The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Rojak Lebih Kerap Digunakan Berbanding Bahasa Melayu Baku

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by desmondjoshua534, 2022-10-18 09:33:26

E-FOLIO

Bahasa Rojak Lebih Kerap Digunakan Berbanding Bahasa Melayu Baku

BAHASA ROJAK LEBIH KERAP DIGUNAKAN BERBANDING BAHASA MELAYU
BAKU

AHLI KUMPULAN : DESMOND JOSHUA A/L DAVIDSON (16DAT22F1084)
MATHESWARAN A/L MANIVANNAN (16DAT22F1078)
MUHAMMAD ALIF FIKRIE BIN SAHARUDIN (16DAT22F1054)

NAMA PENSYARAH : MUHAMMAD AMIN BIN HASAN

KOD KURSUS : MPU21032

Maksud Bahasa Rojak

Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan di malysia yang
menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai
Bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pilih,
MANGLISH dan SINGLISH.Walau bagaimanapun, Bahasa
dasarnya merupakan Bahasa melayu.

CONTOH

PUNCA – PUNCA PENGUNAAN BAHASA ROJAK
BERBANDING BAHASA ROJAK

1) Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan
masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu
kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman.

2) Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan
penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa
Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia
ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang
paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai
‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.

3) Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini
demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan
melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita
sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik
mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap
masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan
mengabaikan bahasa kebangsaannya.

4) Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang
sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan
gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa
rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet
dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.

5) Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini
disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu
yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan
perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik
serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya,
mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

6) Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang
ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan
penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam
persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh
itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak
berkemahiran

Kesan pengunaan Bahasa rojak berbanding
Bahasa melayu

Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang
semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan

genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul
sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang

tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan
seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak
langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-
lahan dalam kalangan masyarakat.

❖ Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara
memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.

❖ Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat
sekaligus menimbulkan salah faham.

❖ Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta
terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa
pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.

❖ Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang
mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.

❖ Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian

pemikiran dan estetika bangsa kita.

❖ Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.

❖ Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat
sekaligus menimbulkan salah faham.

❖ Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta

terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa
pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.

❖ Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga
mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.

❖ Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.

LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU

PENGUNAAN BAHASA ROJAK YANG KERAP

1) Pendidikan

Semua pihak haruslah menjadikan Pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsia
genarasi kita, termasuk dalam soal pengunaan bahsa dan kecintaan kepada Bahasa warisan
bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai Bahasa asing. Di sekolah
dan di institusi Pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan
bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai
ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan
bahasa yang baik, teratur dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu
mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar.
Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang
teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi
penekanan.

2)Penguatkuasaan pihak berwajibpihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan,
papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu
hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat
dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah,
maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam
ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.

3) Bidang penyiaran

Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah
bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah
dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping
itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP juga telah menawarkan khidmat
nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran
dan juga memberikan anugerah.

4) Dewan bahasa dan pustaka.Dewan Bahasa dan Pustaka telah
menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam
Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar
garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan
penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun
daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.Mutu bahasa yang digunakan
dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam
penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang
diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil
Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu
dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan
supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.

KESIMPULAN

Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa
Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang
dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar
menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-
agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan
masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara
agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa
dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang
kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa".

LAMPIRAN

RUJUKAN

1) http://bahasarojakkita.blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-
dalam-kalangan-masyarakat.html?m=1

2) http://rojak16.blogspot.com/2010/08/punca-penggunaan-bahasa-
rojak.html

3) http://amirulazwanbahasarojak.blogspot.com/2017/02/keburukan-
bahasa-rojak.html


Click to View FlipBook Version