Amoy). Kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke
pelabuhan Johor. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah 11 (1685-
1699), pusat pentadbiran dan Pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu
Sawar ke Riau. Thomas Silcher, Gabenor Belanda melawat Johor pada
tahun 1689, mengatakan bahawa terlalu banyak kapal yang berlabuh di
pelabuhan Johor. Kemajuan perdagangan Johor disebabkan oleh
kepelbagaian barang dagangannya. Terdapat pelbagai barang tempatan
dan luar negeri dijual di pelabuhan Johor. Contohnya, barang tempatan
iaitu damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan
masin, garam, kayu, gaharu dan beras. Johor juga terkenal sebagai
pembekal kain bercorak baharu. Barangan luar negeri seperti benang
emas, kain sutera putih, teh, barangan tembikar, tembaga dari China. Di
pelabuhan Johor, terdapat pelbagai kemudahan untuk

pedagang seperti gudang dan khidmat membaiki kapal. Perdagangan
dijalankan melalui 2 cara iaitu secara tukar barang dan penggunaan mata
wang. Johor memperkenalkan mata wang yang diperbuat daripada
emas, perak dan timah. Mata wang emas dikenali sebagai mas, mata
wang perak dikenali sebagai kupang, mata wang timah dikenali sebagai
katun. Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Shah II. Mata wang seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexicodan duit
Belanda juga digunakan di pelabuhan Johor. Kerajaan Johor cekap
mentadbir pelabuhan dan mengamalkan sistem cukai yang berpatutan.
Contohnya, setiap bahara lada hitam dikenakan cukai 6 keping mas,
setiap bahara timah dikenakan cukai 10 keping mas. Bahara boleh

dikatakan sebagai timbangan atau kilogram. Kerajaan Johor
mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan pedagang
asing. Setiap pedagang dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu,
Temenggung dan Laksamana. Bagi menjamin keselamatan pedagang dan
kapal yang berlabuh = kerajaan Johor mengerahkan Orang Laut. Tugas
Orang Laut adalah sebagai Pengawal pelabuhan, Pengawas perairan
Johor, Penunda dan Penunjuk arah. Pelabuhan Johor terlindung daripada
tiupan angin monsun. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan
Selat Melaka hingga Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari
barat dan Timur. Johor mendapati pusat membuat kapal persisiran
pantai seperti

banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

RUJUKAN

Buku Teks
• Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM), 2017, Dr. Suffian bin
Mansor et. AI, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Internet

• https://anyflip.com/unhcf/akto
• files.cikguzuraidam.webnode.com/200000047-

db239dc1d5/BAB%207.pdf

• syajarahdunya.blogspot.com/2020/o7/62-kegemilangan-

kesultanan-johor-riau.html

• ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
• Kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-

johor/

• http://fourpincess.blogspot.com/p/blog-page.html


Click to View FlipBook Version