SESI 2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Promosi dan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Latihan untuk profesional Kesihatan Adaptasi daripada: the Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, Updated and Expanded for Integrated Care (Section 3) WHO/UNICEF 2009 Terjemahan Oleh : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 1 Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Objektif Sesi: Di akhir sesi,peserta dapat : • Mengenal pasti kemahiran mendengar dan belajar serta membina keyakinan • Berlatih kemahiran komunikasi menggunakan “worksheet”. 2 Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
KEMAHIRAN KOMUNIKASI • Anggota kesihatan perlu dilatih untuk membantu ibu dalam penyusuan susu ibu TETAPI • Komunikasi yang berkesan bermaksud menghormati kepercayaan, budaya atau pendapat seseorang ibu itu • BUKAN memberi arahan atau menasihati seseorang ibu dengan pendapat yang ANDA fikir ibu patut buat Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 3 25/5 25/5
KEMAHIRAN KOMUNIKASI Anggota kesihatan perlu mampu melakukan lebih daripada sekadar memberi maklumat, iaitu: • membantu ibu mengenal pasti penyebab kepada masalah yang dihadapi • mencadangkan tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah tersebut • Kadang-kadang ibu cuma perlu diberi keyakinan bahawa semuanya berjalan lancar Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 4
1. Mengenal pasti kemahiran komunikasi : Mendengar, Belajar dan Membina Keyakinan 5 Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kemahiran Mendengar dan Belajar • Gunakan Komunikasi tanpa lisan yang membantu • Tanya soalan terbuka • Galakkan ibu bercakap – tunjukkan minat dan imbas kembali apa yang ibu katakan • Merasai apa yang ibu rasa (Empati) • Elakkan perkataan yang bersifat menilai Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 6
i. Gunakan Komunikasi tanpa lisan yang membantu • Duduk sama paras dan rapat dengan ibu. • Alihkan sebarang halangan seperti meja atau fail • Beri tumpuan kepada ibu , elakkan dari gangguan tumpuan • Tunjukankan anda sedang mendengar seperti mengangguk, senyum, atau lain-lain pergerakan yang bersesuaian • Ambil masa dan jangan tergesa-gesa atau melihat jam tangan. • Sentuh ibu hanya jika perlu dengan cara yang sewajarnya seperti di tangan atau lengan. • Minta kebenaran ibu sebelum menyentuh payudaranya atau bayi. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 7
ii. Tanya soalan terbuka • Perlu menilai situasi/ kesukaran yang ibu hadapi • Menggunakan soalan terbuka semasa berkomunikasi akan menggalakkan ibu untuk lebih banyak bercakap dan memberi lebih banyak maklumat. • Mulakkan soalan terbuka dengan perkataan seperti “bagaimana”, “apa”, “di mana” dan “kenapa”. • Contoh soalan : “Bagaimanakah puan menyusukan bayi?” Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 8
Soalan tertutup • Soalan tertutup tidak memberi banyak maklumat dan akan menyebabkan anggota kesihatan perlu lebih banyak menyoal ibu. • Soalan tertutup dimulakan dengan “Adakah anda…?”, “Adakah dia ?”, “ Telahkah dia ?. Selalunya jawapan bagi soalan tertutup adalah “ya” , “tidak”, “betul” dan “baik”. • Contoh soalan : “Adakah puan pernah menyusukan bayi sebelum ini?” Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 9
iii. Galakkan ibu bercakap – tunjukkan minat dan imbas kembali apa yang ibu katakan • Tunjukkan anda berminat dengan apa ibu luahkan atau ceritakan dengan menggunakan tindakbalas seperti mengangguk-angguk , senyum atau kata-kata seperti “Oh ya”..emm”, “teruskan”... dan lain-lain lagi. • Mengimbas semula/ mengulangi kata-kata ibu juga dapat membantu menjelaskan apa yang ibu katakan • Mengambungkan imbasan semula dengan tindakbalas lain seperti “Oh ya?”, “Teruskan….” atau menggunakan soalan terbuka Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 10
iv. Merasai apa yang ibu rasa (Empati) • Empati menunjukkan anda mendengar apa yang ibu katakan dan cuba merasai apa yang ibu rasai. • Empati - melihat keadaan ibu melalui sudut pandangan ibu. • Simpati (belas kasihan) - melihat keadaan ibu dari sudut pandangan kita • Empati dengan apa yang mengembirakan, dan bukan sahaja apa yang menggusarkan ibu. • Perlu bertanya lebih banyak maklumat tetapi ini harus dilakukan setelah anda mengetahui perasaan ibu terhadap keadaannya. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 11
v. Elakkan perkataan yang bersifat menilai • Semasa berkomunikasi elakkan menggunakan perkataan bersifat menilai termasuk : betul, salah, cukup, sempurna, elok , baik atau masalah • Perkataan seperti ini boleh membuatkan seseorang ibu merasa ia perlu mencapai satu piawaian tertentu atau ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 12
Kemahiran Membina Keyakinan dan Memberi Sokongan • Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu ibu merasa dirinya bagus dan yakin untuk membuat keputusan • Membantu ibu membina keyakinan: i) Menerima apa yang ibu fikir dan rasa. ii) Mengenali dan mengiktiraf perkara-perkara yang dilakukan dengan betul oleh ibu dan bayi. iii) Memberi pertolongan yang bersesuaian. iv) Memberi maklumat yang berkaitan dengan menggunakan bahasa yang sesuai. v) Memberi satu atau Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, dua cadangan dan bukan arahan. Kementerian Kesihatan Malaysia 13
i) Menerima apa yang ibu fikir dan rasa. • Bermaksud menerima apa yang ibu katakan tanpa menunjukkan anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan ibu. • Menerima kenyataan ibu tidak bermakna anda bersetuju dengannya. • Terima dahulu apa yang dikatakan oleh ibu dan beri maklumat yang betul kemudian. • Menerima apa yang dikatakan ibu dapat membantunya membina kepercayaan terhadap anda dan menggalakkannya meneruskan perbualan. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 14
ii) Mengenali dan mengiktiraf perkara-perkara yang dilakukan dengan betul oleh ibu dan bayi. • Kenali dan beri pujian atas pencapaian ibu dan bayi. • Contohnya, beritahu ibu bagaimana bayinya melekap pada payudara dengan betul atau tarik perhatian ibu tentang bagaimana bayinya pandai melepaskan lekapan setelah penyusuan berakhir. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 15
iii) Memberi pertolongan yang bersesuaian. • Pengaliran susu ibu akan lebih lancar jika ibu menyusu dalam keadaan yang lebih selesa - berikan bantal untuk menyokong badan ibu. - pegang bayinya semasa ibu membersihkan diri. • Sesetengah perkara perlu dijelaskan secara praktikal seperti cara untuk memerah susu ibu dengan tangan supaya lebih mudah difahami. Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 16
iv) Memberi maklumat yang berkaitan dengan menggunakan bahasa yang sesuai. • Dapatkan maklumat tentang apa yang ibu perlu tahu pada ketika itu • Gunakan perkataan yang bersesuaian yang boleh difahami ibu • Jangan memberi terlalu banyak maklumat pada satu masa Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 17
v) Memberi cadangan dan bukan arahan. • Berikan beberapa cadangan yang sesuai dan biarkan ibu menentukan pilihannya • Jangan beri arahan apa yang perlu ibu lakukan • Hadkan kepada 1 atau 2 cadangan sahaja Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 18
Aturkan lawatan susulan dan sokongan yang berterusan Selepas perbincangan, ibu mungkin : • Masih ada kemusykilan tetapi tidak cukup masa untuk berbincang dengan anggota kesihatan • Mempunyai masalah atau perkara lain di fikirannya yang belum diselesaikan • Sukar untuk mempraktikkan apa yang diajar oleh anggota kesihatan Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 19
Aturkan lawatan susulan dan sokongan yang berterusan • Oleh itu, adalah penting untuk mengatur lawatan susulan dan sokongan berterusan kepada ibu, di antaranya seperti berikut :- Mengenal pasti bantuan yang boleh diperolehi daripada keluarga dan rakan-rakan menawarkan masa untuk bertemu semula dengan ibu Galakkan ibu berjumpa dengan anda atau orang lain yang dapat membantu merujuk ibu kepada kumpulan sokongan di dalam masyarakat Rujuk ibu untuk rundingcara yang lebih khusus jika perlu Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 20
2. Praktis Kemahiran Komunikasi 21 Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
RUMUSAN • Komunikasi melibatkan kemahiran mendengar, belajar dan membina keyakinan dan bukan hanya memberi maklumat. • Kemahiran Mendengar dan Belajar – Gunakan komunikasi tanpa lisan yang membantu – Tunjukkan minat, imbas semula dan empati – Elak perkataan bersifat menilai • Bina kenyakinan dan beri sokongan – Menerima apa yang ibu fikirkan dan rasakan – Mengenali dan mengiktiraf perkara-perkara yang dilakukan dengan betul oleh ibu dan bayi – Beri bantuan praktikal dan maklumat bersesuaian • Aturkan lawatan susulan dan sokongan yang berterusan Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 22
TERIMA KASIH Sesi 2: Kemahiran Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 23