The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syameelredza15, 2022-12-05 01:34:25

KAEDAH FIQH (1)

KAEDAH FIQH (1)

KEMUDARATAN HENDAKLAH
DIHILANGKAN

MOHAMMAD ZUL AMSYAR BIN MOHD KAMAL
(28DHM21F202)

MUHAMAD SYARIL HAIQAL BIN ANIS ROSLAN
(28DHM21F2011)

MUHAMMAD DANISH BIN MOHD NADRI
(28DHM21F2029)

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran

kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dari-Nya, akhirnya dapat kami

sempurnakan penulisan buku ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga

diucapkan kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam menyiapkan
penulisan ini sama ada secara langsung atau tidak

langsung.

ISI KANDUNGAN

-Pengenalan
-Penghargaan
-Rumusan

PENGENALAN

Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang
diturunkan oleh Allah S.W.T. Syariat Islam bersifat
syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang

masa dan di mana-mana sahaja. Antara ciri-ciri
kesyumulan Islam ialah mampu menyelesaikan
pelbagai soalan yang timbul dan dihadapi oleh
manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan
kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Salah satu
pendekatan yang digunakan oleh ulama Islam dalam
menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah kaedah

Fiqh.

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi
kesukaran atau mendatangkan bahaya

dan mudharat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini juga
membawa maksud sesuatu yang boleh

mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan
perkara yang berbahaya itu juga hendaklah
dihilangkan.

Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

yang bermaksud:

"(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan
membahayakan".

(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh
membawa kepada kemudaratan sama ada kepada
diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang
sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu
tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan

kemudaratan.

Firman Allah swt:
ْ‫عر َلي ُكم اَىل َّ مر ا اض ط ُ ر ر ُتم اى َلي ه ورمر َالُكم ََال َّ ترْأُكُلو امى َّم‬
‫ا ُذكى رر اس ُم َّالل هى عر َلي هى ور قر د فرص َّ لر َلُكم َّم ا حر َّر مر‬

Maksudnya: “Dan mengapa kamu tidak mau
memakan dari apa (daging

hewan) yang (ketika disembelih) disebut nama Allah,
padahal Allah telah

menjelaskan kepadamu apa yang diharamkan-Nya
kepadamu, kecuali jika

kamu dalam keadaan terpaksa.” (Al-An'am Ayat 119)

Kaedah 1: Darurat mengharuskan perkara yang
dilarang

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang dilarang
atau haram hukumnya disisi syarak

boleh berubah menjadi harus sekiranya berlaku
darurat.

Contohnya: Memakan bangkai adalah haram
mengikut hukum asalnya, namun

diharuskan ketika darurat iaitu tiada makanan lain
untuk dimakan.

Kaedah 2: Perkara yang diharuskan kerana darurat
dihadkan menurut kadar darurat sahaja

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang
diharuskan ketika darurat hanya boleh

dilaksanakan sekadar untuk menghilangkan darurat
tersebut dan tidak boleh berlebihan
dalam melakukannya.

Contohnya: Minum arak ketika darurat hanya
dibenarkan untuk menghilangkan haus

sahaja bukan dengan menghabiskan sebotol arak.

Kaedah 3: Kemudharatan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudharatan

Kaedah ini bermaksud, kemudharatan tidak boleh
dihilangkan dengan cara menimbulkan

kemudharatan yang lain terutamanya sekiranya
kemudharatan yang tinbul itu lebih bahaya dari

mudarat yang asal.

Contohnya: Seseorang yang terdesak dan mengalami
kebuluran tidak boleh mengambil

harta orang yang terdesak dan mengalami kebuluran
sepertinya juga.

Kaedah 4: Kemudharatan yang lebih berat
dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan

Kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua
kemudaratan dalam satu masa, maka

kemudaratan yang lebih berat seharusnya
dihilangkan dengan melaksanakan perkara

yang lebih ringan mudharatnya.

Contohnya: Melakukan pembedahan terhadap
wanita mengandung yang telah meninggal

dunia untuk mengeluarkan anaknya sekiranya bayi
tersebut masih ada harapan untuk hidup.

Kaedah 5: Menolak kemudharatan lebih utama
daripada mengambil kebaikan

Kaedah ini bermaksud, apabila bertembung antara
kemudaratan dan kebaikan maka

menolak mudarat itu adalah lebih utama.

Contohnya: Berlebih-lebihan berkumur dan
memasukkan air ke dalam hidung ketika

berwudhu adalah disunatkan namun bagi orang yang
berpuasa perkara tersebut adalah

makruh kerana memastikan sah puasa itu lebih
utama.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang
mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap

sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini,
kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan
bahawa Islam membantu kita untuk melakukan
sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang
kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam
sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang
ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata
daripada Allah S.W.T . Kita sebagai peminjam
hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa

yang kita pinjam daripada Allah S.W.T .

RUJUKAN

https://tayibahv2.wordpress.com/2016/02/10/ke
mudaratan-hendaklah-dihapuskan/

https://dakwahstk00.blogspot.com/2018/02/kae
dah-fiqh-ke-4-kemudaratan-mesti.html


Click to View FlipBook Version