BUKU PANDUAN PELAJAR 51 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 14. Penggunaan internet bagi sebarang transaksi komersial adalah tidak dibenarkan (perniagaan atas talian). Sekiranya pengguna didapati melakukan transaksi tersebut untuk kepentingan peribadi maka pihak kolej boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian, kehilangan dan kerosakan di pihak pengguna. 15. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan yang memerlukan pembayaran dalam bentuk urusniaga elektronik dan menggunakan kad kredit, paypall dan seumpamanya atau perbankan atas talian adalah bertanggungjawab ke atas setiap transaksi yang dilakukan 16. Setiap pengguna hendaklah memaklumkan kepada Unit ICT Kolej sekiranya mengetahui atau mengesyaki berlakunya sesuatu yang boleh menggugat keselamatan komunikasi dan internet kolej 18. Waktu aktif adalah bermula dari pukul 6 pagi hingga pukul 11 malam 17. Penyebaran dan memuat turun bahan-bahan pornografi, berunsur lucah, fitnah, ugutan dan berbaur politik adalah dilarang sama sekali. 18. Pihak kolej berhak menarik balik keistimewaan kemudahan internet apabila berlaku perlanggaran peraturan dan polisi yang telah ditetapkan. 19. Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pelanggaran peraturan dan polisi yang telah ditetapkan
BUKU PANDUAN PELAJAR 52 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN PERATURAN PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN 1. PERATURAN AM 1.1 Pusat Sumber dibuka pada hari Ahad hingga hari Rabu (8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang) dan Khamis (8.00 pagi hingga 2.00 petang). 1.2 Para pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa urusan. 1.3 Para pelajar tidak dibenarkan membawa beg sekolah, buku, minuman dan makanan serta payung ke dalam Pusat Sumber Sekolah. 1.4 Buka kasut dan susun di rak yang disediakan. 1.5 Semasa di dalam Pusat Sumber, para pelajar dilarang membuat bising, bercakap apabila perlu sahaja. 1.6 Sekiranya menggunakan alat elektrik, jangan lupa memadamkan suisnya sebelum meninggalkan Pusat Sumber. 1.7 Pastikan semua pelajar memasukkan kerusi ke dalam meja sebelum keluar dari Pusat Sumber. 1.8 Petugas Pusat Sumber pastikan semua kerusi dan buku teratur sebelum menutup/keluar dari Pusat Sumber. 1.9 Masukkan sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan. 1.10 Para pelajar dilarang merosakkan bahan-bahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah. 1.11 Dilarang membawa keluar akhbar, majalah dan buku tanpa kebenaran. 1.12 Pensyarah yang membawa masuk pelajar ke Pusat Sumber dikehendaki berada bersama-sama pelajar sepanjang waktu mengajar di kelas tersebut.
BUKU PANDUAN PELAJAR 53 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 2. PERATURAN KHUSUS 2.1 Peraturan masuk ke Perpustakaan 1. Berpakaian uniform sekolah atau pakaian kasual kolej. 2. Pelajar dan pelajar mencatat nama mata pelajaran yang diajar, masa, kelas dan bilangan murid pada buku rekod penggunaan perpustakaan. 3. Dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri, bahan makanan dan minuman serta alatan berbahaya seperti pisau, gunting dan payung. 4. Dilarang membuat bising, berbual, berbincang, makan dan minum serta tidur. 5. Dilarang memotong, menggunting dan mengoyak buku, akhbar dan majalah. 6. Kelas diminta beratur semasa hendak masuk dan keluar dari perpustakaan. 7. Gunakan Pusat Sumber mengikut jadual yang telah ditetapkan. 8. Susun semula buku yang sudah dibaca ke dalam bekas yang telah disediakan untuk disimpan oleh Petugas Pusat Sumber. 2.2 Peraturan Bilik Tayang / Alat Pandang Dengar 1. Membuat tempahan penggunaan bilik. 2. Rekod semua penggunaan bilik tayangan dan media dalam buku rekod penggunaan. 3. Dilarang sentuh peralatan elektrik dan lain-lain kecuali dengan kebenaran guru. 4. Dilarang makan dan minum 5. Jaga kebersihan bilik. 6. Menyusun semula meja pada kerusi teater setelah digunakan
BUKU PANDUAN PELAJAR 54 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 2.3 Peraturan Penggunaan Bahan Bahan Belajar 1. Pelajar dan pensyarah boleh mengambil dan memulangkan alat. 2. Pulangkan alatan dengan segera setelah menggunakannya. 3. Buku rekod pinjaman hendaklah diisi oleh peminjam. 4. Jaga keselamatan atatan dan diri sendiri. 5. Jangan sentuh alatan tanpa arahan pensyarah. 3. PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN i. Peminjaman dan Pemulangan Buku (Untuk semua pelajar) a. Para pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku selama seminggu. b. Kad matrik digunakan untuk discan pada Sistem Automasi PSS c. Tarikh pemulangan buku mesti dicatat oleh Petugas Pusat Sumber Sekolah pada buku dan kad perpustakaan. d. Buku rujukan bertanda merah hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber, tidak boleh dipinjam begitu juga majalah. e. Tempoh pinjaman buku fiksyen ialah seminggu sementara buku rujukan cuma tiga hari. Murid yang lewat memulangkannya mesti membayar denda. ii. Peminjaman dan Pemulangan Buku (Untuk pensyarah dan kakitangan bukan akademik) a. Setiap pensyarah / kakitangan diberi dua kad pinjaman yang boleh digunakan untuk meminjam dua buah buku dalam satu masa. Kad pinjaman bergambar sahaja yang sah digunakan. b. Buku yang dipinjam mesti dijaga dengan baik. c. Buku yang hilang dan rosak mestilah dibayar ganti rugi. d. Tempoh pinjaman bagi buku fiksyen selama dua minggu dan buku rujukan selama tiga hari. e. Buku pinjaman yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda. f. Buku bertada merah dan majalah tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.
BUKU PANDUAN PELAJAR 55 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN iii. Peminjaman dan Pemulangan Bahan Bukan Buku a. Semua pensyarah layak meminjam bahan bukan buku dari Pusat Sumber. b. Pinjaman perlu dibuat mengikut jadual yang disediakan. c. Pemulangan mengikut tarikh/masa yang ditetapkan. d. Denda dikenakan kepada sesiapa yang lewat memulangkan bahan. e. Kerosakan dan kehilangan bahan perlu dilaporkan kepada Ketua Unit Pusat Sumber f. Peminjam bertanggungjawab atas keselamatan bahan yang dipinjam. g. Peminjam yang merosakkan atau menghilangkan bahan akan dikenakan denda atau bayar ganti rugi. h. Merekodkan pinjaman dan pemulangan bahan. iv. Peminjaman dan Pemulangan Peralatan a. Rujuk senarai peralatan yang boleh dipinjam kepada Guru Perpustakaan dan Media Sekolah atau Ketua Unit b. Peminjaman dan pemulangan perlu dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan. c. Peminjam bertanggungjawab ke atas peralatan yang dipinjamnya. d. Peminjam yang telah merosakkan atau menghilangkan peralatan perlu membayar ganti rugi. e. Merekodkan peminjaman dan pemulangan alat.
BUKU PANDUAN PELAJAR 56 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU 1. Kebersihan Dan Kesihatan Diri 1.1 Setiap pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri masing-masing. 1.2 Rambut pelajar lelaki hendaklah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan, tidak mencecahi dahi, telinga dan tengkuk. Rambut hendaklah sentiasa diminyak dan disikat kemas. 1.3 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, jambang dan janggut. 1.4 Rambut pelajar perempuan hendaklah sentiasa kemas. Reben putih, biru atau hitam boleh digunakan untuk mengikat rambut. Pelajar Islam dikehendaki memakai baju berlengan panjang serta tudung dan anak tudung sewaktu keluar dari dorm . Pelajar dilarang mewarnakan rambut. 1.5 Pakaian hendaklah sentiasa bersih. 1.6 Kuku mestilah pendek, bersih, dan tidak boleh diwarnakan. 1.7 Pelajar-pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai alat-alat solek dan barang-barang perhiasan diri seperti emas. 2. Kebersihan Dorm 2.1 Kebersihan dorm adalah tanggungjawab bersama. 2.2 Kain cadar mestilah sentiasa bersih. Hanya kain cadar yang dibekalkan oleh pihak kolej boleh digunakan. 2.3 Kain cadar mestilah ditegangkan sebelum keluar dari dorm. 2.4 Segala pakaian dilarang digantungkan pada palang-palang katil atau tingkap. 2.5 Tuala mestilah disidai di ampaian. 2.6 Penghuni dilarang memakai kasut atau selipar di dalam dorm. 2.7 Kasut dan selipar hendaklah disusun pada tempatnya dengan kemas. 2.8 Loker pelajar hendaklah sentiasa rapi dan kemas. 2.9 Pelajar digalakkan menceriakan dorm dengan bahan-bahan yang sesuai.
BUKU PANDUAN PELAJAR 57 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 3. Pemeriksaan Dorm 3.1 Pemeriksaan dorm dilakukan pada pukul 8.00 pagi setiap hari Sabtu. 3.2 Semua pelajar dikehendaki berada di luar dorm masing-masing dengan berpakaian lengkap asrama semasa pemeriksaan dijalankan. 3.3 Pemeriksaan akan dilakukan oleh AJK asrama dengan penyeliaan warden blok. 3.4 Sekiranya tiada warden, AJK asrama haruslah diiringi oleh 2 orang ahli dorm tersebut sebagai saksi. 3.5 Pemeriksaan kebersihan dorm secara berkala juga akan diadakan setiap minggu pada hari persekolahan. 4. Penggunaan Lampu 4.1 Lampu dorm akan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam. 4.2 Penghuni hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan lampu dorm. 4.3 Penghuni dilarang mengambil atau menyimpan ‘starter’ lampu dorm. 4.4 Sekiranya berlaku kerosakan, penghuni mestilah memberitahu Ketua Dorm. 4.5 Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tidak digunakan atau tidak berpenghuni di dorm atau kelas atau bilik belajar. 5. Tidur 5.1 Waktu tidur ialah pada pukul 11.00 malam. 5.2 Pada waktu tidur, penghuni dilarang membuat bising atau seumpamanya. 5.3 Penghuni dilarang tidur di dalam dorm lain. 5.4 Penghuni haruslah tidur dengan berpakaian sopan dan bersesuaian dengan suasana asrama 5.5 Pada waktu belajar petang dan malam, pelajar dilarang tidur di dalam dorm. 6. Waktu-waktu Dorm dikunci 6.1 Pada pukul 7.30 pagi hingga habis waktu persekolahan (hari persekolahan). 6.2 Pada pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam iaitu (waktu belajar-hari Ahad hingga Sabtu). 6.3 Pada pukul 11.00 malam (waktu tidur). Palang pintu / kunci hendaklah dipasang dari sebelah dalam. 6.4 Pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi hari Jumaat (waktu gotongt-royong)
BUKU PANDUAN PELAJAR 58 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 7. Kehilangan atau Kerosakan 7.1 Sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang di dalam dorm seperti kunci dorm, cermin muka harus diganti oleh ahli dorm. 8. Penggunaan Bilik Air dan Tandas 8.1 Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik air dan tandas. 8.2 Tandas dan bilik air hendaklah digunakan dengan cermat. 8.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau apa jua bahan yang bukan sepatutnya ke dalam lubang tandas. 8.4 Air hendaklah digunakan dengan cermat. Sebarang kebocoran mestilah dilaporkan kepada warden atau penyelia asrama dengan segera. 8.5 Paip air atau sumber air hendaklah ditutup setelah digunakan atau tidak digunakan. 8.6 Pelajar tidak boleh menyimpan atau meninggalakan apa-apa barang di dalam tandas dan bilik air. 9. Pelawat 9.1 Pelawat yang ingin berjumpa dengan pelajar hendaklah berjumpa dengan warden terlebih dahulu. Sebelum masuk, pelawat dimestikan menunjukkan kad pelawat. Wakil penjaga dikehendaki membawa kad pelawat. 9.2 Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan berjumpa pada hari Jumaat dan Sabtu atau pada hari kelepasan am mengikut masa yang telah ditetapkan. 9.3 Perjumpaan hendaklah diadakan di sekitar kawasan asrama. Ibu bapa/penjaga dilarang masuk ke dalam dorm. 9.4 Pihak asrama mempunyai hak untuk melarang mana-mana pelawat daripada berjumpa pelajar selain daripada waktu melawat. Jika terdapat kiriman, bungkusan, kiriman itu perlu diletakkan di pondok pengawal keselamatan atau dihantar ke pejabat asrama (pada waktu pejabat). Tuliskan nama dan dorm penerima dengan jelas. 9.5 Semua surat dan barang kiriman daripada luar akan diperiksa terlebih dahulu oleh warden sebelum diserahkan kepada pelajar. 9.6 Untuk sebarang kes kecemasan, ibu bapa yang datang di luar waktu lawatan haruslah melaporkan diri di pejabat asrama dan meminta kebenaran warden terlebih dahulu.
BUKU PANDUAN PELAJAR 59 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 10. Kebersihan Asrama Dan Penggunaan Alat serta Kemudahan 10.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dorm, bilik sakit, bilik rehat, bilik belajar, surau, dewan makan dan persekitaran asrama. 10.2 Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan. 10.3 Dilarang berludah atau berkahak di kaki-kaki lima asrama dan di tangga asrama. 10.4 Katil hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Besi penghadang katil hendaklah sentiasa dipasang. 10.5 Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dipasang dan berkeadaan bersih dan kemas. 10.6 Segala barang milik persendirian hendaklah sentiasa disimpan dan disusun kemas. 10.7 Kasut mesti disusun di rak kasut di luar dorm masing-masing. 10.8 Semua pakaian lembap tidak dibenarkan disimpan di dalam dorm. 10.9 Pelajar tidak dibenarkan berpindah atau bertukar bilik kecuali dengan kebenaran warden. 10.10 Pelajar dilarang berkongsi katil dan mengubah kedudukan perabot di dalam dorm. Tidak dibenarkan memilih perabot-perabot di dalam dorm atau di mana-mana bilik sekalipun. 10.11 Almari/loker hendaklah dikunci sepanjang masa. 10.12 Tidak dibenarkan menyidai pakaian di koridor, cermin tingkap, katil atau almari. Gunakan penyidai pakaian yang disediakan di belakang / sisi asrama. 10.13 Tidak dibenarkan merendam kasut dan pakaian di dalam sinki. 10.14 Bilik membasuh / dobi tidak boleh digunakan selepas pukul 11.00 malam 10.15 Lampu hendaklah ditutup pada pukul 11.00 malam kecuali lampu bilik air dan koridor. 10.16 Surau dikhaskan untuk beribadat, tidak dibenarkan tidur, belajar atau makan. Pelajar dikehendaki bersembahyang berjemaah di surau pada setiap waktu. 10.17 Radio/walkman atau apa-apa alat bunyi yang menggunakan kuasa bateri hanya dibenarkan dimainkan pada waktu rehat sahaja. Bunyinya hanyalah untuk diri sendiri sahaja atau dengan menggunakan ‘earphone ‘. 10.18 Dilarang menyambung peralatan elektrik ke mana-mana punca lampu atau soket tiga pin. 10.19 Pelajar dilarang sama sekali membetulkan lampu atau kipas atau apa-apa sambungan elektrik. Segala kerosakan kemudahan elektrik hendaklah dilaporkan kepada warden atau penyelia asrama. 10.20 Pelajar dilarang mengusik atau mengalih mana-mana pemadam api.
BUKU PANDUAN PELAJAR 60 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 10.21 Pelajar dinasihat menggunakan segala kemudahan asrama dengan cermat dan bersama-sama menjaganya agar berada di dalam keadaan baik. 10.22 Pihak asrama/kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku ke atas pelajar akibat dari kecuaian sendiri atau pelanggaran mana-mana peraturan asrama/kolej. 10.23 Pelajar dilarang membawa atau menyimpan apa jua bahan api. 10.24 Pelajar dilarang membawa atau menyimpan atau menggunakan telefon bimbit di dalam kawasan asrama atau kolej. 11. Sakit dan Penyakit Berjangkit 11.1 Pelajar-pelajar yang sakit atau cedera hendaklah segera memberitahu ketua dorm, warden bertugas atau warden blok atau penyelia asrama. 11.2 Pelajar yang dihinggapi penyakit berjangkit dibenarkan pulang ke rumah. 11.3 Untuk berehat di bilik sakit, pelajar harus mendapat kebenaran daripada warden blok, warden bertugas atau penyelia asrama. 11.4 Penghantaran ke klinik atau hospital akan diuruskan sama ada oleh warden blok, warden bertugas atau penyelia asrama. 12. Kecemasan 12.1 Tanda kecemasan adalah apabila loceng dibunyikan berpanjangan. 12.2 Pelajar hendaklah mematuhi arahan kecemasan dari semasa ke semasa. 13. Melaporkan Perbuatan Yang Melanggar Peraturan Kolej 13.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar melaporkan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati bertentangan dengan peraturan asrama atau kolej. 14. Keselamatan Harta Benda Peribadi 14.1 Setiap pelajar bertanggungjawab ke atas keselamatan harta benda sendiri. 14.2 Pihak asrama tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda peribadi pelajar. 14.3 Wang yang telah dibekalkan oleh ibu bapa / penjaga untuk bayaran asrama atau kolej hendaklah dibayar dengan segera. 14.4 Pelajar dikehendaki menyimpan wang sekiranya berlebihan dan dokumen –dokumen penting dengan warden blok masing-masing.
BUKU PANDUAN PELAJAR 61 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN 15. Menyampaikan Berita Kecemasan 15.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyampaikan berita kecemasan sendiri atau melalui rakan-rakan kepada ibu bapa/penjaga/keluarga. 15.2 Berita kecemasan akan disampaikan oleh ketua warden, warden bertugas, warden blok atau penyelia asrama. 16. Hukuman 16.1 Apabila pelajar melanggar mana-mana peraturan asrama tindakan / hukuman berikut boleh dikenakan: i. Amaran ii. Membuat akujanji di hadapan ibu bapa/penjaga dan warden. iii. Khidmat sosial iv. Rotan v. Gantung asrama vi. Buang asrama atau vii. Lain-lain hukuman yang difikirkan munasabah oleh Pengarah 16.2 Pelajar yang didapati melanggar peraturan asrama juga akan dikenakan demerit berdasarkan Sistem Poin. Nama pelajar yang melakukan kesalahan berat akan diumumkan sewaktu perhimpunan ‘roll call’ oleh warden bertugas. 16.3 Pelajar yang didapati kerap melakukan kesalahan, perihalnya akan dilaporkan kepada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika perlu kes akan dirujuk kepada pihak berwajib untuk tindakan. 16.4 Pelajar yang kerap melakukan kesalahan juga akan dirujuk kepada kaunselor. “ , , .” ( )
BUKU PANDUAN PELAJAR 62 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN