The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL TANGKAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Faizah Nurul Akma, 2023-06-13 01:30:50

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL TANGKAK

Keywords: POLISI

POLISI PELAKSANAAN PENYUSUAN SUSU IBU DAN PEMAKANAN BAYI HOSPITAL RAKAN BAYI HOSPITAL TANGKAK JOHOR DARUL TAKZIM


DISEDIAKAN OLEH: JT NOR FAIZAH NURUL AKMA BINTI AHMAD DISEMAK OLEH: PJ SURAYA BINTI RAZALI DILULUSKAN OLEH: DR ZAMRY RIDZAL BIN A.RAHIM HOSPITAL RAKAN BAYI HOSPITAL TANGKAK JOHOR DARUL TAKZIM


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA BFHI HOSPITAL TANGKAK


PENGENALAN HOSPITAL TANGKAK ADALAH HOSPITAL RAKAN BAYI YANG MELAKSANAKAN SEMUA PROSEDUR DALAM MEMPROMOSI, MELINDUNGI DAN MENYOKONG AMALAN PENYUSUAN SUSU IBU. BUKU KECIL INI DISEDIAKAN UNTUK MENJELASKAN PELAKSANAAN POLISI INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI DI HOSPITAL TANGKAK, JOHOR KEPADA ANGGOTA MAHUPUN ORANG AWAM. OBJEKTIF • MENGEKALKAN HOSPITAL TANGKAK MENJADI INSTITUSI RAKAN BAYI MELALUI PERLAKSANAAN KRITERIA BARU IAITU 10 LANGKAH DAN 4 PERKARA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU. • MEMBERITAHU IBU SUPAYA MEMBERI PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA – DARI LAHIR SEHINGGA BAYI BERUMUR 6 BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA BAYI BERUMUR 2 TAHUN. • MENGGALAKKAN LATIHAN DAN AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN HOSPITAL RAKAN BAYI YANG DIPERLUKAN. • MEMATUHI TATA ETIKA PEMASARAN PEMAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN


“Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA dari lahir sehingga umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan" POLISIPENYUSUAN SUSUIBU KEBANGSAAN


POLISI 10 LANGKAH 4 PERKARA KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA Langkah 1: Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Langkah 2: Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Langkah 3: Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu. Langkah 4: Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu. Langkah 5: Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi. Langkah 6: Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. Langkah 7: Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in): memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.


Langkah 8: Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues). Langkah 9: Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu. Langkah 10: Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibuibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik. Perkara 11: Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Perkara 12: Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Perkara 13: HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV Positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. Perkara 14: Amalan Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik: Semua ibu yang disahkan atau dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemik akan menerima runding cara serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut (infection prevention and control). POLISI 10 LANGKAH 4 PERKARA KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA


Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan bahawa: Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai bayi berumur 6 bulan. Ringkasan polisi inisiatif Hospital Rakan Bayi yang dipamerkan di kawasan yang bersesuaian, dalam bahasa dan ayat yang mudah difahami oleh anggota kesihatan dan orang awam Polisi perlu merangkumi penambahbaikan mengikut kesesuaian berdasarkan norma baharu kawalan dan pencegahan penyakit/ pandemik LANGKAH 1


LANGKAH 2 Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Latihan bagi semua Anggota Kesihatan Klinikal mesti merangkumi: 1. Pengurusan Laktasi (minima 20 jam termasuk sekurang-kurangnya 3 jam latihan amali). 2. Pengurusan penyusuan bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu. 3. Peranan hospital dan anggota kesihatan dalam mematuhi Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. 4. Semua anggota baru dilatih dalam tempoh masa 6 bulan setelah dilantik. Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik termasuk: 1. Pembantu Perawatan Kesihatan. 2. Anggota Perkeranian. 3. Telefonis. 4. Kaunselor. 5. Farmasi. Anggota yang tidak terlibat adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang diswastakan contoh: Medivest, Pengawal Keselamatan dan Sajian.


LANGKAH 2 Latihan bagi semua anggota kesihatan bukan klinikal mesti merangkumi: 1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia. 2. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap. 3. Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu. 4. Kriteria global 10 langkah dan 4 perkara. 5. Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri. 6. Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran. 7. Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.


LANGKAH 3 Memberitahu semua ibu mengandung tentang Kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu. Pengurusan dan penjagaan asas penyusuan susu ibu. Risiko pemberian makanan dan minuman lain kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama. • Semua ibu yang dimasukkan ke wad bersalin (Wad 1) akan diberikan ceramah Penyusuan Susu Ibu mengikut keperluan individu. Ceramah diberikan secara kumpulan atau individu. Sekurang-kurangnya 90% ibu-ibu yang masuk wad akan diberikan ceramah Penyusuan Susu Ibu. Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk tambahan iaitu: 1. Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19 2.Panduan dan tatacara pelaksanaan pendidikan penyusuan susu ibu adalah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Semua ibu dan bayi perlu mendapat sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi telah bersedia untuk menyusu dan bantu sekiranya perlu. i. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran. • Mengekalkan kehangatan badan bayi dan membuatkannya tenang. • Menggalakkan ikatan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan. • Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu ada-lah tempat yang selamat. • Membolehkan pengkolonisasi usus bayi dengan bakteria yang biasa berada pada ibu. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan paras gula dalam darah bayi. LANGKAH 4 Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.


ii. Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues). • Membuka mulut, dan mencari-cari payudara, menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. • Membuat pergerakan atau bunyi menghisap,menjelirkan lidah dan mengecap bibir. • Menghisap atau mengigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. • Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. • Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (‘soft whimper sounds)’ atau mungkin menangis. Kes Normal perlu menggunakan garis panduan sedia ada. Manakala bagi ibu yang suspected/ probable/ confirmed Covid 19, perlu merujuk kepada Carta Alir Rumusan Pelaksanaan Amalan Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik COVID Bagi Ibu Suspected/ Probable/ Confirmed COVID-19.


LANGKAH 5 Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan cara mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi Bantuan penyusuan susu ibu yang diberikan adalah seperti berikut: i- Semua ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu diajar tentang posisi dan pelekapan. ii. Semua ibu diajar tentang pemerahan susu ibu menggunakan tangan (atau diberi risalah dan penerangan rujukan untuk bantuan). Semua ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu haruslah: i. Diberitahu tentang risiko dan pilihan penyusuan lain serta dibantu untuk membuat pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan semasa mereka. ii. Diajar untuk menyediakan cara penyusuan pilihan bagi bayi mereka dan minta ibu membuat tunjuk cara apa yang telah dipelajari. iii. Diberi maklumat tentang risiko dan faedah pilihan pemberian penyusuan yang pelbagai dan bagaimana menjaga payudara sekiranya mereka tidak merancang untuk menyusu dengan susu ibu.


Makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian hanya diberi kepada bayi jika: Ada alasan perubatan. Ibu telah membuat pilihan berhemah setelah diberi runding cara tentang pelbagai pilihan, risiko dan faedah pemberian makanan kepada bayi (fully informed choices). Alasan untuk pemberian makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian perlu dicatatkan. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in) iaitu memastikan ibu dan bayi bersamasama selama 24 jam sehari. Semua ibu dan bayi ditempatkan bersama termasuk pada waktu malam. Bayi hanya boleh dipisahkan daripada ibu atas sebabsebab perubatan yang kukuh dengan rekod bertulis. LANGKAH 6 LANGKAH 7 Tidak memberikan bayi baru lahir makanan dan minuman selain susu ibu kecuali sebab-sebab perubatan.


LANGKAH 8 Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi ( on demand ) atau dorongan bayi ( baby– led feeding ) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu ( feeding cues ). Ibu diajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda- tanda bayi lapar dan setelah kenyang. Tiada had ditetapkan ke atas kekerapan dan tempoh penyusuan susu ibu.


LANGKAH 9 Tiada pemberian puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu. Bayi tidak diberi susu menggunakan botol dan puting. Ibu diajar tentang risiko menggunakan botol susu. Bayi yang menyusu susu ibu tidak diberi puting kosong atau puting tiruan.


LANGKAH 10 Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital. Ibu diberi maklumat tentang sekurang-kurangnya satu kaedah untuk mendapatkan bantuan dan sokongan penyusuan susu ibu selepas keluar daripada hospital. Contoh kaedah: menghubungi hospital, klinik kesihatan, kumpulan sokongan atau kaunselor laktasi. Pihak hospital perlu menggalakkan penubuhan atau bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan/atau perkhidmatan masyarakat lain yang menyediakan sokongan penyusuan susu ibu. Ibu perlu diberi maklumat dan penerangan tentang cara untuk mendapatkan bantuan berkaitan pemberian makanan bayi sejurus selepas keluar dari hospital (terutamanya 2-4 hari selepas keluar daripada hospital dan minggu berikutnya). Sewaktu pandemik, sokongan atau perjumpaan kumpulan sokongan adalah digalakkan dijalankan secara virtual. i. Ahli kumpulan sokongan digalakkan untuk aktif di alam maya melalui pelbagai aplikasi media sosial seperti facebook, whatsapp group, telegram dan sebagainya. ii. Bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan mengemaskini maklumat terkini dan menggalakkan perjumpaan menerusi mesyuarat/ perbincangan secara atas talian.


• Melarang promosi produk gantian susu ibu. • Melarang promosi botol susu, puting susu dan puting kosong. • Melarang pengedaran sampel, hadiah percuma dengan produk gantian susu ibu, botol susu, puting susu dan puting kosong atau bahan-bahan promosi produk tersebut kepada ibu-ibu, ibu hamil atau ahli keluarga mereka. • Hospital tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga pasaran yang disyorkan. • Tidak menerima sebarang penajaan atau insentif dalam bentuk tunai atau barangan daripada pengilang atau pengedar. • Garis Panduan Sumbangan/ Tajaan Daripada Syarikat Yang Memasarkan Produk Susu Formula Bayi dan Produk-produk Tersenarai Dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Semasa Wabak COVID-19 , 12 April 2020 seperti di Lampiran 4 perlu dirujuk sekiranya berkaitan. PERKARA 11 Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.


Polisi Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk: 1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. 2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). 3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. 4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. 5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. PERKARA 12 Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).


PERKARA 13 HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. • Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi termasuklah risiko dan kebaikan pilihan pemberian makanan lain. • Anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan ibu HIV positif haruslah dilatih dalam latihan pemakanan bayi dan HIV. PERKARA 14 Amalan penyusuan susu ibu semasa pandemik Semua ibu yang disahkan atau dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemik akan menerima runding cara serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut (Infection and control)


By Olivia Wilson JOHOR DARUL TAKZIM


Click to View FlipBook Version