Nama:_________________
Kelas:__________________
Tahun:__________
1
ISI KANDUNGAN mukasurat
3
Bil kandungan 4
1. Lagu sekolah 5
2. Pengenalan disiplin sekolah
3. Peraturan sekolah 6 dan 7
4. Garis panduan peraturan disiplin sekolah murid
8
Perkara 1:Peraturan am 8
5. Perkara 2:Perhimpunan sekolah 9
6. Perkara 3:Waktu rehat 9
7. Perkara 4:Kebenaran keluar masuk kelas 9
8. Perkara 5:Buku kawalan kelas 12
9. Perkara 6:Pakaian dan rambut 13
10. Perkara 7:Lencana dan tanda nama 13
11. Perkara 8:Rambut 14
12. Perkara 9:Kebersihan diri dan perhiasan 14
13. Perkara 10:keselamatan 15
14. Perkara 11:Kenderaan 15
15. Perkara 12:Perjalanan lalu lintas 16
16. Perkara 13:Barang-barang larangan dan kehilangan barang 16
17. Perkara 14:Keselamatan dalam kawasan sekolah 17
18. Perkara 15:Tingkahlaku musnah dan jenayah 18
19. Perkara 16:tatatertib 18
20. Perkara 17:Kawasan-kawasan larangan 20
21. Perkara 18:Latihan kebakaran dan kecemasan 21
22. Perkara 19:Pemilihan Pemimpin muda 22
23. Perkara 20:Lembaga Pengawas 22
24. Perkara 21:Lawatan pelawat/ibu bapa 23
25. Perkara 22:Kemalangan 23
26. Perkara 23:Kegiatan luar 23
27. Perkara 24:Sakit dan penyakit berjangkit 24
28. Perkara 25:Rawatan /cuti sakit 24
29. Perkara 26:Alatan sukan 24
30. Perkara 27:Harta benda sekolah 25
31. Perkara 28:peraturan khas 26
32. Perkara 29:Skim Pinjaman buku teks(SPBT 26
33. Perkara 30:Peraturan khas 26
34. Perkara 31:Budi pekerti /tingkahlaku yang patut 27
35. Perkara 32:Khidmat nasihat 28
36. Perkara 33:Jenis-jenis kesalahan disiplin 32
37. Perkara 34:Jenis-jenis kesalahan disiplin
38. Borang pengakuan
2
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kledang
Sekolah yang kami cintai
Namamu harum dijulang
Naungan putra juga putri
Disiplin dan usah
Tunggak kejayaan kita
Ilmu dan amalan
Untuk masa hadapan
Usaha itu mulia
Ilmu disiplin diri
Ingin berbakti pada nusa
Dengan penuh dedikasi
Sekolah yang kusanjungi
Perjuangan yang suci
Terima kasih guru semua
Jasamu abadi selamanya
Terima kasih guru semua
Jasamu abadi selamanya
3
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai:
“.….Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-
undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib. Kesanggupan menghormati hak
individu lain. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain,kesanggupan hormat menghormati di
antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”
MATLAMAT
1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran
murid dari masa ke semasa.
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta
Menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid.
3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta
Berdisiplin,bersatu padu dan setia kepada negara.
4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah
Agama.
5. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat
terhadap Sekolah.
6 Melahirkan insan yang kamil.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar
berikut:
⚫ Keadilan dan layanan samarata
⚫ Pertimbangan
⚫ Kebebasan tertakluk kepada undang-undang
⚫ Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
⚫ Perpaduan masyarakat dan negara
4
PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
intelek,emosi,jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mula
berketerampilan serta bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu
mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar
yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik.
3. Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa wakatu
pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini,semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan
peraturan dan disipin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasam dengan Guru Besar,Guru Penolong
Kanan,guru-guru,ibu bapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk
menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri.
6. Buku peraturan sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid,guru-guru,ibu bapa
atau penjaga serta kakitangan sekolah.
7. Buku peraturan sekolah ini hendaklah di bawa oleh murid setiap hari ke
sekolah.
5
GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
PERKARA 1:PERATURAN AM
WAKTU PERSEKOLAHAN
1.Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan
2.Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU WAKTU PULANG
PERSEKOLAHAN
Ahad 7.30 pagi TAHAP 1 TAHAP 2
Isnin 7.30 pagi
Selasa 7.30 pagi 12.30 tengahari 1.30 petang
Rabu 7.30 pagi
Khamis 7.30 pagi 12.30 tengahari 1.30 petang
12.30 tengahari 1.00 petang
12.30 tengahari 1.00 petang
12.30 tengahari 1.00 petang
3. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah
boleh dikenakan tindakan disiplin.
4. Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan
Menyertai apa jua kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
5. Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu
Persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid.
6. Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar
Dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan.
7. Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum
loceng berbunyi.
8. Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika
ada perubahan.
KETIDAKHADIRAN
1. Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab tertentu hendaklah:
⚫ Memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan segera dan
membawa bersama-sama surat akuan doktor atau makluman
daripada ibu bapa apabila hdir semula ke sekolah dengan
menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
2. Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut atau lebih
hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada
doktor/ibu bapa/penjaga.
6
3. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan
doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah
dan boleh diambil tindakan.
4. Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti
kokurikulum.
5. Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan diambil
Tindakan yang sewajarnya.
TINDAKAN HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
(BERTURUT-TURUT (BERSELANG
1.Surat Amaran 1 /BERTERUSAN) SELI/BERKALA)
2.Surat Amaran ke 2 Pada hari ke 3(tidak Pada hari ke 10 (tidak
hadir hari ke 3) hadir hari ke 10)
3.Surat Amaran 7 hari selepas surat 10 hari selepas amaran
Terakhir Amaran Pertama(Tidak 1(tidak hadir hari ke
hadir hari ke 10) 20)
4.Buang sekolah 7 hari selepas surat 20 hari selepas amaran
Amaran ke 2(Tidak kedua
JUMLAH HARI hadir hari ke 17) (tidak hadir hari ke 40)
14 hari selepas Surat 20 hari selepas surat
Amaran Terakhir(tidak amaran terakhir
hadir hari ke 31) (tidak hadir hari ke 60)
30 HARI 60 HARI BERKALA
BERTERUSAN
TIDAK HADIR
KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid
tahun 4,5 dan 6 mengikut jadual yang disediakan setiap hari Rabu.
2. Semua murid tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit
kokurikulum berikut:
⚫ Unit beruniform
⚫ Persatuan/kelab Akademik
⚫ Permainan/sukan
3. Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju
pendidikan jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti
kokurikulum.
4. Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
5. Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali
berturut-turut tanpa sebab tindakan akan dikenakan.
7
PERKARA 2:PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.Kehadiran
semua guru dan murid adalah diwajibkan.
2. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sekolah yang lengkap
Manakala murid yang berjawatan juga perlu memakai pakaian
pemimpin muda yang lengkap.
3. Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan,murid-murid
hendaklah segera ke tapak perhimpunan.
4. Berjalan ke tapak perhimpunan dalam barisan dan bergerak dalam
Keadaan senyap dan teratur.
5. Murid dikehendaki berada dalam barisan kelas masing-masing dan
Senyap sewaktu mendengar segala pesanan dan mematuhi arahan di
Perhimpunan.
6. Peraturan berbaris:murid yang rendah dihadapan dan murid yang
Tinggi di belakang.
7. Murid-murid yang sampai lewat dikehendaki terus ke tempat
Perhimpunan dan beratur di barisan paling belakang di dataran putih.
8. Murid mesti berdiri tegak(sedia) bila lagu kebangsaan,lagu Negeri
dan lagu Sekolah dinyanyikan.
9. Semasa berjalan masuk ke kelas,murid kekal dalam barisan kelas
masing-masing dan berjalan dalam suasana yang tenang dan senyap.
PERKARA 3: WAKTU REHAT
1. Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja
loceng rehat dibunyikan.
2. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu
rehat kecuali diarah oleh guru.
3. Waktu rehat murid ialah:
TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
Tahap 1 9.30 pagi 10.00 pagi
Tahap 2 10.00 pagi 10.30 pagi
8
PERKARA 4:KEBENARAN KELUAR MASUK KELAS
1. Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR,tanpa pas dianggap tanpa
Kebenaran.
2. Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan,murid mesti mendapat
Kebenaran guru yang masuk pada waktu itu.
3. Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
PERKARA 5:BUKU KAWALAN KELAS
1. Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap waktu
PDPC dan ditulis setiap hari persekolahan.
2. Guru mata pelajaran yang masuk akan merekod kehadiran murid
pada masa tersebut.
3. Guru mata pelajaran boleh merekod salah laku yang selalu
menimbulkan masalah di dalam kelas.
PERKARA 6: PAKAIAN DAN RAMBUT
PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
1. Seluar panjang berwarna biru gelap.
2. Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana,tidak
dibenarkan memakai seluar yang sempit,terlalu kecil kakinya
atau jenis bell bottom/baggy terlalu singkat(melepasi buku
lali)atau terlalu labuh.
3. Baju kemeja sekolah berwarna putih,berlengan pendek
,berpoket satu sahaja di sebelah kiri,tidak berfesyen
Besar dan tidak terlalu ketat.
4. kasut kanvas hitam atau putih bertapak rata dan rendah
tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stoking hitam
atau putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
5. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
Mengelakkan kehilangan kasut.
6. Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak
Besar dan tidak berhias.
9
PAKAIAN SUKAN/KRMJ MURID LELAKI
1. Baju sukan hendaklah dipakai pada hari yang mempunyai jadual
pendidikan jasmani sahaja.
2. Baju KRMJ hendaklah dipakai pada setiap hari Selasa sahaja.
3. Seluar track suit berwarna hitam atau gelap.
4. Kasut sukan yang tidak terlalu mahal dan berstokin.
PAKAIAN UNIFORM SEKOLAH MURID PEREMPUAN
1. Baju kurung sekolah berwarna putih,berlengan panjang,tidak
Berfesyen,tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat.Tidak
Dari jenis kain yang jarang.
2. Kain sarung warna biru gelap,tidak terlalu singkat(melepasi
Buku lali)dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3. Bertudung putih dan anak tudung berwarna hitam atau putih
Sahaja.
4. Kasut kanvas hitam atau putih penuh bertapak rata dan
rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin
hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
5. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
Mengelakkan kehilangan kasut.
6. Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas
Ke sekolah.
PAKAIAN SUKAN/KRMJ MURID PEREMPUAN
1. Baju sukan hendaklah dipakai pada hari yang mempunyai jadual
waktu pendidikan jasmani sahaja.
2. Baju KRMJ hendaklah dipakai pada setiap hari Selasa sahaja.
3. Murid perempuan dibenarkan memakai tudung putih atau hitam
labuh paras dada tanpa bercorak dan berlabel.
4. Seluar track suit berwarna hitam atau gelap.
5. Kasut sukan yang tidak terlalu mahal dan berstokin.
10
PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH/SLB/PENGAWAS
PERPUSTAKAAN/PRS
1. Lelaki
A.Pengawas
Baju kemeja lengan panjang biru tua,seluar panjang berwarna biru gelap
dan tali leher berlambang sekolah.
Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
B. SLB
Baju putih lengan panjang,seluar panjang berwarna
Hitam dan tali leher berlambang SLB dan blazer hitam.
Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
C. Pengawas Perpustakaan
Baju kuning cair lengan panjang,seluar panjang hijau tua dan tali leher
berlambang sekolah.
D. PRS
Baju uniform sekolah lengkap dan vest unggu PRS
2.Perempuan
A.Pengawas
Baju kurung biru tua,kain panjang biru tua pekat,tudung Biru tua dan
lencana sekolah ditampal.Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
B. SLB
Baju putih lengan panjang,kain panjang lipat belakang berwarna hitam dan
tali leher berlambang SLB dan blazer hitam. Kasut kanvas hitam dan
sarung kaki hitam.
C. Pengawas
Baju kurung kuning cair lengan panjang,kain panjang Perpustakaan hijau
Tua dan tali leher berlambang sekolah.
D. PRS
Baju uniform sekolah lengkap dan vest unggu PRS
Ahad JADUAL PEMAKAIAN MENGIKUT HARI SEKOLAH
Isnin Uniform sekolah lengkap
Selasa Uniform sekolah lengkap/baju sukan
Rabu T shirt KRMJ
Uniform sekolah lengkap/baju unit
Khamis beruniform
Uniform sekolah lengkap/baju sukan
11
PERKARA 7:LENCANA DAN TANDA NAMA
1. Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama
(name tag) sama ada pada hari-hari persekolahan biasa atau semasa
menyertai aktiviti lawatan kokurikulum.
Murid
perempuan
bukan
islam
Cara-cara pemakaian lencana dan tanda nama
PERKARA 8:RAMBUT
12
1. Murid lelaki ditegah berambut panjang,rambut pelajar lelaki
mestilah sentiasa pendek mengikut gaya rambut ala Johor iaitu:
-Sisi tepi dan belakang menggunakan tapak 2.
-Sisi hadapan/atas menggunakan tapak 3.
GAYA RAMBUT ALA JOHOR
DEPAN SISI TEPI BELAKANG
2. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan mengenakan
fesyen-fesyen tertentu serti punk,mohawk,berekor dan sebagainya.
3. Rambut hendaklah sentiasa keadaa bersih dan kemas.
PERKARA 9:KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
1. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai
dilarang sama sekali.
2. Sebarang alat solek dan mekap termasuk celak adalah dilarang.
3. Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap”(sun glass).
4. Murid dilarang memakai contact lens,selipar,terompah,seluar corak
Berwarna warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat
semasa ke sekolah.
5. Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap bersih dan
kemas.mematuhi peraturan-peraturan dan cara memakai yang
ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah.
13
PERKARA 10:KESELAMATAN
KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
1. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa
Kebenaran.
1. Murid yang pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab yang
Mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru Besar/Penolong
Kanan dan mencatat nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN
SEKOLAH serta diiringi penjaga.
2. Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapatkan
BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh guru besar/Penolong
Kanan.
3. Pelawat termasuk ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan melawat
Murid di kelas kecuali dengan kebenaran Guru besar atau Penolong
Kanan.
4. Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan sekolah
mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas.
5. Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi
Berseorangan.
PERKARA 11:KENDERAAN
1. Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan loceng,
Lampu,tongkat,brek dan kunci.
2. Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan teratur
Di tempat yang disediakan dan hendaklah berkunci.
3. Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa.
4. Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar kawasan sekolah.
Sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kehilangan
dan sebagainya.
5. Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah.
6. Murid juga tidak DIBENARKAN menunggang motosikal ke sekolah
Dan memarkir di dalam kawasan sekolah.
14
PERKARA 12:PERJALANAN LALU LINTAS
1. Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan
jalanraya dan peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan
sekolah.
2. Murid mesti berjalan dalam barisan di tempat khas untuk pejalan
Kaki.
3. Murid yang menggunakan kenderaan seperti kereta atau motosikal
hendaklah tidak berebut-rebut Semasa menaiki dan menuruni
kenderaan tersebut.
4. Murid yang datang dengan kereta atau motosikal dilarang untuk
Berhenti depan pagar sekolah atau menghalang jalan masuk/keluar
Ke kawasan sekolah.
5. Murid yang melintas jalan raya hendaklah mengikut peraturan lalu
lintas dan tidak dibenarkan bermain-main atau duduk di tepi jalan
raya.
PERKARA 13: BARANG-BARANG LARANGAN DAN
KEHILANGAN BARANG
1. Barang-barang larangan DILARANG dibawa ke kawasan sekolah
iaitu:
2. Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK(SPI 4/1997),VAPE
Atau sebarang jenis inhalan di sekolah(RUJUK SPI 8/1986)
3. Telefon bimbit termasuk charger,SIM card,kamera dan lain-lain
Alat aksesori berkaitan.(Rujuk SPI 2/2009)
4. Rokok/mancis/pemetik api.
5. Gula-gula getah(chewing gum).
6. Minuman keras
7. Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju.
8. Buku/majalah/risalah/gambar/cd/vcd berunsur lucah.
9. Benda-benda tajam dan berbahaya.
10. Makanan ‘junk food’
11. Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu
Dan membahayakan keselamatan pelajar.
12. Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK
Dipulangkan kepada pelajar.
15
13. Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan
Diambil tindakan disiplin.Guru akan mengambil dan menyimpan
Telefon tersebut serta memaklumkan tindakan tersebut kepada
Ibubapa/penjaga.(Rujuk SPI 2/2009)
14. Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada guru
Kelas/guru bertugas/Penolong Kanan HEM.
15. Murid-murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam
Kawasan sekolah,hendaklah menyerahkannya kepada mana-mana
Guru/guru bertugas/Pengawas/Penolong Kanan Hem.Adalah menjadi
Kesalahan kepada murid yang menyimpan barang yang dijumpai tanpa
Kebenaran.
16. Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah
Serta menggunakan peralatan sekolah yang mahal harganya.
PERKARA 14:KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
1. Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa.
2. Menghormati guru,pengawas dan murid/kawan.
3. Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran.
4. Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan.
5. Tidak ponteng kelas,sekolah,perhimpunan,kegiatan kokurikulum atau
Lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
6. Dilarang berkeliaran di luar kelas sebelum waktu persekolahan.
7. Tidak makan di luar pada waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa
Berada di kawasan kantin pada masa tersebut.
PERKARA 15:TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH
1. Tidak merosakkan harta benda sekolah,guru-guru,kantin dan kawan-
Kawan.
2. Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid-murid lain.
3. Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut,mencabul
Kehormatan.
4. Dilarang menunjuk perasaan/menganggu ketenteraman sekolah.
5. Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
6. Tidak berjudi,bertaruh,mencuri,melawan,mengancam dan memukul.
16
16,TATATERTIB
KAWASAN SEKOLAH
1. Murid diwajibkan berada di kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
2. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada
sebarang waktu atau waktu kecemasan dan mendapat kebenaran
guru. Murid yang dibenarkan mestilah memakai “ PAS KELUAR”.
3. Sewaktu pembelajaran sedabg dijalankan, murid-murid tidak
dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali dengan
izin guru.
4. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu
belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa
belajar murid-murid tidak dibenarkan membuat mesyuarat,
menjalankan kegiatan persatuan membawa surat-surat pengumuman
atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
5. Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas hendaklah mendapat
kebenaran dari guru.
6. Murid-murid tidak dibenarkan keluar ketika pertukaran waktu
umpamanya ke tandas dan lainnya. Ketua kelas bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
7. Sekiranya murid sakit atau hendak berehat di di bilik rawatan,
murid berkenaan hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas .
8. Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab tertentu
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar,
Penolong kanan atau guru kelas dengan mengisi borang daftar Keluar
Murid.
KELAS
1. Murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan
harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang
kerosakan yang disebabkan oleh murid sama ada sengaja atau tidak,
murid berkenaan wajib bertanggungjawab.
2. Semua murid didalam kelas bertanggungjawab atas kesempurnaan
bilik darjah dari segi lantai, tingkap, dinding lampu, kerusi, meja dan
sebagainya. Kelas hendaklah dalam keadaan kemas, bersih dan ceria
3. Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan
pengawas bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas dan
17
hendaklah mencari guru yang sepatutnya ada di dalam kelas
tersebut.
4. Keluar kelas mestilah dengan kebenaran guru atau ketua kelas dan
penolong ketua kelas. Hanya seorang lelaki dan seorang perempuan
dibenarkan keluar kelas pada satu masa dan wajib memakai “PAS
KELUAR KELAS”.
5. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas ketika waktu rehat.
PERGERAKAN KE BILIK-BILIK KHAS ( PUSAT SUMBER/ MAKMAL
SAINS / MAKMAL KOMPUTER / BILIK j-QAF DLL )
1. Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang
ketika ke bilik-bilik khas . Tidak dibenarkan singgah di mana-mana
ketika perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik
tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
2. Murid adalah bertanggungjawab akan harta benda sekolah di dalam
bilik-bilik khas. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid
sama ada sengaja atau tidak sengaja, murid berkenaan dikehendaki
bertanggungjawab.
TANDAS
1. Murid yang memakai “ PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di
tandas kecuali pada waktu rehat.
2. Murid-murid tidak dibenarkan bermain di tandas.
3. Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak
mengikut tatacara penggunaan tandas yang betul akan dikenakan
tindakan disiplin.
4. Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas digunakan
KANTIN
1. Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut-
rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin.
2. Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat
sahaja.
3. Murid wajib memastikan kantin berada dalam keadaan bersih
sebelum dan selepas digunakan.
4. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar
kawasan sekolah semasa sesi persekolahan atau rehat.
18
5. Murid perlu mematuhi peraturan kantin iaitu :
• Beratur semasa membeli makanan
• Selepas membeli makanan duduk di tempat yang
disediakan.
• Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
• Membaca doa sebelum dan selepas makan.
• Makan dengan sopan dan elakkan pembaziran.
• Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah
digunakan ke dalam besen yang disediakan.
• Pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah.
• Sila guna dengan cermat segala kemudahan di kantin.
• Jimatkan penggunaan air.
• Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu rehat
sahaja.
17.KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
1. Semua murid dilarang berada di kawasan berikut kecuali
dengan kebenaran guru:
• Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal, bilik
Jqaf dan bilik-bilik khas semasa rehat dan selepas waktu
balik.
• Pejabat sekolah, bilik guru dan kawasan sekitarnya.
• Tandas guru dan sekitarnnya.
• Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas
murid perempuan bagi pelajar lelaki.
• Kawasan letak kereta guru.
• Kantin ketika bukan waktu rehat.
• Lain-lain tempat yang diumumkan dari semasa ke semasa.
18.LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
1. Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu-ragu
membunyikan loceng isyarat ( Penggera Kebakaran ) atau fire alarm yang
berhampiran.
2. sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan, hal ini bermaksud
memberi amaran bahawa kejadian kecemasan atau kebakaran berlaku
dalam bangunan itu.
19
3. Apabila loceng isyarat dibunyikan, ( masa bordering lama ) murid-murid
hendaklah beratur dalam satu barisan dengan serta merta kemudian
meninggalkan kelas mengikut laluan atau tangga yang telah ditetapkan
bersama-sama guru yang mengajar pada waktu itu.
4. Murid-murid hendaklah berjalan dengan pantas dan senyap tanpa
terburu-buru berlari atau potong memotong sehingga sampai ke tapak
perhimpuan atau kawasan lapang yang telah ditetapkan.
5. Berkumpul mengikut barisan kelas yang telah ditetapkan. Ketua kelas
hendaklah memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada guru kelas
dengan segera jika bilangan tidak mencukupi.
6. Guru – guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar untuk
menghindarkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
7. Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa
kebenaran Guru Bertugas.
19.PEMILIHAN PEMIMPIN MUDA
1.Perlantikan dan pemilhan pemimpin kecil sekolah akan dibuat
olehsatujawatankuasa yang diketuai oleh Guru Besar.
2.Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari
sebarang jawatan pemimpin kecil yang dijawat sekiranya perlu dengan
sebab yang munasabah.
3.Jawatan yang diwatikahkan kepada Pemimpin Kecil ini tidak bersifat
hakiki. Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada
kelayakan murid dan perlantikan ini akan diperbaharui setiap tahun
bergantung kepada kelayakan murid setelah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pemilih.
Kriteria-kriteria kelayakan :
• Prestasi akademik yang baik.
• Akhlak dan sahsiah terpuji.
• Sifat kepimpinan
• Penampilan diri yang kemas.
• Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum.
• Kehadiran ke sekolah yang memuaskan.
20
Lain-lain kelayakan :
• Bertanggungjawab dengan sepenuhnya.
• Berwibawa dan bekerjasama.
• Rajin dan berusaha sedia memberi perkhidmatan.
• Jujur.
• Menepati masa.
4. Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu
bersikap tegas dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua
murid.
5. Pemimpin-pemimpin kecil tidak boleh bertindak sesuka hati di luar
batasan undang-undang sekolah.
6. Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil
sekolah atau melanggar peraturan segera laporkan kepada guru.
7. Berikut adalah jawatanjawatn-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah:
• School Leader Board(SLB)
• Pengawas Sekolah
• Pengawas Pusat Sumber ( PSS )
• Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
• Ketua Kelas
• Penolong Ketua Kelas
8. Peraturan-peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Peraturan 6.
⚫ Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa
tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut
mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman
kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang
ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di
atas, tiada seorang pun guru atau murid yang boleh menjalankan
kuasa itu melainkan dengan arahan yang nyata dari Guru Besar
dalam sesuatu hal yang tertentu.
⚫ Pemimpin kecil yang terlibat dalam salah laku disiplin yang serius
akan digugurkan dan hilang kelayakan memegang jawatan yang
disandang.
21
20.LEMBAGA PENGAWAS
1. Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin.
Lembaga Pengawas bertanggungjawab sebagai mata dan telinga
pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang baik.
2. Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan-
peraturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
murid yang lain dari segala bidang.
3. Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi
penghubung di antara murid dan pihak pentadbir sekolah serta
membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu.
4. Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah
dan hendaklah melaqporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian
yang melanggar peraturan sekolah.
5. Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar
tetapi tidak boleh mengenakan sebarng hukuman kepada pelajar.
6. Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
21.LAWATAN PELAWAT / IBU BAPA
1. Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada
mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah ini.
2. Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga perlu berjumpa dengan
Guru Besar terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat
tidak dibenarkan sendiri ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa
dengan murid atau guru.
3. Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di
tempat yang dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
4. Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat
individu yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
22
22.KEMALANGAN
DALAM KAWASAN SEKOLAH
1. Murid hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas.
2. Murid yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalangan.
3. Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas perlu menghubungi ibu
bapa / penjaga murid tersebut untuk mendapatkan rawatan.
DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
1. Murid hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalangan.
2. Ibu bapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah dengan
dokumen yang lengkap untuk urusan tuntutan insuran.
23.KEGIATAN LUAR
1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti
kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali
dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga.
2. Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara langsung
atau tidak langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi
gelap.
24.SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
1. Murid-murid yang sakit atau cedera hendaklah segera memberitahu
kepada Guru Kelas / Guru Bertugas.
2. Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di
rumah sehingga sembuh.
3. Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di Bilik
Rawatan dan mestilah mendapat keizinan pihak sekolah.
4. Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah
kerana mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti
biasa. Ibu bapa / penjaga seharusnya membawa anak-anak
mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
23
25.RAWATAN / CUTI SAKIT
1. Murid yang hendak ke klinik / hospital hendaklah mendapat
kebenaran Guru Besar / Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas
dengan mengisi borang rawatan. Murid yang hendak ke rumah sakit
mesti dengan ibu bapa / penjaga.
2. Murid yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah.
3. Sekiranya murid tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat,
dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran Guru
Kesihatan .
4. Murid yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh ibu
bapa / penjaga.
26.ALATAN SUKAN
1. Mengambil atau menggunakan alatan sukan mestilah mendapat
kebenaran guru dan tidak dibenarkan untuk mengambilnya sendiri.
2. Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan
baik.
3. Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan.
4. Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
tanggungjawab kepada murid berkenaan.
5. Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan dalam keadaan baik
dan teratur.
27.HARTA BENDA SEKOLAH
1. Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua
pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang
disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya dalam masa yang sama
bekerjasama dalam membanteras perbuatan memusnahkan harta benda
sekolah.
2.Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja atau
tidak sengaja, murid / berkumpulan, dikehendaki membayar harga
barang tersebut.
24
28.PERATURAN KHAS
1. Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan
murid-murid perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil
sebarang tindakan.
2. Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi
seperti surat, resit, kad ujian dan seumpamanya kepada ibu bapa /
penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.
3. Ibu bapa / penjaga yang menghantar anak ke sekolah dengan
mengggunakan kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah. Mereka boleh menurunkan anak-anak di pagar sekolah.
29.SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )
1. Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian sserius dan
dipatuhi oleh pelajar yang meminjam Buku Teks.
• Semua Buku Teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.
• Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks
• kepada murid yang layak menerimanya berdasarkan syarat-syarat
yang ditetapkan oleh SPBT KPM.
2. Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku teks SPBT dari murid
3. jika:
4. a) Berhenti atau tamat sekolah
5. b) Pihak sekolah mendapati murid tersebut tidak layak
c) Murid didapati cuai menjaga buku teks SPBT.
Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan
buku tersebut.
Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan
menyampulnya dengan pembalut plastik.
Murid dilarang menulis catatan atau melukis / menconteng /
mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas di ruangan
yang disediakan.
Buku teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera kepada
guru kelas atau guru SPBT untuk tindakan selanjutnya.
Murid yang terjumpa buku teks hendaklah mengembalikan kepada
murid berkenaan atau Guru SPBT.
25
6. Murid yang tidak memulangkan dan telah merosakkan Buku Teks
mestilah membayar ganti rugi mengikut nilai buku dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Pihak sekolah berhak untuk menuntut
daripada ibu bapa / penjaga dan murid tersebut tidak akan
dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.
Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa
bersama Buku Teks tersebut.
30.PERATURAN KHAS
1. Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan
murid-murid perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil
sebarang tindakan.
2. Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi
sekolah seperti surat, resit, kad ujian dan seumpamanya kepada ibu
bapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak
sekolah.
3. Ibu bapa / penjaga yang menghantar ke sekolah dengan
menggunakan kenderaan tidak dibenarkan msuk ke kawasan sekolah.
Mereka boleh menurunkan anak-anak di hadapan pagar sekolah.
31.BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU YANG PATUT
DIAMALKAN
1. Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan atau
pesanan atau nasihat atau amanah yang diberikan oleh guru.
Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang baik
di sekolah dan di luar sekolah.
2. Bersopan santun semasa bercakap atau berbicara dengan guru,
kakitangan sekolah, pekerja sekolah, pelawat yang dating ke sekolah
dan kawan-kawan iaitu memulakan perbualan dengan ucapan salam
atau hormat.
3. Sentiasa berhasrat untuk menjaga nama baik sekolah.
Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari merahsiakan atau
bersubahat sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat atau ketahui
di kawasan sekolah.
26
32.KHIDMAT NASIHAT
1. Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila
masa berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling / Kaunselor
untuk mendapatkan khidmat nasihat.
2. Murid-murid boleh membuat temujanji dengan Kaunselor sama ada
pada waktu persekolahan atau semasa luar persekolahan. Jika murid
perlu berjumpa Kaunselor semasa waktu persekolahan, murid perlu
meminta izin dari guru yang mengajar pada waktu tersebut.
33.JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
1. Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan
sederhana dan kesalahan berat.
• Kesalahan ringan menggunakan kod R
• Kesalahan sederhana menggunakan kod S
• Kesalahan berat menggunakan kod B
2. Ianya dapat dibahagikan kepada 5 bahagian yang utama iaitu :
• Tingkahlaku jenayah
• Tingkahlaku lucah
• Tingkahlaku anti-sosial
• Tingkahlaku tidak jujur
• Tingkahlaku tidak sopan
3. Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah:
• Amaran
• Denda
• Penahanan dalam kelas
• Hukuman rotan
• Gantung persekolahan
• Buang persekolahan
4. Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya
salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin.
5. Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai Guru Besar/ Guru
Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman
yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka
yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga
kepada yang melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak
mengulangi salahlaku itu.Satu sistem hukuman bersifat mencegah
bergantung kepada beratnya hukuman itu.
27
34.JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
KESALAHAN BERAT
KOD JENIS KESALAHAN HUKUMAN/TINDAKAN AKTA/PEKELILING
801
Membawa, menyimpan, TINDAKAN:
802 1. Hubungi ibu bapa /
803 mengedar, menghisap atau penjaga
2. Hubungi agensi
804 bersubahat dalam kegiatan penguatkuasa/polis.
804A 3. Lapor kepada JPN.
805 dadah berbahaya. 4. Kaunseling
806 5. Mendokumentasikan
807 Membawa, menyimpan,
808 HUKUMAN:
menghisap atau mengedar bahan 1. Amaran keras. Peraturan-
809 2. Dirotan peraturan pelajaran
810 tembakau. 3. Membayar ganti rugi. ( disiplin sekolah )
811 4. Digantung sekolah 1959.
812 Membawa, menyimpan, meminum 5. Dibuang sekolah
6. Mahkamah
atau mengedar minuman
KUASA PELAKSANA:
beralkohol atau sebarang benda 1. Guru Besar / Guru
yang memabukkan /
mengkhayalkan. Akta Dadah
Menyebabkan / melakukan Merbahaya.
pergaduhan atau kekerasan Akta Senjata Api
Membunuh / menyebabkan Akta RumahJudi
kematian / cuai menyebabkan Kanun Keseksaan
kematian.
Mengancam / menyerang / PekelilingIkhtisas:
memukul dan mencederakan.
Biadap dan tingkahlaku tidak Bil.1 / 1972
Bil. 6A / 1975
sopan. Bil. 9 /1975
Bil. 8 /1983
Memeras ugut dan mengugut Bil. 6 / 1993
Bil. 7 / 1995
yang membawa kepada ketakutan Bil. 4 / 1996
Bil. 4 / 1997
atau harta benda. Bil. 8 / 1998
Bil. 10 / 1998
Membawa, menyimpan, Bil. 18 / 19998
Bil. 6 / 2000
menggunakan senjata api, Bil. 11 / 2000
Bil. 6 / 2001
senjata berbahaya, bahan Bil. 7 / 2001
letupan atau bahan berbahaya.
Melakukan buli, penderaan atau
paksaan terhadap pelajar lain.
Mencuri, merompak, memecah
masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
Menganjur, melakukan perjudian
atau membabitkan diri dalam
pertaruhan
Menganjur atau membabitkan
diri dalam acara kebudayaan
yang bertentangan dengan nilai-
nilai.
28
824 Melakukan ponteng sekolah Guru yang diberi Bil 8 / 2001
berterusan berturut-turut selama 31 kuasa Bil 9 / 2001
hari atau betkala selama 60 hari Bil 10 /2001
dalam satu sesi persekolahan. Bil 4 / 2002
825 Mengganggu atau menjejaskan kuasa Bil 3 / 2003
Guru Besar / Guru yang menjalankan Bil. 7 / 2003
tugas. Bil. 8 / 2003
826 Mengedar, memiliki, membawa, Bil 9 / 2003
melukisdan mempamerkan bahan
lucah.
827 Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat
dan melakukan perbuatan lucah
828 Melakukan hubungan yang mencurigai.
829 Tidak amanah, menipu dan meniru
dalam ujian / peperiksaan
830 Melibatkan dalam ajaran sesat /
parti politik dan menyebarkan
fahaman serta mengedarkan risalah-
risalah dan lambing-lambang.
831 Kesalahan-kesalahan lain yang
termasuk dalam kategori ini oleh
Jawtankuasa Disiplin Sekolah.
832 Melakukan mana-mana kesalahan
sederhana melebihi 3kali.
29
KESALAHAN SEDERHANA
KOD JENIS KESALAHAN HUKUMAN/TINDAKAN AKTA/PEKELILING
Menyalahgunakan / menggunakan Peraturan-
502 peralatan / sumber bukan TINDAKAN: peraturanpelajaran
503 bekalan elektrik sekolah. 1. Hubungi ibu bapa / ( disiplin sekolah )
504 Keluar dari kawasan sekolah penjaga. 1959.
505 tanpa kebenaran 2. Hubungi agensi
506 Ponteng sebarang acara rasmi Penguatkuasa / polis. Akta Dadah
507 sekolah. 3. Lapor kepada JPN
508 Tidak menghormati lagu / 4. Kaunseling. Merbahaya
bendera / jata sekolah, negeri 5. Mendokumentasikan.
509 dan kebangsaan. Akta Senjata Api
510 Fesyen rambut yang keterlaluan HUKUMAN:
511 seperti punk, skin head atau 1. Amaran keras. Akta Rumah Judi
512 berwarna. 2. Dirotan 1-3 kali. ( di
S13 Mencukur bulu kening bagi murid punggung berlapik) Kanun Keseksaan
perempuan. 3. Membayar ganti rugi.
Menconteng harta benda sekolah 4. Digantung sekolah tidak Pekeliling Iktisas:
dan orang lain. melebihi 14 hari. Bil. 1 / 1972
Memakai barang kemas / 5. Dibuang sekolah. Bil. 6A / 1975
perhiasan diri keterlaluan, 6. Mahkamah Bil. 9 / 1975
menindik telinga / lidah / hidung Bil. 8 / 1983
/ bawah bibir dan memakai KUASA PELAKSANA: Bil 10 / 1998
subang lebih daripada satu pada 1. Guru Besar/ guu Bil. 18 1998
cuping teliga. 2. Guru yag diberi kuasa Bil. 6 / 2000
Melukis tatu ( tattoo ), memakai Bil. 11 / 2000
inai pada anggota badan Bil. 6 / 2001
Membawa orang lain ke kawasan Bil. 7 / 2001
sekolah tanpa kebenaran. Bil. 8 / 2001
Kesalahan lain yang termasuk Bil. 9 / 2001
dalam kategori ini oleh Bil. 10 / 2001
Jawatnkuasa Disiplin Sekolah. Bil 4 / 2002
Melakukan mana-mana kesalahan Bil. 3 / 2002
ringan melebihi 3 kali Bil. 7 / 2003
Membawa barangan larangan Bil. 8 / 2003
yang diwartakan oleh Guru Besar Bil. 9 / 2003
30
KESALAHAN RINGAN
KOD JENIS KESALAHAN HUKUMAN/TINDAKAN AKTA/PEKELILING
R01 Peraturan-
R02 Menyimpan misai, janggut atau TINDAKAN: peraturanpelajaran
R03 1. Hubungi ibu bapa / ( disiplin sekolah )
jambang. penjaga. 1959.
R04 2. Hubungi agensi
Berambut panjang atau berkuku Penguatkuasa / polis.
R05 3. Lapor kepada JPN
R06 panjang 4. Kaunseling.
5. Mendokumentasikan.
R07 Bermain dalam bilik darjah,
HUKUMAN:
R08 koridor atau kawasan yang 1. Amaran keras. Akta Dadah
R09 2. Dirotan 1-3 kali. ( di
dilarang punggung berlapik) Merbahaya
R10 3. Membayar ganti rugi.
R11 Mengguna dan membawa keluar 4. Digantung sekolah tidak Akta Senjata Api
R12 melebihi 14 hari.
R13 sebarang peralatan bilik darjah 5. Dibuang sekolah. Akta Rumah Judi
R14 6. Mahkamah
R15 atau sekolah tanpa kebenaran Kanun Keseksaan
R16 KUASA PELAKSANA:
Keluar dari bilik darjah tanpa 1. Guru Besar/ guu
2. Guru yag diberi kuasa
kebenaran. Pekeliling Iktisas:
Bil. 1 / 1972
Berada di kantin tanpa Bil. 6A / 1975
Bil. 9 / 1975
kebenaran pada waktu Bil. 8 / 1983
Bil 6 / 1995
pengajaran dan pembelajaran. Bil. 7 1995
Bil. 4 / 1996
Menyimpan atau menggunakan Bil. 4 / 1997
Bil. 8 / 1998
alat permainan sekolah tanpa Bil. 10 / 1998
Bil. 18 / 1998
kebenaran. Bil. 6 / 2000
Bil. 11 / 2000
Menggunakan harta benda Bil 6 / 2001
Bil. 7 / 2001
sekolah tanpa kebenaran. Bil. 8 / 2001
Bil. 9 / 2001
Memasuki dan tidak mematuhi Bil. 10 / 2001
Bil. 4 / 2002
arahan makmal / bengkel / bilik- Bil. 3 / 2003
Bil. 7 / 2003
bilik khas dan kenyataan Bil. 8 / 2003
BIL. 9 /2003
bertulis.
Memakai barang kemas, alat
solek atau perhiasan.
Memasuki bilik darjah tanpa
kebenaran
Makan atau minum dalam bilik
darjah.
Melakukan pembaziran elektrik.
Tidak memakai pakaian seragam
sekolah yang lengkap.
Semua kesalahan berkait
pembelajaran.
Lewat ke sekolah tanpa
mengambil slip lewat.
Disediakan oleh
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit Hal Ehwal Murid
31
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
SK LKTP Kledang
81930 Kota Tinggi
Johor.
BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan
dan panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi
sepenuhnya segala peraturan dan menjauhi sepenuhnya perkara
yang dilarang.
3. Saya sedar,bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh
Pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela
menerima hukuman yang setimpal.
Tandatangan murid:
Nama:
Kelas:
Saya sebagai ibu bapa/penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas.
Tandatangan ibu bapa/penjaga:
Nama:
32
33