The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-01-23 05:08:10

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 1. AZAM TAHUN BARU ANDA ?

Nak masuk tahun baharu dah kan? Ramai yang sibuk tulis azam tahun baharu. Azam
yang tahun ni pun tak tahu tak tercapai atau tidak.
.
Tercapai atau tidak lagi tak apa. Cuba baca kajian dari Yale University ni dulu.
.
Pada tahun 1952 Yale University buat satu kajian. Mereka nak tahu orang bagaimana
akan berjaya.
.
Dalam kajian ditanya siapa yang tulis matlamat, sasaran dan apa yang mahu mereka
capai dalam hidup?
.
Hanya 3% menulis matlamat atau sasaran hidup mereka.
.
97% lagi hanya fikir. Sekadar berlegar dalam kepala.
Tidak tulis pun matlamat mereka.
.
20 tahun kemudian peserta kajian ini dicari semula. Soalan yang sama ditanya kepada
mereka. siapa yang tulis matlamat, sasaran dan apa yang mahu mereka capai dalam
hidup?
Apabila pengkaji teliti hasil kajian mereko terpesona. Sebab hasilnya menakjubkan.
.
3% yang menulis matlamat, tujuan dan sasaran hidup lebih sukses dalam kerjaya dan
bisnes, lebih kaya dan bahagia.
.
Mereka yang berkahwin tidak bercerai. Mereka lebih sihat. Anak mereka juga lebih
baik pencapaian dalam hidup.
.
Menarikkan?
.
Apa kata ambil kertas dan pen. Cuba tulis apa yang teman teman mahu capai. Pejam
mata. Lihat dan hayati. Biarkan otak kreatif teman teman liar menjelajah.
.
Bayangkan diri teman teman setahun, lima tahun atau sepuluh tahun akan datang.
Siapa yang berada berdekatan? Di mana ketika itu? Apa yang teman teman dengari?
.
Bagaimana rasanya menjadi orang berjaya, kaya dan bahagia? Nikmati momen indah
ini. Rasakan setiap detik indah itu. Biarkan debaran di dada.
.
Buka mata. Lakarkan pelan tindakan. Bersiaplah untuk bertindak.
.
Tahniah atas kejayaan anda.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)

TAJUK: 2.KENAPA AZAM TAHUN BARU 2021 X JADI?

Ada yang tanya “kenapa susah nak berubah?” Jawab saya senang saja. Kita sibuk nak berubah
sebab orang lain.
Sebab kita sibuk bersaing dengan orang. Kita jadikan orang lain sebagai cabaran utama. Bukan
diri sendiri.
Kita lupa pesaing utama kita ialah :
1. Sikap suka bertangguh yang kita SELALU BUAT. “Lek lu” ‘Nanti nantilah’ sentiasa jadi
mantera. Sentiasa dizikirkan.

2.Ego - kita sangka kita saja betul. Masih terpasung dengan pemikiran lama. Sentiasa jadi mata
lalat. Cari yang buruk hatta pada diri sendiri. KITA LUPA SEDANG KITA PERLU JADI SEPERTI
MATA LEBAH WALAUPUN KEMANA SAJA KITA PERGI KITA MESTI NAK CARI MADU YANG
MANIS DAN BUNGA YANG CANTIK.

3. Makanan minuman palsu yang kita ambil. ‘Racun’ kecil yang sentiasa kita masukkan dalam
diri. Biar diri jadi tong sampah hidup.
Akhirnya penyakit bersarang. Perut, tangan dagu berlapis lapis jadinya. Bangun turun solat jadi
susah. Terpaksa solat atas kerusi

4. Ilmu yang kita abaikan. Macam macam kita belajar. Asal ada kelas mesti masuk. Jadi seminar
atau program junkie.
Tapi tak praktis ilmu. Biar kat nota saja. Dok fikir nanti nak guna aku belek lah balik nota.
Bab tak praktis ilmu tu sayalah. Macam macam ilmu belajar. Banyak ilmu yang tak dipraktis.
Jadi munafik ilmu. Tapi itu dululah.
Sekarang lain. Lepas belajar buat pelan tindakan. Buat schedule. Praktis praktis praktis. Sampai
jadi.
Ada masanya KITA kena ubah apa yang KITA belajar. Sesuaikan dengan konteks budaya dan
agama. Lajukan lagi impak.

5. Tingkahlaku negatif yang sentiasa kita semai. Bukan fikiran saja negatif. Tapi dah berjangkit
ke tingkahlaku. Dulu komplen memanjang.
Sekarang buat muka. Hentak meja. Tutup pintu kuat kuat. Bila cakap pasal orang siap
muncungkan muLut tunjuk ke arah orang tu.

6 Tak kreatif kerana malas nak fikir. ‘Biar ajelah’ , ‘kau oranglah decide” “malaslah nak fikir”
antara ayat yang sentiasa muncul.

Kita percaya dengan kata kata “angan angan mat jeniN.” Sedangkan angan angan itulah buah
mula fikiran kreatif.
.
7. Takut buat keputusan. Bukannya apa takut salah. Sebab kat sekolah dah diprogramkan. Kat
rumah pun sama. Salah kena hukum. Kalau salah kena gelak beramai ramai. jadinya kita
teragak agak bila nak buat keputusan. Apa orang kat jadi fokus. Bukan keputusan yang akan
diambil. Akhirnya buat zon selesa. Terbuai dalam zon selesa.
(TULISAN : DR RIZAL ABU BAKAR -PENGASA NUOROVERSITI)

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)

TAJUK: 3.DI MANA ITU BAHAGIA?

Dulu saya ingat memiliki sesuatu itu beri bahagia. Dapat kasut baru saya jadi bahagia. Dapat
baju baru jadi bahagia. Sebab dulu masa kecil nak dapat baju baru tunggu raya saja. Setahun
sekali. Bila tengok orang lain ada baju baru, kasut baru, pensil baru, meleleh air liur.
Teringin sangat. Dalam hati dok minta “Ya Allah aku nak macam tu Ya Allah.”
Tapi Allah tak bagi juga. Benda benda macam ni tetap dapat setahun sekali.
Pernah sekali ada seluar pendek sehelai saja. Seluar tu pun terkoyak kat sebelah kanan. Jadi
macam kain belah pula.
Sekali tengok macam seluar tarzan pun ada. Tapi nak minta bapa saya beli seluar lain tak
berani. Takut sangat.
Ada satu petang tu kena gelak secara berjemaah dengan kawan kawan. Masa tu saya turun
nak main bola. Dia orang perli geng tarzan tak boleh main.
Merajuk dan malu waktu tu. Balik rumah terus pergi menangis kat bapa saya. Nak minta seluar
baru. Kalau kena marah kenalah. Beranikan diri kali.
Bapa saya tengok saja. Siap gelak lagi. Saya dalam hati memang terbakar. Tidur awal malam tu.
Makan pun tidak.
Tapi esoknya bapa balik awal dari kerja. Jam 10 pagi. Kat tangan dia ada bungkusan kertas
surat khabar.
Dia bagi “nah”. Saya terkejut. Dalam hati seronok bukan main. Buka bungkusan tu dengan
rakus.
Tengok kat dalam. Rupanya ada 3 helai seluar pendek ala ala nelayan Vietnam. Terasa nak
lompat bintang.
Akhirnya bebas dari jadi geng tarzan. Kalau Ramlah Ram berlagu dengan Selamat Tinggal
Romeo. Lagu saya time tu ialah Selamat Tinggal Tarzan. Dengan ucapan “sudah sudahlah pakai
cawat tu.”
Spontan waktu tu saya peluk bapa. Dia pun peluk balik. Usap kepala.
First time dia buat macam tu. Bapa saya ni garang. Bahasa dia ialah tangan. Ketuk kepala,
hanger baju melekat kat belakang badan tu biasa.
Bila dia peluk balik barulah saya sedar. Yang seronok bukan dapat 3 helai seluar Vietnam. Tapi
pelukan seorang ayah.Rupanya Allah nak ajar rasa bahagia yang sebenar. Bukan pada benda.
Tapi dari dalam diri. Teman teman,
Perkara yang terindah dalam hidup bukan benda. Yang indah adalah memori, tempat dan
mereka yang kita sayangi dan sanjungi.

Untuk tutup hari ini dengan keindahan ini cuba senaraikan:

10 memori terbaik

10 tempat terindah anda pernah sampai

10 orang yang anda sayang dan kagumi.

HiDupkan semula kenangan ini. Reliving those moments again.Kalau anda berjaya lakukan 3
perkara di atas ini, akan keluar neurohormon neurohormon bahagia dari dalam diri. Dopamin,
serotonin, oxytocin akan berpesta sakan. Anda perasan, orang selalu mencari bahagia. Ini yang
disebut. Di mana nak dapat bahagia?Tetapi mereka lupa bahagia sudah ada dalam diri. Tidak
perlu dicari. Hanya perlu dikeluarkan dan dicipta apabila tiada.
(TULISAN : DR RIZAL ABU BAKAR -PENGASAS NUOROVERSITI)

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 4. TAHUKAH ANDA ?

“Positive people live longer!” Agak menarik kenyataan ini. Pastinya ada orang yang
akan setuju. Ada yang kata “mana ada.”
.
Betul ke tidak statement ni?
.
Inilah statement dari researcher di Yale University. Mereka buat kajian ke atas 660
orang. Soalan yang ditanya mereka mudah saja.
.
Soalannya “As you get older, you are less useful. Agree or disagree.” Atau dalam BM
“bila anda semakin tua, anda tidak berguna lagi. Setuju atau Tidak Setuju.
.
Kalau soalan ni ditanya pada tuan/puan, apa agaknya jawapan anda ya? Setuju atau
tidak setuju?
.
Hasil kajian dari Yale University ni menarik sangat. Mereka yang jawab Tidak Setuju,
hidup 7 tahun lebih lama. Ini secara purata. Mereka yang setuju pula mati 7 tahun
lebih awal.
.
Maksudnya apa? Negative attitude pada proses ageing pendekkan umur seseorang.
Dahsyat kan?
.
Lebih menarik lagi ialah rumusan kajian dari researcher ni. Mereka kata positive
attitude lebih penting dari:
.
1. Tekanan darah
2. Level kolesterol
3. Tidak merokok
4. Berat badan ideal
5. Senamandalam tentukan panjang atau pendek umur seseorang.
.
Menarik bukan?
.
Jadi apakata tukar program minda. Reset your mind. Embrace positivity. You’ll live
longer

CERITA KEDUA:
“Ok ke vaping ni?”Soalan ni undang macam macam jawapan. Ada kata “ok jer tak de
masalah”. Ada pula kata “tak bagus. Sama maca hisap rokok.”
.
Soalan yang timbul pula ialah yang mana satu betul? Ada beza tak antara orang
dewasa dan remaja?
.

Ada dua kajian yang menarik untuk jawap soalan soalan ni. Keduanya dari University
of Rochester Medical Centre (URMC). Fokus saya pastinya impak kepada otak
manusia.
.
Kedua kajian ini diterbitkan dalam jurnal saintifik Tobacco Induced Diseases dan Plos
One. Kajian pertama libatkan 18,000 pelajar sekolah rendah dan menengah.
.
Kajian kedua pula libatkan 886,000 remaja. Kedua kajian in cuba bandingkan kesan
merokok dan juga vaping.
.
Seperti yang saya jangkakan impaknya memang menakutkan.
.
Kedua dua kajian dapati sama hisap rokok atau vaping ianya beri kesan kepada fungsi
otak. Tak kira umur berapa pun.
.
Kajian juga dapati vaping berbanding dengan tidak vaping ganggu 3 fungsi penting
otak iaitu:
.
1. Konsentrasi
2. Memori
3. Kemampuan buat keputusan
.
Ketiga aspek ini dialami oleh remaja dan juga orang dewasa.
.
Dalam rumusan kajian, pengkaji sebut vaping tidak sepatutnya dianggap sebagai
alternatif sihat kepada merokok. Lagi muda seseorang lebih bahaya lagi impaknya
kepada otak.
.

(TULISAN : DR RIZAL ABU BAKAR -PENGASAS NUOROVERSITI)

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 5. S.L.I.M MINDSET ?

Masa di Canberra, saya tubuhkan syarikat sendiri. Nama diberi MyNeuroPsych Pty Ltd.
Bertindak menjadi konsultan.
Biasanyaa pesakit yang dirujuk ada macam macam isu. Bila buat konsultasi, hampir
kesemuanya ada isu emosional dan spiritual. Walauoun asalnya datang ke klinik sebab
sakit fizikal.
Nak mudahkan bantu mereka saya buat modul baharu. Saya namakan S.L.I.M MINDSET.
Kenapa dan apa itu S.L.I.M MINDSET.
Manusia adalah makhluk sosial. Sistem wiring otak manusia adalah sosial. Manusia juga
adalah makhluk spiritual.
Ada bahagian otak yang uruskan hal spiritual. Letaknya di belakang kanan mata.
S.L.I.M MINDSET bukan fokus pada kuruskan tubuh. Tapi fokus kepada:
S – Safe: rasa selamat akan wujud apabila kita punya sokongan. Ada yang sentiasa
mendokong. Rasa ada tempat boleh tuju di saat ujian datang bertalu.
Kalau perasan setiap hari kita dimomok dengan berita menakutkan. Disumbat ke telinga
pasal ancaman. Ada cerita virus. Ada cerita politik. Ada cerita rumah kena ketuk bertubi
tubi.
Manusia perlu rasa selamat. Salah cara ialah tempat untuk meluah perasaan. Manusia
perlu tempat untuk bercerita. Mahu rasa didengari. Mahu rasa dihargai.
Dalam Al-Quran, Allah gambarkan sebagai Hablum minnas - hubungan sesama manusia.
Wujud hubungan sesama manusia akan sebabkan hormon oxytocin, dopamin akan keluar
untuk raikan tali ikatan ini.
L – Loved : Pastikan diri berada dalam lingkungan orang yang menyayangi. Manusia mahu
disayangi. Manusia juga perlu menyayangi. Tetapi ramai memandang ke lair dalam hal.
Lupa yang patut disayangi ialah diri sendiri dulu. Bila takut sayang diri tak berlaku. Kutuk
diri saja.
Bila sayang diri, sayang makhluk lain, disayangi baharu jiwa rasa penuh terisi.
Hidup berseoRangan dekatkan manusia dengan depression Penyakit mental yang hurungi
1 dari 4 rakyat Malaysia.

I – Important: Fokus pada perkara penting. Banyak manusia terperangkap dalam memikir
hal remeh. Asyik sibuk dengan hal orang.
Asyik mencari jelek dan salah orang. Jauhi dari terpasung berkas ikatan pikiran kecil
kemetot begini.
Antara hal penting ialah bagaimana mahu baiki diri. Bagaimana jadikan hari ini lebih baik
dari semalam. Semestinya esok pula lebih baik dari hari ini.

M – Motivated : “Keep you eyes on the prize”. Fokus pada sasaran. Ini mantera kata yang
selalu saya guna. Fokus pada apa yang mahu dicapai.
Rasai apa yang nak dicapai walaupun belum capai. Ini mind conditioning yang bezakan
mereka yang dah berjaya dengan mereka yang terkapai kapai dalam hidup.
Lihat garisan penamat dihadapan. Sentiasa cari jalan untuk sampai ke sana. Ada banyak
prizes di hadapan. Ada banyak garisan penamat. The Ultimate Finishing Line ialah apabila
kita dipanggil mengadap Sang Pencipta nanti.
Itu yang terpenting.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 6. SILA CEK DIRI ANDA ?

Betul sangat caption ni. Sentap bila baca. Kita nak jalan menuju ke mana?
Kita ada pilihan. Pilihan mana yang kita sedang ambil.
Kalau masih dok mengata kat FB, agak agak jalan mana yang sedang diambil.
Kalau asyik dok kelentong, agak agak destinasi mana sedang ditujui.
Kalau dalam diri penuh hasad dan dengki, fitnah sana fitnah sini, bilik di mana sedang
ditempah?
Kita tahu semua anggota akan jadi saksi di dunia sana nanti. Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Pada waktu itu Kami kuncikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada)
tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi
saksi apa yang mereka usahakan." (Surah Yasin, ayat 65)

BUkan sekadar kaki dan tangan jadi saksi. KukU pun sama:
Allah berfirmsn yang bermaksud: "Dan (selepas berlaku yang demikian), berkatalah mereka
kepada kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit badan mereka
menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap sesuatu pandai berkata-kata, menjadikan
kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan
kepada-Nyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)." (Surah al-Fussilat, ayat 21)
.
Kat mana nak lari nanti?
Malang lagi buat benda tak baik, tak kaya mana pun di dunia. Tapi bankrap atau muflis pula di
akhirat.Dalam satu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah bertanyakan kepada sahabat:
“Tahukah kamu semua siapakah orang-orang yang muflis?”
Lalu sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah mereka yang tidak
memiliki wang dan juga harta.”
Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya mereka yang muflis dalam kalangan umat aku ialah
mereka yang datang pada hari kiamat kelak membawa pahala daripada solat, puasa dan
zakatnya. Namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa memaki-hamun sesama
manusia, dosa menuduh seseorang dengan tuduhan yang jahat, dosa memakan harta orang
lain dengan zalim, dosa menumpahkan darah sesama manusia, dosa memukul atau
mencederakan sesama manusia.

“Maka diberikan pahalanya kepada mereka yang dizaliminya ketika di dunia dahulu. Jika habis
pahalanya sedangkan belum selesai tuntutan manusia ke atasnya, maka diambil dosa manusia
itu lalu ditanggung ke atasnya dan akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka.”
Ayat Quran dan Hadis ni bagi pedoman untuk pilih jalan yang mana. Ke Jannah atau ke
Jahannam.
Jadi masa nak up status kat FB, Insta, TikTok fikirkan. “Jalan mana yang aku pilih ni?”
Masa nak komen pasal orang atas, orang bawah, pasal keluarga, jiran atau pasangan ingat
semula ayat Quran dan hadis ini.
Letih baca posting kutuk kutuk orang ni. Takut kita pun tergelincir sama.
Kalau saya terbabas pm tepi dan tegur. Saya tak nak saksi saksi go against saya di akhirat nanti.
Kalau saya tergelicir, cepat cepat hulur tangan. Bawa saya semula ke jalan jannah.
Nak kena bersungguh dalam hal ni. Elak jahannam. Bersungguh ke jannah.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 7. APA ADA DENGAN HATI ?

Kita selalu dengar perkataan hati. Dalam bahasa Melayu macam macam dikaitkan
dengan hati. Contohnya makan hati, puas hati, hati hati. Ketiga perkataan ni bawa
makna yang berbeza.
Dalam bahasa agama selalu juga disebut hati. Dalam bahasa kesihatan disebut
jantung. Adakah keduanya sama?
Ibnu Abbas RA pernah sebut antara mafhumnya “makna & kefahaman dari ayat ayat
Allah ini hanya dapat difahami apabila tiba masanya nanti”
Perkataan Qalb disebut sebanyak 130 kali di dalam Al-Quran. Kitab suci gambarkan
Qalb inj dalam pelbagai makna. Contohnya puashati (13:28), jaga dan sedar (50:37),
kuat (18:14).
Al-Quran juga menyebut tentang fuad sebagai perlambangan sistem yang ada dalam
Qalb. Contohnya dalam surah Al Isra:36. Allah sebut sama’, basar dan fuad. Ketiga ini
diguna untuk gambarkan pendengaran, penglihatan dan fikir atau rasa (telinga, mata
dan hati).
Ibn Rajab Hanbali pula sebut Qalb ini sebagai pemerintah kepada seluruh organ
tubuh manusia. Boleh rujuk Jami’ Al Uluum wal Hukum untuk penerangan
panjangnya.
Imam Al Ghazali juga turut bincang panjang tentang hal ini. Begitu juga Imam Abdur
Rahman Ibn Al Jawzee dalam Minhajul Qasideen. Mereka cuba kaitkan Qalb sebagai
organ yang mengurus baik buruk hidup manusia.
Bagaimana pula dengan sains moden?
Saya suka merujuk pada sub bidang baharu iaitu Neurocardiology. Bidang ini
dipelopori oleh Dr Andrew Armour. Beliau sendiri adalah pakar bedah jantung.

PAda tahun 1994, dia keluarkan buku bertajuk Neurocardiology. Di dalam buku ini, dia
sebut tentang kajian kajian beliau. Apa yang mengejutkan ialah beliau temui sel otak
atau neurom di dalam jantung manusia. Beliau dapati ada 40,000 neuron di dalam
jantung manusia!
Bukan itu sahaja, rupanya jantung miliki nervous system sendiri. Neuron ini mampu
memproses informasi. Mereka terima informasi dari seluruh organ lain manusia.
Mereka tapis, proses dan buat adjustment dan hantar semula ke organ termasuk otak.
Antara bahagian otak yang terima maklumbalas ini ialah thalamus, hypothalamus dan
amygdala. Kesemuanya berada di pusat emosi manusia - sistem limbik.
Dr Armour sebut perkara ini sebagai “little brain in the heart” apabila dia temui
maklumat yang qalb juuga bertindak sebagai pusat short term memori.
Dalam buku beliau yang diterbitkan tahun 2003 bertajuk Neurocardiology:
Anatomical and functional principles, dia sebut jantung ini adalah pusat proses
maklumat yang sofistikated, berfungsi selari dengan otak dan berfungsi sendiri sendiri
tanpa bantuan dari otak!
.

Dalam beberapa siri kajian dari HeartMath Institute mereka juga dapati heart ini
bertindak lebih dari sekadar organ pengepam darah. Heart ini ada ritmanya yang
tersendiri.
Sama seperti gelombang pada otak. Apabila ritma ini stabil, manusia sihat, baik dan
jauh dari penyakit. Hal ini disebut sebagai coherent.
Mereka sebut apabila berlaku coherent ini selari dengan gelombang otak, manusia
akan nikmati kesembuhan, berada dalam field quantum yang berbeza.
Apabila tiada coherent, manusia merapu dan celaru.
Secara ringkasnya, hati ini ada dua sisi. Sisi rohani dan fizikal. Dalam konteks fizikal
sains masih sedang mencuba rungkai satu soalan Adakah hati atau jantung sebagai
organ berfikir dan rasa yang dapat pengaruhi organ lain.
Apapun pada saat ini jaga hati rohani kita. Jaga hati fizikal kita. Masukkan yang baik
baik sahaja dalam diri.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 8. TAHUKAH ANDA ?

Kalau sebut nama Indra Nooyi mungkin ramai tak kenal. Nama dia ni jarang kita
dengar berbanding nama syarikatnya bekerja.
Kalau sebut PepsiCola ramai tahu. Syarikat ini dibangunkan pada tahun 1893 di North
Carolina USA.
Indra adalah CEO perempuan pertama bagi PepsiCola. Bahkan CEO pertama bagi
PepsiCola yang dilahirkan luar US.
Indra ni asalnya dari Madras. Miskin. Hidup berdepan air catuan setiap hari.
Masa dia kecil, ibunya berikan tugasan. Setiap kali di meja makan Indra dan kakaknya
perlu bayangkan mereka adalah presiden sebuah negara. Atau presiden kepada
syarikat besar.
Tugasan mereka ialah berikan ucapan sebagai presiden. Indra dan kakaknya akan beri
ucapan. Tajuk bergantung pada pilihan sendiri.
Asuhan itu mengubah corak fikir Indra. Jadikan dia berani. Asuhan si ibu ni membawa
Indra ke Yale University di USA. Antara Universiti hebat di negara Uncle Sam ini.
Indra biayai hidup dia dengan bekerja sebagai pelayan restoran. Hari hari terpaksa
sinting lengan baju. Habis kulaih terus ke tempat kerja.
.
Hidup dia tanpa hamparan karpet merah. Tak ada bantuan biasiswa. Tiada kiriman
wang dari keluarga.
Beliau berdikari.. Kerja keras menjadi mantra. Matlamat untuk berjaya dipasak
sedalam dalamnya.
Beliau meraih kejayaan demi kejayaan. Sehingga diangkat menjadi CEO perempuan
pertama.
Apabila ditanya bagaimana tangga kejayaan ini mampu didaki? Indra diam sebentar.
Beliau angkat kepala dan menyebut
“ you have to become someone that good in something. This is the only way people
will look up for you. They will say ‘only you can solve the problem’. Work hard. Be
good at something”
Pesan CEO ini bukan pesan biasa. Ini pesan orang melalui jalan sukar. Jalan seorang
Perempuan miskin dari Madras India yang sekarang berada di puncak jaya.
Hendak berjaya kena ada niche are. Ada bidang yang kita mahir. Mahir sehingga jadi
tempat rujukan. Jadi tempat orang gantung harapan.
.
Cuba fikirkan sekejap. Apa bidang yang anda mahir? Atau adakah anda dah beritahu
pada anak anak yang mereka perlukan mahir satu bidang.
.
Kalau belum apa kata lakukan sekarang.

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 9. TAHUKAH ANDA ?

Bayangkan anda bangun pagi. Tengok rambut kusut masai. Muka tak glowing macam
Nite Cream klaim. Siap naik jerawat lagi. Panasnya hati pagi tu.
Lepas bersiap anda ke dapur. “Kopi dah habis lah” kata pasangan anda. Kopi adalah
morning drink wajib anda. Mood terus ke laut.
Anda keluar rumah. Jalan sesak macam biasa. Sampai traffic light lampu merah. Bila
hijau saja kereta depan anda tak gerak-gerak. Driver dia sibuk tengok handphone. Bila
dah bergerak kereta dia lepas. Kereta anda sangkut dengan lampu merah.
Masa tu terasa macam asap keluar dari telinga. Macam cerita kartun yang pernah
anda tonton dulu.
Sampai ofis kawan anda bagitahu Kak Timah emergency leave hari ini. Ada dokumen
yang Kak Timah kena siapkan. Kalau dia tak da, andalah gantinya.
Agak agaknya bagaimana mood anda pada hari?
Setiap hari kita dihidangkan dengan negativiti. Ada saja yang tak kena. Bila anak balik
sekolah kita tanya “how’s school?” Jawapnya ialah benda benda negatif yang berlaku
di sekolah. Kita tanya pasangan “macam mana meeting tadi?” Jawapnya ialah “you
know what, si Jefrey tu…”
Bukan itu saja.
Ada masanya kita bandingkan diri kita dengan jiran sebelah. Atau komplen pasal
rakan sekerja, pasal anak.
Tambah lagi dengan kutuk kawan di belakang mereka, meng-onion pasal bos, kritik
orang di sosial media kaw kaw, argue, kelentong orang dan marah marah kat merata
tempat.
Benda negative begini juga berlaku masa kita ada ‘good day’. Bila berlaku saja
habislah good day.
Sepanjang saya kendalikan kes dan berjumpa ribuan manusia ni, saya belum jumpa
orang ada sikap macam ni - Bila bangun pagi dia fikir “macam mana nak jadi kurang
ajar dengan orang?
Atau macam mana nak rasa puashati dengan bagi orang rasa sakit hati. Saya tak
jumpa lagi.
Tapi macam mana boleh jadi macam cerita kat atas?
Begini teman teman. Manusia ada emotional needs. Contohnya Peace, Love dan
Understanding.
Negativiti yang berlaku masa perbualan, emosi dan tindakan selalunya berpunca dari
ancaman kepada emotional needs ini.
Contohnya takut sesuatu yang buruk akan berlaku - puncanya dari nak elak dari
hilangnya Peace.
Atau takut orang tak suka, kena marah, kena kutuk (nak elak dari hilangnya rasa tidak
disayangi atau loss of love).
Atau takut orang tak hormat, perlekeh, pandang rendah (loss of understanding).
Dari ketakutan ketakutan di atas inilah munculnya macam macam jenis emosi.
Contohnya rasa tertekan, tidak selamat, kecewa, sakit hati, geram.
Emosi begini biasanya akan muncul dalam bentuk komplen, banding membanding,
kritik mengkritik atau onionization (membawang).

.
Sebab itulah ada yang tulis benda benda menyakitkan hati di sosial media. Kutuk
orang sakan. Puncanya sebab rasa tidak dihargai (loss of love). Terpaksa buat begitu
untuk rasa signifikan. Muncullah perkataan ‘baru kau tahu aku siapa!’ Atau “kau ingat
kau siapa”
.
Teman teman,
.
Negativiti ni akan sentiasa berlaku. Dalam hidup ada masanya kita akan jadi mangsa
atau victim. Orang oandang rendah kat kita atau kena honk kaw kaw dengan pembuli
jalanraya.
.
Kalau kita ambil mentaliti victim, bermulalah episod bersiri pasal negativiti ni. Kita
mula salahkan diri. Mula jadi pentingkan diri sendiri.
.
Kajian dari Stanford University sahkan hal ini. Dalam kajian tersebut, 104 orang
dbahagi kepada 2 grup.
.
Grup 1 diminta tulis tentang satu momen mereka rasa bosan.
.
Grup 2 diminta tulis pasal satu peristiwa di mana mereka rasa orang buat salah pada
mereka. Atau pandang rendah pada mereka.
.
Selepas itu peserta diminta untuk bantu pengkaji (ini sebahagian dari eksperimen).
Attitude kedua grup yang menarik.
.
Pengkaji dapati mereka yang rasa menjadi victim iaitu grup 2, tidak mahu bantu
pengkaji. Malah mereka ini biarkan tempat kajian bersepah. Malang lagi siap curi pen
yang disediakan untuk tujuan kajian.
.
Berbeza dengan kumpulan 1. Mudah untuk mereka hulurkan bantuan. Kemas semula
bilik. Mereka juga tidak ambil pen dan kertas untuk dibawa pulang.
.
Teman- teman,
.
Ini ilmu kehidupan. Ilmu tentang nilai. Ilmu yang tidak diajar di sekolah atau universiti.
Elak dari pakai mahkota victim mentality. Benda buruk sentiasa akan berlaku.
Its not what happened to us is important. But how we response to it is more vital.
.
Belajar sesuatu?

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 10. TAHUKAH ANDA ?

Bila anak-anak kena belajar dari rumah ada macam-macam reaksi dari ibubapa. Ada
suka. Ada yang kata pening kepala nanti.
.
Ramai juga parents mengadu anak jadi ketagih dengan gajet. Awalnya guna untuk
kelas dan studi. Lama-lama melencong ke games, TikTok dan benda-benda yang tak
baik.
.
Bila main games ketagihnya lain macam. TikTok pun dahsyat. Terutama gaya-gaya
dalam TikTok yang datangkan aib pada ibubapa. Parents tak tahu. Bila viral baharu
tahu. Bayangkan malunya nanti.
.
Sekarang ini pula main games boleh secara berjemaah. Walaupun rumah dan tempat
lain lain. Boleh ‘lawan’ sesama sendiri. Lagilah hebat penangan ketagih pada games.
.
Kalau anak sekolah rendah mungkin ibubapa ada kuasa untuk larang dan halang.
Kalau dah sekolah menengah agak mencabar. Mengamuk sakan jadinya.
.
WHO letakkan isu ketagih games dan yang sewaktu dengannya sebagai Gaming
Disorder. Dah dimasukkan dalam International Classification of Diseases. Buku rujukan
perubatan untuk klasifikasi penyakit.
.
Kalau anak-anak terjebak dengan hal ni, ada symptom yang ibubapa boleh perhati.
Kalau mereka tunjukkan symptom begini, perlu bawa jumpa psikologis. Jom kita
tegok symptom symptom ni
.
1. Fikir tentang games setiap masa atau kebanyakan masa anak-anak fikir tentang
games. Atau bercakap pasal games saja. Kalau mesej atau cakap demga kawan pun
cakap perkara sama.
.
2. Rasa tak senang kalau tak dapat main. Kalau anak tak ada handphone, mak ayah
akan perasan handphone hilang. Bila check ada pada anak. Atau anak asyik ikut saja
ke mana mak ayah pergi. Siap pujuk pujuk lagi untuk guna.
.
3. Bila main games kena main lama-lama baharu rasa seronok. Main sekejap sekejap
tak jadi.
.
4. Susah nak berhenti bila dah mula main. Bila mak ayah kata ‘sudahlah tu’ anak akan
kata kejap-kejap. Atau 5 minit lagi. Bila sampai 5 minit tak dapat berhenti lagi.
.
5. Hilang minat buat perkara lain. Walaupun hobi dulu yang si anak suka.
.

6. Mula ada masalah dengan kerja sekolah, tumpuan dalam kelas (online atau offline)
atau kerja di rumah.
.
7. Walaupun tahu ada kerja tak siap, si anak tak peduli. Tetapa jadikan main games
sebagai prioriti.
.
8. Tipu pada ibubapa, guru atau adik beraik tentang berapa lama masa diambil main
games. Biasanya si anak akan cakap sekejap saja, In reality, lebih dari 3-4 jam sekali
main games.
.
9. Jadikan games sebagai cara keluar kepada isu emosi. Mood tak baik saja terus cari
gajet untuk main games. Orang putih kata Games as a way out. Dulu dadah akan jadi
sasaran. Sekarang games.
.
Dah tahu symptom, lepas tu nak buat apa? Ada tak cara tangani isu ketagih games n

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT PELAJAR KVTHO 2021
BAHAN BACAAN BERMAKLUMAT 2 MINIT (HARI AHAD)

(PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH REMAJA)
TAJUK: 11. APA ITU DESTRUKTIF TALK?

Saya mula terlibat dalam terapi psikologikal seawal tahun
1995. Masa ni dah mula kendali kes kes besar dan berat.
Sebelum tu macam sikit sikit saja. Acah acah kata orang.

Ada kes sebabkan saya rasa bersyukur sangat. Syukur tidak
diuji macam mereka yang sedang diuji.

Banyak kes bila dengar saja dah boleh naikkan bulu roma. Dah
boleh sebabkan kita tertelan air liur. Rasa nak mengalirkan air
mata bersama.

Sepanjang puluhan tahun duduk dengar kisah manusia,
rupanya ada pattern. Manusia jadi berbungkus dengan
masalah sebab corak fikir yang sama.

Sampai peringkat bila mereka buka mulut saja, saya boleh
boleh agak. Tahu apa yang akan diucap seterusnya. Kadang
kadang jalan cerita mereka pun hampir sama.

Dalam banyak banyak pattern fikir yang bahaya, saya nak
kongsi satu saja. Ini pattern destructing self talk yang ramai
orang ada.

Destructing Self Talk atau DST amat
bahaya pada diri kita. Bahaya pada

suhu sihat otak manusia

1. Bercakap tentang momen momen malang yang telah
berlaku. Banyak gunakan perkataan 'dulu', 'kerana' dan
'sebab'. Diulang benda yang sama.

Walaupun momen tu dah puluhan tahun berlalu. Seolah olah
baharu semalam terjadi. Masih segar di ingatan.

2. Bercakap tentang macam macam kesukaran dan
kegagalan yang pernah dialami. Bila bercakap mereka seolah
sedang berada pada kesukaran itu. Seolah olah sedang alami
kesukaran itu.

3. Bercakap tentang masa depan tetapi buat
ramalan-ramalan negatif. Seolah dunia hadapan mereka
mendung sahaja. Langit sentiasa gelap.

4. Bercakap dengan tujuan menganalisa kesalahan dan
kesilapan pihak-pihak lain. Banyak blame game. Salah orang.
Suka melihat orang lakukan kesalahan. Macam puas hati bila
orang buat salah.

5. Menganggap diri telah menjadi mangsa kejahatan orang
lain. Menuduh dan mempersalahkan orang-orang lain atas
musibah yang menimpa diri sendiri.

“Pasal dia oranglah aku jadi begini.”

“Kalau ayah tak buat begitu tak
jadilah kami begini.”

Lima pattern ni jadi berakar dalam kepala. Berulang ulang.
Sampaikan jadikan mereka manusia yang terperangkap dan
hidup dalam dunia masa lalu.


Click to View FlipBook Version