The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTASI & LAPORAN BERGAMBAR
PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg. Yati, 2020-02-29 00:58:52

DOKUMENTASI JOM KE SEKOLAH

DOKUMENTASI & LAPORAN BERGAMBAR
PROGRAM JOM KE SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG GEMUROH
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

DOKUMENTASI

PROGRAM
JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2020

DISEDIAKAN OLEH :
CG. HAYATI HAMZAH
SU HAL EHWAL MURID
PAMPLET DAN DOKUMENTASI

ISI
KANDUNGAN

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN
PERINGKAT SEKOLAH

LAPORAN BERGAMBAR
PELAKSANAAN PROGRAM

LAMPIRAN
PAMPLET
SURAT MENYURAT
LAIN - LAIN

PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolabaratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku
murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui
Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah KPM.

RASIONAL

Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM

membuktikan keberkesana kedua-dua pihak dalam usaha

penguatkuasaaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam

kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat

memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun

selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang

Kehadiran PPS melalui program Jom ke Sekolah pada awal tahun

persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah

membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

OBJEKTIF

Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.

Membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah

Melancarkan Buku Panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah dan
PDRM

Anjuran dan Pelaksanaan

Program Jom ke Sekolah merupakan program kerjasama di
antara KPM ( Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ) dan
PDRM ( Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti ) Bukit Aman.

Pelaksanaan Pelancaran Program Jom Kesekolah
dilaksanakan secara serentak mengikut ketetapan .

Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat
sekolah. Penolong Kanan HEM adalah urusetia di
peringkat sekolah.

Kewangan

Menggunakan peruntukan sedia ada dan
dicadangkan memohon sumbangan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru

TARIKH PELANCARAN

Tarikh : 17 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Permata KGemS

7.45 pagi TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi
Perhimpunan Murid dan Guru
9.00 pagi Ketibaan tetamu

Nyanyian Lagu
Negaraku
Malaysia Bersih
Negeri Terengganu
Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan PK HEM
Ucapan Guru Besar
Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah

Gimik Perasmian Program Jom Ke
Sekolah

Ikrar Murid

Penyampaian Cenderahati

Jamuan Ringan

Bersurai

LAPORAN BERGAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM

Pada pagi yang cerah, murid-murid dan guru
berhimpun di dewan Permata KGemS sambil
menunggu ketibaan tetamu iaitu pegawai PPS dan
NYDP PIBG tiba di sekolah.

PPS : Koperal Azmi bin Hussain
NYDP PIBG ( Ketua Balai Polis Tepuh
Lans Koperal Afis bin Mohamad

: Tn. Hj. Yusof bin Ismail

Acara dimulakan dengan Nyanyian
Lagu Negaraku, Malaysia Bersih, Negeri
Terengganu dan lagu Sekolah.

Bacaan Doa dialunkan oleh Ustaz Mohd Najib bin Hj
Mustafa

Ucapan PK HEM
Ucapan Guru Besar

Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah

Gimik Perasmian Program Jom Ke Sekolah
https://www.facebook.com/903566519773018/po
sts/2545666775562976/

Ikrar Murid

Penyampaian Cenderahati

Pautan Link FB
Perasmian :
https://www.facebook.com/9035665197730
18/posts/2545666775562976/
Gambar :
https://www.facebook.com/9035665197730
18/posts/2545662398896747/

PENUTUP

Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan
dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan
PPS. Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan
usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih
positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.

Program seperti ini wajar diteruskan pada setiap tahun.
Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

( HAYATI BINTI HAMZAH )
Dokumentasi Program
Jom ke Sekolah










Click to View FlipBook Version