The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AAK2183-PENGLIBATAN IBU BAPA DA KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsyamimiehaida, 2022-09-17 20:28:40

AAK2183-PENGLIBATAN IBU BAPA DA KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

AAK2183-PENGLIBATAN IBU BAPA DA KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENDEKATAN DAN AKTIVITI YANG
SESUAI UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH

IBU BAPA DALAM MERANSANG
POTENSI ANAK-ANAK

Disediakan oleh:NUR SYAMIMIE HAIDA BINTI CHE HUSSIN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
[KUMPULAN 2)

KOD KURSUS:
AAK2183
KURSUS:

PENGILABATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
TAJUK:

MENGENAL PASTI PENDEKATAN,KAEDAH DAN AKTIVITI BERKAITAN
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAMIMIE HAIDA BINTI CHE HUSSIN

(PID20040)

PENSYARAH:
CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOF

JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 1 202/2023

1.0

PENGENALAN

● Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah
atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi
asa kepada sesuatu huraian.Selain itu,menurut Kamarudim Hj. Husin (1988)
pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang
hakikat bahasa,hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa.Seterusnya,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya.Akhir sekali,menurut
Mariani Md. Nor, dalam artikel Phdnya, menyatakan bahawa Kurikulum
Prasekolah dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan bermain sambil
belajar, di samping pendekatan bersepadu, dan bertema dan pendekatan
bersepadu.

● Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah
peringkat kematangan. Perkembangan juga merupakan turutan perubahan yang berlaku melalui
fizikal, bahasa, emosi dan pemikiran yang mana berlaku kepada kanak-kanak seawal usia baru
lahir sehingga menjelang awal dewasa.

● Setiap manusia mempunyai perkembangan yang tersendiri sepertiperkembangan fizikal, mental,
fikiran, bahasa, dan banyak lagi.perkembangan yang mempengaruhi manusia bermula dari
mereka bayisehinggalah kanak-kanak dan seterusnya alam dewasa.

● Menurut Azizi Yahaya and Zainuddin Abu Bakar dalam Teori-Teori Perkembangan
mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua
perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai
kematangan.

● Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.
Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu.

● Perkembangan kanak-kanak melibatkan pelbagai perkembangan. Antaranya ialah fizikal,
kognitif, bahasa,sosial dan emosi.

2.0

PERKEMBANGAN
KOGNITIF

2.1
PENDEKATAN

(PROJEK)

• Pendekatan berasaskan projek berkait rapat dengan perkembangan kognitif kerana pembelajaran
yang dijalankan memfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang
tertentu.Oleh itu dalam perkembangan kognitif berkait dengan kaedah kebolehan individu untuk
berfikir,memberi pendapat,memahami,mengingati perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran
masing-masing.Ia juga boleh melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan,mengkatego,merancang,menaakul,menyelesaikan masalah,mencipta,berimaginasi dan
lain-lain.Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan pendekatan projek adalah aktiviti menanam
pokok cili.Hal ini dikatakan kerana dapat membantu kanak-kanak menjalankan kajian dalam
bidang sains apabila menggunakan pendekatan berasaskan projek.

2.2
AKTIVITI

• Perkembangan kognitif adalah salah satu perkembangan yang melibatkan kanak-kanak untuk
berfikir untuk menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran yang dijalankan.Aktiviti
berkaitan pendekatan berasaskan projek yang saya telah memilih adalah projek menanam
pokok cili.Hal ini kerana apabila kanak-kanak melakukan projek penanaman akan melibatkan
pelbagai kaedah yang akan digunakan.Antara kaedah yang digunakan adalah
merancang,mengenal pasti,menilai dan sebagainya.Selain itu,untuk melakukan projek tanaman
juga perlu mempunyai beberapa langkah antaranya sebelum melakukan projek guru atau ibu
bapa perlu memperkenalkan projek yang ini dilakukan dan juga galakkan kanak-kanak untuk
memberi cadangan.Seterusnya,langkah kedua adalah semsa melakukan projek tanaman pokok
cili juga adalah setiap daripada kanak-kanak perlu memainkan peranan dalam melaksanakan
projek dan pembahagian tugasan perlu dilaksanakan oleh mereka dan juga semasa melakukan
projek perlu menyediakan graf tempoh masa untuk percambahan pokok cili tersebut.Akhir
sekali langkah pelaksanaan projek ini adalah kanak-kanak perlu membuat penilaian keatas
beberapa aspek iaitu kekuatan,kelemahan,kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.

• Antara kelebihan melaksanakan projek tanaman pokok cili kepada perkembangan kognitif
adalah kanak-kanak dapat memahami cara penanaman pokok cili.Hal ini dikatakan kerana
apabila kanak-kanak melakukan projek bersama guru atau ibu bapa mereka lebih berasa
semangat untuk menanti percambahan pokok cili akan terjadi.Selain itu kelebihannya juga
adalah dapat mengingati tentang perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran.Contohnya,mereka akan meletakkan biji benih ke dalam lubang-lubang yang
telah disediakan.Disamping itu,kelebihan kepada kanak-kanak melakukan projek penanaman
pokok cili juga adalah dapat meningkatkan ransangan deria mereka.Hal ini dikatakan kerana
aktiviti ini mampun meransang deria sentuhan mereka dan juga dapat mengenali jenis-jenis
tanah yang kasar.Ini adalah pembelajaran secara semulajadi yang tiada nilai dan harganya
kepada kanak-kanak.Akhir sekali dapat mengajar kanak-kanak tentang adanya sikap cintai
alam dalam diri mereka.Ini kerana apabila memberi peluang kepada mereka untuk
melaksanakan projek tersebut dapat mengenali,menghargai dan menyayangi alam
sekitar.Aktiviti ini juga boleh membuang rasa geli kanak-kanak terhadap tanah.

3.0

PERKEMBANGAN
FIZIKAL

3.1
PENDEKATAN
(Bermain sambil

belajar)

• Pendekatan bermain sambil belajar sangat berkait rapat dengan perkembangan fizikal
kerana bermain merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak.Hal ini dikatakan kerana
permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran
tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam.Selain
itu,aktiviti belajar melalui bermain dapat meningkatkan dan menyokong proses
pembelajaran dan peluang untuk kanak-kanak berjaya dalam kelas dan kehidupan
hari depan mereka.Contoh aktiviti yang boleh dikaitkan dengan perkembangan
fizikal adalah mengasingkan bola kecil mengikut warna yang sama,aktiviti ini
melibatkan perkembangan motor halus kanak-kanak kerana menggunakan
pergerakkan jari.

3.2
AKTIVITI

• Perkembangan fizikal adalah berkait dengan perkembangan motor yang merangkumi
kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal.Hal ini boleh
dikaitkan dengan pendekatan bermain sambil belajar kepada kanak-kanak kerana sifat bermain
kepada kanak-kanak adalah semulajadi bagi mereka.Aktiviti berkaitan pendekatan belajar
sambil bermain yang saya telah pilih adalah mengasingkan bola kecil mengikut warna yang
sama.Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat belajar mengenali warna-warna asas seperti
merah,biru,hijau,kuning dan sebagainya.Antara kelebihan aktiviti tersebut adalah dapat
membina kemahiran motor halus.Hal ini kerana apabila kanak-kanak mengasingkan bola ke
dalam bekas disediakan menggunakan tangan mereka.Selain itu,kelebihannya ialah dapat
belajar fokus dan had terhadap perbezaan warna.Oleh itu mereka akan berasa bangga apabila
dapat menyelesaikan aktiviti dengan tepat dan dipuji oleh guru atau ibu bapa.Akhir
sekali,kelebihannya juga adalah guru atau ibu bapa dapat kesan kanak-kanak yang mempunyai
masalah rabun warna atau tidak.Hal ini dikaitkan kerana,ada segelintir ibu bapa atau guru tidak
dapat mengesan masalah ini kerana kanak-kanak warna-warna dengan tepat.

4.0

PERKEMBANGAN
SOSIAL

4.1
PENDEKATAN
(BERSEPADU)

• Pendekatan bersepadu boleh dikaitkan dengan perkembangan sosial kerana belajar melalui
bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.
Hal ini dikatakan kerana bentuk pengajaran bagi pendekatan bersepadu adalah tidak formal,
dan guru hendaklah melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan..Oleh
itu,perkembangan sosial sangat sesuai dengan pendekatan bersepadu kepada kanak-kanak.
Melalui pendekatan ini, kanak-kanak akan mendapat ilmu, konsep, kemahiran, dan nilai
murni.Selain itu, guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.Sebagai contoh,aktiviti yang boleh dikaitkan dengan pendekatakan
bersepadu adalah main sosio dramatik atau lebih dikenali sebagai permainan lakonan dimana
kanak-kanak bermain sebagai ibu,bapa,doktor,polis,penjahat dan sebagainya.Permainan ini
adalah melibatkan beberapa orang kanak-kanak di dalam kumpulan yang terdiri daripada
kalangan kanak-kanak di dalam kelas.

4.2
AKTIVITI

• Perkembangan sosial sangat berkait rapat dengan pendekatakan bersepadu kerana
perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain.Oleh itu,saya memilih aktiviti yang bersesuaian
dengan pendekatan bersepadu adalah main sosio dramatik atau dikenali sebagai lakonan.Main
sosio dramatic mempunyai pelbagai peranan antaranya adalah menghadapi situasi-situasi
tertentu.Sebagai contoh,kanak-kanak akan melakonkan tentang tajuk atau situasi yang telah
diberikan oleh guru seperti lakonan situasi di pasaraya.Selain itu,peranannya juga adalah kanak-
kanak dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dan mencipta.Contohnya,apabila melakukan
aktiviti tersebut kanak-kanak akan lebih banyak berinteraksi dan mencipta segala situasi untuk
dijadikan bahan lakonan mereka.Seterusnya cara melaksanakan permainan sosio dramatic
adalah dapat mengemukakan sesuatu masalah,melakonkan masalah dan akhir sekali adalah
dapat membincangkan hasil aktiviti drama yang telah dilakonkan.

5.0

PERKEMBANGAN
EMOSI

5.1
PENDEKATAN
(MASTERI)

• Pendekatan masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan
bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.Selain itu,pendekatakn masteri ini juga
dikaitkan dengan perkembangan emosi adalah kerana Perkembangan emosi yang baik dapat
membantu mewujudkan perasaan positif serta rasa hormat pada diri.Malahan, aspek perkembangan ini
juga melibatkan pembangunan sosial kanak-kanak yang menggabungkan perkembangan mental,
emosi dan sosial menjadi satu kumpulan.Contoh aktiviti perkembangan emosi yang berkait dengan
pendekatan masteri adalah bonding atau meluangkan masa bersama kanak-kanak.Ini kerana apabila
ibu bapa atau guru melaksanakan bonding bersama kanak-kanak mereka akan merasakan lebih
dihargai.

5.2
AKTIVITI

• Perkembangan emosi adalah mempunyai pelbagai perasaan.Diantaranya adalah
marah,sedih,gembira dan sebagainya.Oleh itu pendekatan masteri sangai berkait dengan aktiviti
bonding atau meluangkan masa bersama kanak-kanak.Antara kelebihan bonding bersama kanak-
kanak adalah dapat mengeratkan hubunga kekeluargaan bersama anak.Ini dikaitkan kerana
apabila melakukan bonding kanak-kanak dapat meluahkan perasaan bersama-sama,sama ada
marah,sedih,gembira dan sebagainya.Selain itu elebihannya juga adalah melatih kanak-kanak
untuk berdikari dan berani semasa dengan orang lain.Akhir sekali,kelebihan melakukan bonding
bersama kanak-kanak juga adalah dapat membentuk skill attactment atau mewujudkan perasaan
aman dan dicintai akhirnya membuat kanak-kanak lebih banyak untuk mengeksplorasi dunianya.

6.0

PERKEMBANGAN
BAHASA

6.1
PENDEKATAN
(BERTEMA)

• Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melaui topik atau tema yang
dipilih bersesuaian dengan masa,tempat,minat,latar belakang dan perkembangan kanak-kanak.Oleh
itu pendekatan bertema ini bersesuaian dengan perkembangan bahasa kanak-kanak.Ini kerana apabila
menggunakan pendekatan bertema dalam pembelajaran dapat dikaitkan dengan penggunaan pelbagai
bahasa.Selain itu,pemilhan tajuk atau tema bagi pendekatan bertema adalah kemahiran yang
diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian
masalah.Oleh yang demikian,setiap apa yang diajar kepada kanak-kanak perlulah membantu mereka
dari segi untuk menyelesaikan masalah.Contoh aktiviti perkembangan bahasa yang berkaitan dengan
pendekatan bertema adalah menamakan dan mengeja nama buah-buahan.Aktiviti tersebut adalah
daripada tema buah-buahan dan untuk matapelajaran bahasa melayu.

6.2
AKTIVITI

• Perkembangan bahasa sangat dikait rapat dengan pendekatan bertema kerana penguasaan bahasa
daripada pendekatan bertema lebih luas berbanding dengan pendekatan-pendekatan yang lain.Hal
ini dikaitkan kerana dalam pendekatan bertema ini dapat memilih tema atau kanak-kanak dapat
mempelajari penguasaan bahasa dengan lebih mendalam.Sebagai contoh aktiviti yang saya pilih
berkaitan pendekatan bertema ini adalah menamankan dan mengeja nama buah-buahan dalam
bahasa melayu.Oleh itu,ibu bapa atau guru juga boleh menggunakan pelbagai bahasa untuk
diajarkan kepada kanak-kanak.Antara kelebihan aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat mengenali
pelbagai jenis buah-buahan yang lain.Jelaslah bahawa,apabila ibu bapa atau guru melaksanakan
aktiviti ini kepada kanak-kanak mereka akan meningkatkan penggunaan bahasa diantaranya bahsa
melayu,bahasa arab dan juga bahasa inggeris.Ini kerana perkembangan bahasa sangat berkait
dengan literasi awal kepada kanak-kanak sewaktu di awal usia lagi.Selain itu,aktiviti ini juga dapat
meningkatkan tahap kerajinan kanak-kanak untuk mengeja atau membaca apa yang telah
dipelajari.Hal ini kerana membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokan terutama bagi
kanak-kanak yang berumur tiga sehingga lima tahun.

7.0

KESIMPULAN

• Guru harus memilih pendekatan pengajaran pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar
kebolehan pelajar, merangsang pengajaran pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepasakan
horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa
penting untuk dipelajari serta berguan untuk masa hadapan (Azwan Ahmad, 2005). Justeru, anjakan
pardigma harus dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Matematik lebih menarik untuk
mengubah persepsi pelajar mengenai Matematik.

SEKIAN
TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version