KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk
menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa
dengan frasa dan ayat dengan ayat.
2. Contoh:
a) Emak membeli baju dan seluar
(penggabungan kata)
b) Ali kurus tetapi tidak boleh berlari
(penggabungan frasa)
c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad
mengelap tingkap
(penggabungan ayat)
3. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Ayat Contoh
Gabungan
Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat
khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semua maka dia
pn keluarlah
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu juga
Bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha
lebih kuat lagi
Kata Ayat Contoh
Hubung
Pancangan
Agar Saya berharap agar kamu dapat datang
Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini
Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan
Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan
dahulu
Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolah sehingga habis
Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
Sementara Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM
Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama Selama ini saya mencari kamu
Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang Saya adalah seorang pelajar yang cemerlang
Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikan kamu
Kata Hubung Ayat Contoh
Berpasangan
Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
Baik…baik Baik Ali baik adiknya sama-sama pintar.
Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama
bergotong royong membersihkan balai raya
itu.
Bukan sahaja…bahkan Ali bukan sahaja nakal bahkan juga selalu
juga ponteng sekolah
Bukan sahaja…tetapi Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai
juga belajar
Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia
tak ada.
Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malas apatah
lagi adiknya
Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakin pemurah
Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin belajar namun
peperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia
kuat berlari
walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih
berusaha
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki
olehnya inikan pula Bukit Larut
Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa
ataupun ibu murid hadir ke Sekolah
Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana
Entah…entah Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Bukan sahaja….malah Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng
sekolah.