PANITIA PENDIDIKAN MORAL
TEKNIK ‘REALITI WORLD’ –DALAM MENARIK MINAT MURID MORAL 5SN,5T1,5T2,5PG
UNTUK MENGUASAI NILAI MORAL BIDANG PERKEMBANGAN DIRI
Abstrak
Perkembangan diri merupakan bidang pertama yang dipelajari oleh murid di dalam
matapelajaran Pendidikan Moral tingkatan 5. Sebagai bidang pertama, ianya dianggap
penting kerana memberikan asas pertama menguasai nilai-nilai moral. Seringkali didapati
bahawa murid-murid kurang berupaya untuk mengingati definsi dan kata kunci utama bagi
6 nilai yang dibincangkan di dalam bidang ini. Ini dapat dibuktikan menerusi hasil kerja
murid di dalam bahagian struktur yang meminta mereka untuk menghuraikan definsi nilai
bagi setiap nilai yang dipelajari. Teknik “Realiti World” ini telah dibentuk bagi murid
mengingati definsi dan kata kunci bagi 6 nilai moral. Hasil kajian terhadap 26 orang murid
pelajar moral mendapati PdP adalah berpusatkan murid. Ujian pos juga menunjukkan
terdapat peningkatan dalam pencapaian prestasi pembelajaran murid selepas mengikuti
“teknik Realiti World’.
1.0. Pendahuluan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan memepengaruhi tahap pencapaian
murid dalam mata pelajaran. Oleh itu, guru merupakan agen yang penting untuk
meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Menurut Mel Silberman(2010), guru boleh
menggunakan pembelajaran aktif untuk meningkatkan prestasi pelajar iaitu kaedah ini
membolehkan murid menggunakan minda untuk mengkaji, menyelesaikan masalah dan
menerapkan apa yang dipelajari. Sewaktu menjalankan aktiviti secara perbincangan, semua
pelajar yang terlibat cuba menyelesaikan apa saja permasalahan yang dihadapi demi
kebaikan diri sendiri dan ahli kumpulan secara keseluruhannya. Pembelajaran kooperatif
merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil
pembelajaran. Kaedah ini dapat menghasilkan pencapaian yang yang tinggi, memupuk sifat
kerjasama dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar juga meningkat . Dengan ini
kemahiran sosial pelajar juga meningkat. Peranan ahli kumpulan dapat menentukan
kejayaan kumpulan. Masing-masing dapat berbincang apakah strategi yang dpilih bagi
menjayakan misi mereka. Umpamanya, berbincang bagaimana menyelesaikan masalah
dihadapi, menunjur cara ahli kumpulan yang masih samar-samar mengenai tugasan,
menyemak perkara-perkara yang sudah diputuskan bersama supaya lebih memahami
berbincang mengenai konsep-konsep terlibat dan mengaitkan pengetahuan baru dengan
lama. Pembelajaran kooperatif dapat meninggkatkan keupayaan setiap individu dalam
pembelajaran masing-masing dan seterusnya meningkatkan prestasi individu .
Dengan hasil positif yang diperolehi maka kaedah perbincangan merupakan salah satu
kaedah yang amat sesuai digunakan dalam penyampaian pendidikan. Fungsi pengajaran
guru adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif. Oleh itu, satu sesi pengajaran yang
baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif
pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka.
Kaedah penyelesaian masalah mungkin merupakan salah satu pendekatan ke arah
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran
menyelesaikan masalah pelajar. Apabila kemahiran ini telah dikuasai, maka semua fakta
yang diperlukan boleh dicapai, terutamanya apabila ia berkait dengan situasi atau masalah
dalam realiti (Whittington, 2003). Era globalisasi kini menuntut pelajar yang berdaya saing,
bijak berkomunikasi.Kemahiran menyelesaikan masalah ialah kaedah atau cara untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dangan berkesan menggunakan pendekatan paling tepat
dan cekap. Kaedah menyelesaikan masalah merupakan satu kaedah yang dapat melibatkan
aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada
mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan
kemahiran (Khairuddin, 2005).
Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah adalah satu
pendekatan atau strategi pengajaran yang berasaskan masalah berkaitan situasi sebenar.
Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) adalah pengajaran berpusatkan pelajar yang
membenarkan pelajar untuk mengendalikan proses menyelesaikan masalah, menyatukan
teori dan praktis dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran untuk membina
penyelesaian dalam mentakrif masalah (Savery, 2006). Menurut Lynda Wee, (2004) PBM
adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum
balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap
subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui kaedah pembelajaran kendiri.
Justeru, melalui PBM pelajar perlu mengenal pasti masalah, mentakrif masalah, mengumpul
maklumat, mengenal pasti jalan penyelesaian, menilai setiap penyelesaian masalah,
membuat rumusan dan keputusan.
Dalam kajian ini, masalah yang ingin dikaji adalah mengenai pendekatan dalam pengajaran
dan kesannya terhadap pencapaian pembelajaran murid. Kajian ini harus dijalankan supaya
dapat mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian
pembelajaran murid.
2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Perkembangan diri merupakan bidang pertama yang dipelajari oleh murid di dalam
matapelajaran Pendidikan Moral tingkatan 5. Sebagai bidang pertama, ianya dianggap
penting kerana memberikan asas pertama menguasai nilai-nilai moral. Seringkali didapati
bahawa murid-murid kurang berupaya untuk mengingati definsi dan kata kunci utama bagi
6 nilai yang dibincangkan di dalam bidang ini. Ini dapat dibuktikan menerusi hasil kerja
murid di dalam bahagian struktur yang meminta mereka untuk menghuraikan definsi nilai
bagi setiap nilai yang dipelajari. Oleh itu, satu alternatif kaedah PDP yang menarik telah
dirancang bagi membantu murid dalam memahami dan mengingati definsi dan kata kunci di
dalam tajuk itu.
3.0 Isu Keprihatinan
Saya mendapati ramai murid tidak meminati bahagian soalan definsi nilai moral. Soalan
definisi mempunyai 2 markah untuk setiap satu nilai. Terdapat pelajar yang lansung tidak
menulis jawapan kerana tidak mahu memcuba. Murid didapati tidak memahami konsep dan
menghafal kata kunci bagi nilai moral . oleh itu, ia menyukarkan untuk mereka menulis
definsi dengan tepat. Berdasarkan refleksi tentang amalan pengajaran dan pembelajaran
yang lalu, terdapat perkaitan lansung antara kelemahan murid dengan kaedah pengajaran
guru. Oleh itu, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid perlu
dilakukan untuk meningkatkan pencapaian. Kaedah ini juga haruslah berpusatkan murid
agar mereka akan aktif mengambil bahagian.
4.0 Objektif Kajian
4.1 Objektif Kajian
1. Menyediakan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dengan penglibatan murid
secara aktif dalam proses PdP
2. Meningkatkan minat murid dalam matapelajaran pendidikan moral khususnya
bidang perkembangan diri
3. Meningkatkan jumlah murid yang menguasai definsi dan kata kunci nilai moral
4.2 Objektif Khusus
1. mengenalpasti kata kunci yang betul bagi 6 nilai moral.
2. Menjelaskan definsi bagi setiap nilai moral berasaskan nilai moral
5.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 26 pelajar kelas….5 Sains, 5T1, 5T2,5PG
6.0 Pelaksanaan Kajian
6.1 . Tinjauan Masalah
Temubual telah dilaksanakan secara rawak dalam kalangan murid yang terlibat bagi
meninjau kefahaman mereka di dalam bidang ini dan hasil temubual mendapati bahawa
masih ramai yang kurang menguasai definsi dan kata kunci di dalam bidang ini. Semakan
dilakukan terhadap hasil kerja soalan strukur murid-murid berkenaan topik ini dan didapati
bahawa hampir 46% murid masih kurang menguasai nilai-nilai moral perkembangan diri.
6.2 Ujian Pra
Sebelum aktiviti dilaksanakan, murid diberikan soalan-soalan berkaitan nilai-nilai moral
bidang perkembangan diri untuk dijawab. Sebanyak 6 soalan yang mengandungi situasi
diberikan kepada murid untuk dijawab. Jawapan murid telah disemak dan markah yang
diperoleh direkodkan untuk tujuan perbandingan kelak.
Tindakan Yang Dijalankan
Melalui Teknik Realiti world semua murid akan melibatkan diri dalam semua aktiviti dengan
aktif. Ini membantu murid mengingati kata kunci dan definsi nilai moral dengan mudah.
Murid juga akan berasa seronok apabila membuat aktiviti bersama dan memudahkan
mereka menghafal serta mengingati kata kunci dan definsi nilai moral. Dalam teknik ini, 6
kad nilai moral dalam bentuk gambar disediakan. Murid akan memilih satu nilai moral dan
menerangkan rasional mereka memilih nilai moral tersebut. Seterusnya dalam kumpulan
murid akan membuat perbincangan tentang kata kunci dan definsi untuk 6 nilai tersebut. Ini
membolehkan murid mengingatinya. Murid akan membentangkan hasil perbincangan.
Murid juga akan menyediakan satu situasi untuk dilakonkan mengikut satu nilai moral . Oleh
itu, murid mendapat gambaran sebenar tentang kaitan antara nilai moral dalam kehidupan
sebenar(reality world)
Aktiviti 1. : Kad Nilai
Cara Pelaksanaan
Gambar –gambar berkaitan dengan 6 nilai murni disediakan.Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil. Ketua kumpulan diminta untuk memilih satu kad yang mengandungi nilai
murni. Murid diminta mendapat maklumat tentang nilai murni berdasarkan buku teks.
Murid memadankan nilai murni dengan gambar yang disediakan. Guru memantau aktiviti
murid .
Setiap ketua kumpulan menerangkan kaitan antara gambar dengan nilai moral. Murid lain
mendengar penjelasan tersebut.
Aktiviti 2 : Perbincangan Kumpulan
Murid diberi tugasan untuk mencari definisi dan kata kunci bagi 6 nilai moral yang telah
diberi. Murid akan menerangkan definisi dan kata kunci masing-masing dalam kumpulan.
Seterusnya murid membentang hasil perbincangan. Cara ini akan membantu murid mudah
mengingati kata kunci dan definisi bagi nilai moral yang berkaitan.
Aktiviti 3 : Lakonan
Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu situasi berdasarkan nilai murni yang diberi.
Murid-murid dalam kumpulan akan berlakon berdasarkan situasi yang dihasilkan. Murid-
murid kumpulan lain akan menonton lakonan tersebut dan mendapat input berkenaan nilai
moral iaitu definsi dan kata kunci dalam situasi. Menerusi aktiviti ini juga, murid-murid
daripada kumpulan lain turut dapat memahami dengan lebih mendalam kata kunci dan nilai
murni. Murid dapat mengaitkan nilai moral dalam kehidupan dunia sebenar. Malahan murid
akan menambah kemahiran dan keyakinan diri serta memahami ciri-ciri nilai moral dengan
lebih baik.
Penilaian
Murid diberi soalan struktur untuk dijawab dalam tempoh masa yang diberikan. Jawapan
murid akan menentukan sejauhmana pemahaman mereka di dalam topik yang
dibincangkan. Tinjauan secara temubual juga dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas
murid berkenaan aktiviti yang dilaksanakan.
7.0 Dapatan Kajian
Hasil semakan terhadap latihan(ujian pos) yang diberikan didapati bahawa murid-murid
menunjukkan peningkatan penguasaan berhubung nilai-nilai moral yang dipelajari. Hampir
keseluruhan murid mencatatkan keputusan 81% ke atas yang menunjukkan peningkatan
yang ketara dalam prestasi murid. Temubual yang dilaksanakan juga mendapati bahawa
mereka berpendapat bahawa aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, membolehkan
mereka berinteraksi sesama mereka dengan berkesan serta memudahkan mereka
mengingat nilai-nilai murni, definisi dan kata kunci. Data pencapaian prestasi murid di dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti di Jadual 1 dan Rajah 1.
Jadual 1: Perbandingan Prestasi Murid Dengan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jenis Soalan Bilangan Murid
17-24 Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan/Pengurangan
9-16 9
0-8 5 22 +12
12
4 -1
0 -12
PRESTASI MURID DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN POS
25
20
15
ujian pra
10 ujian pos
5
0 9-16m 0-8m
17-24m
Melalui temubual yang dijalankan dengan murid, mereka berpendapat bahawa aktiviti
tersebut membentuk keyakinan diri, menyeronokkan, dan memudahkan mereka mengingati
kata kunci dan definsi nilai-nilai moral . Aktiviti yang dilaksanakan berjaya membantu murid
dalam aspek-aspek berikut:
I. Memudahkan murid mengingati definsi dan kata kunci nilai moral
II. Menambah keyakinan murid
III. Aktiviti PdP menarik minat dan menyenorokkan
8.0 Rumusan, Perbincangan & Cadangan Penambahbaikan
Dapatan kajian tindakan ini, menunjukkan bahawa penggunaan aktiviti “Realiti World’ ini
memberi impak positif kepada murid yang terlibat. Teknik ini telah menjadikan PdP lebih
menarik dan lebih berpusatkan murid.
Peranan murid didapati sangat penting bagi memastikan topik yang dikaji dikuasai . Malah
murid saling bekerjasama sesama mereka bagi mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Peningkatan prestasi murid di dalam ujian pos menunjukkan mereka berupaya
mengingat dan menghubungkaitkan dengan baik nilai-nilai moral dengan situasi sebenar.
Peruntukkan masa untuk PdP perlu ditambah dalam kajian ini memadangkan masa untuk
aktiviti lakonan mengambil masa yang panjang. Setiap kumpulan memerlukan lebihan masa
agar ia menjadi lebih berkesan.
RUJUKAN
eprintis.uthm.edu.my/9155/zuriawahida_zulkifli.pdf
Goldstein F. C., & Levin H. S. (1987). Disorders of reasoning and problem-solving ability. In
M. Meier, A. Benton, & L. Diller (Eds.), Neuropsychological rehabilitation. London: Taylor &
Francis Group.
Khairuddin, M. (2005). Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kaedah Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM) Berbanding Kaedah Kuliah Bagi Mata pelajaran Pengurusan Dan Organisasi
Tapak Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Awam. KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV
Kirkley, Jamie. (2003). Principles for Teaching
Lynda Wee (2004). “Jump Start Authentic Problem Based Learning.” Singapura: Prentice
Hall.
Mel Silberman.(2010). Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.
Savery. J. R. (2006). Overview of problem based learning : Derinition and distinction.
Interdisciplinary Journal Problem Based Learning, 1(1).
Soalan Penilaian
1.
Kumar telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah. Hakim telah menjatuhkan
hukuman enam tahun penjara
A. Terangkan satu nilai yang diamalkan oleh hakim .
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
B. Berikan definsi bagi nilai murni tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. MASALAH SOSIAL
• Pergaulan bebas
• Penyalahgunaan dadah
• Lumba haram
• Merokok
A. Terangkan satu nilai yang harus diamalkan oleh remaja .
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
B. Berikan definsi bagi nilai murni tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.
Tokoh-Tokoh Yang Berjasa
• Imam Al-Ghazali
• Swami Vivekananda
• Mother Teresa
Tokoh-tokoh di atas mudah digaul dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit
sentiasa merendah diri.
A. Terangkan satu nilai yang harus diamalkan oleh tokoh-tokoh di atas .
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
B. Berikan definsi bagi nilai murni tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.
TIGA POLIS KUANTAN DIREMAN KES RASUAH
A. Terangkan satu nilai yang harus diamalkan oleh anggota polis.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
B. Berikan definsi bagi nilai murni tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.
Amy menghabiskan masanya dengan melayari Facebook dan
Instagram tanpa menyiapkan kerja sekolah
A. Terangkan satu nilai yang harus diamalkan oleh Amy .
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
B. Berikan definsi bagi nilai murni tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6.
Aida: Yang ini murah, yang itu pun murah. Saya nak beli semua ini
Liza: Cukuplah. Troli pun sudah penuh dengan barang. Nanti tak cukup wang pula.
Aida: Murah sangat. Boleh guna kad kredit
A. Terangkan satu nilai yang harus diamalkan oleh Aida .