The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Adira Taman Ara Sendayan (Baru) Kali Pertama Tahun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Umira Sabella, 2023-11-18 07:12:11

Buku Program AGM PPATAS (B) 1 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Adira Taman Ara Sendayan (Baru) Kali Pertama Tahun 2023

Keywords: AGM,Mesyuarat Agung Tahunan,PPATAS (B),Adira,Ara Sendayan

26 Nov 2023 (Ahad) 10.00 am –12.30 pm Cengal Hall, D’Tempat PPATAS (B) Kali Pertama BukuProgram T a h u n 2 0 2 3


No. MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Tentatif Program Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS(B) Kali Pertama Tahun 2023 Pembuka Bicara Pengerusi AJK Penaja PPATAS(B) Perutusan Penasihat 1 PPATAS(B) Perutusan Penasihat 2 PPATAS(B) Laporan Aktiviti Bagi Tempoh Penaja Sehingga 25 Nov 2023 Pembentangan Belanjawan sesi 2023 – 2025 oleh Bendahari PPATAS(B) Pembentangan Pindaan Perlembagaan Persatuan oleh Setiausaha PPATAS(B) Pembentangan Usul 3 4 9 11 13 16 23 30 34 2


9.30am - 10.00am 10.00am - 10.40am 10.40am – 10.50am 10.50am - 12.30pm Pendaftaran Ketibaan tetamu-tetamu jemputan (VVIP) Bacaan Doa oleh al-Fadhil En Muhammad Nizam Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PPATAS(B), En Jimmy Lai Cheng Wah Ucapan perutusan dan perasmian oleh Penasihat PPATAS(B), Y.Bhg En Taufik Shahrom REHAT Mesyuarat Agung berlangsung… • Menerima Laporan Aktiviti bagi tempoh penaja sehingga 25 Nov 2023 • Pembentangan belanjawan sesi 2023-2035 oleh Bendahari PPATAS(B), En Adam Ng Wai Kit • Pembentangan pindaan perlembagaan persatuan oleh Setiausaha PPATAS(B), Pn Munirah Jahari • Pembentangan usul • Pembubaran AJK Penaja • Perlantikan ahli jawatankuasa baharu sesi 2023- 2025 • Ucapan penangguhan 3


PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


5 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS(B)


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 6 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS(B)


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 7 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS(B)


8


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 10 Salam Sejahtera, Good Morning, Kālai vaṇakkam, Zǎoshang hǎo buat semua penduduk ADIRA Taman Ara Sendayan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pagi ini bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama sesi 2023-2025. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini diadakan pada setiap tahun seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Secara ringkasnya, izinkan saya ceritakan serba sedikit sejarah pertubuhan PPATAS(B). Sepertimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, PPATAS(B) adalah pertubuhan baru yang telah diluluskan pada 19 Ogos 2023 yang lalu. PPATAS(B) menggantikan RAATAS iaitu pertubuhan lama yang telah dibatalkan oleh pihak ROS N.Sembilan pada 18 Mei 2023. Sepanjang tempoh 3 bulan penubuhan PPATAS(B), banyak kejayaan yang telah kita capai. Walaupun ahli jawatankuasa menghadapi pelbagai kesukaran, tapi dengan kerjasama dan sokongan daripada semua ahli, kita dapat menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jayanya. Ibarat kata pepatah orang melayu, BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT. Seiring dengan perkembangan era ICT, kami juga telah mengadakan saluran komunikasi melalui e-mel iaitu [email protected] atau melalui “whassap group” bagi memudahkan penyaluran maklumat dapat disampaikan. Pihak ahli jawatankuasa penaja juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan website PPATAS(B) iaitu adiraresidency.my. Website ini telah dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman iaitu En. Sufian selaku pembangun sistem PPATAS(B). Dengan adanya website tersebut telah memudahkan pengisian borang keahlian secara dalam talian dapat dilakukan. Diharap jiran semua, dapat mengguna pakai kemudahan ICT yang kami sediakan ini untuk saling berkomunikasi. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua penduduk ADIRA agar segera mendaftarkan diri untuk menyertai persatuan ini demi kebaikan kita bersama. Taman kita adalah tanggungjawab kita. Oleh itu sama-samalah kita menjaganya. SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENDUDUK YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI AHLI PPATAS(B). Akhir kata, saya bagi pihak seluruh AJK penaja memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menjalankan tanggungjawab untuk tempoh 3 bulan ini. Sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan seluruh warga ADIRA yang telah banyak bekerjasama dan membantu saya dalam menerajui persatuan ini. Semoga mesyuarat agung tahunan ini dapat berlangsung dengan jayanya dan kita dapat melantik orang-orang yang bertanggungjawab, berintegriti dan amanah untuk menjaga dan memakmurkan taman kesayangan kita. Sekian, terima kasih. Pengerusi Penaja, PPATAS(B) En. Jimmy Lai Cheng Wah Pengerusi PPATAS (B)


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 12 Mejar (B) Hj. Abd. Wahab Penasihat PPATAS (B) Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Syukur alhamdulillah, kita akan bersama-sama pada 26 November 2023 (Ahad) nanti untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Adira Taman Ara Sendayan (Baru) kali pertama Tahun 2023. Saya terlebih dahulu ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat bersama-sama pada AGM nanti kerana bertugas di luar negara. Walaupun jauh beribu batu namun saya sentiase mengikuti segala perkembangan PPATAS(B). Saya berasa bangga dan terharu diatas usaha yang dimainkan oleh barisan ahli jawatankuasa penaja dalam menangani segala permasalahan yang berlaku. AJK Penaja telah memberikan khidmat terbaik sepanjang tempoh 3 bulan ini dan sikap ini wajar dicontohi oleh ahli jawatankuasa yang bakal di lantik nanti. Sikap tidak berkira dan sentiasa berfikir untuk kesenangan penduduk merupakan kunci utama kejayaan bagi sesebuah persatuan. Tanpa adanya sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain, kita tidak akan mampu melangkah jauh dan bertahan sekiranya badai datang melanda. Saya juga ingin mengajak kita semua untuk berfikir sejenak apakah jasa atau pengorbanan yang telah kita sumbangkan kepada taman yang kita sayangi ini. Marilah kita menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat dan kebaikan kepada orang di sekeliling. Akhir kata, saya mengharapkan mesyuarat agung nanti akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga barisan ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik nanti, dapat memberikan komitmen yang tinggi dan menjalankan tanggungjawab yang diterima dengan jujur dan amanah. Kenduri sekampung sama raikan Gulai kawah hidangan utama Apapun kerja kita lakukan Amanah dipegang integriti dijaga Sekian, wassalam. Salam perantauan Penasihat I, PPATAS(B)


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 14 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Adira Taman Ara Sendayan (Baru) kali pertama Tahun 2023. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa penaja di atas jemputan ke mesyuarat hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PPATAS(B) kali pertama Tahun 2023. Tidak lengkap sebuah kapal tanpa nakhoda begitu juga perumpamaan kepada sebuah taman. Tidak lengkap sekiranya tidak ada persatuan bagi menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan & keharmonian penduduk di dalam taman. Justeru itu, PPATAS(B) merupakan pemudah cara antara penduduk dengan badan kerajaan, pemaju serta pihak berkuasa bagi menguruskan permasalahan penduduk. Persatuan yang dibina ini memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua ahli. Tanpa sokongan dari semua pihak, sesuatu persatuan tidak akan dapat kekal dan bertahan. Dengan adanya semangat kejiranan yang tinggi, walaupun ribut taufan melanda, kita sebagai satu pasukan tetap berdiri teguh dan utuh menghadapinya dengan tenang dan sabar. Kita adalah sebagai satu keluarga yang besar tanpa mengira bangsa & agama. Walaupun berbeza latar belakang, namun demi menyahut slogan perpaduan kita tetap bersatu dan tidak berpecah belah seperti kata pepatah Melayu, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Oleh itu, saya menyeru kepada semua ahli PPATAS(B) agar sentiasa memupuk semangat toleransi dan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain. Kita jadikan kesilapan yang lalu sebagai pembakar semangat untuk kita terus maju dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan. Saya berharap ahli jawatankuasa yang bakal dilantik nanti dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti penat dan putus asa. Jawatan yang diterima ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan, namun ianya sesuatu tanggungjawab yang berat kerana memerlukan pengorbanan dari segala aspek. Saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan ahli jawatankuasa penaja kerana mereka telah bertungkus-lumus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Akhir kata, dengan lafaz BismillahirrahmanirRahim. Saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Adira Ara Sendayan (Baru) kali pertama Tahun 2023. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Penasihat II, PPATAS(B) Tuan Taufik bin Sharom Penasihat PPATAS (B)


15 Kata-kata hikmah Tun Dr Mahathir Mohamad


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 SEHINGGA 25 NOV 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 17 Laporan Aktiviti Bagi Tempoh Penaja sehingga 25 Nov 2023 Mejar (B) Hj Abd Wahab PENASIHAT I Jimmy Lai Cheng Wah PENGERUSI Thurairaj A/L Chandran TIMBALAN PENGERUSI Siti Fatimah Awang AJK TSivanesan A/L Thiyagaran AJK Mohd Syal Billah Mohd Zaid AJK Azrul Syhizan Ariffin AJK AJK Khu Eian Chun Mohd Sufian Othman PENOLONG SETIAUSAHA Adam Ng Wai Kit BENDAHARI Munirah Jahari SETIAUSAHA En Taufik Sharom PENASIHAT II


18 Laporan Aktiviti Bagi Tempoh Penaja sehingga 25 Nov 2023 AKTIVITI GAMBAR PROGRAM IMUNISASI TAMBAHAN (SIA) KAWALAN DEMAM CAMPAK (MEASLES) DENGAN KERJASAMA DARIPADA KAKITANGAN KKM KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 TARIKH : 20 OGOS 2O23 TEMPAT : RUMAH PERSATUAN NO. 1155


19 PERMOHONAN SKIM KOMUNITI BERPENGAWAL TELAH DILULUSKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN TARIKH : 26 SEPTEMBER 2023 PEMBANGUNAN WEBSITE PPATAS(B) DILANCARKAN BAGI MEMUDAHKAN BORANG PENGISIAN SECARA ONLINE DILAKUKAN. TARIKH : 3 OKTOBER 2023


20 METER AIR DI PONDOK PENGAWAL DIPASANG SEMULA OLEH PIHAK SAINS SETELAH HAMPIR 3 BULAN GUARD TIDAK MENDAPAT BEKALAN AIR. TARIKH : 12 OKTOBER 2023 PERMOHONAN VESTING ORDER TELAH DILAKUKAN OLEH AJK KEPADA JABATAN INSOLVENSI N.SEMBILAN TARIKH : 23 OKTOBER 2023


21 MENGHIAS PONDOK KAWALAN KESELAMATAN BERSEMPENA DENGAN PERAYAAN DEEPAVALI TARIKH : 7 NOVEMBER 2023 AJK MENJADI SUKARELAWAN MEMBANTU LALULINTAS DI DALAM TAMAN SEMASA MAJIS PERKAHWINAN SAUDARA KITA TUAN MUKHRIZ TARIKH : 11 NOVEMBER 2023


22 MENGADAKAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SERTA PRA AGM BAGI MEMBINCANGKAN PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI DALAM TAMAN. TARIKH : SEPANJANG TEMPOH 3 BULAN PENUBUHAN PPATAS(B)


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 24 Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025 Income 5 mths Actual Jul'23 - Nov'23 7 mths Estimated Dec'23 to Jun'24 FY Jul'23 to Jun'24 % Average by mth 12 mths Budget Jul'24 to Jun'25 % Member subscription 5,080 - 5,080 - - Monthly Fee 50,800 177,800 228,600 25,400 304,800 less: Member rebate (5,080) (5,080) (5,080) (60,960) Non Member Access Fee 100 1,400 1,500 200 2,400 Dividend Income 2 7 9 1 12 Miscellaneous Income 593 - 593 - - Total Income 56,575 174,127 230,702 20,521 246,252 Less : Administrative & Operating Expenses Fixed Domain Subscription 214 - 214 0.09% 18 214 0.09% Office Rental 6,000 7,000 13,000 5.73% 1,000 12,000 4.99% Security Apps Subscription 1,000 7,500 8,500 3.75% 1,500 18,000 7.48% Security Services 77,592 109,800 187,392 82.61% 15,811 189,734 78.83% Variable AGM/EGM Expenses 3,063 3,500 6,563 2.89% 667 8,000 3.32% Bank Charges - 60 60 0.03% 5 60 0.02% Elec - GH 1,059 1,330 2,389 1.05% 190 2,280 0.95% Elec - Office 94 240 334 0.15% 30 360 0.15% Installation Charges/Services 70 - 70 0.03% - - 0.00% Insurance - D&O/Public Liabilities - 3,500 3,500 1.54% 292 3,500 1.45% License/Regulatory Related 94 900 994 0.44% 83 1,000 0.42% Phone/Internet 100 800 900 0.40% 150 1,800 0.75% Printing & Stationery 136 300 436 0.19% 50 600 0.25% Repair & Maintenance 150 500 650 0.29% 70 840 0.35% Upkeep of Guardhouse - 500 500 0.22% 50 600 0.25% Upkeep of RA Office - 320 320 0.14% 42 500 0.21% Seasonal Decorations - 600 600 0.26% 50 600 0.25% Water - GH 35 280 315 0.14% 40 480 0.20% Water - Office 25 70 95 0.04% 10 120 0.05% Total Expenses 89,630 137,200 226,830 20,057 240,688 Surplus / (Deficit) (33,056) 36,927 3,871 464 5,564


25 Nota: 1. Penetapan kadar yuran keahlian adalah berasaskan jumlah keahlian pada 20 November 2023 dengan anggaran 100% membayar setiap bulan. 2. Rebat yuran keahlian RM20 bermula Julai 2024, dari itu ahli perlu membayar RM80 sahaja setiap bulan. Walaubagaimanapun, rebat ini perlu mengambil kira kedudukan kewangan akaun Persatuan Penduduk. 3. Bukan ahli perlu membayar Yuran Akses bulanan sebanyak RM100 bagi memperolehi Pas Akses. Bukan ahli yang tidak membayar Yuran Akses perlu mendaftar di pondok pengawal dan menekan sendiri butang BUKA palang penghadang setiap kali ingin memasuki taman. Pengawal tidak akan melayan bukan ahli yang tidak membuat bayaran. 4. Berlaku kenaikan Yuran Keselamatan berkuatkuasa Mac 2024 akibat kenaikan Cukai Perkhidmatan dari 6% kepada 8% seperti yang diumumkan dalam Bajet Malaysia. 5. Dekorasi perayaan Deepavali, Chrismas, Tahun Baru Cina dan Hari Raya ditetapkan pada kadar syiling RM150 setaip satu. Jumlah setiap tahun untuk tujuan ini adalah RM600. Note: 1. Member fee is based on total members as at 20th Nov 2023 and assumption of 100% paying rate per month. 2. Member fee rebate RM 20 per month start July 2024, indirectly member only require to pay RM 80 per month. However, the rebate shall depend on the financial position of the Resident Associate account. 3. Non-Member are required to pay an access fee monthly RM 100 in order to have the access pass. Else, the non-member that not paying the fee shall require to register each time enter and self-serve to press the barrier button at guardhouse. Our guard will not entertain non-paying non-member. 4. Security fee increase due to Service Tax from 6% to 8% effective Mar 2024 as per Malaysia Budget announcement. 5. Seasonal decorations budgeted for Deepavali, Christmas, CNY and Hari Raya. Each at RM 150, total per year RM 600. Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025


26 1. AJK akan membentangkan projek-projek 2. Sesi Q&A daripada hadirin 3. Undian menyokong/menentang bagi setiap projek 4. Projek berikutnya diteruskan mengikut langkah 1 hingga 3. NOTA: 1. Bagi semua kos projek yang telah dikira, kos sebenar projek tidak boleh melebihi bajet yang telah diluluskan. 2. Sekiranya kos melebihi bajet yang telah diluluskan, projek perlu ditangguhkan terlebih dahulu untuk dibawa ke AGM/EGM akan datang bagi mendapatkan kelulusan. 3. Sekiranya dapat kelulusan, sebut harga terperinci dikumpul (sekurangkurangnya 3 sebutharga) 4. Ahli turut dialu-alukan untuk mencadang atau menjemput vendor yang dikenali bagi memasuki tender. 5. Pemilihan vendor perlu berasaskan kos + kualiti barang/perkhidmatan. Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025 1. AJKs to present the projects 2. Q&A from the floor 3. Voting for approve/against for each project 4. Proceed for next project with step 1 to 3 above. NOTES: 1. All cost are estimated, actual cost shall not be over the approved budget. 2. If cost above approved budget in AGM, the project shall on hold and to obtain approval again in the next AGM/EGM. 3. To obtain details quotations from vendors if approved (must have 3 quotations at least) 4. Members are welcome to recommend or invite known vendor for tender. 5. Vendor selection shall base on cost + quality of items/services.


27 Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025 1. Akses sedia ada menggunakan sistem terasing di pondok pengawal dan sukar membuat proses sekatan kad akses kepada penduduk yang tidak membayar. 2. Data tidak teratur, berserabut menyukarkan mengesan kad klon. 3. Cadangan pelaburan pada sistem akses menggunakan LPR yang menyatukan pelbagai fungsi dalam satu sistem (kawalan akses, billing & collection, kawalan pelawat) 4. Menghapuskan isu kad klon menggunakan sistem pengesanan Nombor Plat Kenderaan (LPR) 5. Memudahkan pemantauan, pengaktifan dan Nyah-pengaktifan. 6. Anggaran pelaburan RM18k – RM25k. Sistem LPR


28 Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025 1. Anggaran kos sekali keluar sekitar RM70k - RM80k. 2. Jangka hayat 30 tahun – 50 tahun. 3. Memudahkan perjumpaan AJK dan tugasan pentabiran. 4. Ruangan mesyuarat boleh disewakan kepada ahli. 5. Penjimatan dari bayaran sewa bulanan Sewa semasa RM1k sebulan x 30 tahun = RM360k – harga kos kabin RM80k Penjimatan jangka panjang RM280k. Tidak termasuk jika kadar sewa rumah meningkat setiap tahun. Dengan Pejabat Kabin penjimatan sebenar mungkin lebih tinggi! Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja


29 Belanjawan sesi 2023 – 2024 dan 2024 - 2025 1. Kebocoran semasa boleh akibatkan syiling runtuh. 2. Kaedah penyelesaian: A. Baiki dan tampal semula plaster siling B. Ganti dengan siling aluminium (gambar di bawah) C. Keluarkan siling sedia ada (hanya melibatkan kos alih keluar dan tampal sahaja) Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja Kaedah A Kaedah B (seperti ilustrasi bawah) KOS Normal KOS Lebih Mahal Jangka hayat yang pendek Tahan lama Memerlukan selenggaraan kerap Bebas dari selenggaraan Tidak Kalis Kotoran Kalis Kotoran & Pintu masuk jauh lebih cantik Ketahanan Outdoor ❌ Ketahanan Outdoor ✔ Kos ~ RM15k Kos ~ RM30k


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 31 Pindaan Perlembagaan Persatuan SEMASA CADANGAN FASAL 5 PENAMATAN DAN PENGANTUNGAN HAK ISTIMEWA AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti dari-pada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu ke-pada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 5 PENAMATAN DAN PENGANTUNGAN HAK ISTIMEWA AHLI 1. Mana-mana ahli yang telah menjual rumah atau berhenti menyewa rumah akan ditamatkan keahlian secara automatik daripada tarikh penjualan rumah, tarikh berhenti menyewa atau pemindahan hakmilik rumah tersebut. 2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga (3) bulan dengan sendirinya hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli seperti: (a) hilang hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), (b) kad akses atau akses kenderaan akan disekat dan dikehendaki mendaftar di pondok keselamatan sebelum memasuki taman, dan (c) lain-lain hak istimewa jika ada, sehingga hutangnya telah dijelaskan. 3. Mana-mana ahli atau keluarga kepada ahli atau pelawat ahli yang gagal mematuhi undangundang Pertubuhan, menganggu ketenteraman penduduk, menyebabkan kucar-kacir, vandalisme atau bertindak ganas, boleh digantung hak-hak istimewanya sebagai ahli bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 32 Sebelum Jawatankuasa menggantung hak-hak istimewa ahli, ahli tersebut hendaklah diberitahu sebab penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung oleh ahli-ahli. Pindaan Perlembagaan Persatuan SEMASA CADANGAN FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 2. Yuran : RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ringgit Sahaja) (a) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulanan (b) Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM Tidak Berkenaan FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 2. Yuran : RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ringgit Sahaja) (a) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Persatuan terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap bulan. (b) Ahli jawatankuasa dibenarkan menurunkan yuran keselamatan bulanan berdasarkan kemampuan kewangan Persatuan dan dinaikkan semula ke yuran asal jika perlu. Akan tetapi, ahli jawatankuasa tidak dibenarkan menaikkan yuran bulanan melebihi yuran asal tanpa terlebih dahulu diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. (c) Ahli jawatankuasa dibenarkan berkongsi atau menyiarkan senarai tertunggak ahliahli dalam mana-mana platform yang difikirkan sesuai sebagai peringatan. (d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) bulan dengan sendirinya hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli seperti hilang hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau Luar Biasa, kad akses atau akses kenderaan akan disekat dan dikehendaki mendaftar di pondok keselamatan sebelum memasuki taman, dan lain-lain hak keistimewaan jika ada, sehingga hutangnya telah dijelaskan.


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 33 Pindaan Perlembagaan Persatuan SEMASA CADANGAN FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. (a) Hanya pelaburan jaminan prinsipal dibenarkan. Pelaburan yang lain perlu mendapat kelulusan dari Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar biasa. (b) Semua aset dan pelaburan hendaklah atas nama Persatuan. (c) Dividen atau keuntungan perlu dikembalikan kepada Persatuan. SEMASA CADANGAN FASAL 7 MESYUARAT AGUNG FASAL 7 MESYUARAT AGUNG [Tambahan] 10. Hanya seorang daripada setiap rumah ahli boleh mengundi semasa Mesyuarat Agung Tahunan atau Luar Biasa. Ahli yang hak-hak istimewanya digantungkan di bawah Fasal 5 boleh hadir akan tetapi tiada hak mengundi.


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023


Mesyuarat Agung Tahunan PPATAS (B) Kali Pertama Tahun 2023 35 Pembentangan Usul KATEGORI NAMA & UNIT NO USUL YANG DI TERIMA Haiwan peliharan & liar Seperti kucing, anjing dan monyet Khairul Fendy Yaakop (900) Logeshwari (1186) Mohd Suhairi (942) Jonathan (1149) Mengenai haiwan peliharaan yang najis , kencing serta tidak mengganggu jiran dengan bunyi bising. Jawapan : Ahli jawatankuasa telah berbincang dan bersetuju untuk meminta pemilik haiwan untuk berdaftar dengan persatuan bagi mendapatkan kolar yang perlu dipakai pada binatang peliharaan. Sekiranya haiwan tersebut tidak mempunyai tuan kita akan serahkan kepada pihak berwajib untuk datang tangkap haiwan tersebut. Isu monyet pihak MBS tidak membenarkan pemasangan bulb wire kerana terdapat dalam SOP mereka. AJK akan cuba berbincang dengan Jabatan Perhilitan. Isu tukang kebun Aidiora binti Ismail (869) Jonathan (1149) Khairul Fendy Yaakop (900) Taman tidak kelihatan cantik dan bersih. Jawapan: Bergantung pada bajet yang persatuan ada. Untuk makluman, selenggaraan taman seperti kawasan taman permainan telah di selenggara oleh pihak MBS sebanyak 2x seminggu.


36 KATEGORI NAMA & UNIT NO USUL YANG DI TERIMA Isu parking Nurul Azrianti binti Abdul Aziz (1123) Mohd Suhairi (942) Penduduk tidak parking di bahu jalan Jawapan: Perlu kerjasama dan tolak ansur di kalangan jiran bagi menyelesaikan masalah parking ini. Bayaran bulanan Tan Kian Yap (1116) Khairul Fendy (900) Review monthly payment Jawapan: Bergantung kepada kekuatan dana persatuan. Apabila dana persatuan telah kukuh, bayaran bulanan akan di kurangkan. KATEGORI NAMA & UNIT NO USUL YANG DITERIMA Saman bekas ahli jawatankuasa Jimmy Lai Cheng Wah (925) Tindakan undang-Undang kepada berkas AJK serta Saman terhadap mereka atas semua kerosakan yang mereka lakukan, sabotage data dalam system M4U, mengeluarkan duit persatuan walaupun persatuan telah dibubar, menyalah guna kuasa Dan sebagai nya. Jawapan: Perlu dibincangkan bersama ahli mesyuarat


37 ENDURING PAIN FOR A WHILE IS BETTER THAN ALLOWING MISERY TO PROLONG. Kata hikmah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD CREDIT TO https://my.linkedin.com/company/ hireloconsultancy


Persatuan Penduduk Adira Taman Ara Sendayan (Baru) Untuk kegunaan rasmi ahli-ahli PPATAS (B) sahaja. Pihak jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemudaratan akibat niat buruk atau salah guna buku ini dan ia jelas adalah atas risiko pelaku sendiri. https://anyflip.com/rofiz/dezr/ Imbas untuk muat turun e-book PPM-001-05-19082023


Click to View FlipBook Version