FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TIKTOK : KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN Wadahe-Buletin Rasmi Kolej Komuniti Teluk Intan SIRI 2 JILID 2023 PENERAJU TVET YANG UNGGUL MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2023 KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK MERAMPAS SEMULA GELARAN JUARA HIPA 6.0
SIDANG REDAKSI Kolej Komuniti Teluk Intan 10-20, Persiaran Intanova, Taman Intanova, 36000 Teluk Intan, Perak +6 05-622 2134 Sidang redaksi e-Buletin, Kolej Komuniti Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Kolej Komuniti Teluk Intan, dan staf Kolej Komuniti Teluk Intan yang menjayakan penerbitan e-Buletin. Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, sila email ke : [email protected] PENASIHAT : En Muhammad Hatta bin Ibrahim PENASIHAT TEKNIKAL : Puan Nani Idayu binti Shamsudin KETUA EDITOR : Syahmihanif Syah bin Md Sah PEN. KETUA EDITOR : En M Shariff bin Aziz EDITOR: Pn Nurul Iva binti Muzamli JURUGAMBAR: Puan Nur Liyana binti Che Ibrahim PEREKA GRAFIK: Syahmihanif Syah bin Md Sah SIDANG REDAKSI
SIDANG REDAKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam penerbitan e Buletin Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI). Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Kolej Komuniti Teluk Intan dan semua pihak atas daya usaha merealisasikan penerbitan eBuletin ini Saya percaya, e-Buletin ini merupakan wadah dalam berkongsi maklumat kepada pembaca mengenai maklumat jabatan, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Teluk Intan. Penerbitan e-Buletin ini diharap dapat mencapai matlamat KKTI untuk memastikan masyarakat di luar sana mengetahui mengenai Kolej Komuniti Teluk Intan. Adalah menjadi harapan saya agar penerbitan e-Buletin ini akan memberi maklumat yang jelas dan menjadi rujukan kepada seluruh pembaca berhubung dengan Kolej Kolej Komuniti Teluk Intan. Pembaca diharap mendapat gambaran betapa seriusnya pihak kami hendak menjadikan Kolej Komuniti Teluk Intan sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang aktif dan padat dengan program demi manfaat pelajar dan bakal pelajar kami EN MUHAMMAD HATTA BIN IBRAHIM PENGARAH KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Aspirasi Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan
SIDANG REDAKSI Isi Kandungan Penulisan Terbaik - Akademia Memoire Famille D'Animation Sukses Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Kolej Komuniti Teluk Intan Institusi TVET Pilihan Pelajar KKTI Gegar Frekuansi Radio Negeri Perak Kolej Komuniti Teluk Intan Terima Pelajar Baharu Madani Perkeso Prihatin 2023 Teluk Intan Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Lawatan Unit Animasi 3D Kolej Komuniti Teluk Intan Kesihatan TWIST 2023 CEO@POLYCC Dedah Industri Kepada Pelajar Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti Madani 2023 Kolej Komuniti Negeri Perak Tawan HIPA 6.0 Majlis Apresiasi Keluarga Kolej Komuniti Teluk Intan KKTI Memenangi Kemahiran Teknikal Bagi Program Contentpreneur BIZZ Talk 2023 Bola Atas Padang, Pingat Atas Badan Bagi Kategori Lelaki dan Wanita Latihan Kebakaran Elak Merebak Teruk Senyuman Anak-Anak PPDK Terhadap Mural yang di Impikan The Anson Stompers Buat Persembahan kepada 200 Ribu Pengunjung Munajat Perdana Untukmu Palestin Conteng-Conteng, Pekan Kartun di Edisi Ke-9 Tonjol Kreativiti Kartunis Majlis Pelancaran Program Perak Sejahtera 2023 Showcase CXIX3D : Tonjolkan Identiti Projek Pelajar Memoire D Animation Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baru 5 6 7 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30 32 34 35 36 38 40 42 44 46 48 50
AYER KEROH, 24 OKTOBER 2023 - Bersempena dengan Sambutan Hari Akademia yang disambut pada setiap 5 Oktober dan Bulan Akademia sepanjang bulan Oktober pada setiap tahun, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menganjurkan Anugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) 2023 dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), disini. Warga Kolej Komuniti Teluk Intan mengucapkan setinggi tahniah kepada Puan Nurul Iva Mohd Muzamli, Pensyarah Animasi 3D di atas pencapaian antara 5 Penulisan Terbaik dalam Penerbitan Artikel Penulisan Kreatif bagi Anugerah Akademia POLYCC 2023. Semoga penghargaan ini menjadi pendorong di masa hadapan. Penulisan Terbaik - Akademia 5
Pada 27 Jun 2023 bertempat di Restoran Warisan Teluk Intan telah diadakan Majlis Memoire Famille D'Animation bagi meraikan para pelajar tahun akhir STD 3, Sijil Animasi 3D. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan, Encik Muhammad Hatta Bin Ibrahim dan diiringi oleh Encik Mohd Shahrul Izwan Bin Ibrahim (TPA) dan Puan Nani Idayu Bin Shamsudin (TPP) serta barisan pensyarah KKTI. Semoga para pelajar terus maju ke hadapan dan sentiasa cemerlang walau di mana anda berada. Kolej Komuniti melahirkan juara! Memoire Famille D'Animation 6
2 Ogos 2023 - Unit Pengambilan Kolej Komuniti Teluk Intan berdedikasi dalam menyampaikan maklumat hebahan dan promosi bagi Kolej Komuniti Negeri Perak bertempat di Dewan Jubli, Politeknik Ungku Omar. Program ini turut disertai oleh wakil Promosi Kolej Komuniti -Kolej Komuniti di Negeri Perak. Program SUKSES (Karnival Pendidikan Kerjaya Murid) memberi peluang dan ruang untuk para pengunjung mengetahui lebih lanjut berkaitan penawaran pendidikan ke institusi pendidikan tinggi. SUKSES Karnival Pendidikan Kerjaya Murid 7
18 Julai 2023 - Seramai 141 Orang Pelajar SMK Sultan Abdul Aziz telah menyemarakkan Program Kerjaya, Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM & Selangkah Ke KKTI pada hari ini bertempat di Dewan SMK Sultan Abdul Aziz. Program ini memfokuskan kepada beberapa perkara seperti: 1. Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM 2. Aplikasi UPU POCKET 3. Selangkah Ke KKTI (Program yang ditawarkan) 4. Pameran Interaktif (Sijil Animasi 3D & Sijil Penyeliaan Tapak Bina) Kolej Komuniti Teluk Intan Institusi TVET Pilihan Pelajar 8
9
28 Ogos 2023 - Radio Perak FM telah menjemput Kolej Komuniti Teluk Intan bersama-sama Puan Nurul Iva binti Muzamli dan Puan Norfarrah Syahirah Binti Shaari dalam temu bual mereka di rancangan Perak Prihatin. Temubual tersebut disiarkan secara langsung pada 28 Ogos 2023 jam 10.15 pagi di Kompleks Penyiaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Temubual tersebut juga di buat secara langsung di Youtube Chanel Perak FM. KKTI Gegar Frekuansi Radio Negeri Perak 10
11 Temubual tersebut memberi pendedahan kepada seluruh rakyat negeri Perak berkaitan Kolej Komuniti Negeri Perak khususnya Kolej Komuniti Teluk Intan, Puan Nurul Iva telah memberi penerangan berkaitan Kolej Komuniti pada temubuat itu. Temubual itu turut mengkisahkan Ikon OKU Belia Malaysia iaitu Puan Norfarrah Syahirah. Pelbagai coretan kisah dan motivasi yang diberikan sepanjang temubual itu berlangsung. Pada hari tersebut juga, telah berlangsung program Kemerdekaan Jabatan Penyiaran Perak. Pengarah Penyiaran Perak YBrs En Mohd Yusni Mohamed Ali telah merasmikan program kemerdekaan dan menjemput Kolej Komuniti Teluk Intan bersama-sama menjayakan program itu.
22 Ogos 2023 - Sekitar sesi pendaftaran pelajar baharu Sijil Animasi 3D dan Sijil Penyeliaan Tapak Bina Sesi 1 2023/2024 yang berlangsung di Kolej Komuniti Teluk Intan. En Muhammad Hatta bin Ibrahim, Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan turut hadir bagi mengalualukan sesi pendaftaran pelajar. Lensa kami juga sempat merakam detik-detik pendaftaran yang berlangsung. Pendaftaran pelajar baharu pada sesi kali ini mempunyai pelajar dari pelabagai latar belakang dan serantau negeri. Hampir 40 Orang pelajar telah mendaftar di Kolej Komuniti Teluk Intan Kolej Komuniti Teluk Intan Terima Pelajar Baharu Pihak Kolej Komuniti Teluk Intan telah memulakan persedian awal bagi menyambut kehadiran pelajar baharu semester ini bagi memastikan pelajar dapat mendaftar dalam keadaan kondusif dan selesa. Pelajar baharu ini akan mengikuti Program Sijil selama 2 tahun termasuk menjalani latihan Industri untuk melayakkan mereka menerima Sijil yang mereka pelajari. 12
13
30 September 2023 - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Teluk Intan telah menganjurkan Program Madani PERKESO Prihatin 2023 pada 30 September 2023 dengan kerjasama lebih 10 agensi di seluruh daerah Hilir Perak. Program ini adalah bagi memberi kesedaran mengenai inisiatif-inisiatif baharu PERKESO kepada masyarakat serta penghargaan kepada agensi setempat. Madani PERKESO Prihatin 2023 ini telah dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Pasir Bedamar, YB Tuan Woo Kah Leong pada sesi pagi yang dihadiri lebih 100 jemputan melibatkan ketua-ketua jabatan agensi setempat, wakilwakil persatuan dan organisasi bukan Kerajaan (NGO), Orang Berinsurans (OB) yang layak menerima faedah PERKESO seperti Hilang Upaya Kekal, alat pemulihan dan sebagainya serta pencarum skim keselamatan sosial di bawah PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Madani Perkeso Prihatin 2023 Teluk Intan 14
15 Program yang dapat meningkatkan imej Teluk Intan dan menambah nilai komersial ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai pameran daripada jabatan dan agensi sekitar daerah Hilir Perak serta Institut Pengajian Tinggi (IPT). Lebih 100 jawatan kosong juga dibuka bagi pencari kerja dengan penglibatan sebanyak 7 majikan sekitar Perak khususnya daerah Hilir Perak seperti Medifa Care, Anson Bay Medical Centre, A&W Malaysia Sdn Bhd dan QL Foods Sdn Bhd. Kolej Komuniti Teluk Intan telah bersama-sama dalam Program ini dengan mengadakan pameran dan juga persembahan dari The Anson Stompers. Program Madani PERKESO Prihatin 2023 telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran lebih 100 pengunjung dan tetamu jemputan seperti Penghulu, Ketua Kampung, Amanah ikhtiar Malaysia, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta masyarakat setempat telah memenuhi dewan utama bagi mendapatkan pelbagai maklumat melalui taklimat daripada jabatan dan agensi setempat pada sesi petang program, antaranya taklimat oleh PERKESO, MEDIFA Care, PTPTN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Physioactive Rehab & Healthcare Centre. Program diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar.
19 September 2023 - Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 bagi Sidang 4 telah berlangsung petang tadi di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dan disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Fawnizu Azmadi, Associate Professor of Electrical dan Electronic Engineering Department, Universiti Teknologi Petronas & Ahli Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik. Seramai 865 graduan dari Kolej Komuniti Zon Perak telah diraikan meliputi pelbagai bidang pengajian di peringkat diploma dan sijil. Di samping majlis tersebut, terdapat pelbagai booth-booth pameran pendidikan dan gerai-gerai jualan di sekitar Dewan Tuanku Canselor, USIM tersebut. Antaranya booth pameran pendidikan bagi mempromosi pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti. Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 16
17
Selayang, 13 September 2023 - Unit Animasi 3D Kolej Komuniti Teluk Intan telah mengadakan lawatan di Kolej Komuniti Selayang. Lawatan ini memberi pendedahan dan perkongsian daripada Diploma Game Art dan latihan kepada pelajar untuk membina projek yang menarik. Tujuan lawatan ini adalah untuk perkongsian pintar mempelajari teknik animasi terkini dalam bidang aplikasi teknologi digital dan Digital Art Games. Disamping itu lawatan ini dapat memberi pengetahuan yang luas kepada pelajar-pelajar Sijil Animasi 3D tentang inisiatif pembelajaran dan menggalakan pemikiran usahawan dalam bidang animasi. Kolej Komuniti Teluk intan juga dapat meninjau spesifikasi makmal animasi dan kemudahan terkini bagi program animasi dan inovasi kreatif Lawatan Unit Animasi 3D Kolej Komuniti Teluk Intan 18
19
6 September 2023 - Program Kesihatan TWIST 2023 bersama Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hilir Perak. Program ini adalah salah satu inisiatif kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian KKM dan Jabatan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang direka untuk golongan muda yang menyambung pengajian di Kolej-Kolej Komuniti di seluruh negara. Objektifnya adalah untuk meningkatkan status kesihatan pergigian pelajar-pelajar di Kolej komuniti. Aktivitiaktiviti termasuklah ceramah pendidikan kesihatan pergigian, saringan, rawatan dan latihan kepada Ikon Gigi (IGG). Kesihatan TWIST 2023 20
21
4 Oktober 2023 - Program Perkongsian CEO@POLYCC 2023 telah diadakan di dewan kuliah Kolej Komuniti Teluk intan. Program ini adalah anjuran Unit Perhubungan Industri dan Alumni, Kolej Komuniti Teluk Intan. Program perkongsian CEO@PolyCC di sampaikan oleh Ts Muhammad Ibrahim bin Hussain dari Sigma Rectrix System (M) Sdn Bhd Objektikf utama program adalah bagi menghasilkan kolaborasi berimpak tinggi bersama pemain industri bagi memberi pendedahan dan peluang kepada warga TVET untuk mendapatkan tempat seperti latihan industri, pekerjaan, serta memberi perkongsian ilmu, pengalaman kerjaya dan motivasi kepada warga TVET bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam mencapai pembangunan lestari. CEO@POLYCC Dedah Industri Kepada Pelajar 22
23
Ipoh, 05 Oktober 2023 - Kolej Komuniti Teluk Intan telah menghantar sebanyak 40 orang pelajar dan En Syahmihanif untuk mengikuti Program Jerayawara KASIH KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual. Program kali ini berada di Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Hotel Casuarina @Meru, Ipoh, Perak pada 05 Oktober 2023 (Khamis). Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan menyebarluas pemakaian garis panduan serta notis antigangguan seksual kepada masyarakat. Gangguan seksual merupakan fenomena global yang semakin berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia. Antara pengisian program pada kali ini ialah Taklimat Advokasi Antigangguan Seksual oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Taklimat Pengendalian Kes Kesalahan Seksual terhadap Wanita dan Kanak-Kanak oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Taklimat Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Demo Pertahanan Diri oleh PDRM, agensi-agensi kerajaan dan swasta, Jualan Rahmah serta jualan produk tempatan yang diusahakan oleh kumpulan sasar KPWKM. Program Jerayawara KASIH KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual. 22 24
25 Turut hadir dalam program ini ialah YB Pn. Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan pegawaipegawai kanan Kementerian.
KUALA KANGSAR, 14 Oktober 2023 - Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti MADANI Tahun 2023 menerima pengiktirafan 'peserta paling ramai dalam penganjuran kursus pendek dan serentak di seluruh negara' daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan seramai 14,545 orang. Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan kepada YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) oleh pihak MBOR semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival PSH Komuniti MADANI Tahun 2023, di sini, hari ini. Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti Madani 2023 26
27 Kursus pendek yang berjalan selama sehari ini ditawarkan kepada orang ramai secara percuma meliputi pelbagai bidang seperti katering dan sajian; komputer dan teknologi maklumat; perniagaan dan keusahawanan; kecantikan dan dandanan serta banyak lagi. Penganjuran karnival ini juga merupakan bukti bahawa JPPKK sentiasa menyokong kerangka besar Ekonomi MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Strategi 4P bagi menjayakan Ekonomi MADANI antaranya iaitu Pemindahan dan Perkongsian Ilmu. JPPKK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang telah mengambil bahagian pada penganjuran karnival kali ini serta kepada seluruh warga Kolej Komuniti yang telah menggembleng tenaga dalam menjayakan karnival ini.
Machang, 12 Oktober 2023 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HiPA 6.0) Kolej Komuniti Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YAS Ketua Pesuruhjaya (PA) Datuk Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Dewan Professional UiTM Machang, Kelantan. Majlis juga dihadiri oleh Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. HiPA 6.0 ini bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2023 yang melibatkan seramai 70 kadet PISPA terbaik daripada 10 zon Kolej Komuniti seluruh Malaysia telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kem Wawasan UiTM, Machang. Kolej Komuniti Negeri Perak Tawan HIPA 6.0 28
29 Terdapat 4 CP iaitu CP 1 Perawatan Awal, CP 2 Melawan Kebakaran, CP 3 Menyelamat Mangsa dan CP 4 Merempuh Halangan serta War Cry Battle bertemakan Seni Tari Tempur yang dipertandingkan. 9 orang kadet PISPA terbaik mewakili Kolej Komuniti Zon Negeri Perak dari 7 buah Kolej Komuniti Negeri Perak yang telah terpilih melalui Latihan Medan yang lalu telah bergabung untuk berentap bagi merebut gelaran Juara HiPA 6.0 pada kali ini. Alhamdulillah dengan izinNya PISPA KK Negeri Perak berjaya memenangi 4 dari 5 acara tersebut:- 1. CP 1 Perawatan Awal - Tempat Ketiga 2. CP 2 Melawan Kebakaran - Tempat Kedua 3. CP 4 Merempuh Halangan - Tempat Kedua 4. War Cry Battle - Tempat Kedua Dengan kemenangan ini telah menjadikan PISPA KK Perak sebagai Johan Keseluruhan HiPA 6.0 pada tahun 2023 sekaligus membawa pulang piala pusingan.
20 Oktober 2023- Telah berlangsung Majlis Apresiasi Keluarga KKTI sempena Persaraan En Darul Aman Bin Mohamad Yusub, Pegawai Sukan Kolej Komuniti Teluk Intan. Selamat Bersara diucapkan kepada En Darul Aman Bin Mohamad Yusub setelah bekerja selama lebih 38 tahun dan berkhidmat di KKTI selama 8 tahun. Seluruh warga Kolej Komuniti Teluk Intan mendoakan semoga beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang. Majlis Apresiasi Keluarga Kolej Komuniti Teluk Intan 30
31
IPOH, 28 Oktober 2023 - Program Contentpreneur Bizz Talk dengan tema Incredible Contentpreneur to Be merupakan satu inisiatif yang ditawarkan kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) KKTI Memenangi Kemahiran Teknikal Bagi Program Contentpreneur BIZZ Talk 2023 serta usahawan yang terlibat dalam penghasilan isi kandungan digital dalam melahirkan usahawan kreatif dan berjaya dalam era digital. Program yang mendapat kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Sekretariat Usahawan Perak (STeP), Communication and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) dan Zayan FM ini telah disertai seramai 300 orang pelajar POLYCC Zon Perak dengan menghasilkan kandungan digital termasuk penyediaan copywriting yang menarik, teknik penyuntingan foto dan video serta kaedah pemasaran digital. Satu majlis penutupan telah diadakan hari ini dan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO), disini. 32
33 Beliau turut menyampaikan anugerah kepada para pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan menerusi lima (5) kategori iaitu Kreativiti dan Inovasi, Kualiti Kandungan, Kemahiran Teknikal, Pengaruh dan Kesesuaian serta Anugerah Pilihan Juri. Kolej Komuniti Teluk Intan telah memenangi kategori Kemahiran Teknikal bagi Program Contentpreneur Bizz Talk. Pertandingan tersebut telah berlangsung di dalam Program Impactful Creatorprenuer 2023 yang dianjurkan sebelum ini pada 5 – 6 September 2023 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Perak. Turut hadir pada majlis penutup ini ialah YBrs. Encik Ahmad Nashad bin Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Tapah merangkap Pengarah Keusahawanan POLYCC Zon Perak dan YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Pengarah PUO.
Kolej Komuniti Teluk Intan telah menghantar sebanyak 4 orang atlet Woodball bagi Kejohanan Tertutup Kolej Komuniti Negeri Perak. Kejohanan ini adalah anjuran Kolej Komuniti Negeri Perak dengan kerjasama MASKOM dan dikelolakan oleh Kolej Komuniti Sungai Siput. Kejohanan ini telah berlangsung pada 27-28 Oktober 2023, kejohanan pada hari jumaat telah bermula bagi kategori staf POLYCC Negeri Perak, manakala Kejohanan pada hari Sabtu adalah bagi kategori Pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak. Tahniah kepada Kolej Komuniti Teluk Intan kerana mendapat tempat ke-3 bagi kategori Pelajar Lelaki dan Wanita. Bola Atas Padang, Pingat Atas Badan Bagi Kategori Lelaki dan Wanita 34
20 November 2023-Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah diadakan di Kolej Komuniti Teluk Intan bertujuan memberi pendedahan dan memberikan latihan persediaan kepada warga Kolej Komuniti Teluk Intan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya kebakaran benar-benar berlaku di dalam bangunan. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan kerana sudi memberikan latihan ini kepada warga KK Teluk Intan. Latihan Kebakaran Elak Merebak Teruk 35
Program Khidmat Masyarakat oleh sekumpulan pelajar Animasi Kolej Komuniti Teluk Intan (kkti) di PPDK Cahaya Intan baru-baru ini memberi motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan mencapai kecemerlangan. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta program dalam berinteraksi dengan masyarakat. Di samping itu, program ini juga menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan melalui pelbagai medium dalam kehidupan, serta memberi pengalaman berkualiti untuk pelajar. Selama 7 Hari Pelajar-pelajar berkampung di PPDK Cahaya Intan untuk melukis mural iaitu pada 26 Oktober - 1 November 2023. En Muhammad Hatta bin Ibrahim, Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan hadir sama bagi merasmikan penutup program CSR Mural yang telah dijalankan di PPDK Cahaya Intan Senyuman Anak-Anak PPDK Terhadap Mural yang di Impikan 36
37
10 November 2023 - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di sini bermula semalam hingga Ahad menarik minat pelbagai golongan. Tinjauan pada hari pertama penganjurannya di sini semalam mendapati HPPNK 2023 bukan sahaja menarik minat peladang, penternak dan nelayan ke lokasi penganjuran tetapi juga golongan muda. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini paling meriah sepanjang penganjurannya. The Anson Stompers Buat Persembahan kepada 200 Ribu Pengunjung 38
The Anson Stompers telah memberi persembahan yang sangat prestij ketika Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2023 telah berlangsung. Persembahan tersebut telah memberi kemeriahan kepada 200 Ribu pengunjung yang hadir untuk melihat segala pameran yang telah dibuat HPPNK 2023 dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan sektor agro makanan untuk dijadikan satu agenda dalam negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pembangunan negara. Sambutan HPPNK juga diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan di negara kita. Malah, HPPNK adalah salah satu platform untuk mempamerkan kisah kejayaan para peladang, penternak dan nelayan di samping menggalakkan dan menarik minat golongan muda untuk menceburi sektor pertanian. 39
24 November 2023 - Kolej Komuniti Teluk Intan bersama-sama dalam program Munajat Perdana Untukmu Palestin. Satu perarakan dan perhimpunan Palestin telah di adakan di Menara Condong Teluk Intan. Perarakan tersebut bermula dari 3 buah masjid iaitu Masjid Daerah, Masjid Melayu dan Masjid India Teluk Intan. Menara Condong di sini menjadi saksi solidariti penduduk Teluk Intan daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin. Munajat Perdana Untukmu Palestin 40
41
Kartunis dan penggiat seni doodle atau contengan menonjolkan kreativiti mereka melukis di atas tong dram dalam satu pertandingan pada Pekan Kartun di Kellie's Castle hari ini. Program sempena merancakkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 itu merupakan anjuran bersama Persatuan Pelancongan Bumiputera Perak (PPPBP) dan pengurusan Pekan Kartun yang kini memasuki edisi kesembilan. Program yang berlangsung dua hari bermula semalam itu merupakan platform menghubungkan para penggiat seni kartun seluruh negara yang memfokuskan pada seni doodle. Antara kelainan ditampilkan pada Pekan Kartun kali ini adalah perkhemahan di tepian sungai yang menarik penyertaan 130 peserta, selain pertandingan mewarna Free Palestine, wayang pacak dan aktiviti memancing ikan sungai. Pada masa yang sama Kolej Komuniti Teluk Intan telah berkampung selama 2 hari iaitu 9-10 Disember 2023 di Pekan Kartun. Kolej Komuniti Teluk Intan juga telah mengadakan pameran, persembahan oleh The Anson Stompers dan perkongsian Animasi dari Puan Mastura Ketua Program Animasi Kolej Komuniti Teluk Intan. Conteng-Conteng, Pekan Kartun di Edisi Ke-9 Tonjol Kreativiti Kartunis 42
43
15 DISEMBER 2023 (JUMAAT) - Majlis Pelancaran Program Perak Sejahtera 2030 Di Bawah Flagship Pemerkasaan Komuniti Kempen Kebersihan Alam Sekitar & Elakkan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna telah berlangsung di Arena Square Teluk Intan. Dengan kehadiran seramai 800 orang peserta daripada semua Agensi/Jabatan/NGO/KRT/JPKK dari Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam terutamanya yang melibatkan generasi muda tentang kesedaran kebersihan alam sekitar dan ancaman plastik sekali guna kepada persekitaran termasuk kawasan perairan dan program ini secara tidak langsung dapat menjadikan komuniti sebagai penggerak utama dalam kempen tersebut. Kempen kesedaran ini akan diselaraskan bersama-sama semua agensi di Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk untuk menggerakkan dan diperkasakan dengan menggunakan medium media sosial yang mana semua Majlis Pelancaran Program Perak Sejahtera 2023 44 aktiviti akan dimuat naik ke dalam media sosial rasmi MPTI. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Woo Kah Leong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Merangkap ADUN Pasir Bedamar). Ia turut dihadiri Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim, Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak, Pegawai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Pegawai Tadbir Agama Hilir Perak, Setiausaha MPTI YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail, Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI. Dalam program yang sama turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video Pendek Tiktok Sempena Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar. Seramai 40 penyertaan daripada pihak sekolah Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang telah mendaftar dalam pertandingan ini dan 10 peserta telah berjaya memenangi pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya.
45
28 Disember 2024, Ipoh - Seramai 19 pelajar Sijil Animasi 3D Kolej Komuniti Teluk Intan telah melaksanakan Penilaian Akhir pada 25 hingga 26 Disember 2024 bertempat di AEON Kinta Ipoh Perak. Para pelajar juga telah didedahkan dengan penilaian dari pihak luar untuk menonjolkan hasil kerja pelajar-pelajar dari semester 1 sehingga semester 4. Sempena program Showcase ini, turut diadakan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan, seperti pertandingan mewarna, E-Sport Challange, Pameran dan pelbagai lagi. Seluruh pengunjung di AEON telah melihat dan menghadiri pameran showcase yang telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Teluk Intan. Program Showcase ini juga dilihat sebagai persediaan para pelajar semester 3 ke latihan industri sebelum tamat pengajian. SHOWCASE CXIX 3D : TONJOLKAN IDENTITI PROJEK PELAJAR 46
47
28 Disember 2023 - Program Memoire D Animation telah berlangsung pada 28 Disember 2023 di Dewan Ibnu Sina. Program ini bertemakan cowboy memberi kemeriahan kepada semua peserta yang hadir. Program Memoire D Animation ini juga telah memberi penganugerahan kepada pelajarpelajar animasi seperti Anugerah Siswa Terbaik, Anugerah Khidmat Siswa, Anugerah Tokoh Siswa, Anugerah Siswa Harapan serta banyak lagi. Beberapa aktiviti turut dilaksanakan juga seperti pertukaran hadiah, persembahan pelajar animasi dan juga cabutan bertuah. Memoire D Animation 48
49
31 Disember 2023, Ipoh - Suasana di Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak pada 31 Disember 2024 di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak bersama dif-dif kehormat Negeri Perak. Lebih 35,000 orang pengunjung hadir memeriahkan acara yang berlangsung selama 3 hari ini & pelbagai program menarik telah dianjurkan antaranya Perak Bike Week 2023, Finale Perak Travel Fair, Wayang Pacak, Pertandingan Muzikustika dan Popstarz, VPY Fun Run & banyak lagi. Kolej Komuniti Teluk Intan turut bersama-sama bagi pelancaran tahun melawat perak 2024, The Anson Stompers telah dijemput oleh Jabatan Kebudayaan Negeri Perak untuk melakukan persembahan ketika festival itu berlangsung. 6 lagu telah dipersembahan kepada 35 Orang pengunjung dan memberi impak yang hebat buat festival itu berlangsung kerana bersama-sama dengan artis-artis terkenal Malaysia Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baru 50