KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI
TINGKATAN 2
TEMPAT KAJIAN:
KAMPUNG PIRASAN, KOTA BELUD
TAJUK:
PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1
SENARAI KANDUNGAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Kandungan Muka Surat
Penghargaan 3
Objektif Kajian 4
Kawasan Kajian 5
Definisi Pengangkutan 6
Jenis-jenis Pengangkutan 7
Kepentingan Pengangkutan Jalan Raya 8
Masalah-masalah pengangkutan Jalan Raya 9
Langkah Mengatasi Pengangkutan Jalan Raya 10
Rumusan 11
Rujukan 12
2
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Penghargaan.
Dengan penuh takzimnya, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan penuh
kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kepada saya rahmat
kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja lapangan dengan mudah dan
sempurna.
Kerja lapangan ini telah dapat saya laksanakan dengan sempurna atas
kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Antaranya, bimbingan daripada
guru geografi saya yang telah memberi pelbagai maklumat dan tunjuk ajar dalam
memudah cara untuk saya menyiapkan kerja lapangan. Terima kasih juga
diucapkan kepada guru kelas dan rakan-rakan sekelas yang banyak memberi
motivasi dan idea dalam menyiapkan kerja lapangan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada ibubapa saya yang telah banyak memberi
bimbingan dan galakan dalam menyiapkan tugasan kerja lapangan saya ini. Tidak
ketinggalan juga kepada pengusaha-pengusaha pengangkutan awam yang telah
memberi kebenaran untuk memuat naik gambar pengangkutan awam mereka.
Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari lebih banyak lagi ilmu
pengetahuan daripada kerja lapangan ini.
3
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Objektif Kajian.
Objektif kajian kerja lapangan yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya
ialah:
i. Untuk mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan jalan raya
khususnya di daerah Kota Belud.
ii. Untuk mengenalpasti kepentingan pengangkutan jalan raya di daerah Kota
Belud.
iii. Untuk mengenalpasti masalah-masalah pengangkutan jalan raya di daerah
Kota Belud.
iv. Untuk mengenalpasti cara-cara menangani masalah-masalah pengakutan
jalan raya di daerah Kota Belud.
v. Untuk menerapkan nilai murni dalam kajian kerja lapangan.
4
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Kawasan Kajian.
Kawasan kajian saya ialah Kampung Pirasan,Kota Belud,Sabah yang terletak
di pantai Barat Sabah. Jarak Kota Belud ke Kota Kinabalu kira-kira 77 Kilometer.
Pada tahun 2010 , daerah Kota Belud dianggarkan seramai 91 272 jumlah
penduduk kebanyak dipercayai berasal dari kaum Bajau, Dusun, dan Irranun.
Kawasan Kampung Pirasan dari segi ciri pandang fizikal mempunyai
perumahan,masjid, jalan raya, jambatan dan sekolah. Manakala dari segi ciri
pandang darat mempunyai bukit, sungai,hutan,paya,dan kontur
Dalam Kerja lapangan ini saya turut sertakan peta kawasan kampung
Pirasan.
5
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Definisi Pengangkutan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Pengangkutan didefinisikan
sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, kereta api yang
digunakan oleh orang ramai di kawasan tertantu dengan kadar tambang yang
telah ditetapkan (Kamus Dewan Edisi Ke-4).
Menurut Wikipedia, Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang
membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
biasanya jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan
niasanya bole dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia
bergerak, kuasa dan lain-lain. Antaranya ialah pengangkutan darat, pengangkutan
laut dan pengangkutan udara.
Konsep dan takrifan sistem pengangkutan juga ditakrifkan sebagai
transport yakni merupakan teknologi yang dicipta bagi memindahkan sesuatu
objek daripada suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Seseorang boleh
bergerak ke suatu tempat lain tanpa memerlukan pengangkutan dengan berjalan
atau berenang. (https://permohonan.my).
Dalam kajian saya kali ini, saya telah memilih kajian pengangkutan darat
yang lebih sinonim dengan tempat tinggal saya.
6
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Jenis-jenis Pengangkutan
Kerja lapangan saya ialah berkaitan dengan Pengangkutan Jalan Raya di Kg.
Pirasan, Kota Belud, Sabah. Melalui pemerhatian saya, saya telah mengenalpasti
jenis-jenis pengangkutan jalan raya di kawasan tempat tinggal saya, antaranya;
1. Teksi/kereta sapu
2. Van/Bas
3. Pick up
Teksi/kereta sapu
VAN PICK UP
7
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Kepentingan Pengangkutan Jalan Raya
Pengangkutan jalan raya ini mempunyai banyak kepentingannya bagi
penduduk kawasan kampung Pirasan untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat, khususnya untuk bergerak ke sekolah atau ke pekan Kota Belud.
Penumpang yang terdiri daripada murid sekolah akan menggunakan
khidmat van atau pick up untuk ke sekolah. Perkhidmatan pengangkutan van atau
pick up ini telah memudahcara ibubapa yang tidak mempunyai kenderaan secara
persendirian. Ditambah pula kadar tambang untuk ke sekolah secara sewa bulan
sangat murah.
Selain urusan perkhidmatan, pengangkutan jalan raya ini juga sangat
penting bagi mengangkut hasil tanaman atau jualan untuk dijual di pasar besar
Pekan Kota Belud atau di tamu kota Belud. Hasil pertanian yang banyak
memerlukan pengangkutan yang sesuai seperti pick up atau van untuk
mengangkut hasil pertanian ini. Hal ini juga memudahkan peniaga untuk
membawa hasil tanih dengan mudah, kuantiti yang banyak dan lebih selesa.
Pengangkutan awan ini juga dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas,
terutamanya di kawasan sekolah. Memandangkan kawasan sekolah rendah dan
menengah yang berdekatan antara satu sekolah dengan sekolah lain (SMK
Arshad, SK Pekan, St Edmund), adalah tidak mustahil berlaku kesesakan. Dengan
perkhidmatan pengangkutan awam ini, secara tidak langsung telah
mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan-kawasan tersebut.
8
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Masalah-masalah Pengangkutan Jalan Raya.
Pengangkutan jalan raya ini juga tidak lari daripada masalah-masalah
tertentu. Antara masalah-masalah yang telah saya kenalpasti ialah kesukaran
pergerakkan pengangkutan awam akibat daripada keadaan jalan raya yang tidak
selamat seperti permukaan jalan yang rosak dan berlubang di jalan raya utama.
Kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf jalan raya juga sering kali dilakukan oleh
jabatan kerjaraya, namun permasalahan ini sering kali berlaku. Hakisan mudah
berlaku apabila permukaan jalan raya sering ditenggalami air atau akibat daripada
banjir. Hal ini telah menjejaskan pengguna-pengguna kenderaan pengangkutan
awam untuk melakukan pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Selain itu, terdapat juga jalan-jalan kampung yang masih belum dinaiktaraf.
Jalan raya masih berbatu, berlopak dan masih tidak bertar. Keadaaan ini telah
menyulitkan pergerakkan pengangkutan dan merosakkan kenderaan. Terdapat
juga kenderaan pengangkutan awam ini tidak sanggup menghantar penumpang
ke tempat-tempat atau kawasan-kawasan yang tertentu disebabkan keaadan
jalan raya yang belum dinaiktaraf.
Seterusnya, permasalahan lain ialah sikap pemandu itu sendiri agak sukar
untuk ditangani. Sikap pemandu yang tidak berkhemah telah membahayakan
keselamatan penumpang . Kes seperti pemandu van atau kereta sapu memandu
dalam keadaan laju dan berhenti di tempat kurang sesuai bagi menurunkan
penumpang.
Masalah lain juga turut dikenalpasti seperti, penggunaan kenderaan yang
lama dan kelihatan usang. Pemandu masih menggunakan kenderaan yang tidak
sesuai untuk membawa penumpang atau pun mengangkut barang. Selain
mengancam keselamatan diri, ia juga turut mengacam penumpang-penumpang
yang menggunakan khidmat pengangkutan yang yang tidak sesuai.
Masalah seterusnya ialah terdapat sebahagian kenderaan mengeluarkan
asap yang boleh mencemarkan udara. Selain mencemarkan udara, asap daripada
kenderaan ini juga turut membahayakan manusia dengan terhidu bau asap yang
tebal. Keadaan ini sering berlaku bagi kenderaan seperti dari kereta sapu atau van
9
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
di mana pemilik kenderaan menggunakan minyak kereta yang tidak sesuai dan
sering mengubah bahagian dalaman enjin kereta.
Langkah-langkah mengatasi masalah Pengangkutan Jalan Raya.
Antara langkah-langkah bagi mengatasi masalah pengangkutan jalan raya
ialah dengan menaiktaraf sistem pengangkutan jalan raya. Pihak berkuasa
hendaklah peka terhadap permasalahan yang berlaku sama ada sikap pemandu
atau bentuk muka bumi.
Pemandu yang membahayakan penumpang perlu ditangani secara
berkhemah. Sistem denda juga perlu dilaksanakan bagi pemandu yang sambil
lewa atau leka dan tindakan kerajaan dengan melaksanakan undang-undang yang
ketat adalah tindakan yang sangat bijak iaitu, “satu kesalahan mengikut Seksyen
42(1) Akta penangkutan jalan (APJ) iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya
hingga mengancam keselamatan jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara
hingga lima tahun atau denda minimum RM5 000 atau kedua-duanya “.
Langkah seterusnya adalah pengangkutan atau kenderaan yang
menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakan penapis asap atau dikebali
sebagai “ Catalytic converter ” . Dengan menggunakannya , kita dapat
meggurangkan pengeluaran asap berbahaya. Pemilik kenderaan juga digalakkan
untuk menggunakan petroleum tanpa plumbum . Hal ini dapat mengurangkan
plumbum dalam pelepasa asap ke udara .
Pihak yang berwajib juga perlu sentiasa peka memantau keadaan jalan raya
di jalan utama serta jalan-jalan kampung. Jalan yang selalu rosak perlu segera
ditanggani bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa selamat dan perjalanan
sentiasa lancar.
10
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Rumusan.
Di akhir kerja lapangan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pengangkutan
awam ini telah menjadi salah satu perkhidmatan yang utama di kawasan
kampung Pirasan. Perkhidmatan pengangkutan ini perlu diteruskan dengan
menaiktaraf penggunaan jalan raya dan cara pengoperasian yang lebih
bersistematik bagi memudahkan urusan harian penduduk kampung ini. Pemandu-
pemandu yang mengusahakan pengangkutan awam perlu sentiasa peka dengan
keselamatan penumpang mahupun keselamatan barang.
Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahaya peranan daripada semua
pihak amat penting bagi membentuk sikap saling bertanggungjawab dalam semua
segi bagi menjalankan kehidupan harian yang lebih selesa, selamat, dan
menaikkan taraf hidup yang lebih baik.
11
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
Rujukan
Kamus Dewan Edisi ke-4
Wikipedia (Internet)
https://permohonan.my
Turun ke Lokasi lapangan
12
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
13
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
14
KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2
15