Isu kesalahan kata dari sudut morfologi BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU “Buku bahasa kita”
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang dihormati, Puan Rohana Binti Mahmood kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan ini. Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha. Selain itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya telah banyak membantu dan mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Penghargaan
Isi kandungan Manual pengguna Pengenalan Media Cetak Media elektronik Hak asasi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan Bahasa Melayu baku Kata pinjaman asing
Pengenalan Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Selain itu, masyarakat di negara Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun, terdapat juga banyak isu kesalahan kata dari sudut morfologi . Hal ini telah menjejaskan imej dan kualiti bahasa Melayu.
Media cetak Contoh-contoh media cetak: Media cetak merupakan alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal. Apakah maksud media cetak? surat khabar katalog poster kain rentang (banner) majalah
1.Kesalahan dari segi penggunaan tanda baca Contoh kesalahan bahasa di media cetak Tanda baca merupakan simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat atau petunjuk kepada pembaca agar melakukan sesuatu dalam bacaan.Di samping itu, tanda baca yang digunakan dalam sesuatu ayat diletakkan di tempat-tempat tertentu berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Dalam rajah 1, terdapat kesalahan penggunaan tanda baca iaitu buah buahan yang sepatutnya menggunakan tanda sempang dan membentuk buah-buahan. Hal ini kerana tanda baca sempang digunakan untuk memisahkan kata daripada kata ganda. Rajah 1 buah buahan buah-buahan
4. Kesalahan dari segi ejaan kata majmuk jalanraya jalan raya Rajah 3 Berdasarkan rajah 3, terdapat kesalahan ejaan kata majmuk iaitu “jalanraya”. Perkataan tersebut perlu dijarakkan supaya membentuk dua perkataan iaitu “jalan raya”. Hal ini kerana perkataan jalan raya tidak disenaraikan sebagai kata majmuk mantap. Akronim bagi 15 kata majmuk mantap 1.Apek - antarabangsa 2.Bawa- beritahu 3.Bakul- bumiputera 4.Jalan- jawantankuasa 5.Kiri- kakitangan 6.Kanan- kerjasama 7.Macam- matahari 8.Orang- olahraga 9.Perempuan- pesuruhjaya 10.Suka- sukarela 11.Senyum-setiausaha 12.Senyum -suruhanjaya 13.Tak- tandatangan 14.Tentu- tanggungjawab 15.Waktu- warganegara
Media elektronik orang-orang orang jadi menjadi Contoh kesalahan bahasa Melayu di media eletronik 1. Kesalahan penggunaan kata dalam Twitter. Rajah 1 merupakan contoh kesalahan penggunaan kata yang diambil dari Twitter. Dalam ayat tersebut, terdapat kesalahan penggunaan kata iaitu “orang-orang” dan “jadi”. Ayat dengan penggunaan kata yang betul ialah “Janganlah sesekali merendahkan orang yang baru nak berubah menjadi baik”. Media elektronik merupakan alat atau saluran komunikasi yang menggunakan alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Media elektronik ini bukan sahaia menjadi medium hiburan malah memainkan peranan yang penting dalam menyebarluaskan penggunaan bahasa yang baik. Namun, terdapat kebanyakan individu yang terpengaruh dengan bahasa yang digunakan dalam media elektronik. Hal ini menyebabkan wujud banyak kesalahan dalam bahasa Melayu. Rajah 1
perlantikan pelantikan 2. Kesalahan dari segi ejaan Dalam poster digital tersebut, terdapat kesalahan ejaan iaitu perlantikan. Perkataan tersebut perlu dieja seperti berikut pelantikan. Rajah 2 3. Kesalahan penggunaan perkataan baru dan baharu. Rajah 3 kereta baru kereta baharu Berdasarkan rajah 3, kita dapat lihat bahawa pengguna Facebook tersebut telah menggunakan konteks makna yang salah iaitu kereta baru dan penggunaan yang betul adalah kereta baharu. Hal ini kerana perkataan baru merujuk kepada masa atau waktu manakala perkataan baharu digunakan untuk menggambarkan sifat sesebuah objek.
Hak asasi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan Hak asasi ialah hak yang penting dan asas sama ada bagi individu atau kumpulan seperti kebebasan mengeluarkan pendapat. Selain itu, hak asasi manusia pula merupakan hak yang dimiliki seseorang dan kebebsan yang layak dipunyai setiap insan yang bergelar manusia. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mempunyai hak asasi dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan. Namun, bahasa Melayu sering menghadapi pelbagai cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan penghantar di institusi pendidikan. Misalnya, penggunaan dialek dan pencampuran kod dalam bahasa Melayu telah menjadi satu halangan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
“terbakor”- terbakar “nape” -kenapa Dialek Rajah 1 Dalam rajah 1, kita dapat lihat penggunaan dialek iaitu “terbakor” yang merujuk kepada “terbakar” dan “nape” pula merujuk kepada kenapa. Contoh penggunaan dialek dalam bahasa Melayu Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Apakah maksud dialek?
Rajah 2 Dalam rajah 2, pengguna Facebook tersebut telah menggunakan beberapa bahasa dialek Kelantan iaitu “kecek” merujuk kepada “bercakap” dan “buke” pula merujuk kepada “bukan” serta “bulih” yang membawa maksud “boleh”. “kece”- bercakap “buke”- bukan “bulih”- boleh
Pencampuran kod Contoh pencampuran kod dalam bahasa Melayu Rajah 1 transfer cash pemindahan tunai Rajah 1 merupakan contoh pesanan mesej yang menggunakan pencampuran kod pada perkataan iaitu “transfer cash”. Perkataan tersebut perlu ditukarkan kepada ejaan bahasa Melayu yang tepat dan betul iaitu “pemindahan tunai”. Pencampuran kod merupakan suatu fenomena biasa dalam kalangan masyarakat. Pencampuran kod ini berlaku apabila seorang bertutur mencampurkan satu bahasa dengan bahasa atau dialek lain. Contoh 1
Rajah 2 ekonomi US bakal Collapsed ekonomi US bakal merundum Rajah 2 merupakan contoh penggunaan pencampuran kod dalam media sosial iaitu Twitter. Pengguna Twitter tersebut telah menampilkan kesalahan pencampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kenyataannya iaitu ekonomi US bakal Collapsed yang pada dasarnya perlu diubah kepada ekonomi US bakal merundum. Contoh 2 Contoh 3 Dalam ayat di atas, terdapat penggunaan perkataan bahasa Inggeris iaitu “parking”. Oleh itu, perkataan tersebut perlu ditukarkan kepada perkataan bahasa Melayu iaitu tempat letak kenderaan. Rajah 3 Bayar parking lebih mahal daripada harga tiket Skybridge. Bayar tempat letak kenderaan lebih mahal daripada harga tiket Skybridge.
Bahasa Melayu baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan akronim, tanda baca dan laras bahasa. Oleh itu, bahasa Melayu baku merupakan bahasa yang betul dan baik menurut tatabahasa serta tepat menurut gaya bahasanya. Bahasa Melayu baku ini biasanya digunakan dalam urusan rasmi termaksuklah urusan surat-menyurat, laporan, rencana, buku, papan tanda, papan kenyataan, nama bangunan, penyampaian berita, radio, televisyen dan temu duga. Bahasa Melayu baku Apakah maksud bahasa Melayu baku?
Fungsi bahasa Melayu baku 1.Komunikasi rasmi Bahasa Melayu baku digunakan dalam komunikasi rasmi seperti dalam pentadbiran kerajaan, perundangan, dokumentasirasmi dan sebagainya. 2. Media massa dan media cetak Bahasa Melayu digunakan dalam media masaa seperti penyiaran radia, televisyen, majalah, dan surat khabar. 3. Pertumbuhan ekonomi Dalam konteks perniagaan, penggunaan bahasa Melayu baku membantu memudahkan komunikasi antara pelbagai pihak termasuk pelanggan, pembekal dan pekerja.
Kata pinjaman asing Apakah maksud kata pinjaman asing? Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diterapkan dalam satu bahasa lain. Peminjaman bahasa merupakan satu proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang emminjam bahasa tersebut. Bahasa Melayu telah meminjam katakata daripada bahasa sanskrit, bahasa Parsi, bahasa tamil, bahasa Cina, bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Inggeris dan sebagainya.
Contoh kata pinjaman
U N IV E R S I TY Peminjaman kosa kata daripada bahasa Inggeris aiskrim universiti plastik ekonomi zoo
Terima Kasih