100 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 40 29.09.2024 03.10.2024 1. Pn. Farissha Binti Alluwi 2. Pn. Wan Suhaida binti Wan Nordin 3. En. Mohamad Tarmi bin Hussin 41 06.10.2024 10.10.2024 1. En. Muhammad Ashraffudin bin Azizi 2. Pn. Hjh Nor Azleen binti Zainal 3. Pn. Nur Syafiqah binti Hashim 42 13.10.2024 17.10.2024 1. En. Mohd Sabree bin Abu Bakar 2. Pn. Yussalina binti Mohd Yusop 3. Pn. Nurul Hazimah binti Hassan 43 20.10.2024 24.10.2024 1. Pn. Noor Farhana binti Fadli 2. Pn. Siti Norshahira Binti Saeman 3. En. Mirza Adzraf bin Abu Kasim 44 27.10.2024 31.10.2024 1. En. Mohd Hafiz bin Mustafa 2. Pn. Nur Shazlina binti Saat 3. Pn. Zaimah binti Arbon 45 03.11.2024 07.11.2024 1. Pn Juwiesa Anak Bayang 2. En Muhammad Ameen bin Atan 3. Pn Ushadevi a/p Vasu 46 10.11.2024 14.11.2024 1. Pn Norhidayu binti Jais 2. Pn Zulfah Hanis binti Md Sadakah 3. En Muhammad Hafidz Ariffin bin Rakiman 47 17.11.2024 21.11.2024 1. Ts Mohamad Noor Fahmi Ruzaini bin Md Yusoff 2. Pn. Zulaiha binti Rahmat 3. Cik Nur Fatihah binti Abdul Rahman 48 24.11.2024 28.11.2024 1. Pn. Nur Shafika binti Mat Talib 2. Pn. Nurulhuda binti Masri 3. Pn. Siti Masita binti Abdullah 49 01.12.2024 05.12.2024 1. Pn. Mastura binti Md Hassan 2. Pn. Nor'asyikin bin Abu Bakar 3. Pn. Nurul Nadia binti Ramlan 50 08.12.2024 12.12.2024 1. Pn. Liew Choi Ling 2. Pn. Noor Hayatie Binti Coyati 3. Pn. Ummi Hidayah binti Adnan 51 15.12.2024 19.12.2024 1. Cik Huda binti Hussein 2. Pn. Siti Nor Hazirah binti Zainudin 3. En. Ahmad Akhyar bin Arshad 52 22.12.2024 26.12.2024 CUTI SEMESTER (2 minggu) 53 29.12.2024 02.01.2025
101 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 JADUAL BALIK KAMPUNG TAHUN 2024 TARIKH HARI PERKARA TINDAKAN CATATAN 11/01/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 1 WARDEN 24/01/2024 RABU PELAJAR BALIK KAMPUNG 2 WARDEN Cuti Thaipusam 08/02/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 3 WARDEN 29/02/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 4 WARDEN Cuti Semester 21/03/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 5 WARDEN Ramadhan 28/03/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 6 WARDEN Ramadhan 04/04/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 7 WARDEN Cuti Hari Raya Aidilfitri 25/04/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 8 WARDEN 09/05/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 9 WARDEN 23/05/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 10 WARDEN 06/06/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 11 WARDEN 20/06/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 12 WARDEN 04/07/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 13 WARDEN 18/07/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 14 WARDEN 01/08/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 15 WARDEN 15/08/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 16 WARDEN 29/08/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 17 WARDEN 12/09/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 18 WARDEN Cuti Semester 03/10/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 19 WARDEN 17/10/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 20 WARDEN 30/10/2024 RABU PELAJAR BALIK KAMPUNG 21 WARDEN Cuti Deepavali 14/11/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 22 WARDEN 28/11/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 23 WARDEN 19/12/2024 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 24 WARDEN Cuti Semester TARIKH-TARIKH BALIK KAMPUNG TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
102 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 8.1 PELAN KEDUDUKAN KELAS
103 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 8.2 PELAN LALUAN KEBAKARAN
104 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 BLOK S BLOK M ARAS 2 ARAS 1 ARAS BAWAH ARAS 1 ARAS BAWAH BILIK MATE KELAS BILIK SIMULASI ARAS 1 ARAS BAWAH ARAS 1 ARAS BAWAH MULTI MEDIA 2 SURAU TANDAS MULTI MEDIA 1 GYM BENGKEL PKM BKP TANDAS STOR SIBER 1 MAKMAL BPP PERMATA CAFÉ MPP PEJABAT CONTOH SIBER KAFE UPLI BILIK GERAKAN BILIK KAUNSELI N G SIBER 3 TANDAS SIBER 2 KUALITI 3 2 1 BAWAH BILIK SUKAN BILIK KESIHATAN STOR Petunjuk: LALUAN KEBAKARAN BLOK R BLOK B BLOK A BLOK C SIBER 7 ZON LINK PERPUSTAKAAN MAKMAL SAINS TERASPADANG (TEMPAT BERKUMPUL JIKA BERLAKU KEBAKARAN/ KECEMASAN ) BILIK WARDROBE SCHOOL NET BILIK PERAKAUN AN KELAS BILIK PENSYARA H MAKMAL KELAS SAINS TERAS KAFETARIA SIBER 6 DEWAN DAGANG BILIK FAIL SIBER 5 PEJABAT CONTOH PENTAKSIRAN SIBER 4 PEJABAT SPBT & KOPERASI WAWASAN TPSA SIBER 8 OPERASI ICT SIBER 9 DATARAN KEJAT KELUAR
105 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 PENGURUSAN PERNIAGAAN Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hubungkait antara organisasi dan persekitarannya serta pengurusan strategik dalam perdagangan dan industri KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN Pelajar dilatih dalam pengurusan pejabat, pengurusan mesyuarat, keusahawanan, pembentukan personaliti, pengaplikasian pemprosesan perkatan, kemahiran menulis secara ringkas dan pantas (RINTAS) dan kemahiran menaip. PERAKAUNAN Program ini menyediakan latihan berbentuk kemahiran yang akan melengkapkan pelajar dengan kerja-kerja penyediaan dan penyelenggaraan sumber-sumber dokumen akaun sehinggalah kepada menghasilkan Laporan Kewangan sesuatu organisasi. TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB / TEKNOLOGI KOMPUTERAN Pelajar dilatih membina laman web menggunakan HTML dan CSS mobile,menghasilkan sistem menggunakan Bahasa PHP, merekabentuk pangkalan data menggunakan SQL dan menghasilkan aplikasi mudah alih. 1. 3. 2. 4.
106 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 Dinilai setiap hujung semester Dinilai setiap hujung pengajian Dinilai 3-5 tahun selepas bergraduat MEMPERKASA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM YANG BERKUALITI PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL CLO Course Learning Outcome Hasil Pembelajaran Kursus PLO Programme Learning Outcome Hasil Pembelajaran Program PEO Programme Educational Objective Objektif Pendidikan Program Outcome Based Education (OBE)
107 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 yuy CONSTRUCTIVE ALIGNMENT
108 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 PERATURAN AM PENSYARAH DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU 1. 0 Pakaian Pensyarah Semasa Bertugas. 1.1 Pakaian hendaklah kemas, bersih dan bersesuaian dengan keperibadian penjawat awam yang mengamalkan nilai-nilai dan etika kerja yang murni seperti yang terkandung dalam pekeliling yang berkuatkuasa (Pekeliling Bil 6/1985, Bil 2/1985 dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001). 1.2 Pensyarah perlu memakai pakaian mengikut pekeliling dalam tugas rasmi seperti mesyuarat. 1.3 Pensyarah lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas. 1.4 Semua pensyarah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mesti memakai pakaian yang sesuai ketika mengajar di padang: berseluar trek panjang, berkemeja T sukan dan berkasut sukan. 1.5 Aturan pakaian pensyarah adalah seperti berikut : Ahad : baju korporat KPM (putih) Isnin dan Selasa : baju kerja rasmi Rabu :T-shirt Dagang Aktif / KRMJ/ T-shirt kolej (jika ada kokurikulum) Khamis : Perempuan – batik Lelaki – Batik atau baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. • memakai kasut kulit atau lain-lainkasut yang sejenis dengannya. 1.6 Aturan pakaian Anggota Kumpulan Pelaksana adalah seperti berikut: Ahad : baju korporat KPM (putih) Isnin : baju korporat ungu Selasa : baju kerja dibekalkan / baju kerja rasmi Rabu : baju kerja dibekalkan / baju kerja rasmi / T-shirt Dagang Aktif Khamis : baju kerja dibekalkan / baju kerja rasmi / baju kurung batik (P) • Memakai kasut atau sepatu yang dibekalkan untuk jawatan. Tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal.
109 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 2.0 Waktu Rasmi Kolej Untuk Pelajar KV Hari Waktu Rasmi Rehat Ahad – Rabu 8.00 pagi – 5.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg Khamis 8.00 pagi – 2.00 ptg Tiada Waktu Kokurikulum Rabu 3.00 ptg – 5.00 ptg *** Perubahan Tertakluk kepada Jadual Waktu Fleksi dari BPLTV 2.1 Jadual Waktu Bekerja Fleksi Pensyarah 2.1.1 Ahad – Selasa : Mengikut Jadual Waktu Bekerja Fleksi. 8.00 pg – 3.00 petang atau 10.00 pg – 5.00 ptg. Tiada waktu Rehat. Rabu : 8.00 pagi hingga 5.00 petang 1.00 hingga 2.00 petang adalah waktu rehat. Khamis : 8.00 pagi hingga 2.00 petang. 2.1.2 Sekiranya Waktu Bekerja Fleksi pensyarah adalah di antara jam 8.00 pagi – 3.00 petang, namun pensyarah ada kelas atau tugasan / kelas relief di antara 3.00 hingga 5.00 petang, maka pensyarah akan pulang setelah selesai kelas atau tugasan. 2.1.3 Sekiranya waktu bekerja pensyarah adalah di antara jam 10.00 pagi – 5.00 petang, namun pensyarah ada kelas atau tugasan / kelas relief pada jam 8.00 gingga jam 10.00 pagi, maka pensyarah akan datang pada jam 8.00 pagi. 3.0 Masa Datang Ke Kolej dan Ketepatan Masa. 3.1 Semua pensyarah hendaklah hadir ke kolej sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu bekerja yang telah ditetapkan mengikut sidang masing-masing (Waktu Bekerja Fleksi) dan mematuhi peraturan pada para 2.1. Waktu kehadiran AKP adalah mengikut waktu pejabat. 3.2 Pensyarah hendaklah thumbprint semasa sampai ke kolej dan selepas tamat waktu bekerja. 3.3 Jika thumbprint tidak berfungsi, semua pensyarah dan AKP perlu mencatat waktu tiba dan balik pada buku kehadiran secara manual. 3.4 Semua pensyarah dan AKP yang lambat hadir dikehendaki mencatat sebab kelewatan dalam Buku Rekod Hadir secara manual dan perlu mendapatkan tandatangan Pengarah/TPA/TPSA/KJK. 3.5 Pensyarah yang tidak dapat hadir hendaklah memberikan kenyataan atau sebabsebab yang wajar dan memaklumkannya melalui telefon/pesanan ringkas kepada Pengarah/TPA /AJK Jadual Waktu Ganti. 3.6 Adalah menjadi tanggungjawab para pensyarah dan AKP untuk menepati masa sepanjang bertugas.
110 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 3.7 Jadual waktu mengajar dan jadual waktu ganti mesti dipatuhi sebagai mana yang ditetapkan oleh pihak kolej. Pensyarah tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal pada waktu rehat dan waktu balik. 4.0 Keluar Waktu Bekerja 4.1 Para pensyarah dan AKP tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej dalam masa bertugas kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau mendapat arahan daripada Pengarah, BPLTV, JPN, PPD dan LP dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah atau pegawai yang telah diturunkan kuasa. 4.2 Pensyarah yang terpaksa keluar waktu bertugas dikehendaki mengisi permohonan dalam sistem HRMIS dan mendapat kelulusan Pengarah / TPA atau mana-mana pegawai yang telah diturunkan kuasa. Apabila kembali semula ke kolej, pensyarah atau AKP mesti memaklumkan kepada Pengarah/TPA. 4.3 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel atau tugas-tugas rasmi lain hendaklah melaksanakan perkara berikut: 4.3.1 mengisi Borang Keluar Tugas Rasmi dan mendapatkan pengesahan Pengarah. 4.3.2 menukar kelas / exchange / swap kelas dengan pensyarah dalam jabatan / program masing-masing. 4.3.2 mengisi pertukaran kelas tersebut dalam Google Form yang disediakan : https://forms.gle/PFsSmd6xwuLHVDpE9 4.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu kolej kecuali dalam keadaan kecemasan. 4.5 Pensyarah/AKP yang terpaksa ke hospital/klinik selepas merakamkan waktu dikehendaki menghubungi kolej dengan serta merta jika mendapat cuti sakit. Jika sebaliknya, pensyarah tersebut hendaklah hadir bertugas seperti biasa. 5.0 Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 5.1 Setiap pensyarah bertanggungjawab kepada Rekod Pengajaran dan Pembelajaran masing-masing. RPH disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan akaun DELIMA dan menamakan folder tersebut sebagai MY DAGANG REKOD diikuti nama pensyarah. 5.2 Pensyarah dikehendaki melengkapkan fail tersebut dan menghantarnya kepada Pegawai Penilai 1 setiap hari Khamis pada atau sebelum jam 2.00 petang. 5.4 Pensyarah yang tidak menghantar Rancangan Pengajaran Harian sebanyak 3 kali akan diberi surat tunjuk sebab. 5.5 Rancangan Pengajaran Harian yang telah disemak perlu dimasukkan ke dalam Fail Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran. 5.6 Rancangan pelajaran setiap minggu hendaklah dikemas kini dan dihantar secara dalam talian walaupun pensyarah bercuti, berkursus atau menghadiri mesyuarat. Sila catat sebab ketidak hadiran. 5.7 Pensyarah perlu memastikan eRPH dibawa sewaktu PdP dijalankan samada secara softcopy atau salinan hardcopy. 5.8 Pensyarah juga perlu menyediakan Fail Peribadi.
111 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 6.0 Jadual Kedatangan Pelajar (Rujuk SPI Bil 1/2019) PANDUAN PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
112 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024
113 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 7. 0 Mesyuarat/Taklimat Pensyarah. 7.1 Semua pensyarah diwajibkan menghadiri mesyuarat/taklimat yang diberikan oleh Pengarah/TPA/TPSA /KJK dari semasa ke semasa. 7.2 Sekiranya seseorang pensyarah tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, pensyarah berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengarah sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat. Pensyarah dilarang mewakilkan pensyarah lain untuk menghadiri mesyuarat/taklimat tanpa kebenaran. 7.3 Para pensyarah juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Unit. 7.4 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus hendaklah mematuhi semua arahan penganjur. Tindakan akan diambil terhadap pensyarah yang tidak mematuhi peraturan. 7.5 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus hendaklah menyediakan dan menghantar minit curai selewat-lewatnya 7 hari selepas mesyuarat/taklimat/kursus kepada Timbalan Pengarah Akademik. 8.0 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar oleh Pensyarah 8.1 Waktu tidak mengajar hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu, pensyarah hendaklah menggunakan waktu tersebut untuk melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (Sila Rujuk SPI Bil./ 3/1981). 9.0 Jadual Waktu. 9.1 Penasihat Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas dipamerkan di dalam kelas. 9.2 Semua pensyarah mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya. 9.3 Jika pensyarah berkenaan tidak dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran, hendaklah memaklumkan kepada TPA atau Ketua Jabatan. 9.4 Pensyarah yang mengajar mesti berada di dalam kelas/tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengarah untuk melaksanakan tugas-tugas lain 9.5 Pensyarah dikehendaki mematuhi jadual waktu – ‘Waktu Ganti’ yang dikeluarkan oleh TPA atau AJK Jadual Ganti. 9.6 Semasa PdP sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar/masuk untuk menjalankan kegiatan lain. 10.0 Waktu MAQ dan Solat Dhuha 10.1 Pensyarah bertugas, guru disiplin dan JK yang bertugas perlu mengawal disiplin pelajar sewaktu solat Dhuha dan MAQ. sama dengan pelajar pada waktu solat Dhuha di surau. 10.2 Semua pensyarah dan pelajar beragama Islam hendaklah berada di dalam surau bagi mengikuti program Membudayakan AL Qur’an (MAQ).
114 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 11.0 Jadual Ganti. 11.1 Pensyarah-pensyarah mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan oleh Jabatan atau JK Jadual Ganti. 11.2 Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar, oleh itu pensyarah mesti berada di dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti. 11.3 Semua pensyarah hendaklah menyemak Jadual Waktu Ganti setiap kali selepas thumbprint dan mengambil slip Jadual Waktu Ganti. 11.4 Pensyarah tidak dibenarkan menukar waktu ganti tanpa kebenaran. 11.5 Pensyarah boleh membawa pelajar ke Pusat Sumber semasa kelas ganti tetapi perlu mendapatkan kebenaran dari Guru Media. Keselamatan pelajar adalah di bawah tanggungjawab pensyarah. 12.0 Surat Arahan Pekeliling 12.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 12.2 Pensyarah yang menerima surat hendaklah mengambil tindakan segera. 12.3 Pensyarah yang menerima surat menghadiri kursus/taklimat perlu memberitahu TPA dan Penyelaras Jadual Ganti mengenai tarikhnya. 12.4 Pensyarah yang engkar arahan Pengarah tanpa alasan yang munasabah, boleh dikenakan tindakan tatatertib. 13.0 Fail-Fail Kolej 13.1 Apabila menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, pensyarah hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan pada masa yang ditetapkan. 13.2 Sila tandatangani surat atau fail selepas menerima/membaca surat. Fail tidak boleh dibawa keluar dari pejabat 13.3 Bilik Fail adalah kawasan larangan. Pensyarah hendaklah meminta bantuan pembantu tadbir untuk mengeluarkan fail. 14.0 Melaksanakan Arahan/Tugas 14.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, seperti membawa pelajar mewakili kolej dalam pertandingan, menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan pelajar melakukan sesuatu, maka hendaklah dilakukan sendiri dan tidak dibenarkan mengarah orang lain tanpa kebenaran Pengarah. 14.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun dipersetujui oleh pihak yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengarah terlebih dahulu. 14.3 Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pensyarah sendiri tidak boleh diserahkan kepada pelajar, misalnya memegang atau menyimpan kunci kolej.
115 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 15.0 Penggunaan Alat/Harta Benda Kolej 15.1 Kebenaran menggunakan peralatan mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan atau pihak yang berkenaan. Segala peminjaman dan pemulangan hendaklah dicatat di dalam Buku Rekod Pinjaman Bahagian atau Unit. 15.2 Para pensyarah mesti bertanggungjawab menjaga alat/harta benda kolej yang digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 15.3 Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan setelah digunakan. 15.4 Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera di dalam Buku Laporan Kerosakan di pejabat. 15.5 Penyelenggaraan alat hendaklah dibuat mengikut garis panduan. 15.6 Jika kerosakan perabot/alat disebabkan kecuaian pensyarah, AKP atau pelajar maka kos baikpulih akan ditanggung oleh pensyarah/AKP/pelajar. 15.7 Pensyarah dan AKP tidak dibenarkan memegang kunci bilik khas/ makmal/ bengkel kecuali dengan surat kuasa yang ditandatangani oleh Pengarah. Kunci mesti dipulangkan pada akhir tahun. 15.8 Kunci yang diambil dari pejabat atau daripada bilik TPA mesti dipulangkan segera selepas digunakan. Sila catatkan pada buku pengambilan kunci. 16.0 Keselamatan Pelajar 16.1 Semua pensyarah yang mengajar dalam bilik kuliah, makmal, bengkel, di padang atau aktiviti kokurikulum di kolej atau bertugas secara rasmi di luar kawasan kolej atau di mana sahaja adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar dibawah jagaannya. Oleh itu pensyarah hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya serta mengawal rapi setiap gerak geri pelajar supaya tidak berlaku kemalangan atau kecederaan. 16.2 Pendidikan Jasmani tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan atau kilat walau pun tiada hujan. 16.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, pensyarah yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada pensyarah bertugas. 16.4 Pengarah/TPA/TPSA/KJK hendaklah diberitahu jika berlaku kemalangan kepada pensyarah atau pelajar. 16.5 Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Ketua Bengkel adalah bertanggungjawab menguruskan peraturan dan tatacara penggunaan serta langkah-langkah keselamatan bengkel masing-masing. 16.6 Jika pelajar tidak berada di dalam kelas, catatkan di dalam Rekod Kehadiran dan ambil tindakan dengan segera 17.0 Penggunaan Telefon/Mesin Faks/Internet/Mesin Fotostat Kolej dan Telefon Bimbit [Rujuk Surat Pekeliling 1/2003 dan Jan 2004] 17.1 Telefon/faks, Internet dan mesin fotostat kolej hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi pentadbiran kolej sahaja. 17.2 Borang perlu diisi sebelum menghantar dokumen melalui faks.
116 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 17.3 Pensyarah dilarang membawa atau menggunakan telefon bimbit semasa PdP dan semasa penilaian/pentaksiran. 17.4 Komputer dan laptop kolej hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. 18.0 Percetakan Nota/Soalan / Bahan Kursus /Edaran 18.1 Pensyarah hendaklah melengkapkan borang permohonan percetakan sebelum menghantar bahan untuk dicetak. 18.2 Borang permohonan hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum diperlukan. 18.3 Semua bahan yang dicetak hendaklah digunakan sepenuhnya. Elakkan pembaziran. 18.4 Jika bahan yang diperlukan dihantar lewat dan pihak percetakan tidak dapat mencetaknya, pensyarah dikehendaki menanggung kos mencetak di luar kolej. 18.5 Bahan dan borang hendaklah diserah kepada Pengarah/TPA untuk diluluskan. Pastikan semua maklumat betul dan lengkap. 19. 0 Urusan Rasmi dan Menulis Surat Rasmi 19.1 Semua surat berkatian dengan hal kolej dan perjawatan hendaklah melalui Pengarah. 19.2 Pensyarah tidak dibenarkan pergi sendiri ke PPD/JPN untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan/perjawatan tanpa kebenaran Pengarah. 20. 0 Pensyarah Sebagai Ahli Persatuan 20.1 Demi kepentingan perkhidmatan Pendidikan dan Profesyen Perguruan, pensyarahpensyarah dikehendaki menjadi ahli persatuan-persatuan berikut ; i) Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan(PTPAPPM). ii) Persatuan Sukan dan kebudayaan perkhidmatan Pendidikan (PSKPP). iii) Koperasi KVPJB. 21.0 Orang Luar Berjumpa Pensyarah/Pelajar 21.1 Pelawat termasuk juru jual tidak boleh berjumpa pensyarah dan AKP tanpa kebenaran Pengarah/TPA. Oleh itu pensyarah diingatkan supaya bertanya kepada pihak yang ingin berjumpa sama ada telah mendapat kebenaran atau tidak. 21.2 Pelawat termasuk bekas pelajar dilarang berjumpa pensyarah atau pelajar di bilik kuliah semasa pensyarah mengajar.
117 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 22.0 Pengurusan Bilik Pensyarah 22.1 Semua pensyarah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan bilik pensyarah pada setiap masa 22.2 Pensyarah Bertugas Mingguan bertanggungjawab memastikan semua pintu dikunci dan suis dipadam pada pukul 5.00 petang. Semua pensyarah diminta bekerjasama memastikan semua suis dipadam sebelum keluar dari bilik pensyarah. 22.3 Keselamatan dan kebersihan semua alat dan perabot dalam bilik pensyarah adalah di bawah tanggungjawab semua pensyarah. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan. Kerosakan atau kehilangan akibat kecuaian akan ditanggung oleh para pensyarah. 22.4 Pelawat dan pelajar dilarang masuk ke dalam bilik pensyarah. Urusan hanya di kaunter sahaja atau di ruangan yang disediakan. 22.5 Pensyarah tidak boleh membenarkan pelawat atau pelajar duduk di tempat pensyarah lain kecuali dengan kebenaran pensyarah tersebut. 22.6 Pensyarah tidak digalakkan menyimpan barang berharga dalam bilik pensyarah. Sebarang kehilangan ditanggung oleh pensyarah. 22.7 Pensyarah dilarang membenarkan pelajar masuk ke bilik pensyarah. 22.8 Pelajar akan menghantar tugasan/fail/folio ke rak di dalam bilik pensyarah. Semua pensyarah bertanggungjawab mengambil bahan tersebut dari rak dengan segera. 22.9 Pensyarah dilarang melaksanakan jualan barang di dalam kolej kecuali dengan kebenaran Pengarah. 23.0 Kebenaran ke Pejabat Pendidikan 23.1 Pensyarah-pensyarah tidak dibenarkan pergi ke BPLTV/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada waktu bekerja tanpa izin dari Pengarah. 23.2 Pensyarah-pensyarah perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/JPN/BPLTV. 24.0 Cuti 24.1 Cuti Sakit 24.1.1 Pensyarah-pensyarah atau AKP yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengikut tatacara berikut: i) Telefon Pengarah atau menghubungi /Timbalan Pengarah/AJK Jadual Ganti sebelum 6.30 pagi dan memaklumkan bilangan hari cuti sakit. Tidak dibenarkan menyampaikan pesanan melalui rakan pensyarah atau AKP. ii) Lapor diri kepada Pengarah/Timbalan Pengarah sebaik sahaja balik bertugas. iii) Isi borang cuti sakit dan tampal cuti sakit serta serahkan kepada Pengarah/TPA. 24.1.2 Cuti sakit dari hospital atau klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 24.1.3 Pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan doktor swasta tidak melebihi 180 hari dalam setahun.
118 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 24.2 Cuti Rehat Khas [Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil 3/2005 dan Pekeliling Bil. 8/2017 dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.5.1.5 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. 24.2.1 Tidak melebihi 10 hari untuk pegawai yang berkhidmat kurang dari 10 tahun dan 15 hari untuk pegawai yang berkhidmat melebihi 10 tahun dalam satu tahun kalendar 24.2.2 Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran di kolej tidak terjejas. 24.2.3 Kelulusan cuti adalah atas budi bicara Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan Pengarah 24.2.4 Pensyarah hendaklah mengemukakan permohonan Cuti Rehat Khas kepada Pengarah sekurang-kurangnya seminggu sebelum mengambil cuti dan mesti ditandatangani oleh TPA sebagai sokongan sebelum diserah untuk kelulusan Pengarah. Borang hendaklah disertai dengan ”Borang Pink” untuk memastikan waktu instruksional dilindungi. 24.2.5 Kelulusan mesti diperolehi sebelum pensyarah bercuti. 24.2.6 Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun yang berkenaan. 24.2.7 Kemudahan Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa saja. Baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Walau bagaimanapun ianya akan dikumpul untuk Gantian Cuti Rehat (GCR) yang akan dibayar dengan Award wang tunai bila bersara nanti, boleh dikumpulkan sehingga 160 hari sepanjang perkhidmatan. 24.2.8 Pensyarah hendaklah membuat permohonan cuti melalui borang manual yang perlu disokong oleh TPA dan mengisi dalam sistem HRMIS sebaik sahaja mendapat kelulusan Pengarah. 24.2.9 Pensyarah hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah Akademik dan AJK Jadual Ganti selepas mendapat kelulusan mengambil cuti. 24.4 Cuti Bersalin 22.5.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002. 24.5 Cuti Haji 22.6.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984. 24.6 Cuti Kuarantin 24.6.1 Dibenarkan bagi penyakit ‘chicken pox’, campak, difteria, malaria, HFMD, demam denggi dan demam denggi berdarah 24.6.2 Tempoh cuti adalah terhad kepada 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.
119 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 24.6.3 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2016 PERINGATAN: Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan dari pihak berkuasa, pensyarah berkenaan akan dipotong gaji dan tindakan tatatertib akan diambil. 25.0 Pengurusan Fail Eviden Pelajar 25. Semua pelajar mesti mempunyai fail eviden untuk mata pelajaran vokasional dan akademik. 25.2 Semua fail eviden perlu mempunyai muka depan yang mengandungi : a) Nama Pelajar b) Nama dan Kod Modul c) Kohot / Tahun / Semester d) Nombor Dokumen [Tagging ] 25.3 Pensyarah hendaklah memastikan pelajar menyimpan semua eviden dengan betul dan selamat. 25.4 Fail Eviden hendaklah disemak oleh pensyarah mengikut jadual yang ditetapkan. 25.5 Semua fail eviden hendaklah disimpan di lokasi yang ditetapkan. 26.0 Pengurusan Bilik kuliah/Makmal/Bengkel/Bilik Khas 26.1 Semua pensyarah yang masuk bilik kuliah pada waktu pertama dikehendaki memastikan bilik dibersihkan dan sampah dibuang sebelum memulakan PdP. 26.2 Pensyarah yang mengajar pada waktu terakhir hendaklah memastikan semua suis dipadam dan tingkap serta pintu ditutup sebelum meninggalkan bilik. 26.3 Pensyarah yang menggunakan bilik selepas waktu kolej mesti mendapat kebenaran. Pensyarah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan bilik yang digunakan 26.4 Penyelaras setiap bilik bertanggungjawab mengemaskini inventori setiap bilik. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan dan tindakan diambil 26.5 Pensyarah tidak dibenarkan duduk semasa mengajar kecuali mempunyai sebab tertentu. 27.0 Penggunaan Bas / Van Kolej Pensyarah yang ingin menggunakan kenderaan kolej untuk urusan rasmi hendaklah mematuhi tatacara berikut : i) Isi borang tempahan kenderaan. Pastikan semua maklumat lengkap. ii) Serah ke pejabat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum digunakan iii) Pastikan pemandu telah dimaklumkan dan borang diserah. iv) Pastikan pelajar pergi dan balik pada masa yang ditetapkan secara teratur dan berpakaian kemas. v) Pensyarah pengiring bertanggungjawab memberitahu pemandu dan pelajar mengenai tempat berkumpul dan masa pergi dan balik. vi) Pensyarah pengiring hendaklah memastikan pelajar menjaga kebersihan dalam bas dan berdisiplin sepanjang masa.
120 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 28.0 Tatacara Mengenakan Tindakan & Hukuman Terhadap Pelajar kolej 28.1 Semua pensyarah diminta merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 , Bil.7/1995 dan 7/2003 dalam Takwim Kolej 28.2 Tindakan disiplin yang diambil oleh pensyarah hendaklah berdasarkan panduanpanduan seperti yang terkandung dalam surat-surat pekeliling. 28.3 Hanya Pengarah mempunyai kuasa merotan pelajar dan kuasa ini diberikan kepada pensyarah tertentu. Pensyarah yang tidak mempunyai surat kuasa merotan tidak benarkan mengenakan hukuman merotan. 28.4 Tindakan disiplin yang menggunakan sistem poin hendaklah mengikut garis panduan. 29.0 Memesan dan Mengambil Barang dari Stor Pusat 29.1 Pensyarah yang hendak memesan barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang ‘nota minta’ yang boleh diperolehi di pejabat. Hanya Ketua Jabatan / Ketua Unit dibenarkan memesan barang dengan mengikuti belanjawan yang diluluskan. 29.2 Borang ‘nota minta’ mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum diluluskan oleh Pengarah. 29.3 Pensyarah yang memesan barang bertanggungjawab merujuk kepada Penyelia Stor untuk memastikan barang dihantar ke kolej mengikut pesanan. Barang ini mestilah diambil dengan segera dari stor. 29.4 Hanya Ketua Jabatan/Ketua Unit dibenarkan mengambil barang dari Stor Pusat. 29.5 Borang pengeluaran barang / bahan dari stor mesti ditandatangani oleh pegawai pelulus SEBELUM barang dikeluarkan dari stor. 29.6 Pensyarah hanya dibenarkan berurusan di kaunter dalam Stor Pusat. 30.0 Had Laju dan tempat letak kereta di kawasan kolej 30.1 Had laju dalam kawasan kolej ialah 20 km/jam 30.2 Pensyarah dinasihatkan tunggu selepas pelajar berjalan balik ke asrama atau keluar sebelum beredar untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan 30.3 Perhimpunan pagi akan diadakan di surau untuk solat dhuha pada hari Ahad – Rabu. 30.4 Pensyarah dilarang meletak kereta di : i belakang kereta Pengarah / TPA ii kawasan bergaris kuning iii tempat letak kereta pelawat iv bahu jalan 30.5 Pensyarah diminta meletak kereta di petak yang ditentukan supaya tidak menghalang lalu-lintas 30.6 Pihak kolej tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kenderaan akibat kecuaian pensyarah. 30.7 Semua warga KVPJB diwajibkan membeli pelekat kereta dan menampalnya di cermin kereta.
121 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 31.0 Pensyarah Bertugas Mingguan 31.1 Semua pensyarah hendaklah membaca dan memahami senarai tugas pensyarah bertugas mingguan. 31.2 Setiap minggu, 3 pensyarah akan bertugas. 31.3 Pensyarah bertugas dikehendaki bertugas mengikut masa berikut: i. 7.30 pagi – 5.15 ptg (Ahad – Rabu) ii. 7.45 pagi – 2.15 ptg (Khamis) 31.4 Pensyarah bertugas mingguan bertanggungjawab untuk perkara berikut : i. Menyambut pelajar di pintu masuk kolej bagi pelaksanaan Amalan Kolej Penyayang. ii. Mengawal disiplin pelajar sewaktu di kantin dan di surau (MAQ, solat Zohor dan Dhuha). iii. Mengurus kes kecemasan berkaitan kesihatan dan keselamatan pelajar. iv. Mengurus dan mengiringi pelajar ke klinik. Mendapatkan kebenaran Pengarah untuk membawa kenderaan sendiri ke klinik jika kenderaan kolej tiada atau tidak boleh digunaka. v. Membantu guru disiplin dan memastikan disiplin pelajar terkawal. vi. Membuat pemantauan kebersihan kelas dan persekitaran serta mengambil tindakan sewajarnya. vii. Memberi pesanan / teguran / pengumuman kepada pelajar. viii. Menyediakan Laporan Pensyarah Bertugas Mingguan secara bertulis dan lisan. Laporan mesti dicatat dalam Buku Laporan Pensyarah Bertugas Mingguan dan diserahkan kepada TPA pada hari Khamis , selewat-lewatnya jam 2.15 petang. 31.5 Pensyarah yang tidak dapat menjalankan tugas pada tempoh yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah Akademik. 32.0 Acara atau Majlis Kolej 32.1 Semua pensyarah diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi kolej mengikut masa dan tempat yang ditetapkan. 32.2 Jika pensyarah tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, beliau mestilah memberitahu Pengarah/ TPA terlebih dahulu. 33.0 Perhimpunan Rasmi Mingguan / Harian 33.1 Perhimpunan Mingguan akan diadakan pada setiap hari Ahad bermula jam 10.00 pagi. 33.2 Semua pensyarah diwajibkan hadir dan berada di atas pentas dewan sebelum 10.00 pagi kecuali pensyarah yang bertugas. 33.3 Semua pensyarah hendaklah memakai baju korporat putih. 33.4 Pensyarah Perhimpunan dan Pensyarah MPP adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar
122 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 33.5 Semua pensyarah wajib berurusan dengan pensyarah perhimpunan jika ada acara yang perlu dijalankan semasa perhimpunan. 33.6 Format Perhimpunan Mingguan: i. Pensyarah mengambil tempat ii. Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku iii. Bacaan Doa iv. Ikrar Rukunegara dan Ikrar Kolej v. Laporan Pensyarah Bertugas vi. Ucapan Pengarah vii. Pengumuman viii. Nyanyian lagu kolej ix. Bacaan tasbih Kaffarah dan Surah Al Asr 34.0 Urusan Perkhidmatan dan Perjawatan 34.1 Pensyarah bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir [Perkhidmatan dan penjawatan] yang meliputi aspek perlantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 34.2 Pensyarah bertanggungjawab mengemaskini maklumat peribadi dan perkhidmatan dalam e-operasi, SPLG, HRMIS dan sebagainya. 35.0 Pembangunan Staf 35.1 Semua pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) wajib mengikuti kursus pembangunan staf sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun dan 42 mata kredit bagi pensyarah. 24.0 Kelab Warga Kolej Vokasional Perdagangan 24.1 35.1 Semua pensyarah dan staf yang berkhidmat di KVPJB secara automatik menjadi ahli kelab warga dan tertakluk kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik. 37.0 Permohonan Keluar Negara Permohonan perlu dikemukakan ke PPD melalui Pengarah Kolej sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bertolak.
123 PANDUAN PENGURUSAN PANDUAN PENGURUSAN 2024 SENARAI PEKELILING BERKAITAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Cuti Sakit Swasta 2. Pekeliling Perkhidmatan Cuti Rehat Khas 3. Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja 4. SPI Bil 3/1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar 5. SPI Bil 3/1999 - Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 6. SPI Bil 3/2015 - SOP Menggunakan Kenderaan Sendiri Untuk Membawa Murid bagi Urusan Rasmi KPM 7. SPI Bil 3/2017 - Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid 8. SPI Bil 7/2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah 9. SPI Bil 8/2011 - Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah 10. SPI Bil 1/2019 - Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah KPM 11. SPI Bil 7/2011 - SOP Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid 12. SPI Bil 7/1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar - Pelajar Sekolah. 12. SPI Bil 7/2003 - Kuasa Guru Merotan Murid. 13. SPI Bil 6/1985 – Etika Pakaian Penjawat Awam (Guru) Senarai QR Code