The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CDA 20303 KELOMPOK DAN BUDAYA MINORITI
KUMPULAN 16

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aleya Ariff, 2024-06-15 23:31:11

Kelompok Minoriti: Perkahwinan Campur di Terengganu

CDA 20303 KELOMPOK DAN BUDAYA MINORITI
KUMPULAN 16

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL (ANTROPOLOGI DAN DAKWAH) DENGAN KEPUJIAN CDA 20303 KELOMPOK BUDAYA DAN MINORITI SEMESTER 4 (SESI 2023/2024) PENSYARAH: PROF. DR AHMAD PUAD BIN MAT SOM TAJUK: KELOMPOK BUDAYA DAN MINORITI PERKAHWINAN CAMPUR DI TERENGGANU KUMPULAN 16


DISEDIAKAN OLEH NO NAMA NO. MATRIK GAMBAR 1. MUHAMMAD AIMAN AFNAN BIN SUFIAN 074572 2. ALIAH ARIF BINTI MOHD SHARIF 074702 3. NURUL MADIHAH BINTI ABDUL RAZAK 074755 4. HANAN HAYATI BINTI MOHD SAPIAI 074536 5. NUR SYAHIRAH BINTI MUSTAFA KAMAL 074849 2


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN.................................................................................................................... 4 1.0 PENGENALAN..................................................................................................................5 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN........................................................................................ 6 3.0 PERNYATAAN MASALAH.......................................................................................... 7-8 4.0 OBJEKTIF KAJIAN......................................................................................................... 9 5.0 METODOLOGI KAJIAN..........................................................................................10-12 6.0 DAPATAN KAJIAN....................................................................................................13-14 7.0 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN………………………………………………15-18 8.0 CABARAN TERHADAP PELAKSANAAN PERKAWINAN CAMPUR………….19 9.0 SUMBANGAN BUDAYA KAHWIN CAMPUR TERHADAP NEGARA………….20 10.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………...21 11.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………...22 11.0 LAMPIRAN BERGAMBAR……………………………………………………...23-25 3


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, tenaga dan ilmu yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kumpulan kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som iaitu pensyarah bagi subjek Kelompok Budaya dan Minoriti (CDA20303) kerana telah memberikan tunjuk ajar, serta sedia membantu dalam merungkaikan setiap persoalan yang timbul dalam penghasilan tugasan ini. Berkat bimbingan daripada beliau telah dapat membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan penulisan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi individu yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang. Harapan kami agar dapat memberikan manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya, supaya menjadi individu yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya 4


1.0 PENGENALAN Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa dan kewarganegaraan. Sebagai contoh, seorang lelaki Muslim berkahwin dengan seorang wanita berbangsa cina yang sebelum ini merupakan penganut agama lain. Perkahwinan campur ini semakin menjadi amalan yang biasa pada zaman kini. Di dalam Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan asalkan mengikut syarak. Perkahwinan campur ini sebenarnya mempunyai pelbagai budaya yang unik di mana tradisi dan budaya dapat diadaptasi dan dapat membentuk identiti keluarga yang baru. Sebuah pasangan atau keluarga tersebut dapat mengetahui budaya baru seperti cara pemakaian tradisional, pemakanan ataupun amalan seharian. Perkahwinan campur ini mampu menghasilkan generasi yang terdedah dengan pelbagai bahasa. Contohnya bahasa cina dengan bahasa melayu kerana ibu bapanya yang berlainan bangsa. Perkahwinan campur ini sebenarnya telah lama wujud ni negara Malaysia. Antara perkahwinan yang termasyur dan diketahui ramai adalah perkahwinan antara Sultan Mansor Shah bersama Puteri Hang Li Po. Perkahwinan campur di negara ini dikawal ketat oleh sistem perundangan terutamanya apabila perkahwinan tersebut melibatkan pasangan berlainan kewarganegaraan. Bagi orang Muslim, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 telah menetapkan bahawa perkahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam adalah dilarang. Kecuali pasangannya rela memeluk Islam, baru diperbolehkan perkahwinan tersebut dijalankan. Walaubagaimanapun, amalan ini masih mendapat reaksi yang kurang menenangkan daripada sesetengah masyarakat. Bagi mereka amalan ini bakal merosakkan tradisi dan generasi keluarga mereka pada masa hadapan. Tetapi terdapat juga masyarakat yang menyokong budaya ini kerana pasangan tersebut dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempelajari tradisi yang baru. 5


2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara individu yang berasal dari latar belakang budaya, etnik, agama atau bangsa yang berbeza. Hal ini melibatkan penyatuan dua individu yang berjantina berlawanan iaitu lelaki dan perempuan yang mempunyai perbezaan ketara dalam adat resam, nilai-nilai, kepercayaan dan tradisi masing-masing. Dalam perkahwinan ini, pasangan mungkin mempunyai adat resam, Bahasa dan tradisi yang berbeza, yang memerlukan penyesuaian dan pemahaman yang mendalam dari kedua-dua belah pihak. Sebagai contohnya, seorang muslim mungkin berkahwin dengan seorang Kristian, atau seseorang dari etnik melayu berkahwin dengan individu dari etnik cina. Perkahwinan campur ini juga sering membawa cabaran unik yang mana termasuk perbezaan dalam amalan keagamaan, norma budaya, dan penerimaan sosial daripada aspek keluarga dan masyarakat. Pasangan dalam perkahwinan campur mungkin perlu mencari cara untuk mengintegrasikan dan menghormati kedua-dua budaya dalam kehidupan harian mereka, iaitu termasuklah dalam upacara keagamaan, Pendidikan anak-anak, dan perayaan tradisional. Selain itu, mereka mungkin menghadapi isu-isu diskriminasi atau kurangnya penerimaan daripada keluarga dan masyarakat yang memegang pandangan konservatif. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pasangan, perkahwinan campur ini juga menawarkan pelbagai peluang untuk memperkayakan pengalaman hidup berpasangan dan keluarga mereka dengan menggabungkan elemen-elemen dari pelbagai budaya. Hal ini, boleh membawa kepada penciptaan tradisi baru yang unik dan memperluaskan perspektif serta toleransi budaya. Oleh hal yang demikian, penyelidikan dalam bidang ini sering menumpukan pada strategi pasangan bagi mengatasi cabaran, psikologi,budaya serta impak sosial mengenai perkahwinan campur terhadap individu dan masyarakat 6


3.0 PENYATAAN MASALAH Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa (Afifah, 2020) Seterusnya, perkahwinan campur ini telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Perkara ini berjaya menunjukkan bahawa perkahwinan campur ini dapat dilihat sebagai suatu perkara yang boleh membawa kepada perpaduan antara kaum. Namun, walau bagaimanapun perkahwinan campur ini sudah semestinya mempunyai pelbagai masalah dan cabaran kepada pasangan kahwin campur seperti stigma dan persepsi masyarakat terhadap perkahwinan mereka. Oleh itu, perkara inilah yang menyebabkan timbulnya masalah dalam hubungan pasangan yang berkahwin campur dan menyebabkan hubungan mereka tidak kekal lama serta ia juga akan menjadi halangan kepada pasangan baru yang ingin berkahwin campur. Antara perkara yang boleh menyebabkan timbulnya masalah di dalam perkahwinan campur ialah diskriminasi dan stigma masyarakat terhadap perkahwinan campur yang boleh memberi pengaruh kepada pasangan yang berkahwin campur. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Nidzam et, al., (2012) mengenai perkahwinan campur yang mendapati bahawa kegagalan dalam perkahwinan campur berlaku disebabkan oleh stigma dan stereotaip negatif masyarakat seperti memberi sindiran dan menjadikan perkahwinan campur sebagai lawak jenaka. Seterusnya stigma ini juga boleh timbul disebabkan oleh pandangan tradisional masyarakat yang mengutamakan keseragaman dan ketidakfahaman terhadap kebudayaan atau kepercayaan yang berbeza. Selain itu, melalui kajian yang dilakukan oleh Zafira et, at., (2018) terdapat juga masyarakat yang menyatakan bahawa mereka tidak ingin berkahwin campur di atas sebab tidak berminat dengan budaya lain dan hal ini telah menyebabkan timbulnya sikap etnosentrisme dalam diri mereka iaitu melalui kajian yang dilakukan oleh Oleh itu, melalui kajian lepas yang telah dilakukan, stigma dan pandangan negatif masyarakat terhadap perkahwinan campur inilah yang memberi kesan di dalam hubungan pasangan yang berkahwin campur. 7


Selain itu, antara masalah lain yang dapat dilihat dalam perkahwinan campur ini ialah masalah pertembungan nilai budaya dan agama antara pasangan yang berkahwin campur sehingga boleh menyebabkan timbulnya konflik dalam perkahwinan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pertembungan nilai budaya dan agama yang berlaku ini disebabkan oleh pasangan yang berkahwin campur ini mempunyai pegangan yang berlainan antara satu sama sebelum mereka berkahwin. Sebagai contoh, seseorang individu daripada kaum melayu ingin berkahwin dengan pasangan daripada kaum cina, mereka sudah semestinya mempunyai kelainan budaya dan fahaman agama yang berlainan. Oleh itu, apabila mereka sudah berkahwin, perbezaan nilai budaya dan agama ini boleh menyebabkan berlakunya pertembungan budaya seperti individu daripada agama kristian yang ingin memelihara anjing di dalam rumah tetapi telah berkahwin dengan individu daripada agama Islam yang penganutnya dilarang untuk memelihara anjing. Selain itu, masalah pertembungan budaya ini juga boleh menyebabkan berlakunya proses amalgamasi yang boleh menyebabkan terbentuknya satu budaya yang baharu tanpa menuruti budaya asal mereka (Sabree Husin, 2009). Oleh itu, disebabkan masalah ini ia boleh membawa kepada berlakunya konflik kepada pasangan yang berkahwin campur. Seterusnya, kekurangan sokongan daripada ahli keluarga pasangan yang berkahwin campur juga merupakan salah satu cabaran yang dapat dilihat dalam perkahwinan campur yang boleh menyebabkan kegagalan dalam perkahwinan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan daripada pasangan yang berkahwin campur dilihat mempunyai tentangan daripada ahli keluarga mereka sehingga ada daripada mereka yang sanggup merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga. Selain itu, terdapat juga ahli keluarga yang memberi tentangan secara keras-kerasan terhadap pasangan yang berkahwin campur sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan dan berakhir dengan perceraian. Oleh itu, masalah-masalah ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pasangan yang ingin berkahwin campur dan untuk menjadikan perkahwinan campur ini sebagai suatu kebiasaan dan dapat diterima oleh semua golongan masyarakat sebagai sesuatu bentuk untuk mengeratkan perpaduan. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkahwinan campur masih menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. 8


4.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Menghuraikan cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pasangan yang berkahwin campur dalam menjalani perkahwinan mereka. 2. Mengenal pasti impak perubahan budaya dan agama terhadap institusi keluarga pasangan yang berkahwin campur. 3. Mengenal pasti tahap penerimaan ahli keluarga dan masyarakat terhadap pasangan yang berkahwin campur 9


5.0 METODOLOGI Peringkat metodologi kajian ini merupakan antara peringkat yang terpenting dan utama dalam setiap kajian penyelidikan yang ingin dilakukan. Hal ini demikian kerana dalam peringkat metodologi ini penyelidik akan menyatakan segala proses perancangan kaedah yang dipilih, proses pengaplikasian data dan proses analisis data yang telah diperolehi bagi menjawab segala permasalahan kajian yang ingin dikaji. Begitu juga menurut Ang Kean Hua (2016) yang menyatakan tentang definisi metodologi kajian iaitu menyatakan kaedah yang digunakan dalam oleh penyelidik dalam kajiannya mengenai kaedah yang digunakan untuk mengutip dan mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi mengikut prosedur yang betul dan berkesan serta segala data perlu menjawab kepada permasalah kajian yang dinyatakan dalam kajian. Tujuan metodologi ini dalam setiap kajian penyelidikan adalah supaya pengkaji dapat menghasilkan kajian yang baik mengikut disiplin kajian penyelidikan yang telah ditetapkan dan bagi mengelakkan data yang diperolehi penyelidik tersasar daripada skop kajian penyelidikan yang ingin dijalankan. Oleh yang demikian, dalam peringkat metodologi kajian ini penyelidik akan menerangkan pendekatan kajian yang digunakan, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan dalam kajiannya. Dengan itu, setiap persoalan atau permasalahan yang dikemukakan dalam kajian ini dapat diterangkan dengan lebih jelas dan teratur mengikut hasil dapatan yang sah dan dipercayai sumbernya. 5.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian lapangan iaitu dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dimana data-data yang dihasilkan adalah berbentuk deskriptif. Menurut Mokmin Basri (2012) dalam penulisan yang menyatakan bahawa kajian yang menggunakan penelitian secara kualitatif tidak mempunyai bentuk tetap iaitu dari segi bagaimana kajian hendak dijalankan pada awal dan dari segi bentuk penghasilan data juga tiada yang khusus kerana penelitian secara kualitatif ini akan menemui pelbagai jenis jawapan daripada komuniti yang ingin dikaji. Oleh yang demikian, bagi kajian ini ianya bermula pemilihan subjek iaitu informan yang sesuai dengan tajuk kajian dimana yang akan menjawab segala soalan bagi mencapai objektif kajian. Berikutan dengan kaedah kajian 10


kualitatif ini yang dijalankan melalui sesi temubual kajian ini pengkaji telah menemubual seramai 4 orang informan yang mengamalkan perkahwinan campur 3 daripada informan itu telah berkahwin campur antara cina dan melayu dan 1 informan kahwin campur siam dan melayu. Oleh itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan dan pertanyaan kepada informan dimana ianya pertanyaan berbentuk seperti bagaimana, apa dan mengapa. Namun begitu, konteks kajian kami ini adalah lebih meluaskan dan terbuka iaitu untuk mengkaji kelompok minoriti yang berkahwin campur di negeri Terengganu dimana setiap jawapan yang diperolehi adalah lebih kepada sejarah atau pengalaman kehidupan informan itu sendiri. Selain itu, reka bentuk secara kualitatif ini sebenarnya bersifat menyeluruh iaitu pemerhatian secara terus kepada informan yang mengamalkan kahwin campur juga adalah kaedah bagi menjalankan kajian berbentuk kualitatif. Hal ini demikian kerana pemerhatian terus atau tinjauan ke kawasan lapangan seperti rumah informan sendiri dapat membantu penyelidik mendapatkan data yang asli dan tepat. Sebagai contoh, kami telah membuat temubual di rumah informan dan melihat sendiri keluarga informan serta terdapat beberapa informan telah memberikan kami data berbentuk gambar yang dapat dijadikan bahan bukti kajian yang dijalankan. 5.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Bagi melengkapkan lagi kajian ini dengan dapatan-dapatan yang tepat dan asli, penyelidik menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk mengumpulkan segala data dan maklumat. Antara kaedah pengumpulan data yang kami gunakan adalah: 5.2.1 Temubual Temubual yang dilakukan oleh pengkaji terhadap informan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengalaman bagi pasangan yang berkahwin campur iaitu meliputi aspek cabaran dan juga persepsi yang mereka terima apabila berhadapan dengan masyarakat. Kaedah pengumpulan data ini tergolong dalam sumber dapatan primer iaitu dengan kaedah temubual pengkaji perlu berinteraksi terus kepada individu yang menjadi fokus dalam penelitian yang ingin dijalankan. Menurut Siti Roudhah, Radia Banu et al., (2012) kaedah temubual ini juga termasuk dalam kumpulan pengumpulan maklumat melalui sejarah lisan dimana dalam konteks kajian ini pengkaji memerlukan rekod-rekod sejarah kehidupan ataupun pengalaman-pengalaman hidup yang masih diingati oleh informan itu sendiri. Hal ini telah menarik perhatian pengkaji kerana dapat 11


mengenalpasti sendiri personaliti informan yang ditemubual dan memperoleh ilmu-ilmu pengetahuan yang baru berkaitan dengan perkahwinan campur. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan temubual secara tidak formal bersama 4 orang informan yang berkahwin campur di Terengganu ini. Tambahan lagi, segala soalan yang diberikan adalah separa struktur iaitu sebahagian soalan di tanya secara formal mengikut teks soalan yang telah disiapkan dan sebahagian lagi soalan ditanya secara spontan kepada informan yang bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih mendalam agar mencapai objektif yang ditetapkan. 5.2.2 Pemerhatian dan Tinjauan Kajian secara kualitatif juga sangat mementingkan kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian atau tinjauan dimana ianya yang dilakukan oleh pengkaji itu sendiri. Hal ini bagi memastikan pengkaji tidak tertinggal apa sahaja bentuk data atau maklumat bagi melengkapkan lagi kajian ini dengan adanya bahan rujukan yang diperolehi daripada pemerhatian. Oleh itu, dalam konteks kajian perkahwinan campur ini pengumpulan data melalui pemerhatian dan tinjauan ini telah dijalankan apabila para pengkaji memperolehi bahan bukti seperti gambar informan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan juga menyambut perayaan Hari Raya pada tahun ini. Ini secara tidak langsung telah menunjukan 2 jenis budaya telah diraikan disebabkan perkahwinan campur ini. 5.2.3 Analisis Dokumen Kajian ini juga menggunakan sumber data sekunder dalam pengumpulan data. Sebagai contoh, sumber sekunder adalah menganalisis dokumen iaitu melibatkan beberapa artikel dan kajian-kajian lepas yang berkait dengan tajuk serta objektif kajian ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan data yang dikumpulkan itu releven dan asli ianya kerana dokumen-dokumen ini sememangnya sudah sedia ada sama ada dalam bentuk buku, artikel internet yang sah atau apa-apa sahaja yang boleh dialisis oleh pengkaji apabila melihatnya. 5.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian merupakan antara elemen terpenting dalam metodologi kajian. Hal ini kerana ianya digunakan sebagai alat atau medium untuk mendapatkan maklumat daripada informan. Oleh itu, dalam kajian ini instrumen yang digunakan adalah pengkaji itu sendiri ianya kerana kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana penyelidik yang perlu menemu bual informan dan segala soalan bergantung kepada tahap pemikiran dan pengetahuan penyelidik tersebut bagi mencapai objektif kajian. 12


6.0 DAPATAN KAJIAN Antara dapatan kajian yang diterima daripada temubual responden ialah:- Bil. Soalan Temubual Responden 1 Responden 2 Responden 3 1. Apakah pandangan anda terhadap perkahwinan campur? Saya tidak terlalu mengambil berat sangat kerana sudah terbiasa dikelilingi dengan rakan daripada kaum melayu dan hanya mempunyai 3 orang rakan dari kaum cina. Saya menganggap bahawa perkahwinan campur ini sesuatu yang positif dan menerima jika itu ketentuannya. Saya menyukai perkahwinan campur ini kerana ia memberi kesan positif untuk seseorang itu jika dia ingin memeluk agama Islam. 2. Apakah persepsi keluarga tentang perkahwinan campur? Persepsi tentang perkahwinan campur bagi kaum cina ini, mereka lebih mementingkan pasangan yang memiliki kekayaan dari segi harta benda dan wang ringgit. Jadi, apabila suami saya hanya merupakan orang biasa yang kurang dari segi kemewahan menyebabkan pada awalnya berlaku tentangan dalam ahli keluarga. Ibu dan bapa saya berasa malu dan terasa hati apabila sudah mengetahui anaknya ingin berkahwin dengan lelaki daripada kaum melayu. Ibu-bapa saya menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan saya untuk berkahwin campur dan mendoakan kebahagiaan kami. 3. Apakah pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur? Pada zaman dahulu, sewaktu saya tinggal di kampung, kaum melayu sangat menyukai kaum cina memeluk Islam dan mereka sangat memahami. Sewaktu saya di kampung, saya lebih banyak berkawan dengan kaum melayu kerana hanya ahli keluarga saya sahaja yang merupakan kaum cina. Saya tidak mempedulikan sebarang persepsi negatif daripada orang luar. Orang di sekeliling saya tiada sebarang perspektif negatif dan memahami tentang perkahwinan campur ini. 13


4. Adakah terdapat perbezaan budaya apabila berkahwin campur? Saya rasa tidak terlalu banyak perbezaan budaya kerana hanya sewaktu kelas agama sahaja, saya tidak akan mengikuti kelas tersebut. Kemudian, mak saya juga melarang untuk makan lauk yang haram dimakan seperti khinzir. Saya juga gemar makan-makanan seperti kaum melayu yang dikongsi bersama rakan-rakan. Kemudian, perayaan tahun baru cina atau perayaan hari raya aidilfitri turut disambut bersama-sama ahli keluarga besar kami. Ibu saya memakai pakaian yang sama seperti kaum melayu dan tiada sebarang perbezaan budaya yang dirasai. Saya turut menyambut perayaan tahun baru cina bersama-sama keluarga walaupun saya telah memeluk Islam. Selain itu, keluarga saya juga turut meraikan perayaan hari raya aidilfitri di rumah saya bersama-sama. 5. Apakah kesan terhadap anak-anak apabila berlatar belakang keluarga campur ini? Keluarga saya telah menerima perkahwinan kami setelah kami memiliki anak-anak. Selain itu, anak-anak saya juga turut pandai bercakap bahasa mandarin bersama sepupu-sepupunya. Anak-anak saya pandai untuk bercakap kedua-dua bahasa seperti bahasa hokkien dan bahasa mandarin. Hal ini, menambahkan lagi kemahiran berbahasa dalam diri anak-anak saya untuk berkomunikasi dengan orang luar. Anak-anak saya akan mahir berbahasa cina dan berbahasa melayu kerana saya akan bercakap bahasa cina bersama anak saya manakala suami saya akan bercakap bahasa melayu bersama dengan mereka. 6. Adakah anda menggalakkan perkahwinan campur ini dilaksanakan? Saya lebih menggalakkan untuk berkahwin campur ini jika memiliki ahli keluarga dan pasangan yang lebih memahami dan senang untuk menerima perbezaan budaya dan bangsa ini. Jodoh dan takdir itu semua di tangan Allah swt Saya turut menggalakkan jika keluarga turut menyokong. 7. Adakah terdapat cabaran setelah berkahwin campur? Cabaran hanya dialami ketika di awal perkahwinan sahaja bagi meyakinkan pilihan saya untuk berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Ada. Keluarga saya tidak menerima pilihan saya untuk berkahwin campur pada awalnya. Alhamdulillah ahli keluarga saya memahami dan tiada sebarang halangan kerana saya masih lagi bangsa cina tetapi hanya berbeza agama. 14


7.0 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Melalui hasil temu bual yang dilakukan terhadap pasangan kahwin campur yang telah dipilih di dalam kalangan masyarakat di Kuala Terengganu mengenai pandangan mereka terhadap perkahwinan campur, kesemua responden menunjukkan bahawa mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap perkahwinan mereka. Hal ini bertepatan dengan jawapan yang diberikan oleh responden 1 yang menyatakan bahawa dia sudah terbiasa dikelilingi dengan masyarakat melayu, malah dia hanya mempunyai 3 orang sahaja rakan dari kaumnya sendiri dan keadaan ini menyebabkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkahwin dengan pasangan daripada kaum melayu. Selain itu, pandangan positif juga diberikan oleh ketiga-tiga responden yang lain dengan menyatakan bahawa mereka yang memang tinggal di kawasan perkampungan melayu dan sudah terbiasa dengan suasana dan melihat budaya kaum melayu menjadikan mereka tidak mempunyai masalah dan tentangan untuk berkahwin dengan kaum melayu. Jadi melalui temu bual yang dilakukan terhadap pasangan kahwin campur mengenai perkahwinan mereka, dapat disimpulkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk berkahwin campur kerana keadaan mereka yang sudah terbiasa dengan suasana budaya bagi kaum pasangan mereka. Seterusnya, temu bual juga dilakukan untuk melihat persepsi keluarga pasangan yang berkahwin campur mengenai perkahwinan mereka. Hasil daripada temu bual menunjukkan bahawa 2 daripada 3 responden mempunyai tentangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga mereka di awal perkahwinan. Responden 1 menyatakan bahawa kaum cina lebih mementingkan pasangan yang memiliki kekayaan dari segi harta benda dan wang ringgit. Oleh itu, apabila suaminya hanya merupakan orang biasa yang kurang dari segi kemewahan, perkara ini telah menyebabkan berlaku tentangan dari ahli keluarganya di awal perkahwinan. Selain itu, responden 2 juga menyatakan bahawa ibu bapanya berasa malu apabila dia memberitahu ingin berkahwin dengan lelaki melayu sehingga menyebabkan dia terpaksa berahsia selama beberapa tahun akan perkahwinannya daripada pengetahuan ahli keluarganya. Namun, persepsi keluarga bagi responden 3 berlainan daripada 2 responden yang lain apabila ibu bapanya dapat menerima dengan hati yang terbuka terhadap keputusannya untuk berkahwin campur malah turut mendoakan kebahagian mereka. Oleh itu, melalui temu bual ini, jelaslah bahawa pasangan yang berkahwin campur ini mempunyai 15


cabaran dari segi tentangan daripada keluarga mereka tetapi masih ada ahli keluarga yang mampu menerima dengan baik keputusan mereka. Selain itu, untuk melihat pandangan masyarakat mengenai perkahwinan campur juga merupakan salah satu tujuan kepada kajian ini. Hasil daripada temu bual ketiga-tiga responden menunjukkan bahawa masyarakat boleh menerima dengan baik akan perkahwinan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, responden 1 menyatakan bahawa, semasa dia tinggal di kampung, semua kaum melayu sangat menyukai kaum cina yang memeluk Islam jadi mereka sangat memahami dengan perkahwinannya yang berkahwin dengan pasangan daripada kaum melayu. Selain itu, kedua-dua responden yang lain juga menunjukkan bahawa masyarakat disekitar mereka menunjukkan reaksi yang positif di atas perkahwinan mereka. Menurut responden 2, sewaktu dia berada di kampung, dia banyak berkawan dengan kaum melayu kerana hanya ahli keluarganya sahaja yang berbangsa cina dan mereka sangat menerima ahli keluarganya dengan baik jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kaum melayu masyarakat disekitarnya mampu menerima dengan baik malah turut gembira dengan keputusannya. Oleh itu melalui temu bual yang dilakukan ini, ketiga-tiga responden menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah dari segi penerimaan masyarakat di sekitar mereka kerana mereka sudah sebati dengan kaum melayu. Selanjutnya, temu bual yang dilakukan juga adalah untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan budaya antara pasangan yang yang berkahwin campur. Melalui temu bual yang dilakukan bersama responden 1, dia menyatakan bahawa tidak terlalu banyak perbezaan budaya antara dia dengan pasangannya kerana sewaktu kelas agamanya sebelum memeluk Islam dia tidak akan mengikuti kelas tersebut. Selain itu, ibunya juga selalu melarangnya daripada makan makanan yang haram dimakan di dalam Islam seperti khinzir dan malah dia turut gemar makan makanan daripada kaum melayu yang dikongsi oleh rakan-rakannya daripada kaum melayu. Perbezaan budaya dan agama juga dilihat tidak terlalu ketara apabila kedua-dua responden yang lain juga menyatakan bahawa mereka tidak merasa terlalu banyak perbezaan kerana mereka memang sudah terbiasa dengan budaya kaum melayu seperti memakai pakaian yang sama seperti kaum melayu serta mereka turut menyambut perayaan tahun baru cina bersama-sama keluarga walaupun mereka sudah memeluk Islam. Jadi melalui temu bual yang dilakukan jelaslah bahawa kesemua responden menunjukkan bahawa perkahwinan mereka tidak mempunyai terlalu banyak masalah dan mereka berjaya untuk mengecapi kebahagian walaupun mereka memilih untuk berkahwin campur. 16


Selain itu, melalui temu bual yang dilakukan terhadap pasangan yang berkahwin campur ini juga dapat dilihat kesan yang dihadapi oleh anak-anak apabila berlatar belakangkan keluarga yang berkahwin campur. Ketiga-tiga responden menunjukkan reaksi yang positif mengenai perkara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka menyatakan bahawa anak-anak tidak mempunyai kesan yang terlalu ketara kerana anak-anak mereka sudah terbiasa dengan persekitaran yang harmoni antara dua kaum. Malah, perkara ini telah memberikan kesan positif kepada anak-anak mereka kerana mereka dapat bertutur dalam 2 bahasa yang berbeza. Hal ini bertepatan dengan kenyataan yang diberikan oleh responden 2 yang menyatakan bahawa anak-anaknya pandai bertutur dengan bahasa hokkien dan mandarin yang boleh menambahkan lagi kemahiran berbahasa dalam diri anak-anaknya untuk berkomunikasi dengan orang luar. Kedua-dua responden yang selebihnya juga menyatakan bahawa anak-anak mereka pandai bertutur dalam bahasa mandarin dan bahasa melayu serta anak-anak mereka juga dihantar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Selain itu, anak-anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam diri anak- anak (Ejizen, 2014). Oleh itu, melalui perkara ini, dapat dilihat bahawa anak-anak daripada pasangan yang berkahwin campur dilihat tidak mempunyai kesan buruk disebabkan perkahwinan ibu bapa mereka. Seterusnya, responden melalui kajian ini juga ditemu bual untuk melihat pandangan mereka sama ada mereka menggalakkan perkahwinan campur ini untuk diteruskan oleh pasangan lain pada masa akan datang. Oleh itu, ketiga-tiga responden dilihat telah memberikan pandangan yang positif dan malah menggalakkan lagi sekiranya ada daripada pasangan lain yang memilih untuk berkahwin campur. Hal ini bertepatan dengan jawapan daripada responden 1 yang menyatakan bahawa dia lebih menggalakkan kepada pasangan lain untuk berkahwin campur jika mereka memiliki keluarga dan pasangan yang lebih memahami dan senang untuk menerima perbezaan budaya dan bangsa lain. Seterusnya, responden 3 juga turut memberikan jawapan yang serupa dengan menyatakan bahawa dia menggalakkan perkahwinan campur jika ahli keluarga mereka menyokong dengan pilihan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi mereka, mereka tidak mempunyai begitu banyak cabaran di dalam perkahwinan mereka dan mereka merasakan mereka terlalu bahagia dengan pilihan mereka untuk berkahwin campur sehingga menyebabkan jika ada dari 17


pasangan lain yang ingin berkahwin campur mereka sangat menyokong dengan pilihan mereka kerana perkahwinan campur ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara dua kaum yang berlainan malah dapat menjadi contoh baik kepada masyarakat lain. Selanjutnya, temu bual yang dilakukan ini juga adalah untuk melihat sekiranya terdapat cabaran terhadap pasangan yang berkahwin campur semasa menjalani perkahwinan mereka. Walaupun semua responden menunjukkan reaksi yang positif mengenai perkahwinan mereka daripada aspek yang lain, mustahil dikatakan jika mereka tidak mempunyai sebarang cabaran yang terpaksa dihadapi di dalam perkahwinan mereka lebih-lebih lagi apabila perkahwinan mereka melibatkan perkahwinan antara dua kaum yang berbeza. Oleh itu, melalui hasil temu bual yang dilakukan, ketiga-tiga responden menunjukkan bahawa mereka mempunyai cabaran dari segi penerimaan ahli keluarga mengenai perkahwinan mereka pada awal perkahwinan mereka. Responden 1 menyatakan bahawa cabaran yang dialami olehnya ialah ketika di awal perkahwinan kerana dia perlu meyakinkan ahli keluarganya dengan pilihannya untuk berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Selain itu, responden 2 juga menyatakan bahawa ahli keluarganya tidak menerima pilihannya untuk berkahwin campur di awal perkahwinan mereka namun penerimaan ahli keluarganya menjadi lebih baik apabila lahirnya zuriat mereka yang pertama. Namun ahli keluarga daripada responden 3 menunjukkan penerimaan yang positif apabila dia menyatakan bahawa ahli keluarganya memahami dan tiada sebarang halangan kerana mereka menganggap bahawa dia masih lagi berbangsa cina tetapi hanya berlainan agama sahaja. Oleh itu, melalui temu bual yang dilakukan terhadap pasangan yang berkahwin campur ini, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur bukanlah satu halangan dan cabaran kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama untuk meneruskan pilihan mereka untuk berkahwin campur. Malah ia dilihat dapat memberikan keistimewaan kepada perkahwinan mereka apabila terdapat pelbagai kelebihan kepada mereka yang berkahwin campur seperti penguasaan dua bahasa yang berbeza serta mereka dapat meraikan perayaan kedua-dua belah pihak dengan keadaan aman dan harmoni. Oleh itu, melalui kajian yang dilakukan ini, pasangan yang ingin berkahwin campur dapat menjadikan kajian ini sebagai semangat kepada mereka untuk meneruskan pilihan mereka dan kepada pasangan lain sekiranya mereka ingin untuk berkahwin campur pada masa akan datang. 18


8.0 CABARAN Antara cabaran dalam perkahwinan campur ini ia akan menghadapi pelbagai cabaran yang melibatkan perbezaan agama, budaya dan penerimaan sosial. Manakala dari segi agama, pasangan mungkin perlu menguruskan perbezaan dalam amalan keagamaan harian, cara beribadat serta sambutan perayaan dan juga tidak dilupakan Pendidikan agama untuk anak-anak mereka. Perbezaan budaya pula boleh menimbulkan konflik dalam adat resam, tradisi perkahwinan, upacara keluarga, serta menghadapi isu komunikasi jika pasangan berasal dari latar belakang yang berbeza bahasa. Selain itu, keluarga dari kedua-dua belah pihak mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang perkahwinan campur, menyebabkan ketegangan dan tekanan untuk mematuhi adat dan tradisi keluarga masing-masing. Disamping itu, pasangan juga sering menghadapi diskriminasi dan prejudis di kalangan masyarakat, yang mana dapat menambah lagi tekanan kepada hubungan mereka. Anak-anak dari perkahwinan campur juga mungkin mendapat tempias atau menghadapi cabaran dalam mencari identity budaya mereka. Selain itu, Pasangan perlu mengembangkan keterbukaan, toleransi dan kemahiran komunikasi atau bersosial yang baik bagi menguruskan perbezaan ini dan mencapai harmoni dalam kehidupan mereka. Seterusnya, dari segi undang-undang di sesetengah negara mungkin juga menimbulkan halangan tambahan bagi mereka atau pasangan yang ingin berkahwin campur. Bagi menghadapi semua cabaran ini memerlukan usaha yang gigih dari kedua-dua belah pihak untuk memahami, menghormati dan menyesuaikan diri dengan perbezaan masing-masing, serta mencari cara untuk menyatukan nilai-nilai dan kepercayaan dalam kehidupan seharian mereka. Pada masa yang sama, perkahwinan campur juga menawarkan elemen serta peluang untuk memperkaya pengalaman hidup melalui perpaduan elemen-elemen dari pelbagai budaya, mewujudkan tradisi baru yang unik dan meningkatkan pemahaman serta toleransi budaya dalam keluarga dan masyarakat yang lebih luas. 19


9.0 SUMBANGAN Antara sumbangan positif dalam perkahwinan campur adalah pertama sekali, terdapat pelbagai variasi dalam keluarga dan menghasilkan baka yang lebih berkualiti dari segi mental dan fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan adanya perkahwinan campur akan menyebabkan anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka akan mempunyai dua genetik yang berbeza, latar belakang yang turut berbeza serta terdedah dengan kepelbagaian adat dan budaya. Maka, kebiasaannya anak-anak mereka akan mempunyai rupa paras yang cantik dan akal fikiran yang bijaksana. Selain itu, anak-anak mereka juga akan menguasai lebih daripada dua bahasa kerana telah terbiasa mendengar perbualan ibu atau bapa mereka ketika berada di rumah seperti mempelajari bahasa mandarin, bahasa inggeris, bahasa arab dan sebagainya. Hal ini akan meningkatkan kemahiran komunikasi untuk mereka bersosial dengan dunia luar. Seterusnya, melalui perkahwinan campur ini juga akan membantu untuk menyebarkan dakwah keagamaan kerana wanita atau lelaki yang bukan muslim akan memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum mengahwini pasangan mereka. Hal ini membuatkan mereka sudah tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam seperti kewajipan untuk menunaikan solat dan menutup aurat dengan sempurna serta kemanisan berpuasa di bulan ramadhan. Maka, keadaan ini akan membuatkan mereka lebih mendekati dan mendapat hidayah dari Allah swt. Di samping itu, sumbangan positif dalam perkahwinan campur adalah mengetahui dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Hal ini disebabkan oleh terdapat perbezaan adat resam dan budaya bagi setiap kaum seperti perbezaan budaya dari segi perayaan, makanan tradisional, upacara perkahwinan dan sebagainya. Contohnya, perayaan bagi kaum melayu adalah perayaan hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha manakala perayaan bagi kaum cina adalah tahun baru cina yang disambut setahun sekali. Kemudian, antara makanan tradisional bagi kaum cina adalah dim sum, yee sang, dan mooncake yang sering disajikan sewaktu perayaan tradisional manakala makanan tradisional kaum melayu pula adalah nasi lemak, sate, ketupat, rendang, lemang dan lain-lain. Oleh itu, melalui perkahwinan campur ini akan lebih mendedahkan anak-anak mereka dengan kepelbagaian adat dan budaya yang boleh diketahui. Akhir sekali, perkahwinan campur ini juga berjaya memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum seperti mengeratkan hubungan silaturrahim ketika majlis perayaan. Hal ini bagi menambahkan lagi kemesraan di antara pelbagai kaum dan mengelakkan berlakunya perbalahan serta sikap prejudis dalam diri mereka. 20


10.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perkahwinan campur ini merupakan satu amalan yang semakin popular pada hari ini. Perkahwinan campur ini dapat memberi impak dan dan sumbangan yang banyak kepada individu, masyarakat dan negara. Perkahwinan ini dapat memperkayakan kehidupan keluarga melalui kepelbagaian budaya dan tradisi. Perkahwinan campur ini juga dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan luas. Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi daripada perkahwinan campur ini. Walau bagaimanapun terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak menyokong perkahwinan campur ini. Mungkin bagi mereka perkahwinan campur ini memberi kesan buruk kepada individu dan negara. Semua masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan perkahwinan campur ini. Selain itu, keberhasilan campur ini bergantung kepada kemampuan pasangan untuk menghormati perbezaan tradisi dan budaya yang berbeza. Hal ini dikatakan demikian bagi memastikan perkahwinan tersebut sentiasa aman dan harmoni. Setiap pasangan haruslah memainkan peranan masing-masing dalam mengadaptasi tradisi dan budaya yang baru dalam aktiviti harian. Perkahwinan ini bukan sahaja menyumbang kepada individu malah ia juga menyumbang kepada masyarakat yang inklusif. 21


11.0 RUJUKAN Basri, M. (2012). Bab 4: Kaedah kajian. ResearchGate. Diambil dari: https://doi.org/10.13140/RG.2.1.1443.0168 Kean Hua, A. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(2), 17 - 24. Diambil dari https://doi.org/10.47405/mjssh.v1i2.8 Saad, Siti & Jan Mohamad, Radia Banu & Jaafar, Cik & Jan, Noor. (2012). PENUKILAN ILMU BAHARU MELALUI SEJARAH LISAN. Diambil dari: https://www.researchgate.net/publication/263619343_PENUKILAN_ILMU_BAHAR U_MELALUI_SEJARAH_LISAN Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. 1-15. Diambil dari: https://www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan_Dat a_dalam_Penyelidikan_Kualitatitif 22


12.0 LAMPIRAN BERGAMBAR 12.1 Sambutan Hari Raya dan juga Perayaan Tahun Baru Cina oleh Puan Zulaikha. 23


12.2 Gambar bersama informan setelah selesai sesi temubual. 24


25


Click to View FlipBook Version