The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munazahnur, 2022-06-10 04:29:03

EFOLIO KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI DALAM ISLAM

MPU23072

NAMA PENSYARAH:
PUAN SHAHRIZAH BT HUSIN

TAJUK: (KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN)

AHLI KUMPULAN 6

NAMA: NAMA:
NUR MUNAZAH BINTI ABDUL NURUL FARZANA BINTI ZAKARIA
MUNAFF NO. MATRIKS: 14DCC21F1002
KELAS: DCC2A
NO. MATRIKS: 14DCC21F1031
KELAS: DCC2A

NAMA: NURUL UMAIRAH NAMA: FARAH AFIQAH BINTI
BATRISYA BINTI MOHD FAIZAL SALLEHUDDIN

NO. MATRIKS: 14DCC21F1027 NO. MATRIKS:
KELAS: DCC2A 14DCC21F1021

KELAS: DCC2A

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan bagi kaedah Fiqh. 1

2. Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan. 2-3

3. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat 4-5
dihadkan menurut kadar darurat sahaja. 6
7
4. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan 8
kemudaratan 9-11

5. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan

6. Menolak kemudaratan adalah lebih utama
daripada mengambil kebaikan.

7. Aplikasi kaedah

1.0 PENGENALAN BAGI KAEDAH FIQH

Kaedah Fiqh merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan
sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum
Islam apabila terdapat masalah baharu yang memerlukan
keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan
sesuatu masalah baharu yang timbul dapat diselesaikan dengan
mudah mengenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada
sumber-sumber yang lain. Pengunaan kaedah fiqh tidak akan
menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber
utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan
muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat memberikan hukum
secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul.

1

2.0 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan.

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu
perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai
kepentingan asasi kehidupan manusia.

Kemudharatan melibatkan 6 perkara
• Agama
• Nyawa
• Maruah
• Keturunan
• Akal
• Harta

(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan,

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2

Justeru, kita sebenarnya tidak boleh sama sekali melakukan
kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri atau orang lain,
lebih-lebih lagi kepada nyawa dan maruah seseorang. Islam
mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada
kemudaratan. Dalam masa yang sama, Islam melarang umatnya
membalas tindakan pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

3

3.0 SESUATU YANG DIHARUSKAN KERANA DARURAT DIHADKAN
MENURUT KADAR DARURAT SAHAJA (AL-DHARURAH TUQADDIR
BI QADARIHA

• Kaedah ini membawa maksud bahawa keharusan perkara yang dilarang
ketika darurat tersebut adalah mengikut kadar keperluannya.

• Kaedah darurat mengharuskan yang dilarang tetapi terikat dengan kaedah
lain dengan mengemaskinikan cara pelaksanaannya agar kaedah itu tidak
salah digunakan.

Islam mengharuskan beberapa perkara yang dilarang ketika darurat
menolak kemudaratan kepada manusia, tetapi tidak patut bagi seorang
muslim mengambil peluang untuk terus-menerus merasa selesa dan
senang dengan sesuatu yang haram atas alasan darurat

4

Sebagai contoh:
Seorang wanita tidak diharuskan pergi mendapatkan rawatan
dari doktor lelaki sedangkan pada masa itu terdapat lagi
doktor wanita yang boleh merawatnya

Contoh lain:
Seperti dalam bidang perubatan iaitu terpaksa
mengambil benda yang haram bagi tujuan perubatan.

5

4.0 KEMUDARATAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN
KEMUDARATAN (AL-DHARAR LA YUZAL BI AL-DHARAR)

Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu kemudaratan yang
dihilangkan atau disingkirkan tidak boleh mendatangkan sesuatu
kemudaratan yang lain sama ada kepada dirinya atau orang lain.

Contohnya dalam bidang perubatan, Zahir dan Yazid menghadapi
penyakit yang sama dan ubat yang sama antara mereka. Jika ubat itu
kepunyaan Yazid, maka tidak harus diambil ubat itu untuk diberikan
kepada Zahir.

Contoh lain, dari segi pembinaan tembok antara dua buah rumah
yang berasingan telah runtuh secara tiba-tiba dan kedua pihak pula
tidak mahu membaikinya semula. Lalu pihak pertama yang
membaikinya semula, maka dalam hal ini pihak pertama boleh
menuntut separuh daripada perbelanjaan membaik pulih tembok itu
daripada pihak kedua

6

5.0 KEMUDARATAN YANG LEBIH BERAT DIHILANGKAN
DENGAN KEMUDARATAN YANG LEBIH RINGAN (AL-
DHARAR AL-ASSYAD YUZL BI AL-DHARAR ALAKHF)

Kaedah ini membawa maksud jika kita tiada pilihan lain
melainkan pastinya terpaksa menghadapi kemudaratan tersebut,
maka hukumnya perlulah dipilih sesuatu yang lebih ringan
kemudaratannya.

Sebagai contoh, Wanita yang hamil telah meninggal dunia namun
anaka dalam rahimnya masih hidup dan bergerak-gerak, maka dalam
Islam dibolehkan melakukan pembedahan perut Wanita yang telah
meninggal dunia itu untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam
kandungan apabila didapati bayi itu ada harapan untuk hidup kerana
jika dibiarkan, kemudaratan bayi itu untuk meninggal adalah amat
besar.

7

6.0 MENOLAK KEMUDARATAN ADALAH LEBIH UTAMA
DARIPADA MENGAMBIL KEBAIKAN (DAR’ AL-MAFASAD
AWLA MIN JALIB AL-MASALIH)

Apabila bertembung dengan keburukan dan kemudaratan, maka
pada kebiasaannya hendaklah didahulukan dengan menolak
keburukan kerana penekanan syarak kepada perkara-perkara
larangan melebihi perkara yang ditetapkan.

Kaedah ini membawa maksud, jika terdapat pertentangan antara
kebaikan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka mencegah
kemudaratan itu adalah lebih baik daeipada mendapat kebaikan.

8

7.0 APLIKASI KAEDAH

Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan
manusia agar menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma
kehidupan manusia.

Jika dilihat dari aspek pengurusan kehidupan manusia pada hari ini, bukti kukuh
dapat disaksikan bahawa ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan telah banyak
membantu mengurangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia.
Contohnya, hubungan manusia dimana-mana jua mereka berada kekal terjalin
dengan wujudnya medium telekomunikasi dan information communication
technology (ICT)

Walau bagaimanapun, kemudaratan yang lain pulak timbul setelah wujudnya
kecanggihan dalam bidang tersebut apabila penyalahgunaan timbul. Teknologi dan
kejuruteraan sebenarnya dihasilkan untuk memudahkan dan meningkatkan kualiti
kehidupan manusia tanpa mengabaikan pembangunan insan.

9

Antara fenomena hari ini ialah maklumat telah berubah menjadi barang dagangan yang cukup
laris di pasaran. Penyebaran maklumat dan berita-berita palsu melalui media massa dan media
elektronik mahupun melalui penggunaan aplikasi whatsapp, telegram, facebook dan Instagram
ialah contoh penciptaan telekomunikasi dan maklumat yang telah disalahgunakan.

Islam mengajar kita agar segala maklumat yang diakses di dalam internet hendaklah dipastikan
sumbernya. Allah mengingatkannya dalam surah Al-hujurat;
‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa satu
berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana
kebodohannya, yang akhirnya membawa kepada penyesalan.’

10

Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan disingkirkan, iaitu dengan
membenarkan sesuatu yang asalnya dilarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.
Contohnya, penggunaan vaksin untuk imunisasi hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi
dibenarkan dan harus kerana bagi tujuan perubatan.
Contoh lain, hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis, iaitu mencevax Yang
diambil dan diperoleh daripada sumber lembu adalah harus digunakan dalam bidang
perubatan. Walau bagaimanapun, meningococcal meningitis iaitu menomune yang
mengandungi unsur daripada khinzir adalah haram digunakan walaupun untuk tujuan
perubatan.

11


Click to View FlipBook Version