The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosmawar5678, 2021-10-04 06:41:48

SIRI 4 KELAHIRAN NABI SAW

SIRI 4 KELAHIRAN NABI SAW

Siri 4

KULIAH
MUSLIMAT

SIRAH

MTPERLIS 1

NAMA NABI SAW

• Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin
Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusai Bin Kilab Bin
Murrah Bin Ka’ab Bin Madrakah Bin Ilyas Bin
Mudar Bin Nizar Bin Ma’d Bin Adnan. (yang
disepakati ulamak)
• Bersambung salasilah kepada Nabi Ismail Bin
Nabi Ibrahim as.

MTPERLIS 2

MEKAH KEMBALI KE PANGKUAN BANI ISMAIL

• Semasa Suku Khuzaah merampas Mekah dari Suku Jurhum , Amru bin
Lu’ayy telah memperkenalkan penyembahan berhala.

• Ada keturunan Bani Ismail masih tinggal di Mekah tetapi tiada kuasa.

• Selama 500 tahun Mekah dikuasai Suku Khuzaah sehingga akhirnya
beralih kuasa kepada Qusai Bin Kilab dari keturunan Bani Ismail yang
berjaya mengahwini anak Hulail yang merupakan ketua Mekah ketika
itu.

• Daripada Qusai Bin Kilab lahirlah anaknya Abdul Manaf dan cucunya
Hasyim. Daripada Hasyim inilah lahirnya Abdul Mutalib yang nama
sebenarnya Syaibah.

MTPERLIS 3

ABDUL MUTALIB MENGGALI ZAM ZAM

• Abdul Mutalib adalah nama gelaran kepada Syaibah.

Beliau dibawa oleh bapa saudaranya kembali ke

Mekah.

• Apabila mendapat anak sulung Abdul Mutalib telah

bermimpi yang sangat pelik.

• Menurut Imam Ibnu Ishak : Malam pertama “galilah al

Tibah”, malam kedua “galilah Barrah” malam ketiga

“galilah Madhmunah”. Malam keempat “galilah

ZAMZAM”. MTPERLIS 4

KAMPUNG SEMUT, GAGAK HITAM

• Dimanakah ZAMZAM itu?’
• “Ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang , ia

memberi minum kepada para Jemaah haji tetamu Allah Yang Maha
Agung , ia berada di antara perut dan darah , di sisi patukan gagak
hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut”.
• Abdul Mutalib hendak menggali di sekitar Kaabah tetapi tentulah
akan dihalang oleh Quraisy .
• Akhirnya dengan segala peristiwa yang berlaku seperti di dalam
mimpi dapat ditemui batu penutup telaga ZAMZAM.

MTPERLIS 5

GALI KUBUR

• Berlaku pertelingkahan merebut telaga Zamzam.

• Mereka bersepakat mencari seorang Kahinah seorang pendeta
wanita yang dihormati.

• Asal Suku Bani Saad di Yathrib tetapi telah berpindah ke Khaibar.

• Dalam perjalanan terputus bekalan minuman , dalam keadaan
hampir putus asa masing-masing menggali kubur masing-masing,
yang terakhir mati sahaja yang tidak akan ditanam.

• Di saat genting itu tiba-tiba unta Abdul Mutalib terhentak kaki ke
tanah dan keluar air.

MTPERLIS 6

NAZAR

• Akhirnya selesai pertelingkahan , telaga Zamzam diserahkan kepada
Abdul Mutalib “Tuhan Yang memberikan air minum di tengah-tengah
padang pasir ini, Dialah juga yang memberikan Zamzam kepada
kamu” . Mendapat hak ‘Siqayah’ memberi minum Jemaah haji.

• Abdul Mutalib bernazar jika dia dikurniakan 10 anak lelaki dia akan
mengorbankan salah seorang darinya.

• Penduduk Quraisy memujuk agar jangan menyembelih Abdullah
kerana ia akan menjadi tradisi. Akhirnya Abdullah dapat diganti
dengan 100 ekor untuk atas nasihat seorang pendeta setelah dibuat
undian antara Abdullah dan unta.

MTPERLIS 7

SATU KETURUNAN

• Abdul Mutalib telah mengahwinkan anaknya Abdullah dengan Siti
Aminah Binti Wahab yang merupakan keturunan Abdul Manaf yang
tinggal di Yathrib.

• Kedua-dua ayah dan ibu Nabi saw adalah sama-sama keturunan dari
Qusai Bin Kilab.

• Selepas berkahwin mereka tinggal di Mekah.
• Semasa Nabi saw dalam kandungan ibunya 2 bulan ayahnya telah

meninggal dunia.
• Ibu Baginda telah bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak

lelaki yang lahir bersamanya cahaya yang memenuhi bumi.

MTPERLIS 8

BINTANG AHMAD

• Nabi SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah..iaitu 50 hari
selepas peristiwa Abrahah menyerang Kaabah.

• Hasan bin Thabit (penyair Nabi saw) menceritakan: “ Pada suatu
malam di Yathrib ketika pendeta-pendeta Yahudi berada dalam satu
majlis..tiba-tiba seorang pendeta telah memanjat bumbung rumah
dan menjerit” Bintang Ahmad muncul di langit”. Bintang ini hanya
muncul apabila Nabi Muhammad saw dilahirkan.

• Hasan menjadi saksi peristiwa tersebut, pada ketika itu usianya
sekitar 7 tahun.

MTPERLIS 9

KELAHIRAN

• Semasa ibu Baginda saw mengandung beliau tidak pernah merasa
penat atau sakit.

• Baginda dilahirkan dalam keadaan bersujud dan telah berkhatan.

• Abdul Mutalib terlalu gembira dengan dan terus membawa Baginda
saw ke Kaabah.

• Baginda saw diberi nama MUHAMMAD .

• Ketika mengembara ke Syam Abdul Mutalib dan 3 sahabatnya
bertemu dengan ulama Yahudi dan memaklumkan akan lahir seorang
nabi di Mekah bernama MUHAMMAD.

MTPERLIS 10

PERISTIWA PELIK

• Bergegarnya Istana Raja Farsi , iatu kerajaan paling besar ketika itu.
Menyebabkan 14 anjung istana runtuh, api sembahan Majusi sejak
ribuan tahun terpadam dan Tasik Sawwah yang berdekatan dengan
istana tertimbus.

• Kisra memanggil ahli nujum yang boleh berhubung dengan jin untuk
meramalkan. Pada waktu itu ada jin yang boleh mengintip rahsia-
rahsia langit.

• Raja Kisra dimaklumkan selepas 14 orang raja Farsi akan jatuh, Raja
Kisra tidak bimbang kerana merasakan masa masih jauh tetapi dalam
masa 4 tahun sahaja 10 orang Kisra telah memerintah Farsi.

MTPERLIS 11

MTPERLIS 12

BANYAKKAN SELAWAT KREDIT:
USTAZAH MISMA

DAN IZYAN

MTPERLIS 13


Click to View FlipBook Version