The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU FORMAT SPM 2021 5226 TASAWWUR ISLAM 0510

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42069325, 2021-03-23 07:37:18

BUKU FORMAT SPM 2021 5226 TASAWWUR ISLAM 0510

BUKU FORMAT SPM 2021 5226 TASAWWUR ISLAM 0510

TASAWWUR ISLAM
(KOD: 5226)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku

Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagI atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan

dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk
menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan
Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu
pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan
pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar
kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai.
Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Tasawwur
Islam yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum
kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran
terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat
dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran
dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping
memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek
standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan
format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada
21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan
sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan
pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP
agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang
perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk
memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan
institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga
pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 Pengenalan 6
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 7
3.0 Punca Kuasa 7
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 8
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 9
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 14
7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 14
8.0 Aras Kesukaran Item 16
9.0 Format Pentaksiran 17
10.0 Contoh Item
11.0 Lampiran 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Tasawwur Islam SPM mulai tahun 2021. Format tersebut
telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Tasawwur Islam bermatlamat untuk menjelaskan prinsip pandangan hidup
Islam secara syumul, melahirkan individu yang mampu menangkis salah faham
terhadap Islam bertepatan dengan fitrah manusia sebagai hamba dan khalifah Allah
S.W.T bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah serta bertanggungjawab
membangunkan tamadun bangsa dan negara demi kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

KSSM Tasawwur Islam bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti yang
berikut:

OM1: Memahami dan menilai kepentingan prinsip-prinsip pandangan hidup
Islam dan keistimewaan yang terkandung dalam cara hidup Islam;

OM2: Mengamalkan Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya
sebagai asas dalam tindakan dan panduan dalam kehidupan;

OM3: Memahami dan menilai kepentingan peranan insan sebagai hamba
dan khalifah Allah;

OM4: Memahami dan menilai kepentingan wahyu dan akal sebagai pembimbing
manusia untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah;

OM5: Melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah melalui
pimpinan wahyu dan akal dalam kehidupan;

OM6: Memahami dan menilai kepentingan pelaksanaan tatacara kehidupan Islam
sebagai asas dalam penyempurnaan hak asasi manusia;

OM7: Mengamalkan tatacara kehidupan Islam dan menjadikannya sebagai asas
dalam pembentukan ummatan wasatan;

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

OM8: Memahami matlamat, prinsip dan asas ekonomi Islam untuk dilaksanakan
dalam kehidupan;

OM9: Menilai dan merumus kepentingan melaksanakan muamalat dan produk
kewangan Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan;

OM10: Memahami tatacara dan bidang kuasa yang diguna pakai dalam pelaksanaan
sistem perundangan dan kehakiman Islam;

OM11: Menilai dan merumus kepentingan pelaksanaan sistem perundangan
dan kehakiman Islam untuk mencapai matlamat rahmatan li al-‘alamin;

OM12: Memahami tatacara dan bidang kuasa yang diguna pakai dalam pelaksanaan
sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam.; dan

OM13: Menilai dan merumus kepentingan pelaksanaan sistem pemerintahan dan
pentadbiran Islam untuk pembentukan negara cemerlang yang mendapat
keampunan Allah SWT (Baldatun Taibatun wa Rabbun Ghafur)

Sumber: DSKP Tasawwur Islam 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif Pentaksiran mata pelajaran Tasawwur Islam adalah untuk mentaksir
kebolehan pelajar dalam:

OP1: Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai
Islam sebagai al-Din;

OP2: Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai
manusia sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT;

OP3: Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai sistem
sosial Islam;

OP4: Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai sistem
ekonomi dan kewangan Islam;

OP5: Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai sistem
OP6: perundangan dan kehakiman Islam; dan

Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai sistem
pemerintahan dan pentadbiran Islam.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (5226):

7.1.1 OP1 (TEMA 1)

Mengingat
Menyatakan maksud Islam sebagai al-Din, konsep akidah menurut hukum
syarak, konsep ibadah yang memenuhi hukum syarak, konsep akhlak
menurut hukum syarak, pengertian Rabbaniyyah, Syumuliyyah,
Waqi’iyyah, ‘Alamiyyah, Thabat dan Murunah.

Memahami
Menjelaskan pengertian Islam, Iman dan Ihsan, amalan yang berkaitan
dengan pegangan akidah dalam Islam, amalan yang berkaitan ibadah
dalam Islam, amalan yang berkaitan dengan akhlak Islam, menerangkan
ciri-ciri Rabbaniyyah, Syumuliyyah, Waqi’iyyah, ‘Alamiyyah, Thabat dan
Murunah, keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam dalam kehidupan
manusia.

Mengaplikasi
Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengamalkan
Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya sebagai asas
dalam tindakan serta panduan dalam kehidupan, amalan yang dapat
membuktikan pegangan akidah bagi memenuhi tuntutan hukum syarak,
ibadat yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hukum syarak,
amalan akhlak yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hukum
syarak, amalan prinsip hidup Islam yang boleh dijadikan sebagai kaedah
penyelesaian kepada isu dan persoalan ummah.

Menganalisis
Menilai kepentingan mengamalkan Rukun Iman, Rukun Islam dan
Ihsan dalam kehidupan, kepentingan melaksanakan amalan akidah yang
menepati tuntutan hukum syarak, kepentingan melaksanakan ibadah yang
menepati tuntutan hukum syarak, kepentingan melaksanakan amalan
akhlak yang menepati tuntutan hukum syarak.

Menilai
Menghuraikan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan, menilai
kepentingan mengamalkan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan
dalam kehidupan mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk
mengamalkan Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya
sebagai asas dalam tindakan serta panduan dalam kehidupan, menilai
kepentingan melaksanakan amalan akidah yang menepati tuntutan hukum

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

syarak, mencadangkan amalan yang dapat membuktikan pegangan akidah
bagi memenuhi tuntutan hukum syarak, menilai kepentingan
melaksanakan ibadah yang menepati tuntutan hukum syarak,
mencadangkan ibadah yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan hukum syarak, menilai kepentingan melaksanakan amalan
akhlak yang menepati tuntutan hukum syarak, mencadangkan amalan akhlak
yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hukum syarak, menilai
kepentingan mengamalkan prinsip hidup dalam semua aspek
kehidupan, mencadangkan amalan prinsip hidup Islam yang boleh dijadikan
sebagai kaedah penyelesaian kepada isu dan persoalan ummah.

7.1.2 OP2 (TEMA 2)

Mengingat
Menyatakan maksud insan, menyatakan konsep hamba dan khalifah
Allah SWT, menyatakan pengertian wahyu dan akal.

Memahami
Menerangkan proses kejadian insan menurut al-Quran, menjelaskan
peringkat dan hakikat sebenar alam yang perlu dilalui manusia untuk
menjadi insan kamil, menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT, menerangkan fungsi wahyu dan akal
dalam kehidupan manusia, menjelaskan kedudukan wahyu dan akal dalam
menyempurnakan tanggungjawab.

Mengaplikasi
Melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Menganalisis
Menghuraikan keistimewaan insan yang dikurniakan akal untuk
membentuk jati diri, menghuraikan perkara dan tindakan yang boleh
merosakkan akal.

Menilai
Menilai kepentingan memelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT, mencadangkan tindakan yang sesuai dilaksanakan
untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang sebenar, menilai
kepentingan melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT, mencadangkan tindakan yang sesuai untuk
menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT,
menilai kepentingan berpegang dengan wahyu dalam memelihara akal.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

7.1.3 OP3 (TEMA 3)

Mengingat
Menyatakan konsep sistem sosial Islam, kekeluargaan Islam, pergaulan
dalam Islam, konsep hiburan dan kesenian menurut Islam.

Memahami
Menerangkan adab dan etika berdasarkan sistem sosial Islam, menjelaskan
peranan ahli keluarga dalam sistem kekeluargaan Islam, menjelaskan adab
pergaulan dalam Islam, menjelas dan melaksanakan adab dan etika berhibur
menurut Islam dalam kehidupan, menjelaskan adab dan etika
kesenian menurut Islam dalam kehidupan.

Mengaplikasi
Mengaplikasi hak asasi manusia sebagai adab dan etika berdasarkan sistem
sosial Islam, melaksanakan prinsip pergaulan Islam dalam kehidupan sebagai
usaha untuk membentuk ummah sejahtera, mencadangkan tindakan
yang boleh dilakukan semasa berhibur menurut Islam dalam
kehidupan, mengamalkan adab dan etika berhibur yang bertepatan
dengan perspektif Islam, mengamalkan adab dan etika kesenian yang
bertepatan dengan perspektif Islam.

Menganalisis
Menghuraikan hak asasi manusia sebagai adab dan etika berdasarkan sistem
sosial Islam, menghurai sifat mahmudah dalam pergaulan Islam.

Menilai
Menilai keistimewaan sistem sosial Islam dan kepentingan melaksanakannya
dalam kehidupan, mencadangkan tindakan yang sesuai dilaksanakan
bagi merealisasikan sistem sosial Islam, menilai kepentingan membina
keluarga, melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli keluarga
berasaskan sistem kekeluargaan Islam, menilai kepentingan
mengamalkan prinsip-prinsip pergaulan menurut hukum syarak.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

7.1.4 OP4 (TEMA 4)

Mengingat
Menyatakan konsep asas dalam sistem ekonomi, menyatakan konsep
asas muamalat dalam Islam.

Memahami
Menjelaskan prinsip-prinsip asas dalam ekonomi Islam,
menerangkan tentang konsep pemilikan harta, menerangkan jenis-jenis
muamalat Islam dan cara-cara pelaksanakannya, menjelaskan peranan
institusi kewangan Islam

Mengaplikasi
Mempraktikkan konsep asas sistem ekonomi Islam, mempraktikkan
konsep asas muamalat dalam institusi kewangan Islam.

Menganalisis
Menghuraikan peranan pekerjaan sebagai salah satu cara dalam
pemilikan harta.

Menilai
Menilai kepentingan melaksanakan tuntutan ekonomi Islam
dalam kehidupan, mencadangkan tindakan yang boleh
dilakukan untuk menyelesaikan persoalan ekonomi umat Islam
pada hari ini, menilai kepentingan melaksanakan muamalat Islam
dan pengurusan institusi kewangan Islam dalam kehidupan,
mencadangkan amalan muamalat dan aktiviti kewangan Islam yang
menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam pada masa kini.

7.1.5 OP5 (TEMA 5)

Mengingat
Menyatakan konsep asas sistem perundangan Islam, konsep asas
sistem kehakiman Islam.

Memahami
Menerangkan keunggulan sistem perundangan Islam dan matlamat sistem
kehakiman Islam, menjelaskan matlamat utama sistem perundangan
Islam, jenis kesalahan jenayah dan hukumannya serta prosedur
keterangan untuk mensabitkan kesalahan.

Mengaplikasi
Melaksanakan matlamat utama sistem perundangan Islam dalam kehidupan.

Menganalisis
Menghuraikan syarat perlantikan, etika dan peranan hakim dalam institusi
kehakiman Islam.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

Menilai
Menilai kepentingan melaksanakan sistem perundangan Islam dan
mematuhi pelaksanaannya dalam semua aspek kehidupan, kepentingan
melaksanakan sistem kehakiman Islam dalam sesebuah negara dan
kewajipan mematuhi tuntutan pelaksanaannya serta menjauhi diri
daripada perbuatan jenayah, mencadangkan tindakan yang boleh
dilakukan untuk mematuhi pelaksanaan perundangan dalam kehidupan,
tindakan yang boleh dilakukan oleh individu untuk menjauhi perbuatan
yang dilarang dan menyokong institusi perundangan dalam
mendaulatkan sistem kehakiman Islam.

7.16. OP6 (TEMA 6)

Mengingat
Menyatakan konsep asas sistem pemerintahan Islam.

Memahami
Menjelaskan konsep asas pentadbiran dan pengurusan dalam Islam,
konsep asas khalifah dalam sistem pemerintahan Islam, elemen-eleman
pembentukan negara Islam dan fungsinya dalam sistem pemerintahan Islam.

Mengaplikasi
Melaksanakan dan mengamalkan prinsip-prinsip tadbir urus Islam dalam
sesebuah organisasi, melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab
khalifah dalam kehidupan bernegara.

Menganalisis
Menghuraikan prinsip-prinsip tadbir urus dalam Islam, tanggungjawab
khalifah dalam kehidupan bernegara.

Menilai
Menilai kepentingan melaksanakan tadbir urus dalam sistem pentadbiran dan
pengurusan Islam, mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan
untuk merealisasikan tadbir urus Islam dalam sesebuah organisasi,
menilai kepentingan melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab
khalifah dalam kehidupan bernegara dan mencadangkan tindakan yang
boleh diambil oleh setiap individu dalam kehidupan bernegara.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Tasawwur Islam menggunakan satu instrumen sahaja, iaitu
5226 - Tasawwur Islam.

Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 15.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021
MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAM (5226)

Bil. Perkara 5226

1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis
2 Jenis Item
• Objektif Pelbagai Bentuk
3 Bilangan Soalan • Subjektif Respons Terhad
• Subjektif Respons Terbuka

Bahagian A
Objektif Pelbagai Bentuk
20 soalan (20 markah)
Jawab semua soalan

Bahagian B
Subjektif
6 soalan (80 markah)
Jawab empat soalan

4 Jumlah Markah 100 markah
5 Konstruk
• Mengingat dan Memahami
• Mengaplikasi
• Menganalisis
• Menilai

6 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit
7 Cakupan
Standard kandungan dan standard pembelajaran
Konstruk pembelajaran dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 4 dan 5)

8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5:3:2

• Dikotomus
9 Kaedah Penskoran • Analitik

• Holistik

10 Alatan Tambahan Tiada

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

TASAWWUR ISLAM
(5226)

CONTOH-CONTOH ITEM

5226 – TASAWWUR ISLAM KERTAS 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

BAHAGIAN A
[20 Markah]

Soalan 1 hingga Soalan 4 (Isi tempat kosong)
Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul dalam ruangan kosong yang
disediakan.
1. ________________________menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat

demi kebaikan dan keharmonian hidup.
2. ___________________dikaitkan dengan semua amalan kebaikan yang disyariatkan

oleh Allah SWT bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi
kebaikan dan keharmonian hidup bersama.
3 Fungsi __________terhadap akidah ialah membetulkan akidah manusia.
4. Alam yang memisahkan antara alam dunia dengan alam akhirat dikenali
sebagai____________.

Soalan 5 hingga Soalan 8 ( Istilah)
Tulis istilah yang betul dengan pernyataan berikut dalam ruangan kosong yang disediakan.
5. Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah

dan akhlak.

6. Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan
untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta memakmurkan alam.

7. Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat
kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli.

8. Hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti
manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati
syarak.

Soalan 9 hingga Soalan 10 (Berpandukan jadual)
Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang
betul.

S Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk menganuti agama Islam.

T Islam mengharamkan perbuatan yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat
seperti menyebarkan fitnah.

Jadual di atas berkaitan hak-hak asasi manusia yang dijamin Islam.

9. S ialah____________

10. T ialah____________

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

Soalan 11 hingga Soalan 12 ( Berdasarkan jadual)
Tuliskan jawapan yang betul dalam ruangan kosong yang disediakan berdasarkan jadual
di bawah.

Prinsip Pandangan Hidup Ciri-ciri
Islam

U Kesempurnaan hanya milik Allah SWT.

Rabbaniyyah Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.

V Islam menjamin hak asasi manusia.

11. U ialah____________

12. V ialah___________

Soalan 15 hingga Soalan 16 (Contoh soalan melengkapkan carta alir)
Tuliskan jawapan yang betul dalam ruangan kosong yang disediakan berdasarkan jadual
di bawah.

X Y Mudghah

Bayi Janin ‘Izam dan Lahm

Carta di atas menunjukkan proses kejadian insan menurut Islam.

15. X ialah____________

16. Y ialah____________

Soalan 17 hingga Soalan 20 (Betul atau salah)
Tandakan (/) pada pernyataan yang betul.

Tandakan (X) pada pernyataan yang salah.

17. Orang yang berpegang kepada akidah yang benar akan sentiasa muhasabah
diri terhadap apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

18. Antara konsep kesenian Islam ialah untuk menjana ekonomi umat Islam
melalui jualan hasil seni yang dihasilkan.

19. Bersikap benar dalam percakapan, perbuatan dan niat di dalam hati
merupakan sifat mazmumah dalam pergaulan.

20. Percaya bahawa Allah SWT menurunkan kitab-kitab kepada para rasulNya
adalah berkaitan Rukun Iman.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

BAHAGIAN B
[80 Markah]

1. (a) (i) Nyatakan pengertian ihsan dari segi istilah. [2 markah]

(ii) Huraikan perkara berikut : [2 markah]
a. Beriman kepada Hari Akhirat [2 markah]
b. Beriman kepada Qadak dan Qadar

(Soalan KBAT-respons terbuka)

(b) e-muamalat Maybank2u.com.my

e-zakat CIMB Clicks
Shopee Mobile Banking
Booking.Com
LAZADA

Adakah anda bersetuju sistem perbankan secara talian di atas

menepati sistem muamalat Islam? Berikan hujah anda. [6 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20

FORMAT PENTAKSIRAN TASAWWUR ISLAM

(c) SYARIKAT B
SYARIKAT A Jenis kenderaan :
Jenis kenderaan : Mercedez Benz A200

Mercedez Benz A200 Tahun dibuat :
Tahun dibuat : 2013
2013
Jumlah perlindungan :
Jumlah perlindungan : RM108,000.00
RM94,000.00 Premium asas :
Premium asas : RM2,778.75
RM2,790.00
Diskaun Tiada Tuntutan
Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) :
(NCD) : 55%
55%
RM1,528.00
RM1,528.00 Pembayaran premium :
Pembayaran premium :
RM1,632.21
RM1,818.00 Pulangan mudharabah :

RM161.00

Jadual 1 di atas adalah tawaran dua syarikat insurans kepada pemilik kereta.

Huraikan pilihan syarikat yang akan anda langgani dan berikan alasannya.
[6 markah]

@© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TAMAT
21

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Click to View FlipBook Version