The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miezanjabby, 2021-09-28 21:28:24

Piramid Makanan Malaysia 2020

Piramid Makanan Malaysia 2020

Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat
Mengambil Makanan Dengan Betul

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu

diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana

bilangan kumpulan makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.

Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia

ingin memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang merupakan semakan semula kepada Piramid

Makanan 2010. Antara perubahan besar dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah:

1. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid
Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin
dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling
banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian
buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang
penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

2. Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah
iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini
juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras
perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

3. Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid Makanan Malaysia
2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga
kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19 ini.

Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan

pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan

penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi.


Click to View FlipBook Version