The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2 dibuat oleh Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah, 2 Gigih, SMK BBST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhazeem777, 2021-08-24 09:00:06

Kepentingan Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2 dibuat oleh Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah, 2 Gigih, SMK BBST

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI

TINGKATAN 2
TAHUN 2021

KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI DI
KOTA WARISAN, SEPANG,
SELANGOR

NAMA MUHAMMAD HAZEEM BIN MOHD IBADAH
NO KAD PENGENALAN 071016-03-0051
KELAS 2 GIGIH
NAMA GURU PUAN RASYIDAH BINTI SHAFII

ISI KANDUNGAN

ITEM MUKA ADA/TIADA (KOMEN) TP
SURAT
TAJUK
-
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN -
2.0 PENDAHULUAN 1
3.0 JADUAL PELAKSANAAN 2
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
5.0 KAWASAN KAJIAN 4
6.0 KAEDAH KAJIAN 5
7.0 HASIL KAJIAN 7
11

7.1 MAKSUD DAN KONSEP 19
TELEKOMUNIKASI 20
-
7.2 ALAT TELEKOMUNIKASI
DI KOTA WARISAN
7.3 KEPENTINGAN

TELEKOMUNIKASI DI KOTA
WARISAN

8.0 RUMUSAN
9.0 RUJUKAN
SUSUNAN TERTIB

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 2, Setinggi-tinggi penghargaan
kepada pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Ustaz Samzini
bin Abdullah kerana memberi kebenaran untuk menjalankan
kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada cikgu Geografi saya iaitu Puan Rasyidah binti
Shafii kerana telah membantu saya menyiapkan kerja lapangan
ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan
hasil komitmen yang jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Mohd Ibadah bin Alifiah dan Puan Nurhayati
binti Ismail yang memberi kewangan, kebenaran menyiapkan
kerja lapangan ini dan sokongan moral.

1

2.0 PENDAHULUAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP: 071016-03-
0051) telah menjalankan kajian tentang penggunaan
telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini
menggunakan alat-alat telekomunikasi seperti telefon pintar,
kabel fiber optik, komputer, syarikat telekomunikasi dan
rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi untuk kegunaan rakyat-
rakyat zaman kini.

Saya menjalankan kajian ini selama 10 hari iaitu bermula
dari 14 Ogos 2021 hingga 24 Ogos 2021. Penulisan laporan
kerja lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Geografi .

2

3.0 JADUAL PELAKSANAAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP :
071016-03-0051) telah memilih tajuk Kepentingan
Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang. Berikut
merupakan jadual pelaksanaan sepanjang kerja lapangan
dijalankan. Tempoh pelaksanaan ialah selama tiga
minggu.

TARIKH TUGASAN
12/8/2021 Taklimat kajian lapangan Geografi Tingkatan 2
14/8/2021 Menyediakan tajuk dan isi kandungan
15/8/2021 Menyediakan penghargaan dan pendahuluan
16/8/2021 Menyediakan jadual pelaksanaan dan objektif
kajian
17/8/2021 Menyediakan kawasan kajian
Menyediakan Google Maps
18/8/2021 Menyediakan kaedah kajian
19/8/2021 Menyediakan borang atas talian menggunakan
Google Form
21/8/2021 Mengedarkan borang kepada 10 responden
Mendapat maklum balas responden
24/8/2021 Menulis hasil kajian
31/8/2021 Mencetak bahan rujukan seperti buku teks,
carian internet dan bukti soal selidik
Menulis rumusan kajian dan rujukan kajian
Menghantar tugasan kepada guru

3

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP:
071016-03-0051) menjalankan kerja lapangan di Kota
Warisan, Selangor, bertujuan untuk:

• Menyatakan maksud dan konsep alat telekomunikasi.
• Menghuraikan tiga alat telekomunikasi yang

digunakan di Kota Warisan, Sepang, Selangor.
• Menghuraikan tiga kepentingan telekomunikasi di

Kota Warisan, Sepang, Selangor.

4

5.0 KAWASAN KAJIAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP:
071016-03-0051) melakukan kerja lapangan Kepentingan
Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang memilih
kawasan kajian di sekitar Kota Warisan, Sepang,
Selangor. Lingkungan kawsan kajian saya lebih kurang
lima kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Kawasan ini
juga terletak dalam Mukim Dengkil, Sepang, Selangor.
Jumlah penduduk di kawasan kajian ialah lebih kurang
12,000 orang.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada
tanah pamah yang rata. Jarak kawasan kajian ke KLIA
ialah 11.9 kilometer. Di antara jaringan telekomunikasi
yang wujud di kawasan ini ialah telefon pintar, komputer,
UNIFI, DIGI, CELCOM dan lain-lain.

5

Peta Kota Warisan

6

6.0 KAEDAH KAJIAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP:

071016-03-0051) melakukan kerja lapangan Kepentingan
Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang menjalankan
kajian menggunakan kaedah yang berikut

a. Pemerhatian - Saya mengguna kaedah ini untuk
mengetahui jenis telekomunikasi di kawasan kajian

b. Sumber bacaan – Saya mengguna kaedah ini untuk
mengetahui maklumat tentang telekomunikasi

7

8

9

c. Soal Selidik - Saya menggunakan kaedah ini untuk mencari
jawapan bagi kepentingan telekomunikasi di Kota Warisan,
Sepang

https://forms.gle/rXLKQ2vy7uoL8nedA

10

7.0 HASIL KAJIAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP:

071016-03-0051) telah menyiapkan hasil kajian saya
sekali dengan objektifnya tentang kepentingan
telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang

7.1 Maksud dan Konsep Telekomunikasi
Menurut Wikipedia, Telekomunikasi pada dasarnya merupakan
komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala.
Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen,
telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem
telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar
boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.

Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar jumlah
maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami
kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.

Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau
komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat
tersebut.

11

7.2 Alat Telekomunikasi di Kota Warisan

Menurut poll soal selidik (Google Form) ini adalah contoh alat
telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang
a) Telefon pintar

Menurut buku teks Geografi Tingkatan 2, telefon pintar 3G dan
terkini 4G mempunyai banyak kemudahan seperti kamera

12

beresolusi tinggi, capaian internet, menerima dan membalas e-
mel, perkhidmatan pesanan ringkas, perbualan video, telesidang
dan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun.

Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman menggunakan teknologi
tinggi. Telefon pintar menepati kehendak dan cita rasa generasi
alaf baharu. Sebenarnya, telefon pintar adalah komputer kecil
yang boleh melaksanakan fungsi yang sama, jika tidak lebih.

b) Komputer riba

Menurut Wikipedia, Komputer riba (dikenal juga dengan istilah
notebook/powerbook) ialah komputer peribadi untuk
penggunaan secara bimbit. Komputer bimbit (kecil dan dapat
dibawa ke mana-mana dengan mudah) adalah integrasi
komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan,
papan kekunci,peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan
sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit.

13

Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran,
bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau
adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan
menghidupkan komputer itu sendiri.

Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar
1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan
ukuran bateri. Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan
monokrome CRT dan selepas itu dibangunkan menjadi komputer
riba yang moden.

Sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil,
ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar dan
kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah
baik, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai
tujuan.

c) Televisyen pintar

Menurut internet, Televisyen pintar (TV pintar) adalah TV

14

yang menyediakan ciri interaktif sama seperti yang terlibat

dalam perkhidmatan Internet atau Web. Ini termasuk
keupayaan untuk mencari video atau berinteraksi dengan
televisyen dengan cara lain. Ini boleh dilakukan melalui
kotak set-top atau melalui teknologi dalaman di
televisyen, seperti sistem operasi yang memerintahkan

dan mengawal ciri-ciri interaktif ini. TV pintar juga
dipanggil TV bersambung atau TV hibrid.

Satu contoh umum teknologi TV pintar ialah penstriman
video dari sumber seperti Netflix atau Hulu. Sekali lagi, set
televisyen boleh dihantar dari kilang dengan teknologi
interaktif ini, atau mereka boleh ditambah dengan kotak
set-top kabel atau konsol permainan yang menyokong
aktiviti-aktiviti ini. Sama ada cara, operasi TV pintar
biasanya melibatkan alat perkakasan dalaman atau luaran
yang boleh membantu pengguna menatal atau menavigasi
skrin untuk menonton filem, menukar tetapan atau
mengawal pengalaman.

Dalam banyak cara, TV pintar bukan satu set khusus
perkakasan, tetapi satu proses ke arah falsafah reka
bentuk yang lebih interaktif. Sangat mudah untuk melihat
bagaimana pendekatan TV pintar ini telah mengubah apa
yang digunakan sebagai siaran pasif ke antara muka
interaktif reka bentuk yang tinggi. Ini berlaku dalam
konteks penerokaan baru ke dalam antaramuka
pengguna, contohnya, di mana skrin sentuhan tablet telah
menjadi norma dan peranti dpt dipakai seperti Google
Glass dianggap serius.

15

8.3 Kepentingan Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang

a)Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja

Menurut jawapan soal selidik Muhammad Fitri bin Suhaimi,
beliau menyatakan kepentingan alat telekomunikasi ialah dapat
berhubung dengan seisapa sahaja di seluruh dunia dengan lebih
mudah dengan rangkaian yang wujud dalam alat telekomunikasi
seperti telefon pintar. Ia boleh berhubung dalam pelbagai
aplikasi seperti Instagram, Google Meet, Facebook, Whatsapp,
Telegram dan sebagainya. Cara ini memudahkan kita
berkomunikasi.

b)Mudah mencari maklumat

16

Menurut jawapan soal selidik Mohd Naziz bin Ismail, beliau
menyatakan kepentingan alat telekomunikasi ialah mudah untuk
mencari maklumat dalam internet seperti Google, Youtube,
Instagram, Facebook dan pelbagai aplikasi lain. Hanya dalam
talian sahaja pelbagai maklumat seperti berita, nota ringkas
pelajaran, dan sebagainya dapat dicari dengan sebuah gajet
sahaja. Cara ini juga dapat memudahkan murid mencari ilmu.

c) Memudahkan kerja

Menurut jawapan soal selidik Nafizah binti Ismail, beliau
menyatakan kepentingan alat telekomunikasi ialah
memudahkan kerja-kerja seperti kerja sekolah, kerja office dan
sebagainya. Hal ini, kerana selain menggunakan kaedah menulis,
kita boleh memudahkan kerja dengan cara digital. Kerja-kerja ini
boleh dilakukan dalam aplikasi seperti Microsoft Word,

17

Powerpoint, One Note,dan Skype. Cara ini lebih kemas dan
cantik. Kita juga boleh mencari maklumat yang diperlukan untuk
menyiapkan kerja tersebut.

d) Memudahkan membuat kerja harian

Menurut jawapan soal selidik Mohd Fadly Arieff bin Supian,
beliau menyatakan kepentingan alat telekomunikasi ialah untuk
memudahkan membuat kerja harian seperti memasak, menjaga
anak, menyusun rumah, membuat pesanan makanan dan
sebagainya. Cara ini dapat dilaksanakan seperti, mencari resepi
makanan, mengupah pengasuh anak, membuat pesanan
makanan di laman web contohnya Foodpanda dan Grab.

e) Menyimpan data dengan segera dan selamat
Menurut buku teks, kepentingan alat telekomunikasi ialah dapat
menyimpan data dengan segera dan selamat seperti dalam
Google Drive, Microsoft Word, Powerpoint, dan One Note.

18

8.0 RUMUSAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP:

071016-03-0051) telah menyiapkan rumusan tentang
Kepentingan Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang

Kesimpulannya, maksud telekomunikasi ialah
komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua
hala termasuklah komunikasi menggunakan, radio,
televisyen, telefon dan komputer.

Selain itu, Terdapat pelbagai alat telekomunikasi di Kota
Warisan, Sepang. Antaranya ialah telefon pintar, computer
riba, televisyen pintar

Seterusnya, Terdapat pelbagai kepentingan
telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang. Contohnya ialah
dapat berhubung dengan sesiapa sahaja, mudah mencari
maklumat, memudahkan kerja, memudahkan kerja harian
di dalam rumah dan dapat menyimpan data dengan segera
dan selamat.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan
berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua
penduduk di Kota Warisan, Sepang.

19

9.0 RUJUKAN

Saya Muhammad Hazeem bin Mohd Ibadah (No KP: 071016-03-
0051) telah menyiapkan kerja lapangan Kepentingan
Telekomunikasi di Kota Warisan, Sepang merujuk kepada
sumber-sumber berikut:

1. Sumber Bacaan (buku)

Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam
(2017). Buku Teks Geografi Tingakatan 2 : Johor

2. Sumber Bacaan (internet)

https://www.google.com/search?q=kota+warisan&rlz=1C1RRW
D_enMY939MY939&oq=Kota+warisan&aqs=chrome.0.69i59i51
2j0i512j0i457i512j0i512j46i175i199i512j0i512j69i61j69i60.401
1j1j1&sourceid=chrome&ie=UTF-8 dilayari pada 17 Ogos 2021
https://www.wikipedia.org/ dilayari pada 18 Ogos 2021

3. Soal Selidik

Mohd Naziz bin Ismail, 41 ke atas
Nur Aida binti Mustapha, 26-40
Nafizah binti Ismail, 41 ke atas

20

Nurhayati binti Ismail, 41 ke atas
Shaiful, 41 ke atas
Muhammad Ridhwan Naim bin Mohd Ibadah, 13-18
Muhammad Fitri bin Suhaimi, 13-18
Mohd Nasir bin Ismail, 26-40
Mohd Ibadah bin Alifiah, 41 ke atas
Norhasyimah binti Mahadi, 26-40
Mohd Fadly Arieff Bin Supian, 41 ke atas
Naem Nasuha binti Paharuddin, 26-40

21


Click to View FlipBook Version