The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022 (PRINTIS 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebkjep, 2022-10-30 07:56:13

buku program printis 2022

PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022 (PRINTIS 2022)

Keywords: printis 2022

LAMAN WEB RASMI : https://kkarau.mypolycc.edu.my/PRINTIS2022/

Kandungan Muka Surat

Perkara

QR Code PRINTIS 2022 01

Kata Aluan Menteri Besar Perlis 02

Kata Aluan Exco Pendidikan Perlis 03

Kata Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

Perlis 04

Kata Aluan Pengarah Kolej Komuniti Arau 05

Latar Belakang PRINTIS 2022 06

Objektif PRINTIS 2022 07

Atur Cara Program 08

Jawatankuasa Pelaksana PRINTIS 2022 09-14

Senarai Juri PRINTIS 2022 15-16

Kategori Pertandingan 17

Senarai Projek Inovasi Kategori A 18

Senarai Projek Inovasi Kategori B 19

Senarai Projek Inovasi Kategori C 20

Senarai Projek Inovasi Kategori D 21

Senarai Projek Inovasi Kategori E 22-23

Senarai Projek Inovasi Kategori F 24-25

Senarai Projek Inovasi Kategori G 26

Penghargaan 27

QR code PRINTIS 2022

01

Kata Aluan Menteri Besar

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin-Nya Pertandingan Inovasi Institusi
Pendidikan Negeri Perlis 2022 (PRINTIS 2022) dapat dilaksanakan.
Program tahunan anjuran Kerajaan Negeri Perlis dan dikelolakan
oleh Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah
berjaya mencapai matlamat penganjuran apabila mencatat penyertaan tertinggi pada kali
ini. Peningkatan ini menunjukkan penyelidik semakin kreatif dalam menghasilkan inovasi
baru.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam melancarkan penganjuran PRINTIS 2022. Kerjasama
semua pihak dalam memastikan pembudayaan inovasi berkembang mekar di kalangan
pendidik dan pelajar institusi pendidikan di Negeri Perlis amatlah dihargai. Kerajaan
Negeri sangat menitikberatkan pemupukan budaya inovasi bermula dari peringkat awal
pendidikan dengan menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan.

Sejajar dengan era digitalisasi masa kini, “INOVASI PENGGERAK KOMUNITI DIGITAL”
dikekalkan sebagai tema PRINTIS 2022 selaras dengan Pelan Tindakan Perlis Digital
2021-2025 yang bermatlamat memperluaskan penggunaan teknologi digital di kalangan
komuniti. Masyarakat berteknologi digital dipacu oleh perubahan teknologi terkini hasil
ciptaan inovasi oleh penyelidik di seluruh dunia. Melalui PRINTIS 2022, diharapkan
penyelidik dari Negeri Perlis turut menjadi sebahagian daripada pemain penting dalam
penghasilan inovasi terkini.

PRINTIS 2022 perlu menjadi medium penting kepada penyelidik dalam usaha
menterjemahkan idea-idea kreatif yang mampu mencetuskan hasil inovasi yang
berkualiti dan berpotensi dikomersialkan. Idea yang kecil namun besar manfaatnya
harus diketengahkan demi meningkatkan kualiti, produktiviti dan manfaat kepada
masyarakat. Inovasi tidak hanya terbatas kepada produk berteknologi tinggi semata-
mata namun perlu diperluaskan dalam semua aspek kehidupan. Penyelidik kita perlu
turut serta dalam perlumbaan penciptaan teknologi baharu agar kita bukan hanya
pengguna tetapi juga sebagai pencipta.

Kepada semua penyelidik, teruskan usaha anda kerana penciptaan inovasi yang hebat
adalah hasil dari penyelidikan yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI AZLAN MAN
Menteri Besar Perlis

02

Kata Aluan Exco Pendidikan,
Pembangunan Sumber Manusia, Sains,
Teknologi dan Inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Pertandingan Inovasi Institusi
Pendidikan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 (PRINTIS 2022) anjuran Kerajaan Negeri
Perlis dan dikelolakan oleh Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri Perlis berjaya dianjurkan dengan jayanya. Kejayaan penganjuran PRINTIS pada
kali ini membuktikan komitmen dan kesungguhan semua pihak untuk terus
membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan pendidik.

Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua
pihak dalam menjayakan PRINTIS 2022 demi menghasilkan inovasi terbaharu dan
terkini seterusnya memartabatkan budaya inovasi. Tahniah dan syabas kepada
pengelola, Kolej Komuniti Arau kerana PRINTIS 2022 telah berjaya mencatatkan
penyertaan tertinggi sepanjang penganjuran. Peningkatan penyertaan menunjukkan
bahawa pembudayaan inovasi di negeri ini berkembang subur. Penyertaan yang tinggi
telah berjaya memupuk kemahiran berfikir aras tinggi sekaligus melahirkan modal
insan yang berinovatif, kreatif dan berdaya saing pada masa hadapan. Pemupukan
budaya inovasi diperingkat awal merupakan asas kepada pembentukan generasi
berinovasi yang berdaya saing.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pendidik dan pelajar yang telah
mengambil bahagian dalam penganjuran PRINTIS 2022. Semoga PRINTIS 2022 dapat
mempertingkatkan iltizam dan menjadi inspirasi kepada penyelidik untuk terus maju
menghasilkan inovasi yang lebih kreatif dan bermanfaat kepada masyarakat.

Akhir kata, saya percaya penganjuran PRINTIS 2022 platform terbaik kepada institusi
pendidikan untuk terus menghasilkan inovasi yang boleh dikomersialkan. Kejayaan
PRINTIS 2022 menjadi petunjuk prestasi kepada Kerajaan Negeri untuk membuka
peluang kepada penyelidik luar untuk bertanding pada PRINTIS 2023.

Sekian, terima kasih.

YB ROZIEANA BINTI AHMAD
Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

03

Kata Aluan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kuasa-Nya kita telah berjaya menganjurkan
PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN
NEGERI PERLIS 2022 (PRINTIS 2022) buat kali ketiga,
hasil kolaborasi sepenuhnya Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
bersama Kolej Komuniti Arau.

Penganjuran PRINTIS 2022 telah berjaya membuka peluang seluasnya kepada pelajar
dan tenaga pengajar institusi pendidikan di seluruh Negeri Perlis untuk menghasilkan
produk inovasi yang memberi impak tinggi kepada masyarakat. PRINTIS 2022 adalah
pentas bagi mengiktiraf daya kreatif dan usaha yang dicurahkan dalam
menterjemahkan hasil idea-idea inovasi bermula dari peringkat sekolah rendah..

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat ditekankan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan pembudayaan
pendidikan STEM secara menyeluruh. Penekanan diberikan bermula dari peringkat
pendidikan awal persekolahan sehingga ke peringkat tertinggi di institusi-institusi
pengajian tinggi awam dan swasta. Pendidikan berteraskan STEM mampu melahirkan
pelajar yang berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2021-2025) telah dirangka bagi memastikan
visi STEM tercapai dengan mempunyai modal insan dalam bidang STEM yang berdaya
saing di pasaran khususnya dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Negara memerlukan modal insan dan tenaga kerja yang produktif dalam bidang sains
dan teknologi di masa hadapan bagi memacu pembangunan negara.

PRINTIS 2022 telah membantu menyebarluaskan STEM dengan penyertaan dan
penghasilan inovasi oleh para pelajar dan tenaga pengajar. Cetusan idea inovasi yang
berkualiti di kalangan pelajar memberi petunjuk bahawa pendidikan STEM di Malaysia
telah membuahkan hasil. Syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya
mengadaptasikan ilmu pembelajaran di dalam kelas ke pertandingan inovasi.

Akhir kata, PRINTIS 2022 telah memartabatkan pendidikan STEM dan diharapkan agar
PRINTIS akan menjadi satu nama besar dalam penganjuran pertandingan inovasi.

Sekian, terima kasih.

NAHARUDEEN BIN OTHMAN
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

04

Kata Aluan Pengarah Kolej Komuniti Arau

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Allah SWT akhirnya
PRINTIS 2022 dapat dilaksanakan sekali lagi bagi tahun
ketiga berturut-turut. Walaupun negara telah memasuki
fasa endemic Covid-19, pelaksanaan PRINTIS 2022 masih
dibuat secara hybrid di mana sesi pendaftaran dan
penjurian adalah secara dalam talian, manakala majlis
meraikan pemenang dibuat secara bersemuka. Kita
berhasrat melaksanakan PRINTIS secara bersemuka sepenuhnya pada tahun
hadapan. Pelaksanaan PRINTIS 2022 berjalan lancar dengan menghimpunkan
penyertaan terbanyak sepanjang penganjuran iaitu sebanyak 162 penyertaan,
peningkatkan hampir 100% berbanding tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat mempromosi dan menjayakan PRINTIS 2022.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perlis serta
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan
sepanjang PRINTIS 2022. PRINTIS 2022 kini menjadi satu jenama penganjuran
pertandingan inovasi di peringkat Negeri Perlis serta platform penting penyuburan
budaya inovasi.

Inovasi yang bermanfaat dan hebat berkait rapat dengan kualiti kreativiti seseorang
penyelidik. Idea dan kreativiti yang baik perlu dicungkil dan diangkat ke pertandingan
untuk diiktiraf, seterusnya dikomersialkan. PRINTIS 2022 menjadi medan kepada
penyelidik untuk terus berkarya bagi menterjemahkan idea kreatif menjadi produk
yang mampu mensejahterakan masyarakat. Bukan hanya bersandarkan kepada idea-
idea besar sahaja, idea yang kecil juga mampu memberi impak yang besar dalam
kehidupan seharian.

Penganjuran PRINTIS 2022 telah berjaya mencapai matlamat bagi menghimpunkan
idea kreatif dari semua institusi pendidikan di Negeri Perlis di pentas yang sama agar
setiap hasil inovasi tidak hanya tinggal idea semata-mata. Hasil inovasi ini akan terus
dibuat penambahbaikan agar lebih efektif, berkesan serta menarik untuk
dikomersialkan.

Akhir kata, teruskan berinovasi dengan menampilkan idea-idea menarik di PRINTIS
selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perlis menggerakkan komuniti ke arah
pendigitalan menerusi inovasi.

Sekian.

ZAINUDIN BIN YAHYA
Pengarah
Kolej Komuniti Arau

05

Latar Belakang PRINTIS 2022

Konsep inovasi adalah suatu perubahan untuk
menuju ke arah penambahbaikan yang berbeza dari
segi pendekatan, kaedah dan peralatan dengan
sebelumnya. Inovasi dibuat dan dirancang secara
teliti untuk menghasilkan idea yang memberi impak
tinggi terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.
Inovasi juga merupakan hasil cetusan idea-idea yang
kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja
yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi.

Sehubungan dengan itu, Program Pertandingan
Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2022
(PRINTIS 2022) merupakan program yang bertujuan
mencungkil idea inovasi di kalangan pelajar serta
pensyarah. Produk inovasi yang relevan dan
memberi impak yang tinggi melalui pertandingan ini
akan dinilai oleh para juri seterusnya boleh dihantar
memasuki peringkat pertandingan inovasi yang
lebih tinggi seperti seperti ICOMPEX, IDEA, PERISA,
dan sebagainya.

06

O bj e k t i f P R I N T I S 2 0 2 2

Memberi peluang kepada

pelajar-pelajar dan tenaga

pengajar institusi-institusi

pendidikan di negeri Perlis

menghasilkan produk

inovasi yang memberi

impak yang tinggi kepada

masyarakat. Mewujudkan semangat

kerjasama berpasukan di

Menjalinkan antara pelajar dan
kolaborasi pensyarah dalam
bersama institusi menghasilkan idea
pendidikan di inovasi.

Negeri Perlis dan

Kerajaan Negeri Sebagai medium latihan

Perlis. kepada pelajar dan

Mempertingkatkan pensyarah
aktiviti Sains membentangkan projek
Teknologi inovasi masing-masing
Kejuruteraan dan sebelum memasuki
Matematik (STEM) di pertandingan inovasi ke
seluruh sekolah di peringkat yang lebih
negeri Perlis. tinggi.

07

Atur Cara Program

P E R TA N D I N G A N I N O VA S I I N S T I T U S I
PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022
(PRINTIS 2022)

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PRINTIS 2022
01.11.2022 (Selasa)

02.30 - Peserta PRINTIS 2022 mengambil tempat
petang
- Kehadiran Jemputan
03.00
petang - Ketibaan Tetamu Kehormat
YAB Menteri Besar Perlis
03.15
petang - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Montaj PRINTIS 2022
- Ucapan Aluan Pengarah Kolej Komuniti Arau
- Ucapan Perasmian Penutupan PRINTIS 2022

YAB Menteri Besar Perlis
- Ulasan Ketua Juri PRINTIS 2022
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
- Sesi Fotografi
- Minum petang
- Bersurai

08

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

Jawatan Nama

Jawatan Kuasa Induk

Penaung YB Rozieana Binti Ahmad

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis

Pendidikan, Pembangunan Sumber

Manusia; Sains, Teknologi Dan Inovasi,

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Pengerusi Zainudin Bin Yahya

Pengarah Kolej Komuniti Arau

Pengerusi Bersama Naharudeen bin Othman

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Timbalan Pengerusi I Kasmawati binti Abu Kasim

Timbalan Pengerusi II Husna binti Ibrahim

Pengarah Program Ali bin Othman

Timbalan Pengarah Program Saiful Azley bin Samsudin

Setiausaha I Hasnurul Nazimah binti Hashim
Setiausaha II Sofiah binti Bakar
Bendahari Nurazleen binti Ahmad @ Mazlan

09

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan

AJK Jemputan dan Ainun Rafieza binti Tajudin (Ketua)
Pendaftaran Peserta Siti Nadiah binti Ismail
Mohamad Hafiz bin Abd Rahim
AJK Rekabentuk Laman Norhayati binti Md Sharif
Sesawang (Website) Hasnira binti Md Halim
PRINTIS’22 Che Nornazmin binti Che Hassan

Mohd Fadli b. Ahdon (Ketua)
Nur Nadia binti Musa
Muhammad Iffat Farhan bin Rusman

AJK Juri dan Teknikal Norhana binti Mat Saleh ( Ketua Penyelaras)
Pertandingan Inovasi
Mohammad Zabidi bin Abdullah( Pen. Ketua

Penyelaras)

A. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.
 Nur Elyani binti Mohammad(Ketua)
 Mohd Fuad bin Kassim
 Nurraihan binti Md Ramly

B. MAKANAN DAN MINUMAN
(HOSPITALITI)
 Siti Nasiroh binti Ismail (Ketua)
 Saiful Azley b. Shamsudin
 Nur Asma binti Darus

C. FESYEN DAN KECANTIKAN
 Mohd Imran bin Ahmad Kamal
(Ketua)
 Azlan b. Othman
 Nor Fauziah binti Ahmad

D. KEJURUTERAAN
 Badrolhisam bin Jaafar(Ketua)
 Siti Salbiah binti Yusoff
 Ku Mahadi bin Ku Mahadzir

10

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

AJK Juri dan Teknikal D. KEJURUTERAAN
Pertandingan Inovasi  Badrolhisam bin Jaafar(Ketua)
 Siti Salbiah binti Yusoff
 Ku Mahadi bin Ku Mahadzir

E. UMUM.
 Zatil Arumah binti Shaarani(Ketua)
 Mohammad Nizam bin Saad
 Ab Rani bin Ali

F. STEM SEKOLAH MENENGAH
 Saifulazhar bin Awang (Ketua)
 Mohd Faizal Bin Zainul
 Hamidah Binti Abdul Rahman

G. STEM SEKOLAH RENDAH
 Azizah Binti Hamzah(Ketua)

Panel juri
 UniMAP
 UiTM
 UPM
 UTM
 Myipo

11

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

AJK Media, Promosi dan Ismali binti Ishak (ketua)
Teks Ucapan Noraiza binti Zainal Baharain
Ainul Mardhiyah binti Mat Yusoff
AJK Rekabentuk, Poster, Mohd Azha bin Ismail
Bunting dan Montaj Mohd Adif Bin Che Aman
PRINTIS’22 Mohammad Shahiran b. Salim (Ketua)
AJK Siaran Raya dan Nur Syazalina binti Hanafi
Teknikal Nuramira binti Othman
Mohd Khairul Anuar bin Mat Kupli (Ketua)
AJK Buku Program Mohammad Khairul Faeze bin Abdul Halim
Siti Noor Anita binti Mat Ali
Shahabudin bin Md Isa
Jefri bin Din (Ketua)
Azlia binti Mohd Nazli
Arina Syazwani binti Samsudin

AJK Gimik Nurul Husna binti Saarani (Ketua)
Muhammad Nurfahmi bin Mohamed Yusof
Muhammad Khairi bin Bahrul Ulum

AJK Penilaian Program Iza Rida binti Ismail (Ketua)
Vaasala a/p Kaliappa
Syakirah binti Ibrahim

AJK Penerbitan Laporan Irmayariani binti Kamalsha (Ketua)
PRINTIS’22 Putri Nazlin Alamin binti Wan Zainal A’lam
Norasmahan binti Ali

12

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

Jawatankuasa Majlis Penutup PRINTIS 2022

Floor Manager dan Hasniza binti Abdul Wahab (Ketua)
Protokol Haninah binti Ismail
Nurfafizan bin Apandi

AJK Fotografi dan live Mohd Hafizul Husaini bin Md Hussain (Ketua)

Streaming Syukriah binti Safie

Asmeer Fadlee bin Nor Azahar

Mohd Azman Bin Ali

Hisham Bin Darus

AJK Hadiah & Sijil Nurul Balqish binti Abdul Wahab (Ketua)

AinilHuda binti Abd Razak

Nuralina binti Mohd Tarmizi

Munirah binti Mansor

Zaleha binti Salleh

AJK Sambutan Majlis Salmi binti Abdul Munir
Sharihan bin Shahidan (Ketua)

Penutupan Mohd Hairi Fifi b. Mansor

Noor Azimah binti Abdul Ghani

En Khairi bin Yusof

Abdul Rashid Fahmi bin Abdullah

Muhammad Naim b. Abdullah

Zuraida binti Zulkifli

AJK Persiapan Tempat , Shmeni bin Shariff (Ketua)
Kebersihan dan Mohd Noor Arif bin Abdullah
Keselamatan Azrul Hisham bin Shuib

Mohd Azli bin Takiyudin

Zainordin bin Bakar

Kamrul Zaman bin Hussin

Pekerja Kebersihan

13

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN
INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
2022 (PRINTIS 2022)

Jawatankuasa Majlis Penutup PRINTIS 2022

AJK Pengacara Majlis Nurdiyanah Fatin binti Ruslan (Ketua)

Anuar Effendy bin Ahmad

En. Rosminey bin Ahmad

AJK Hadiah & Sijil Nurul Balqish binti Abdul Wahab (Ketua)

AinilHuda binti Abd Razak

Nuralina binti Mohd Tarmizi

Munirah binti Mansor

Zaleha binti Salleh

Salmi binti Abdul Munir

Mohd Adif Bin Che Aman

AJK Jamuan Siti Aiesyah binti Mohd Daud (Ketua)

Nurul Hidayah binti Samsurijal

Syaliza binti Azmi

Rabiatul Adawiyah binti Ismail

AJK Bacaan Doa Mohd Fuad bin Kassim (Ketua)

AJK Pengurus Pentas Saiful Azley bin Samsudin (Ketua)

Wan Muhamad Fitri bin Wan Zahari

Nadiah binti Muhammad Shamsul Kamal

AJK Pengangkutan Mohamad Faiz Hamzal bin Ismail (Ketua)

Khairul Nizam bin Halim

Hasan bin Abdul Raship

14

Senarai Juri PRINTIS 2022

JURI KATEGORI

A. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
(TENAGA PENGAJAR SAHAJA)

B. MAKANAN DAN MINUMAN (HOSPITALITI)
C. FESYEN DAN KECANTIKAN
D. KEJURUTERAAN
E. UMUM

PANEL JURI INSTITUSI / AGENSI NO. TELEFON
Prof. Madya Ts. Dr. Afizah Binti Yob
Dr. Siti Nor Din UniMAP 0124003134
Dr. Nurul Aizan Mohd Zaini
Dr. Faiezah Hashim UniMAP 0194109898
Prof. Ir. Dr. Abu Hassan Bin Abdullah UiTM 0135128002
En. Mohd Radhi Bin Ahmad
Prof. Madya Dr. Mariam Binti Md Ghazaly UiTM 012-5943574
Ts. Dr. Mohd Saifizi Bin Saidon UniMAP 0124586615
Prof. Madya Dr. Azura Binti Che Soh MyIPO 0132062366
Dr. Zainudin Bin Md Noor 0132093107
Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad 'Athif Bin Mohd Faudzi UTeM 0194453836
Dr. Shahidah Arina Binti Shamsudin UniMAP

UPM 0197567885
UiTM 01135434963

UTM 0104296110
UniMAP 01111254595

15

Senarai Juri PRINTIS 2022

JURI KATEGORI STEM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

PANEL JURI INSTITUSI / AGENSI NO. TELEFON

Dr. Mohd Sani bin Mohamad Hashim UniMAP 60124922059
60199500121
Dr. Nuriziani Hussin UniMAP 60194001503
60194587176
Ts Dr Muzaidi Bin Othman @ Marzuki UniMAP 60135310731
60124012605
Prof. Madya Dr. Norasmadi Abdul Rahim UniMAP 60177664310
60167425020
Nur Baya Binti Mohd Hashim UniMAP 60165602086
60136005239
Wan Nur Suryani Firuz Binti Wan Ariffin UniMAP 60194968944
60125891455
Ts. Dr Siti Marhainis Othman UniMAP 60193872889
60167425034
Ts. Dr Mohamad Nur Khairul Hafizi bin Rohani UniMAP 60133003401
60172025872
Dr. Leow Wai Zhe UniMAP

Dr. Mohd Zamri Bin Hasan UniMAP

Ts. Ismail Ishaq Bin Ibrahim UniMAP

Dr Mohd Nasir Ayob UniMAP

Ir.Ts.Wan Mohd Nooriman Bin Wan Yahya UniMAP

Dr. Afifah Shuhada Binti Rosmi UniMAP

Ts. Dr. Wan Azani Wan Mustafa UniMAP

Dr Muhamad Safwan Bin Muhamad Azmi UniMAP

16

Kategori Pertandingan

A. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
(TENAGA PENGAJAR SAHAJA)

Penghasilan produk inovasi yang berfungsi untuk memudahcara
pengurusan, pelaksanaan dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran.

B. MAKANAN DAN MINUMAN (HOSPITALITI)
Penghasilan sebarang formulasi produk makanan, minuman atau servis.

C. FESYEN DAN KECANTIKAN
Penghasilan teknologi di dalam bidang fesyen dan kecantikan atau
hasilan untuk penyediaan dalam jahitan, tekstil, fesyen, pakaian dan

seumpamanya.
D. KEJURUTERAAN
Penghasilan produk bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, automotif atau
idea dalam kemahiran teknikal dan seumpamanya.

E. UMUM
Penghasilan produk atau idea selain dari kategori diatas.
F. SAINS TEKNOLOGI , KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK

(SEKOLAH MENENGAH)*
G. SAINS TEKNOLOGI , KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK

(SEKOLAH RENDAH)*

17

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

A222001 CPRO TRAINER
NEW INVENTIVE SPECIALTY TOOL FOR ALL SIZES OF OIL FILTERS
A222002 IN AUTOMOTIVE WORKSHOP FOR TEACHING AND LEARNING
PURPOSES
A222003
A222004 VISUAL ON ELECTRICAL BOARD (VOEB) : RAJAH SINAR KANTA
A222005
A222006 KIT PEMBELAJARAN CONVEYOR BELT TRAINER (COBELT)
A222007
A222008 MYOBE
A222009 EZ TRAVEL PLANNER

A222010 MODUL INOVASI MEKATRONIK ZERO TO HERO CIKGU HAFSAN
A222011
A222012 EZY 9 HEAD FIGURE BLOCK
A222013 PEMBANGUNAN PRODUK INOVASI SERUNDING BERASASKAN
JERAMI CEMPEDAK
A222014 AUGMENTED REALITY (AR) FOR MECHANICAL PRODUCT DESIGN
ELEMENT
A222015 INDICATOR DISTRIBUTION BOARD
A222016 KIT ID-WHEEL
A222017 E-GROWINGJOURNAL (EGJ) : INTEGRASI PEMBELAJARAN
A222018 BERASASKAN INKUIRI DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN
A222019
A222020 KIT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU AUGMENTED REALITY
A222021
A222022 MOBILE GAME AS AN ALTERNATIVE TOOL IN TEACHING ARABIC
A222023 NUMBERS
A222024 JADUAL PERSAMAAN LINEAR
A222025 UX MOLHIC MODEL
SWITCH KIT
A222026 SISTEM PEMANTAUAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PDP) DI
IKM BESERI
A222027 SMART-INTERACTIVE QRHUB
A222028 ABAS APPS
A222029 TEMPLATE POTONGAN BERSUDUT
FIGURE WHEEL
VOCAB BOWLING
KIT PEMBELAJARAN OSCILLATOR
PENGGUNAAN KAEDAH ‘TOUCH, STAY N GO’ BAGI MEMBANTU
PELAJAR-PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UNTUK
MENGULANGKAJI SUBJEK TECHNICAL MATHEMATICS 1
"POCKET NOTE" MOBILE APPLICATION
E-COSTHINK

FINAL YEAR PROJECT EVALUATION SYSTEM (FYPES)

Kategori A

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (TENAGA PENGAJAR SAHAJA) 18
Penghasilan produk inovasi yang berfungsi untuk memudahcara
pengurusan, pelaksanaan dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran.

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

B122002 BISKUT EMPING
B122003 TEH KULIT LIMAU
B122005 SOS CILI KELEDEK
B122007 PENGHASILAN PRODUK MINUMAN KORDIAL BAYAM BRAZIL
B122008 PENGHASILAN TAMARIND JELLY

B222001 PEMBANGUNAN PRODUK INOVASI SERUNDING BERASASKAN
JERAMI CEMPEDAK
B222002
BIOPLASTIK DARIPADA JERAMI PADI
B222003
SISTEM CARIAN E-BOOK PEMPROSESAN DAN TEKNOLOGI
B222004 MAKANAN (EPTEM) KOLEJ KOMUNITI ARAU

BUTTERFLY FEA KETO BREAD

Kategori B

MAKANAN DAN MINUMAN (HOSPITALITI)
Penghasilan sebarang formulasi produk makanan, minuman atau servis.

19

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

C122001 LAVADORA
C122002 JABEG
C122003 FANALYSER
C222001 ISLAMIC CUPPING COVER
C222002 IRONI PENYU DALAM BUMI HIJAU
C222003 COMFORD HANDSOCK MUSLIMAH
C222004 PATCONSAPPS
C222005 STREET ART REVERSIBLE
C222006
APPS PENGGAYAAN FESYEN MUSLIMAH (APFEMUS)
C222007
SISTEM PENGURUSAN PEREKA FESYEN MUSLIMAH (SISFEMUS)
C222008
TELANG CRACKED HEELS SCRUB

Kategori C

FESYEN DAN KECANTIKAN
Penghasilan teknologi di dalam bidang fesyen dan kecantikan atau hasilan
untuk penyediaan dalam jahitan, tekstil, fesyen, pakaian dan seumpamanya.

20.

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

D122001 CPRO SMART TRAINER
D122002 MODEL KONSEPTUAL PENJANA TENAGA ANGIN, SOLAR AND
HIDRO
D122003 GERMICIDAL UV LAMPS WITH HEAT TEMPERATURE TO
DEMOLISH VICIOUS VIRUSES AND BACTERIA ON FACE MASK
D122004
D122005 A CONCEPTUAL DESIGN OF HANDY FLEXIBLE DRILLING MACHINE
D122006
D122008 AUTOMATIC GRINDING VALVE
D122009
D122010 IOT BASED SMART WASTE BIN MONITORING SYSTEM
D122011
TEMPLATE PLASMA CUTTING TABLE
D122012 MODUL KANGAR KOTA METROPOLITAN 2030
D122013 GSM BASED HOME FIRE ALARM SYSTEM
D122014 VEHICLE IGNITION INTERLOCK DEVICE (VIGID) – ALCOHOL
D122015 DETECTOR
D122016 SBAMS (SMART BREAK ALUMINIUM MAGNETIC SYSTEM)
D122017
SMART CUTTER
D122018
D122019 KOTAK BUNGKUSAN PINTAR (SMART PARCEL BOX)

D222001 PENGAYAK PASIR AUTOMATIK
MULTI-M
D222002
D222003 MEMBINA DAN MEREKA BENTUK DRON PEMANTAU DI SEKOLAH

EARTH AND OUTER SPACE APPS IPGKP (EOSA IPGKP)

ROBOMOP

CONVERTING FOUNDRY WASTE MATERIALS INTO BRICKS TO
CULTURE RECYCLING THINKING IN ENGINEERING PROGRAMS

DBD STERILIZATION MACHINE

PEMEGANG KAYU SUDUT TIRUS MUDAH ALIH (PEKASIMA)

Kategori D 21

KEJURUTERAAN
Penghasilan produk bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal,
automotif atau idea dalam kemahiran teknikal dan seumpamanya..

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

E122001 E-ZOOTOPIA LEARNING APPS
E122002 SMART DRIVE THROUGH
E122003 SMART STOVE
E122004 SMART FARMING GUARD
E122005
NOISE AND MOTION DETECTION SYSTEM FOR HOME INTRUSION
E122006
SMART PORTABLE BODY TEMPERATURE MONITORING DEVICE
E122007 USING INFRARED
E122008 YALLA HALAL
E122009 MOBILE MODEL BOX
E122010 PAPERCRETE FLOWER POTS
AQUA FIX COOLER
E122011 “DE COTT-BASE KIT” LEARNING ENGLISH VOCABULARY THROUGH
TRADITIONAL GAMES
E122012 DNA SEQUENCE ALIGNMENT APPLICATION – BY USING THE
NEEDLEMAN-WUNSCH ALGORITHM IN REDUCING SEARCH SPACE
E122013 AND COMPUTATIONAL TIME
E122014 PEMBELAJARAN
E122015 GO GREEN APPS
E122016 GO ECO PLANT ENERGIZER (GEPE)
E122017 ENZYMEDEXTRIN
E122018 BOTTLE HOLDER
E122019 SMART MIST
E122020 SIMPLE AIR CONDITIONER
E122021
E122022 REMOTE CONTROL CROP WATERER (PENYIRAM AUTOMATIK)

E122023 SMART CUP HOLDER
FLEAP (FUN LEARNING ACTIVITIES POCKET)
E122024 TUT TUMBUH-TUMBUHAN MENGGUNAKAN MEDIUM
E122025 CAMPURAN TANAH HITAM, PASIR DAN PELEPAH PISANG KERING
E122026 SMART MIRROR
E122027 MAKE-IT COMPOST
E122028 PUTRA BC ( BIOPESTICIDES CONTROL) GOLD
E122029 I-CATCHER
E122030
E122031 SMART TRAVEL TOOTHBRUSH AND TOOTHPASTE

QUIZFIRE
TRIGONA BALM ( PROPOLIS KELULUT )
BUDAS - BUDAK ARCHI STORAGE

Kategori E

UMUM
Penghasilan produk atau idea selain dari kategori diatas.

22

Senarai Projek Inovasi

NO ID PENYERTAAN TAJUK INOVASI

E122032 STRAW TRAVEL KIT
E222001
SISTEM PENGURUSAN KAD GRADUAN
E222002
E222003 SISTEM PENIMBANGAN DAN PEMEROLEHAN DATA PERIKANAN
E222004 BERSEPADU (I-FISHDAC)
E222005 SISTEM PERMOHONAN KURSUS DALAMAN
E222006 MY ZAKAT CRYPTO: MODUL PEMBAYARAN ZAKAT KE ATAS
E222007 MATA WANG KRIPTO
E222009 SISTEM e-VOTE
DASHBOARD DATA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ARAU DAN KOLEJ
KOMUNITI CAWANGAN KANGAR
APLIKASI PETA MINDA MATEMATIK (APMM)
KON-MAS: KONTENA MUDAH ALIH SERBAGUNA

Kategori E

UMUM
Penghasilan produk atau idea selain dari kategori diatas.

23

Senarai Projek Inovasi

NO. ID PENDAFTARAN NAMA PRODUK

F122001 SMART ANIMAL SHELTER
F122002 IOT BASED VIF GREENHOUSE
F122003 VASSHELL
F122004 EZI MAQ
F122005 AL - FURQAN
F122006 SOBOMASK
F122007 WILD BOAR REPELLENT
F122008 SAHL MUROJA'AH
F122009 TEH KULIT LIMAU
F122010 AL FURQAN
F122011 AVOS SOAP
F122012 MOSIN TRAP
F122013 MELIPONI TECH
F122014 CONTACTLESS MEDICINE DISPENSER
F122015 HOESSD
F122016 FLUID DETECTOR SENSOR
F122017 DAPUR E-CHANF
F122018 ADJUSTABLE BOTTLE HOLDER
F122019 WILD BOAR REPELLENT
F122020 MELIPONI TECH
F122021 NIMOSTRAP
F122022 SAHL MUROJA'AH
F122023 CONTACTLESS MEDICINE DISPENSER
F122024 HOESSD
F122025 EZI MAQ
F122026 AL-FURQAN
F122027 SOBOMASK
F122028 WILD BOAR REPELLENT
F122029 SAHL MUROOJA'AH
F122030 KOPER MAGIC

Kategori F

SAINS TEKNOLOGI , KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK
(SEKOLAH MENENGAH)*

24

Senarai Projek Inovasi

NO. ID PENDAFTARAN NAMA PRODUK

F122031 TAMARIND COTA COOL
F122032 HF IRON
F122033 AVOS SOAP
F122034 MOSIN TRAP
F122035 MELIPONI-TECH
F122036 CONTACTLESS MEDICINE DISPENSER
F122037 HOESSD
F122038 CLEAN WATER AND SANITATION
F122039 GOOD HEALTH AND WELL BEING
F122040 PENAPIS AIR KOLAM
F122041 E-COAGULANT
F122042 THE SMART STAIN HANDLER

Kategori F

SAINS TEKNOLOGI , KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK
(SEKOLAH MENENGAH)*

25

Senarai Projek Inovasi

NO. ID NAMA PRODUK
PENDAFTARAN
G122001 SKEPA POWER CASE
G122002 SPEEDY VEGGIE CUTTER
G122003 SMART ROOF
G122004 SRI3 - BUPNER
G122005 AQUARIUM CLEAN AND SAFE FILTRATION SYSTEM
SMART PORTABLE BODY TEMPERATURE MONITORING DEVICE USING
G122006 INFRARED SENSOR
A REAL TIME REMOTE MONITORING OF HEART RATE BEDRIDDEN
G122007 PATIENTS AT HOME
SMART RACK
G122008 LIME GRADING TOOLS
G122009 KEEP
G122010 PICK MYUBAT
G122011 ZERO - BELL
G122012

Kategori G

SAINS TEKNOLOGI , KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK
(SEKOLAH RENDAH)*

26

Penghargaan

Kepada Yang Terlibat Secara Langsung
Atau Tidak Langsung

Bagi Menjayakan PRINTIS 2022

“INOVASI PENGGERAK
KOMUNITI DIGITAL”

Terima Kasih

LAMAN WEB RASMI
https://kkarau.mypolycc.edu.my/PRINTIS2022/

27


Click to View FlipBook Version