The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sesi 11-Sekiranya Bayi Tidak Boleh Menyusu Pada Payudara_ Syima & Yuhanis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahizazaidan, 2024-04-03 02:51:43

sesi 11-Sekiranya Bayi Tidak Boleh Menyusu Pada Payudara_ Syima & Yuhanis

sesi 11-Sekiranya Bayi Tidak Boleh Menyusu Pada Payudara_ Syima & Yuhanis

SESI 11 Bayi Yang Tidak Boleh Menyusu Di Payudara Promosi dan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Latihan Untuk Anggota Kesihatan Adapted from the Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, Updated and Expanded for Integrated Care (Section 3) WHO/UNICEF 2009


Objektif: Di akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menghuraikan kepentingan dan teknik memerah susu ibu menggunakan tangan 2. Menerangkan bagaimana memberi susu ibu perahan menggunakan cawan kepada bayi 3. Mengetahui kaedah penyimpanan dan pencairan susu ibu perahan 4. Membantu ibu mempelajari teknik memerah susu ibu menggunakan tangan 2


1. Menghuraikan kepentingan dan teknik memerah susu ibu menggunakan tangan 3


Mengapa sangat penting untuk ibu mengetahui teknik memerah susu ibu menggunakan tangan? 4 Session 11 : If Baby Cannot Feed at the Breast Ministry of Health Malaysia


Langkah 5: Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi 5


Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan Susu ibu perlu diperah bagi tujuan: • Keselesaan payudara – Melegakan bengkak payudara dan saluran susu yang tersumbat • Membantu bayi menyusu • Melembutkan areola supaya bayi boleh melekap dengan mudah • Mengekalkan penghasilan susu • Mendapatkan bekalan susu bagi : —Bayi yang tidak boleh menyusu —Ibu dan bayi yang terpisah —Bayi lain yang memerlukan susu ibu 6


Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan Kebaikan memerah susu ibu menggunakan tangan berbanding pam • Tangan sendiri sentiasa tersedia dan tidak ada alat gantian yang boleh hilang atau rosak. • Perahan menggunakan tangan- sangat efektif dan cepat • Memberi rangsangan kulit ke kulit (tangan dan payudara) • Perahan menggunakan tangan – lembut berbanding pam • Mengurangkan risiko jangkitan silang (cross-infection) 7


Bila perlu memerah susu ibu? • Bayi tidak boleh menyusu di payudara • Ibu dan bayi terpisah • Ibu memerlukan beberapa titis susu bagi mengalakkkan bayi menghisap • Payudara terlalu penuh atau salur susu tersumbat • Memerlukan susu akhir untuk disapukan pada puting yang merekah 8


Bagaimana memerah susu ibu menggunakan tangan? Langkah utama: • Menggalakkan pengaliran susu • Mengenal pasti saluran susu. • Menekan payudara supaya kena di bahagian atas saluran susu. • Ulangi langkah di atas ke semua bahagian payudara. 9 Session 11 : If Baby Cannot Feed at the Breast Ministry of Health Malaysia


Langkah-langkah penting: Merangsang Refleks Oksitoksin Menggalakkan pengaliran susu • Duduk dalam keadaan selesa dan tenang • Fikirkan tentang bayi/pandang wajah bayi atau gambar bayi • Tuam panas payudara • Melakukan urutan & gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari • Melakukan urutan belakang badan 10 Session 11 : If Baby Cannot Feed at the Breast Ministry of Health Malaysia


11 Session 11 : If Baby Cannot Feed at the Breast Ministry of Health Malaysia Urutan belakang badan


Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan ©UNICEF 910164F 12


Teknik Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan • Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih • Semasa pemerahan, boleh meneruskan urutan • Sediakan bekas yang bersih untuk menyimpan susu 13


Menggalakkan Pengaliran Susu Merangsang refleks oksitosin dengan cara berikut: - berada dalam keadaan yang selesa dan bertenang - duduk dengan selesa di tempat yang sunyi dan tenang - fikir tentang bayi/ pandang gambar bayi - tuam panas payudara, melakukan urutan - gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari Ibu akan dapat menghasilkan refleks oksitosin dengan lebih berkesan dengan amalan yang berterusan. Jika ibu selalu melakukan pemerahan susu ibu, pengalirannya akan lebih lancar. 14


Menekan payudara supaya kena di atas saluran susu 1. Cari kedudukan saluran susu (berdekatan kawasan luar areola) 2. Letakkan ibu jari di bahagian atas saluran susu 3. Ampu payudara dengan jari lainnya X 15


Menekan payudara supaya kena di atas saluran susu 4. Tekan lembut payudara dengan ibu jari dan jari telunjuk ke belakang ke arah dada 5. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak supaya saluran susu yang terletak di antara keduanya boleh dimampatkan untuk membolehkan susu mengalir keluar 6. Lepas dan dan ulangi pergerakan tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu mengalir keluar 16


17 (A) Letak ibu jari dan jari telunjuk di bahagian luar areola dan tekan serentak ke belakang ke arah dada (B) Tekan pada saluan susu bagi membolehkan susu mengalir keluar


Ulangi proses perahan di sekeliling bahagian luar areola 18


Bila Perlu Memerah Susu Ibu? • Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara • Mulakan pemerahan secepat mungkin selepas bersalin (digalakkan dalam masa 6 jam selepas bersalin) 19


Berapa lama proses pemerahan? Tujuan Tempoh Pemerahan Untuk mendapatkan kolostrumbayi yang tidak menghisap di payudara 5-10 minit setiap 1-2 jam Untuk meningkatkan penghasilan susu 20 minit setiap 2 jam (sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam) Untuk melembutkan areola 3- 4 kali Untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat Ibu perlu mengurut dan memerah bahagian payudara sehingga ketulan tersebut tidak dirasai Ibu bekerja 15 minit atau 30 minit 20


Memerah kolostrum 21


Apa yang tidak perlu dilakukan semasa memerah susu? • Tidak menyentuh payudara ibu ketika mengajar ibu memerah susu menggunakan tangan • Ibu tidak harus memicit puting • Elakkan melurut jari di bahagian payudara semasa melakukan pemerahan • Sekiranya masih menyusui anak yang lain dan melakukan pemerahan , - Lakukan pemerahan dahulu, kemudian menyusukan bayi supaya bayi mendapat susu akhir 22


Senarai semak untuk memilih pam susu (sekiranya ibu menggunakan pam untuk melakukan pemerahan) • Adakah ianya boleh berfungsi dengan efektif? • Adakah boleh didapati dengan harga yang berpatutan? • Adakah ianya selesa untuk digunakan : kedudukan lengan, berat, tahap sedutan yang boleh disesuaikan? • Apakah saiz cup payudara/corong sesuai untuk saiz puting payudara ibu? • Adakah susu boleh disimpan terus di dalam bekas simpanan biasa, dalam bungkusan standard, atau ada keperluan untuk membeli bekas simpanan khusus? • Berapakah tahap kebisingan apabila digunakan? • Apakah selamat untuk digunakan dan mudah untuk dibersihkan dan disterilkan? • Adakah ianya mempunyai banyak bahagian-bahagiannya atau dengan hanya beberapa bahagian sahaja? • Adakah ianya mempunyai arahan yang jelas untuk digunakan? 23


2. Teknik memberi susu perahan kepada bayi menggunakan cawan 24


Memberi susu perahan kepada bayi Bayi yang tidak menyusu di payudara boleh diberikan susu menggunakan: • Tiub Naso-gastrik / oro-gastrik (bayi yang tidak boleh menghisap dan menelan) • Picagari (syringe) atau dropper (tidak melebihi 0.5 ml pada sesuatu masa) • Sudu • Perahan secara terus ke dalam mulut bayi [bayi yang mengalami sumbing lelangit (cleft plate) ] • Cawan 25


26


Pemberian susu perahan menggunakan cawan Untuk: • Bayi yang boleh menelan tetapi tidak boleh menghisap dengan baik di payudara —bayi yang sukar melekap dengan baik —melekap dalam masa yang singkat —berhenti menyusu sebelum mendapatkan susu ibu dalam jumlah yang secukupnya • Bayi yang lahir pada 30-32 minggu usia kandungan boleh mula diberi susu ibu menggunakan cawan 27


Teknik memberi bayi susu perahan dengan menggunakan cawan • Dudukkan bayi secara tegak atau separuh tegak (semi-upright) di atas riba • Cawan diletakkan di bibir bawah bayi dan permukaan luar cawan menyentuh kawasan luar bibir bayi • Condongkan sedikit kedudukan cawan supaya susu sampai ke bibir bayi 28


Kebaikan / Keburukan Kebaikan • Sedia ada • Selamat (bayi dapat mengawal jumlah dan kadar penyusuan) • Mengelakkan keliru puting • Kurang risiko kontaminasi • Memberi keselesaan pada bayi • Memberi peluang pada bayi menggunakan lidah untuk merasa susu • Merangsang sistem penghadaman bayi • Menggalakkan kordinasi bernafas, menghisap dan menelan Keburukan • Susu membazir sekiranya meleleh dari mulut bayi • Bayi cenderung menggunakan cawan sekiranya selalu menyusu di payudara • Jururawat lebih cenderung menggunakan kaedah ini berbanding dengan kaedah mengajar ibu memposisikan bayinya menyusu terus di payudara kerana lebih mudah digunakan. 29


Kaedah lain penyusuan susu ibu – Supplementary Nursing System 30


Kaedah lain penyusuan susu ibu – S N S with Syringe 31


3. Kaedah Penyimpanan dan Pencairan Susu Ibu Perahan 32


Penyimpanan Susu Ibu Perahan Kaedah penyimpanan susu perahan: • Cuci tangan apabila mengendalikan susu perahan • Sediakan bekas yang sesuai: – Kaca/plastik bertutup – Berkeadaan bersih/sterile (cuci dengan air sabun panas dan bilas dengan air panas) • Simpan susu dalam amaun yang diperlukan untuk sekali penyusuan • Tuliskan nama bayi dan tarikh pada bekas simpanan susu perahan jika terdapat banyak bekas simpanan susu. Susu yang lebih awal diperah perlu digunakan terlebih dahulu. 33


Penyimpanan Susu Perahan 34


Tempoh Penyimpanan 35 Tempat Bayi Normal Bayi Pramasa/Sakit Suhu Bilik: Suhu 25 oC-37 oC Suhu 15 oC-25 oC 4 Jam 8 Jam Sehingga 4 Jam (Tidak Disyorkan) (sehingga 25oC) Peti Sejuk (rak atas): Suhu 2 oC-4 oC 3-5 Hari (> 5 hari – masuk “freeze”) 2 Hari (48 jam) Peti Sejuk (1 pintu) (Bahagian beku) 2 minggu Tidak disyorkan (2 minggu) Peti Sejuk (2 pintu) (-20 oC) (bahagian beku) 3 Bulan 3 Bulan Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu 24 Jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 12 Jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) Peti Sejuk “deep freeze” 6 Bulan 6 Bulan


3-5 Hari (> 5 hari – masuk “freeze”) Peti Sejuk (2° – 4°C) Penyimpanan Susu Ibu Perahan 6 bulan Peti sejuk beku 36 3 bulan Tempat Pembeku


Mengekalkan Rantaian Sejuk 37


Mencairkan Susu Ibu yang Dibekukan • Susu ibu perahan yang beku boleh dicairkan secara perlahan-lahan dalam peti sejuk bahagian sejuk dingin dan digunakan dalam masa 24 jam • Ia boleh dicairkan dengan meletakkan bekas menyimpan susu ibu perahan dalam bekas yang mengandungi air suam dan digunakan dalam masa satu jam setelah ia suam • Elakkan memanas susu ibu perahan di atas dapur/api atau dalam ketuhar gelombang mikro – Ini akan memusnahkan nutrien dan menyebabkan mulut bayi melecur **Susu ibu perahan tidak boleh disimpan pada suhu melebihi 37°C 38


Mencairkan Susu Ibu Perahan Yang Dibekukan • Panaskan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi untuk satu penyusuan. Susu ibu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan atau disejukkan semula. • Lemak susu mungkin terpisah semasa susu disejukbeku. Oleh itu, goncangkan sedikit bekas susu semasa dipanaskan bagi mencampurkan kembali lemak tersebut. • Susukan bayi dengan menggunakan cawan. Sudu boleh digunakan jika amaunnya sedikit 39


Latihan secara berpasangan: Mempelajari cara memerah susu menggunakan tangan 40


Kesimpulan • Sekiranya ibu dan bayi terpisah, ajar dan bantu ibu mengekalkan laktasi • Pelbagai cara untuk memerah susu ibu namun pemerahan susu menggunakan tangan adalah lebih baik • Susu ibu perahan boleh diberi dengan pelbagai cara • Pengurusan yang betul mengenai susu ibu perahan adalah penting untuk memastikan kesihatan bayi 41


TERIMA KASIH 42 Session 11 : If Baby Cannot Feed at the Breast Ministry of Health Malaysia


Click to View FlipBook Version