KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang
Persiaran Pelangi,Taman Pelangi
48000 Rawang, Selangor.
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 1 SESI 2022/ 2023
Tarikh : 30 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 9.30 malam
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
https://meet.google.com/gye-gbcg-ete)
BIL KEHADIRAN JAWATAN
1. Encik Sakri bin Said Penasihat
2. Dr. Fazlida binti Mohd Razali Yang Dipertua
3. Encik Abdul Talib bin Hassan Naib Yang Dipertua
4. Puan Noorshazlina Binti Zainal Setiausaha
5. Puan Jurinah binti Siron Bendahari
6. Puan Womadewi a/p Muthukumaran AJK Ibu Bapa
7. Puan Wan Norzety Elany binti Wan Muhamood AJK Ibu Bapa
8. Encik Mohd Ridzuan bin Wahid AJK Ibu Bapa
9. Encik Mohd Faizul bin Mohd Azem AJK Ibu Bapa
10. Puan Suzana bt Fauzi AJK Ibu Bapa
11. Puan Nor Dalilah Binti Abdullah AJK Ibu Bapa (Juru Audit Dalaman)
12. Puan Shaliha binti Masrullah AJK Guru
13. Puan Siti Nur Ashiqin bt Yaacob AJK Guru
14. Puan Rozlina binti Rosli AJK Guru
HADIR BERSAMA: PK Pentadbiran
PK HEM
1. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar
2. Puan Vanaja A/P Krishnan
TIDAK HADIR BERSEBAB: AJK Guru
1. Encik Ramlan bin Abdullah AJK Guru
2. Encik Sangar a/l Munisamy AJK Guru (Juru Audit Dalaman)
3. Puan Nurul Husna binti Mohd Jamil
1. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
(Dr. Fazlida binti Mohd Razali)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa ibu bapa dan juga guru
pada mesyuarat AJK PIBG kali pertama secara dalam talian pada tahun ini.
1.3 Pengerusi berharap dengan terbentuknya jawatankuasa ini akan dapat bersama-sama
membantu ke arah kemenjadian anak-anak SK Bandar Baru Rawang.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Tiada.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada.
Tindakan: Makluman
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Ucapan Penasihat PIBG
(Encik Sakri Bin Said)
4.1.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepadaYang Dipertua PIBG , Dr. Fazlida , Tn. Hj Mohd Ghazali,
Pn.Vanaja, seterusnya barisan AJK PIBG yang menghadirkan diri dalam mesyuarat kali pertama pada
tahun 2022. Tahniah di atas lantikan sebagai AJK PIBG bagi sesi 2022/ 2023. Penasihat berharap barisan
AJK sesi 2022/2023 diberikan keupayaan dan kekuatan untuk meneruskan agenda-agenda yang akan
dilaksanakan demi untuk SK Bandar Baru Rawang.
Tindakan: Makluman
4.2 Sesi Perkenalan Ahli Jawatankuasa
4.2.1 Semua AJK PIBG sesi 2022/2023 memperkenalkan diri.
Tindakan: Makluman
4.3. Pertukaran Tanda Tangan di Cek Akaun PIBG SK Bandar Baru Rawang
BANK MUAMALAT, NO AKAUN : (1201-0000836-71-8 ).
4.3.1. Pn. Womadewi a/p Muthukumaran mencadangkan Yang Dipertua PIBG sebagai penanda tangan wajib,
manakala setiausaha atau bendahari sebagai penanda tangan kedua. Nilai pengeluaran berjumlah
RM1.00-RM10,000.00 perlukan dua daripada tiga (2/3) penanda tangan manakala nilai pengeluaran
berjumlah RM10,001.00 atau lebih. perlukan tiga penanda tangan (3/3).
Penanda tangan yang dipersetuju adalah seperti berikut :
a. Fazlida binti Mohd Razali ( YDP ),No KP : 821120-06-5182
b. Noorshazlina Binti Zainal (Setiausaha ),No KP : 780901-07-5086
c. Jurinah binti Siron ( Bendahari ),No KP : 800320-01-5742
4.3.2. En. Abdul Talib bin Hassan menyokong cadangan ini.
4.3.3. Penasihat memaklumkan bahawa surat untuk pertukaran tanda tangan dan dokumen-dokumen yang
diperlukan telah pun disediakan dan akan menentukan tarikh ke bank untuk langkah seterusnya.
4.3.4. Pn. Nor Dalilah mengingatkan untuk membawa kad pengenalan ke bank bagi mengelakkan sebarang
masalah semasa proses tanda tangan dan mengambil gambar kad spesimen tanda tangan untuk
simpanan sendiri sebagai rujukan apabila menanda tangani cek pada masa akan datang. Tanda tangan
yang tidak sama akan menyebabkan cek dibatalkan dan boleh dikenakan denda mengakibatkan wang
simpanan di akaun PIBG akan ditolak.
Tindakan: Setiausaha Bendahari/Penasihat/YDP
4.4. Prosedur Permohonan Tanda Tangan Dari Pihak Luar
4.4.1. YDP memaklumkan sekiranya ada pihak luar yang ingin memohon sebarang kelulusan, sokongan atau
tanda tangan daripada PIBG, mestilah sekurang-kurangnya 3 hari waktu bekerja. Ini supaya dapat memberi
masa secukupnya kepada YDP untuk membuat penelitian sebelum menanda tangani sesuatu perkara.
4.4.2. YDP memaklumkan bahawa sebarang surat atau permohonan mestilah dihantar melalui pejabat SK Bandar
Baru Rawang dan disertai dengan dokumen sokongan yang lengkap.
Tindakan: Makluman
4.5. Kantin Sekolah
4.5.1. Penasihat memaklumkan bahawa pengusaha kantin sekolah secara sukarela menghentikan
perkhidmatannya di SK Bandar Baru Rawang mulai hari Khamis, 30 Julai 2022.
4.5.2. Penasihat memaklumkan semua AJK PIBG, pihak sekolah dalam proses untuk mengambil pembantu
penjualan makanan di kantin.
4.5.3. Penasihat membuka tawaran tersebut kepada sesiapa sahaja yang boleh mengusahakan kantin selama 6
bulan iaitu sehingga 30 November 2022 supaya hadir ke sekolah secepat mungkin dengan membawa
profile syarikat untuk di temuduga.
4.5.4. Ibu bapa telah dimaklumkan mengenai hal ini dan disarankan agar ibu bapa dapat membekalkan
makanan kepada anak-anak dalam tempoh ini sehingga dapat pengusaha kantin yang baru.
4.5.5. Pihak sekolah telah berhubung dengan pengusaha kantin daripada sekolah yang berdekatan iaitu SK
Sinaran Budi untuk menyediakan makanan bagi murid RMT dan juga jualan makanan untuk murid-murid lain.
4.5.6. PIBG juga boleh mengambil inisiatif menyediakan dana kebajikan seperti memberi roti atau apa sahaja
makanan secara percuma kepada murid sebagai salah satu aktiviti di bawah PIBG.
Tindakan: Makluman
4.6. Membaikpulih Bumbung Bangunan PPKI
4.6.1. Penasihat memaklumkan tentang jumlah duit yang telah diluluskan adalah sebanyak RM 55, 000 daripada
ICU dimasukkan ke dalam akaun PIBG.Duit ini akan digunakan untuk membaikpulih bumbung bangunan
PPKI yang terjejas akibat ribut.
4.6.2. Penasihat memaklumkan tempoh perlaksanaan pembaikan adalah selama 3 bulan dan laporan mesti
dihantar kepada ICU semula.ICU ialah Jabatan Pembangunan Persekutuan yang terletak di Shah Alam.
4.6.3. Pemilihan kontraktor untuk pembaikan akan diserahkan kepada PIBG Bersama dengan PPD secara
bersemuka.
Tindakan: Makluman
4.6.4. Penasihat akan melantik seorang wakil dari pihak sekolah untuk membuat pemantauan kerja apabila
pembaikan dijalankan. Pembayaran adalah daripada PIBG.
Tindakan: Penasihat dan YDP
4.6.5. YDP melantik Encik Mohd Ridzuan bin Wahid sebagai pemantau bagi kerja pembaikan bangunan PPKI
Tindakan: Encik Mohd Ridzuan bin Wahid
4.7. Penyertaan Sekolah Dalam Acara Sukan.
4.7.1. Penasihat memaklumkan tentang aktiviti sukan yang sedang berlangsung di peringkat daerah. Sekolah telah
memilih untuk menyertai beberapa acara sukan iaitu :
1. bola sepak : tidak berjaya ke peringkat seterusnya.
2. merentas desa : berjaya mendapat tempat ke 14 daripada 350 orang peserta (Murid Lelaki)
berjaya mendapat tempat ke 24 daripada 350 orang peserta (Murid Perempuan)
3. ping pong : akan bermula pada 4Julai sehingga 7 Julai 2022.
4. bola jaring : akan bermula 18-22 Julai 2022
4.7.2. Penasihat memaklumkan juga bahawa 4 acara sukan ini merupakan sukan elit sekolah. Sekolah akan melatih
dan menghantar penyertaan untuk acara ini setiap tahun.
Tindakan: Makluman
4.7.3. Perbelanjaan untuk yuran penyertaan ditanggung oleh pihak sekolah. Penasihat berharap pada masa akan
datang PIBG akan memberi sumbangan untuk sukan kerana ianya melibatkan aktiviti murid.
4.7.4. Penasihat memaklumkan bahawa pasukan bola sepak telah ada 2 set jersi. Pihak sekolah juga telah membeli
1 set jersi berharga RM 32 berserta dengan seluar untuk peserta merentas desa.
4.7.5. Penasihat memohon agar PIBG untuk memberi sokongan kepada murid dengan menaja 2 set jersi untuk
pasukan bola jaring yang melibatkan seramai 10 orang murid dan pasukan ping pong seramai 12 orang murid.
Tindakan: Makluman
4.7.6. Pn. Nor Dalilah mencadangkan pihak sekolah untuk menyenaraikan pasukan sekolah yang memerlukan jersi
supaya PIBG dapat membeli jersi secara pukal.
Tindakan: Semua AJK PIBG
4.7.7. Encik Mohd Faizul bin Mohd Azem mencadangkan untuk menaja 35 helai jersi kepada pihak sekolah dan
Encik Mohd Ridzuan bin Wahid menyokong cadangan ini.
Tindakan: Semua AJK PIBG
4.7.8. YDP melantik Encik Mohd Ridzuan bin Wahid untuk membantu menguruskan jersi untuk pasukan sekolah
Tindakan: Encik Mohd Ridzuan bin Wahid
4.8. Program Kecemerlangan Akademik (Kurikulum)
(Tn Hj Mohd Ghazali bin Hj Anuar, PK Pentadbiran )
4.8.1. PK Pentadbiran telah memohon sumbangan sebanyak RM 1000 daripada PIBG untuk Program
Kecemerlangan Akademik yang berikut:
1- Program Permuafakatan Tahun 6 : telah berlangsung pada 18 Jun 2022
2- Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Tahun 3 : 23 Julai 2022 (Bersama Ibu bapa)
3- Pertandingan Melukis Anjuran PLUS untuk tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) : 23 Julai 2022
4.8.2. Sumbangan diperlukan untuk menampung makan dan minum murid pada hari tersebut ( 23 Julai 2022) .
2 orang penceramah dari PPD akan turut serta.
Tindakan: Semua AJK PIBG
4.8.3. Penasihat memaklumkan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama PLUS berkolaborasi dengan sekolah.
Pertandingan melukis akan dibiayai oleh PLUS. PLUS akan membekalkan segala kelengkapan dan peralatan
melukis dan mewarna. Hadiah juga disediakan oleh pihak PLUS. Pihak sekolah akan menguruskan program
tersebut bersama dengan PIBG.
Tindakan: Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Acara Sukan Tahunan pada 7.8.2022
5.1.1 Penasihat memohon agar AJK PIBG untuk turut serta membantu pihak sekolah bagi melancarkan
acara sukan tahunan dan boleh diisytiharkan sebagai Sukan Anjuran Sekolah Bersama PIBG. Tahun ini
dalam gelombang PPPM 2013-2025 adalah tahun memperkasakan penglibatan ibu bapa , komuniti dan
swasta ( PIBKS). Setakat ini SKBBR telah berkolaborasi bersama ADABI, ADLM ,Coco Land dan sebagainya.
5.1.2. Selain itu, penasihat juga memohon sumbangan dari segi kewangan daripada PIBG untuk tujuan
penyewaan khemah sukan dan keperluan lain yang akan digunakan semasa hari sukan tersebut.
Tindakan: Semua AJK PIBG
5.1.3. YDP memaklumkan bahawa segala peruntukan dan pengeluaran duit PIBG mestilah secara berhemah
dan dipertimbangkan berdasarkan baki di dalam akaun PIBG untuk mengelakkan pemborosan.
Tindakan: YDP dan bendahari PIBG
5.2 Projek 1 Kerusi 1 Murid
5.2.1. Projek 1 kerusi 1 murid akan dilancarkan mulai esok (1 Julai 2022).
5.2.2. NYDP mengingatkan semula persetujuan yang telah dicapai di dalam mesyuarat Agung PIBG yang lalu
tentang tempoh sumbangan ibu bapa untuk Projek 1 Kerusi dan 1 Murid. Sekiranya dalam tempoh tertentu
dana masih tidak mencukupi, dana daripada Lembayung Pelangi akan digunakan untuk menampung kos
tersebut.
Tindakan: Makluman
5.2.3. YDP dan semua AJK bersetuju menetapkan tempoh selama 2 bulan iaitu sehingga 31 Ogos 2022 untuk
kutipan bagi Projek 1 Kerusi dan 1 Murid.
Tindakan: Semua AJK PIBG
5.2.4. YDP melantik Encik Mohd Faizul bin Mohd Azem untuk menguruskan projek ini.
Tindakan: Encik Mohd Faizul bin Mohd Azem
5.3. Gotong Royong Perdana
5.3.1. Semua AJK bersetuju untuk menjalankan aktiviti gotong royong perdana dan akan dibincang secara
terperinci pada masa yang akan ditetapkan.
Tindakan: Semua AJK PIBG
5.3.2. Program Keceriaan kelas akan bermula dari sekarang sehingga bulan Februari 2023. Gotong royong
perdana akan diadakan dalam tempoh program ini.
Tindakan: Makluman
5.4. Wang Tunai ( Petty Cash )
5.4.1. Encik Mohd Ridzuan bin Wahid mencadangkan jumlah yang boleh wang tunai yang boleh dipegang oleh
bendahari adalah sebanyak RM 300 dan disokong oleh Encik Mohd Faizul bin Mohd Azem.
Tindakan: Bendahari
6. PENUTUP
6.1. YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama yang diberikan.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 malam dengan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah.
Tindakan: Makluman
Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:
____________________ _____________________
(PN. NOORSHAZLINA BINTI ZAINAL) (DR. FAZLIDA BINTI MOHD RAZALI)
Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023
SK Bandar Baru Rawang SK Bandar Baru Rawang