BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
BAHAN PENGAJARAN 1
SEMESTER 1 DVM TAHUN 2022/2023
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
KOD / KURSUS DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE
KOMPETENSI
K1 PREPARE COMPUTER SET-UP TOOLS, COMPUTER HARDWARE PARTS AND COMPUTER
SOFTWARE
KOMPETENSI UNIT 1.1 Introduction to Computer System
1.2 Determine computer hardware compatibility
HASIL PEMBELAJARAN 1.3 Define computer Operating System and software information.
PLO 1 1.4 Prepare Computer cable connector.
PLO 2 1.5 Determine connector orientation, computer monitor connector and plug
PLO 5 layout.
1.6 Prepare computer system set-up tool
1.7 Adhere Electrical safety requirements
1.8 Maintain workplace cleanliness and personal hygiene in accordance
with company guideline
CLO1: Prepare computer set-up tools, computer hardware parts and
computer software. (C3, PLO1, C1)
Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan
teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam
bidang Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk
melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Sistem Pengurusan
Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat
kepada masyarakat.
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA CALON
NO KAD PENGENALAN
TARIKH MUKA : 01
DARIPADA: 32
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 2
DARIPADA : 32
Objektif Pembelajaran 1.1:
Diakhir sesi pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti jenis-jenis unit input.
2. Mengenalpasti jenis-jenis unit ouput.
3. Mengenalpasti jenis-jenis unit storan.
4. Mengenalpasti unit logik aritmetik.
PENERANGAN/INFORMATION:
1. Pengenalan kepada Sistem Komputer
1.1 Definisi Sistem Komputer
• Komputer adalah sebuah mesin yang dapat menyimpan dan memproses
data menjadi maklumat pada kadar yang pantas dan tepat berdasarkan
kepada siri arahan tertentu yang dipanggil aturcara.
• Sistem komputer terdiri daripada perkakasan, perisian dan pengguna
untuk berfungsi dengan sepenuhnya.
• Perkakasan adalah merujuk kepada empat perkakasan utama iaitu
peranti input, peranti output, pemproses dan peranti storan. Komponen-
komponen ini digunakan untuk menerima data, memproses data,
mengeluarkan maklumat dan menyimpan fail.
• Perisian pula merujuk kepada set-set arahan yang mengarahkan
perkakasan-perkakasan melakukan tugas-tugas tertentu, Perisian juga
melakukan fungsi-fungsi lain seperti pengiraan, komunikasi dengan
perisian lain dan berinteraksi dengan manusia.
• Manakala pengguna merujuk kepada seseorang yang menggunakan
komputer untuk sebarang tujuan seperti pengurusan, perniagaan ataupun
hiburan.
• Secara amnya komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu
manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 3
DARIPADA : 32
Pengguna Maklumat dipersembahkan
memasukkan data kepada pengguna
Rajah 1: Sistem Komputer
Berdasarkan rajah blok perkakasan komputer di atas, sistem komputer
bermula apabila peranti input menerima data menerusi menerusi peranti-
peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus, mikrofon dan
sebagainya. Data-data tersebut akan diproses oleh pemproses menjadi
maklumat yang berguna menerusi perisian-perisian yang tertentu. Maklumat
tersebut akan dipindahkan ke peranti output seperti monitor, mesin pencetak,
pembesar suara dan sebagainya. Maklumat tersebut juga boleh disimpan di
dalam peranti storan untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 4
DARIPADA : 32
2. Input, Proses, Output dan Storan
2.1 Input
• Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke
dalam komputer menerusi peranti input tertentu.
• Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna
untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data komputer.
• Peranti-peranti input akan mengkod data ke dalam bentuk yang boleh
diproses oleh sistem komputer. Berikut adalah jenis-jenis peranti input
komputer
i. Papan kekunci
ii. Tetikus
iii. Mikrofon
iv. Pengimbas
v. Kamera digital
vi. Kayu ria
vii. Pengimbas kod bar
viii. Pembaca kad pintar
Rajah 2: Contoh peranti input
2.2 Proses
• Proses adalah aktiviti yang dilakukan oleh pemproses iaitu dengan
menerima data dari peranti input kemudian diproses mengikut
arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output dah peranti
storan.
• Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan
bahagi. Ia juga membuat perbandingan ke atas data dengan kadar
yang amat pantas iaitu dalam unit juta/ribu juta sesaat.
• Peranti pemproses ini dikenali dengan nama Unit Pemprosesan
Pusat atau CPU (Central Prosessing Unit). Ia berperanan dalam
memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan
maklumat menerusi sistem komputer. Unit atau peranti
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 5
DARIPADA : 32
pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output
dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang
diperlukan.
Darab Bahagi
Banding
Tolak Tambah
Rajah 3: Fungsi CPU
2.3 Output
• Output adalah hasil daripada proses manipulasi ke atas data oleh
pemproses yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input.
Ia akan dipapar atau kelihatan menerusi peranti output.
• Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang
telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengari atau digunakan
oleh pengguna.
• Peranti output akan menukar data komputer kepada maklumat yang
boleh difahami oleh pengguna komputer. Antara contoh peranti
output yang biasa digunakan adalah:
i. Monitor
ii. Projektor LCD
iii. Pencetak
iv. Pembesar suara
Rajah 4: Contoh output
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 6
DARIPADA : 32
2.4 Storan
• Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum
atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang
disimpan untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan.
• Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer
untuk menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara
sahaja.
• Secara ringkasnya, terdapat dua jenis storan:
i. Storan primer (Primary Storage) = Contohnya: RAM, Cache
Memory, ROM.
ii. Storan sekundar (Secondary Storage) = Cakera keras (hard
disk), disket dan CD-ROM.
Rajah 5: Contoh storan
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 7
DARIPADA : 32
3. Kitaran Pemprosesan Maklumat melibatkan Input, Proses, Ouput dan
Storan
• Komputer akan melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum
sesuatu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau
storan sekunder akan dipindahkan ke dalam storan primer (RAM).
• Arahan dan data dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input
tertentu seperti papan
kekunci, tetikus dan
sebagainya.
• Kemudian, arahan dan
data tersebut akan
dipindahkan ke dalam
Unit Pemproses Pusat
(CPU) untuk diproses.
CPU bertugas
mengawal semua
aktiviti di dalam sistem
komputer menerusi
arahan-arahannya.
• CPU terdiri daripada Rajah 6: Kitaran Pemprosesan Maklumat
Unit Aritmetik dan
Logik (ALU) yang
melaksanakan pengiraan matematik dan Unit Kawalan pula yang
mencapai arahan dari ingatan utama, menerima dari ALU dan
melaksanakan arahan.
• Untuk setiap arahan yang diberikan, Unit Kawalan dalam CPU akan
melakukan empat operasi asas yang dipanggil kitaran mesin (machine-
cycle).
Rajah 7: Kitaran Mesin
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 8
DARIPADA : 32
• Empat kitaran mesin tersebut adalah Angkut (Fetching), Terjemah
(Decode), Laksana (Execute) dan Simpan (Store).
i. Angkut (Fetching)
• Unit Kawalan akan mengangkut
(fetch) arahan, program dan
data dari storan primer (RAM).
ii. Terjemah (Decode)
• Unit Kawalan akan
menterjemah (decode) arahan
dan pindahkan data yang diperlukan dari storan primer ke Unit
Aritmetik dan Logik (ALU).
iii. Laksana (Execute)
• Unit Aritmetik dan Logik (ALU) akan melaksanakan (execute)
arahan aritmetik dan logik.
iv. Simpan (Store)
• Unit Aritmetik dan Logik (ALU) akan menyimpan hasil pemprosesan
ke dalam storan primer (RAM) atau ke dalam storan sekunder.
• Proses kitaran pemprosesan maklumat
ini berterusan satu demi satu
sehinggalah arahan terakhir
program tersebut dilaksanakan.
• Data yang telah diproses akan
dipindahkan ke dalam storan. Storan
adalah tempat untuk menyimpan
data, arahan serta maklumat untuk Rajah 8: kitaran pemprosesan
kegunaan pada masa hadapan. maklumat
• Komputer menggunakan storan
untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi. Ia terdiri daripada
storan primer dan storan sekunder.
• Data dan maklumat yang telah diproses dikenali sebagai output dan akan
dipindahkan ke peranti output yang terdiri daripada teks, grafik, atau pun
video.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 9
DARIPADA : 32
Objektif Pembelajaran 1.2:
Diakhir sesi pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti setiap perkakasan komputer
2. Menentukan keserasian perkakasan komputer
2. Menentukan keserasian (compatibility) perkakasan komputer
2.1 Spesifikasi komponen
a) Computer components specification:
i. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
- CPU ini juga dikenali sebagai pemproses, mikropemproses atau cip
- CPU mempunyai dua komponen:
i. Unit Kawalan: mengeluarkan arahan dari memori dan
menterjemahkan dan melaksanakannya
ii. Unit Logik Aritmetik (ALU): mengendalikan operasi aritmetik
dan logik
- CPU menerima input data, melaksanakan arahan, dan memproses
maklumat. Ini berkomunikasi dengan peranti input / output (I / O),
yang mengirim dan menerima data ke dan dari CPU.
- CPU mengandungi unit memori dalaman, yang disebut register.
Register ini mengandungi data, arahan, kaunter dan alamat yang
digunakan dalam memproses maklumat ALU.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 10
DARIPADA : 32
Rajah 9: LGA CPU
- CPU ialah komponen komputer yang bertanggungjawab untuk
menafsirkan dan melaksanakan kebanyakan arahan daripada
perkakasan dan perisian komputer lain.
- Intel dan AMD adalah merupakan dua pengeluar CPU yang paling
popular untuk desktop, komputer riba dan pelayan.
- CPU moden menghasilkan banyak haba dan oleh itu memerlukan
kipas penyejuk dan pemasangan sink haba (heat sink) untuk
mengelakkan terlalu panas (rujuk Rajah 3).
- Kipas akan meniup keluar haba dari CPU.
- Fungsi kipas komputer adalah mengeluarkan panas dan
menggantinya dengan udara segar ke dalam sistem. Kipas penyejuk
ini telah dirancang agar sesuai ditempatkan pada motherboard atau
hard disk drive.
Rajah 10: kipas penyejuk
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 11
DARIPADA : 32
- Sink haba (heat sink) adalah tembaga besar atau aluminium yang
membantu menarik haba dari pemproses.
Rajah 11: heat sink
- Thermal Paste adalah cecair tebal yang mempunyai sifat seperti
minyak, yang berguna untuk meningkatkan kekonduksian antara
dua permukaan dengan mengisi jurang mikroskopik.
- Fungsi Thermal Paste adalah untuk memindahkan haba dari
pemproses ke heatsink. Kerana permukaan pada pemproses dan
heatsink tidak rata, ia memerlukan penyambung supaya haba dapat
dipindahkan secara maksimum.
Rajah 12: thermal paste
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 12
DARIPADA : 32
ii. Random Access Memory (RAM)
- RAM adalah ringkasan kepada Random Access Memory, yang
menyimpan semua aktiviti dan tugas komputer dalam penggunaan
semasa.
- RAM juga disebut sebagai memori utama, memori utama, atau
memori system.
- RAM ialah peranti yang membolehkan item data dibaca atau ditulis
dalam hampir sama jumlah masa tanpa mengira lokasi fizikal data di
dalam memori.
- Modul memori ini akan dipasang ke dalam salah satu slot ingatan
pada papan induk.
- Jenis-jenis RAM
a. SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory)
-
b. RAM DDR1 (Double Data Rate1 RAM)
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 13
DARIPADA : 32
c. RAM DDR2
DDR2 Desktop
DDR2 Laptop
d. RAM DDR3
DDR3 Desktop
DDR3 Laptop
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 14
DARIPADA : 32
e. RAM DDR4
DDR4 Desktop
DDR4 Laptop
iii. Motherboard
- Papan induk adalah papan litar bercetak yang merupakan asas
komputer, terletak di bahagian belakang atau di bahagian bawah
casis komputer.
- Ia memperuntukkan kuasa dan membolehkan komunikasi kepada
CPU, RAM, dan semua komponen perkakasan komputer lain.
Rajah 13: Motherboard
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 15
DARIPADA : 32
- Penyambung slot pada motherboard
i. SATA
ii. IDE
iii. Internal USB
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 16
DARIPADA : 32
- Chipset Motherboard
i. Northbridge
Mengawal akses berkelajuan tinggi ke RAM dan kad video.
Ia juga mengawal kelajuan CPU berkomunikasi dengan
semua komponen lain di komputer. Keupayaan video
kadang-kadang disatukan ke Northbridge.
ii. Southbridge
Membolehkan CPU berkomunikasi dengan peranti
berkelajuan lebih rendah termasuk cakera keras, port
Universal Serial Bus (USB), dan slot pengembangan
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 17
DARIPADA : 32
iv. Hard disk
- Pemacu cakera keras (HDD) ialah peranti storan data yang
digunakan untuk menyimpan dan mendapatkan semula
maklumat digital menggunakan cakera yang berputar dengan
pantas (piring) yang disalut dengan bahan magnetik.
- HDD mengekalkan datanya walaupun dimatikan. Sistem
pengoperasian, perisian, dan kebanyakan fail lain disimpan dalam
pemacu cakera keras.
- Data dibaca secara rawak-akses, bermakna blok data individu boleh
disimpan atau diperolehi dalam sebarang pesanan dan bukan
secara berurutan.
- HDD terdiri daripada satu atau lebih cakera yang berputar dengan
cepat ("keras") dengan kepala magnet yang disusun pada lengan
penggerak bergerak untuk membaca dan menulis data ke
permukaan.
- Hard drive kadang-kadang disebut sebagai "drive C" kerana fakta
bahawa Microsoft Windows menunjuk huruf "C" ke partition utama
pada pemacu keras utama dalam komputer secara lalai (default).
- Jenis-jenis harddisk
a) Integrated Drive Electronic (IDE)
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 18
DARIPADA : 32
b) Small Computer System Interface (SCSI)
c) Serial Advanced Technology Attachment (SATA)
d) Solid State Disk (SSD)
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 19
DARIPADA : 32
v. Power supply specification
- Bekalan kuasa mempunyai beberapa spesifikasi yang menentukan
keupayaan input dan output serta ciri-ciri operasi mereka.
- Spesifikasi pembekalan kuasa:
a) Bekalan kuasa adalah peranti yang membekalkan kuasa
elektrik kepada beban elektrik. Istilah ini biasanya digunakan
untuk penukar kuasa elektrik yang menukar satu bentuk
tenaga elektrik kepada yang lain
b) Bekalan kuasa yang dikawal selia adalah yang mengawal
voltan keluaran atau arus ke nilai tertentu; Nilai terkawal
dipegang hampir berterusan walaupun variasi sama ada
semasa beban atau voltan yang dibekalkan oleh sumber
tenaga bekalan tenaga.
Rajah 14: Power Supply
- PERINGATAN: Jika bekalan anda tidak menukar voltan input
secara automatik, pastikan tetapan voltan adalah betul. Jika anda
memasukkan bekalan kuasa ke dalam soket 110 V semasa ia
ditetapkan dalam tetapan 240 V, tiada kerosakan akan berlaku,
tetapi bekalan tidak akan beroperasi dengan betul sehingga anda
membetulkan tetapan. Sebaliknya, jika anda memasang soket 240 V
dan mempunyai set suis untuk 120 V, anda boleh menyebabkan
kerosakan pada peralatan yang bersambung kepadanya.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 20
DARIPADA : 32
Objektif Pembelajaran 1.3:
Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan memperolehi:
1. Mengenalpasti maklumat versi sistem pengoperasian.
2. Mengenalpasti jenis chips architecture serta kelebihan dan kekurangannya.
3. Menentukan Sistem Operasi komputer dan maklumat perisian.
a) Computer Operating System Version:
- Semakan versi adalah operasi asas yang setiap pemaju membuat
semasa membina aplikasi.
- Keadaan yang salah boleh menyebabkan isu keserasian aplikasi kepada
kedua-dua pemaju dan pengguna, ketika mereka melihat migrasi aplikasi
yang ada ke OS yang lebih baru.
Sistem Pengoperasian (OS) Nombor Versi
Windows 95 4.0.950
Windows NT Workstation 4.0 4.0.1381
Windows 98 4.1.1998
Windows 98 Second Edition 4.1.2222
Windows Me 4.90.3000
Windows 2000 Professional 5.0.2195
Windows XP 5.1.2600
Windows Vista 6.0.6000
Windows 7 6.1.7600
Windows 8.1 6.3.9600
Windows 10 10.0.10240
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 21
DARIPADA : 32
b) Chips Architecture:
- Dari kira-kira sekitar 1986 hingga 2001, semua CPU adalah 32-bit.
- CPU 32-bit hanya boleh menggunakan maksimum 4 GB RAM.
- Bermula pada tahun 2001, CPU 64-bit yang boleh menerima lebih
daripada 4 gigabait.
- CPU yang kini menjadi kebiasaan ialah 64-bit, sementara CPU hanya 32-
bit kebanyakannya diturunkan ke netbook dan telefon pintar.
- Kelebihan dan kekurangan 32 bit dan 64 bit
32-bit 64-bit
Kelebihan
Sesuai dengan banyak perisian lama Mampu menjadikan prestasi
dan sesuai untuk pengguna PC atau pemproses lebih cepat dan optimum
komputer riba lama
Sesuai dengan pemacu komputer lama Boleh menjalankan semua perisian
yasng serasi dengan sistem operasi
32 bit
Mampu bekerja dengan optimum Sesuai dengan semua perisian terkini
walaupun hanya mempunyai 2 GB dan lebih pantas serta cekap
RAM
Kekurangan
Tidak dapat menggunakan RAM lebih Tidak sesuai dengan pelbagai perisian
dari 4 GB lama yang umumnya masih banyak
digunakan
Tidak dapat menjalankan perisian berat Tidak sesuai untuk komputer lama
dan hanya beberapa perisian terkini kerana kebanyakan perisian dan
yang sesuai dengan sistem operasi ini pemacu tidak serasi
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 22
DARIPADA : 32
Objektif Pembelajaran 1.4 – 1.8:
Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan mengenalpasti:
1. Jenis-jenis penghubung kabel.
2. Jenis-jenis penghubung monitor dan
3. Jenis-jenis senireka plag.
4. Punca berlakunya electrostatic discharge dan langkah pencegahannya.
5. Langkah memastikan kawasan kerja dalam keadaan bersih dan selamat.
4. Menyediakan penyambung kabel komputer.
i. Kabel Standard
Jenis-jenis kabel standard:
✓ IEEE - Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik
✓ USB IF - Frontier Pelaksana USB
✓ RJ - Jack Berdaftar
✓ IEC - Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa
ii. Network connector RJ45
iii. Phone connector RJ11
- Perbezaan antara kabel rangkaian dan kabel telefon:
Kabel Rangkaian Kabel Telefon
plag (RJ-11) sempit Plag kabel ethernet (RJ-45) lebih
luas
Mempunyai 4 wayar yang mempunyai 8 wayar yang
menyambung ke hujungnya. menyambung ke hujungnya
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 23
DARIPADA : 32
5. Tentukan orientasi Penyambung, penyambung monitor komputer
5.1 Orientasi penyambung:
- Power cable
- USB(1.1, 2.0, 3.0)
- Monitor cable
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 24
DARIPADA : 32
- Network cable (RJ45)
6. Sediakan alat persediaan sistem komputer
6.1 Jenis penyambung monitor komputer seperti:
• HDMI: Isyarat audio dan video, terbaik untuk sambungan TV ke PC.
• DVI: Video sahaja, sesuai untuk sistem lama atau 144Hz pada 1080p.
• DisplayPort (DP): Penyambung terbaik untuk isyarat audio dan video,
dan dapat mengirimkan 144Hz hingga 4K.
• VGA: Penyambung video lama, lama. Hanya untuk digunakan apabila
tiada yang lain.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 25
DARIPADA : 32
• USB-C: Secara rasmi dikenali sebagai USB Type-C. Menyambungkan ke
kedua-dua hos dan peranti, menggantikan pelbagai penyambung elektrik
termasuk kabel dan penyambung USB-B dan USB-A, HDMI, DisplayPort
dan 3.5mm.
• Thunderbolt: Antara muka perkakasan yang dibangunkan oleh Intel
(bekerjasama dengan Apple) yang membolehkan sambungan periferal
luaran dan monitor ke komputer. Thunderbolt 1 dan 2 menggunakan
penyambung yang sama dengan Mini DisplayPort, dan Thunderbolt 3
menggunakan penyambung USB-C dari USB.
• AV (RCA): input AV adalah label yang sama pada penyambung jenis
RCA untuk menerima analog ( AV ) Audio / Visual (CVBS video komposit)
isyarat daripada peralatan elektronik yang menjana AV isyarat ( AV
output).
• NDI: Antaramuka Peranti Rangkaian - Format yang membolehkan anda
menghantar audio dan video melalui rangkaian ethernet
• SDI: SDI Serial Digital Interface adalah isyarat video profesional yang
lebih disukai dalam persekitaran pengeluaran kerana jarak yang lebih
panjang (hingga 300 kaki) dan kebolehpercayaannya, kerana biasanya
dihantar di sepanjang BNC Cabling yang mempunyai penyambung
khusus pada setiap hujung untuk mengunci peranti mereka bersambung.
Nama monitor Gambar monitor connector
connector
Video Graphics - Kabel pelbagai video (VGA) adalah sejenis kabel
Array (VGA) komputer yang membawa data paparan visual dari
CPU ke monitor.
- Kabel VGA lengkap terdiri daripada kabel dan
penyambung pada setiap hujung, dan penyambung
biasanya berwarna biru.
Digital Visual - Antara muka digital digunakan untuk
Interface (DVI) menyambungkan sumber video ke peranti paparan,
seperti monitor komputer.
- Antara muka direka untuk menghantar video digital
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 26
DARIPADA : 32
yang tidak dikompresi dan boleh dikonfigurasi untuk
menyokong pelbagai mod seperti DVI-D (digital
sahaja), DVI-A (analog sahaja), atau DVI-I (digital
dan analog)
High-Definition - HDMI (Antara Muka Multimedia Tinggi) adalah antara
Multimedia muka audio / video padat untuk memindahkan data
Interface (HDMI) audio yang tidak dikompresi dan data audio digital
yang dimampatkan / tidak dikompresi dari peranti
yang bersesuaian dengan HDMI ("peranti sumber")
ke monitor komputer serasi, projektor video, digital
Televisyen, atau peranti audio digital.
7. Mematuhi keperluan keselamatan elektrik
7.1 Plug layout (susunatur palam)
✓ Three pins
✓ Two pins
✓ International adaptor
Jenis plug Gambar Kegunaan Contoh
layout
- Terdapat 2 jenis, plug 3 - Periuk nasi,
Plug 3 pins
(13 ampere pin 13 ampere dan plug ketuhar, peti
dan 15
ampere) 3 pin 15 ampere sejuk, seterika
- Digunakan untuk mengunakan
menyambung bekalan plug 3 pin 13
elektrik kepada alatan ampere
elektrik berkuasa tinggi - Pendingin hawa
menggunakan
plug 3 pin 15
ampere
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 27
DARIPADA : 32
Plug 2 pins Digunakan untuk Radio , TV,
(2 ampere)
menyambung bekalan Pencukur
elektrik kepada alatan
elektrik berkuasa rendah
(tidak melebihi 2 ampere)
International Spesifikasi:
adapter 1. Penyesuai universal all-in-one
2. Mudah digunakan penyesuai all-in-one
sesuai dengan kedai-kedai dinding
elektrik di kawasan yang paling sering
dikunjungi.
Fungsi:
1. Melindungi komputer dan peralatan
peribadi anda daripada tenaga elektrik
asing
2. Menerima plug yang dibumikan / digali
daripada berpuluh-puluh negara
7.2 Keperluan keselamatan elektrik:
Electrostatic Discharge (ESD)
a) Electro Static Discharge atau sering disebut dengan ESD berlaku kerana
adanya pemindahan arus (charge transfer) dari satu benda ke benda lain.
b) Statik boleh merosakkan CPU, memori atau komponen lain dengan serta-
merta.
c) Punca:
i. Pergerakan orang
ii. Kelembapan yang rendah (keadaan panas dan kering)
iii. Grounding yang tidak betul
iv. Kabel unshielded(tidak terselindung
v. Sambungan yang kurang baik
vi. Mesin bergerak
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 28
DARIPADA : 32
d) Langkah pencegahan:
i. Mempersiapkan ruang kerja
● Bekerja dengan menggunakan permukaan keras.
● Mengurangkan penumpukan statik, lalukan pemasangan atau
pembongkaran komputer di permukaan yang bersih dan keras,
misalnya permukaan meja atau papan kayu.
● Berdirilah di lantai keras tanpa memakai alas kaki ataupun
hanya memakai selipar getah untuk mengasingkan tubuh anda
terhadap lantai.
● Elakkan memakai pakaian yang bersifat statik. Elektrik statik
boleh terkumpul pada bulu atau kain sintetik tertentu. Lebih baik
kenakan pakaian dari bahan kapas
● Lembapkan persekitaran yang kering. Elektrik statik jauh lebih
besar berlaku di persekitaran kering.
ii. Melakukan pertahanan diri
● Sesekali sentuh benda yang diperbuat daripada logam
contohnya pada casing komputer.
● Memakai gelang Anti-elektrostatik semasa memasang
komponen sistem komputer.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 29
DARIPADA : 32
7.3 Alat persediaan sistem komputer:
Peralatan/Tools Kegunaan
Screw driver Untuk menukar (memasukkan atau mengeluarkan) skru.
Pemutar skru mudah biasa mempunyai pemegang dan aci, dan
hujung yang memasukkan pengguna ke kepala skru untuk
menghidupkannya.
Instrumen ukur elektronik yang menggabungkan beberapa
fungsi pengukuran dalam satu unit. Multi meter biasa akan
merangkumi ciri-ciri asas seperti keupayaan untuk mengukur
voltan, arus, dan rintangan.
Multi meter
Anti-electrostatic Alat anti electrostatik yang digunakan untuk melindungi orang
wristband yang bekerja pada peralatan elektronik yang sangat sensitif,
untuk mencegah pembentukan elektrik statik di badan mereka,
yang boleh mengakibatkan pelepasan elektrostatik (ESD).
Vacuum cleaner Untuk mengeluarkan habuk dalam komponen sistem komputer.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 30
DARIPADA : 32
8. Mengekalkan kebersihan tempat kerja dan kebersihan diri mengikut garis
panduan syarikat
8.1 Kebersihan dan hygiene perkakasan
- Membersihkan perkakasan komputer adalah merupakan satu perkara
yang penting dalam menjadikan keseluruhan sistem berjalan dengan lebih
lancar dan memastikan ia berjalan lebih lama.
- Pembersihan yang kerap dapat melindungi bukan sahaja perkakasan,
tetapi data penting yang disimpan di dalamnya juga.
- Contoh peralatan yang digunakan untuk membersihkan perkakasan
Peralatan Kegunaan
Bakul sampah Untuk membuang sampah yang dikumpulkan
Penyapu Untuk menyapu sampah dan sebarang habuk atau sisa kotoran
Bulu ayam Untuk membuang habuk atau debu di atas meja atau ruang kerja
Penyodok Untuk mengangkat sampah dari lantai masuk ke dalam bakul
sampah sampah
Kain Untuk membersihkan meja dan peralatan
Vakum Membersihkan ruang kerja yang tidak boleh dibersihkan hanya
menggunakan penyapu seperti papan kekunci.
- Prosedur/langkah untuk membersihkan komponen perkakasan:
Langkah 1: Matikan komputer anda dan cabut plagnya dari soket elektrik
Langkah 2: Buka kes komputer anda.
Langkah 3: Menggunakan udara termampat (compressed air), habuk
komponen dalaman komputer anda dengan letupan udara
pendek
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 31
DARIPADA : 32
8.2 Kebersihan dan hygiene kawasan kerja
- Kebersihan tempat kerja merujuk kepada standard kebersihan yang
diharapkan oleh majikan dalam memastikan mereka menyediakan
persekitaran kerja yang sihat di mana kakitangan mereka boleh bekerja,
serta premis yang bersih dan selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai.
- Kebersihan adalah penting di tempat kerja kerana ia menyumbang
kepada tenaga kerja yang sihat dan lebih produktif.
- Untuk mengekalkan kebersihan diri di tempat kerja, beberapa perkara
perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:
i. Sentiasa membersihkan meja anda. Ini adalah untuk memastikan
sebarang jangkitan penyakit dapat dielakkan dan menghalang habuk
daripada berkumpul.
ii. Sanitise tangan anda dan ruang kerja sekurang-kurangnya sekali hari.
- Tujuan untuk mengekalkan kebersihan:
i. Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk pekerja
ii. membantu syarikat menjadi lebih cekap dan produktif.
8.3 Keselamatan dalam mengendalikan alat dan kawasan kerja
Penggunaan alatan tangan merupakan perkara rutin dalam aktiviti seharian,
tetapi jika disalah guna ianya boleh mendatangkan kemalangan. Kemalangan
dapat dikurangkan/dielakkan dengan mengikuti langkah keselamatan berikut:
i. Periksa alat dengan kerap untuk memastikan ianya berada dalam keadaan
baik.
ii. Sentiasa memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan kerja
yang akan dijalankan.
iii. Bawa peralatan dengan berhati-hati dan jangan meletakkan peralatan yang
tajam di dalam poket sebaiknya diletakkan dalam kotak peralatan.
iv. Sentiasa peka dengan persekitaran sekeliling apabila menggunakan
alatan.
DKA1023 COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECHTURE MUKA : 32
DARIPADA : 32
v. Sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk kerja. Jangan sesekali
menggunakan alatan untuk tujuan yang berbeza kerana berisiko
merosakkan alatan dan mencederakan diri sediri.
vi. Mengikut arahan pengendalian alatan.
vii. Selepas menggunakan alatan, bersihkan dan simpan di tempat simpanan
yang sepatutnta.
viii. Jangan bekerja dengan tangan yang berminyak.
RUJUKAN:
1. William Stalling; Pearson Educational International: 2003; Computer
Organization and Architecture, Designing for performance-Sixth Edition
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Random-access_memory
3. https://www.computerhope.com/jargon/r/ram.htm
4. https://www.lifewire.com/what-is-a-hard-disk-drive-2618152
5. https://www.computerhope.com/issues/ch001498.htm
6. https://cikgunorhidayah3006.wordpress.com/elektrik/
7. https://www.slideshare.net/mohdyuriz/kemahiran-hidup-tingkatan-1-pendawaian-
plag-3-pin
8. http://www.pcguide.com/site/warnESD-c.html
9. http://id.wikihow.com/Menghindari-ESD-dengan-Pentanahan-Diri