The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naqilahizzati2, 2024-01-26 01:54:47

RPH Sains Tingkatan 3 (1.4)

RPH Sains Tingkatan 3 (1.4)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama : Nurul Aqilah Izzati Binti Mohd Johari Mata pelajaran : Sains Tingkatan : 3 Bestari Tarikh : 23 November 2023 Hari : Khamis Masa : 9.00 am - 10.00 am Bil. Murid : 20 / 20 Bidang / Tema : Penyenggaraan Dan Kesinambungan Hidup Tajuk/ Standard Kandungan : 1.4 Kepentingan gerak balas terhadap rangsangan dalam haiwan Standard Pembelajaran : 1.4.1 Menjelaskan dengan contoh jenis penglihatan dan pendengaran haiwan : 1.4.2 Berkomunikasi mengenai bagaimana organ deria menjamin kesinambungan haiwan di Bumi


Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1) Domain kognitif - Mentakrifkan ciri penglihatan stereoskopik dan monokular menggunakan perkataan sendiri dengan tepat. - Menjelaskan dengan contoh pendengaran haiwan stereofonik. 2) Domain psikomotor - Menyenaraikan perbezaan antara ciri penglihatan stereoskopik dan monokular. - Menghubungkaitkan fungsi organ deria dan gerak balas haiwan bagi menjamin kesinambungan hidup di Bumi. 3) Domain afektif - Saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain semasa aktiviti secara berkumpulan. Konsep Saintifik : Stereoskopik: Kedua-dua mata terletak di hadapan kepala Monokular: Kedua-dua mata terletak di sisi kepala Pendengaran stereofonik: Pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah telinga. Strategi/Kaedah/Teknik Pedagogi : - Pembelajaran konstruktivisme - Pembelajaran secara terus - Pembelajaran koperatif


Material/Peralatan/Sumber : Video pengajaran, nota slide pembelajaran Langkah Berjaga-jaga : Tiada Pengetahuan Sedia Ada : Melalui lawatan di Zoo, melalui tontonan di rancangan televisyen Pentaksiran : Soal jawab guru dengan murid, soalan latihan dan soalan cuba jaya melalui kit media digital KBAT : Strategi berfikir, berfikiran kreatif EMK : Kelestarian Alam Sekitar KI : - Kemahiran sosial - Kemahiran komunikasi - Bekerjasama Refleksi 20 orang murid telah berjaya mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.


FASA (teori konstruktivisme) ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN (Bahan PdP, Pentaksiran, Kaedah/teknik Pdp, KBAT) AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR (aktiviti aktif sahaja) Permulaan / Mencungkil Idea (5 min) - Pengenalan dan gambaran awal tentang penglihatan, pendengaran, organ deria dan gerak balas haiwan - Guru menayangkan video pengenalan tentang topik yang ingin diajarkan seperti memberi gambaran tentang kedudukan mata haiwan untuk mencungkil idea murid sebelum memahami dengan lebih mendalam. - Guru meminta murid untuk meneliti haiwan yang dipaparkan dengan menggunakan gambar set induksi. - Guru bertanya kepada murid tentang kedudukan mata haiwan, jenis pendengaran haiwan dan apakah organ deria dan gerak balas haiwan yang mereka - Murid menonton video pengenalan tentang topik berkenaan haiwan yang ditayangkan oleh guru. - Murid juga meneliti gambar set induksi yang dipaparkan oleh guru - Murid cuba sehabis baik untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru berdasarkan gambar yang dipaparkan. Bahan PdP: Gambar set induksi digital, video pengenalan https://drive.google.c om/file/d/1SnhIcXl-Y OiIKi7soo4RBKiCd16 kpkI8/view?usp=shari ng Pentaksiran: Soal jawab


tahu. - Guru bertanya sama ada mereka berminat atau tidak untuk mengetahui lebih lanjut tentang video tersebut. - Guru juga memberitahu tentang hasil pembelajaran tentang topik tersebut. Penstrukturan Semula Idea (15 minit) - Penglihatan stereoskopik - Penglihatan monokular - Pendengaran stereofonik - Organ deria haiwan seperti kucing (misai) dan ikan (garis lateral) - Gerak balas haiwan seperti kumbang (pengeluaran feromon), belut elektrik (medan - Guru meminta murid untuk menonton video pengajaran 1.4. - Guru menerangkan video tentang penglihatan haiwan, pendengaran haiwan, organ deria dan gerak balas untuk haiwan menjamin kesinambungan hidup seperti burung hantu, ikan, harimau dan sebagainya agar murid murid lebih memahami pembelajaran topik tersebut. - Murid menonton video pengajaran 1.4. - Murid mendengar penerangan dari guru melalui video tersebut. - Murid juga dapat mengulangi video pengajaran 1.4 yang disediakan oleh guru tanpa had dan merujuk nota slide pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman tentang Bahan PdP: Video Pengajaran https://drive.google.c om/file/d/1lwFimcAT M1owAr2zrfxfHR2KT LyyAo41/view?usp=s haring Slide nota pembelajaran Kaedah PdP: Berpusatkan bahan


elektrik) - Guru menjawab persoalan murid berkenaan topik tersebut untuk memastikan murid betul-betul memahami konteks yang sebenar. - Guru juga menyediakan nota slide pembelajaran sebagai rujukan murid. topik tersebut. - Murid menggunakan peluang untuk bertanyakan kepada guru tentang bahagian yang mengelirukan mereka berkenaan topik tersebut.


Pengukuhan / Aplikasi Idea (30 min) - Penglihatan stereoskopik - Penglihatan monokular - Pendengaran stereofonik - Organ deria haiwan seperti kucing (misai) dan ikan (garis lateral) - Gerak balas haiwan seperti kumbang (pengeluaran feromon), belut elektrik (medan elektrik) - Guru menyediakan jenis soalan cuba jaya melalui kit media digital yang berkaitan dengan topik serta video pengajaran yang telah disediakan agar murid boleh mencuba jaya menjawab soalan tersebut. Antara soalannya adalah seperti tentang ciri-ciri penglihatan stereoskopik dan monokular. - Guru menggunakan dam ular (bahan maujud) sebagai alternatif untuk memberi murid menjawab soalan agar dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang topik berkenaan deria dan gerak balas haiwan. - Guru meminta murid untuk membuat kumpulan yang terdiri - Murid membaca arahan yang dipaparkan dalam kit media digital bagi fasa aplikasi idea yang disediakan oleh guru. - Murid mencuba menjawab soalan di kit media digital secara cuba jaya kerana sekiranya mereka memilih jawapan yang salah pada awalnya, mereka masih boleh mencuba memilih jawapan yang betul bagi setiap soalan. - Murid-murid membuat kumpulan yang terdiri daripada 5 orang (1 kumpulan). - Murid-murid dalam kumpulan masing-masing mencuba bermain Bahan PdP: Soalan aplikasi idea (kit media digital) Pentaksiran: ● Murid mencuba jaya menjawab soalan (kit media digital) ● Murid bermain dam ular (pembelajaran interaktif) secara berkumpulan Kaedah PdP: ● Berpusatkan murid dan bahan.


daripada 5 orang (1 kumpulan). - Guru meminta murid dalam kumpulan masing-masing untuk mencuba bermain dam ular (berkonsepkan pembelajaran interaktif) untuk mengukuhkan lagi tahap kefahaman mereka secara lebih terperinci tentang topik ini. - Guru meminta setiap wakil kumpulan masing-masing untuk mengulas semula secara ringkas tentang keseluruhan permainan interaktif tersebut. dam ular (berkonsepkan pembelajaran interaktif) untuk mengukuhkan lagi tahap kefahaman mereka secara lebih terperinci tentang topik ini. - Murid yang menjadi wakil kumpulan akan membuat ulasan ringkas tentang permainan dam ular selepas mencuba bermain dam ular sebagai bahan dalam membantu meningkatkan kefahaman pembelajaran.


Penutup/Refleksi (10 min) Refleksi pembelajaran - Soalan latihan - Guru meminta murid untuk meneliti bahagian fasa refleksi/penutup dalam kit media digital untuk menjawab soalan latihan yang disediakan sebagai penilaian tahap kefahaman murid secara keseluruhan. - Guru membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan bersama murid-murid. - Murid mencuba menjawab soalan dengan jawapan yang betul tentang organ deria dan gerak balas haiwan di bahagian fasa refleksi/penutup di dalam kit media digital. - Murid-murid memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesimpulan yang dibuat oleh guru secara keseluruhan topik tersebut. Bahan PdP: Soalan fasa penutup/refleksi (kit media digital) Pentaksiran: ● Murid menjawab soalan pada fasa penutup/reflek si (kit media digital)


LAMPIRAN (nota, pentaksiran, lembaran kerja, link simulasi, etc) Link Video Pengenalan https://drive.google.com/file/d/1SnhIcXl-YOiIKi7soo4RBKiCd16kpkI8/view?usp=sharing Link Video Pengajaran https://drive.google.com/file/d/1lwFimcATM1owAr2zrfxfHR2KTLyyAo41/view?usp=sharing Slide nota pembelajaran


Contoh latihan


Gambar bahan maujud


Click to View FlipBook Version