The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-06-20 04:14:09

Modul_3_Create

Modul_3_Create

Modul
3

C.R.E.A.T.E
(Hasilkan

Buku
Bestseller)

Rahsia Di Sebalik Buku-
Buku Best Seller

Okay.. Saya nak tanya anda 1 SOALAN.. Apa
persamaan antara dua buku dibawah ini?

YA.. Kedua-duanya adalah buku RUSSELL
BRUNSON..
Dan..
Kedua-duanya TIDAK ditulis oleh Russell Brunson
100%..

Tahukah anda, HAMPIR SEMUA buku-buku yang
TERKENAL milik speaker-speaker antarabangsa ini
tidak ditulis sendiri oleh mereka.

Semuanya ‘OUTSOURCE’ kepada orang lain atau
lebih dikenali sebagai ‘GHOSTWRITER’

Jadi PENULIS TanpaPerlu
Menulis Buku

Kebanyakan dari mereka yang ingin menulis sesuatu
buku tetapi mereka mempunyai masalah iaitu
kurangnya pengetahuan/kurang masa dalam
penulisan.

Selalunya mereka ini akan outsource kepada orang lain
untuk menuliskan buku bagi pihak mereka.

Ianya sama juga seperti penerbit-penerbit persendirian
di Amazon KDP ini.

Mereka akan mengupah seseorang atau syarikat
penulisan lain yang menawarkan servis ‘ghostwrite’
ini untuk menulis buku tanpa perlu mendedahkan
siapa penulis sebenar.

‘Ghostwriter’ ini akan dibayar didalam jumlah yang
tertentu bergantung atas berapa jumlah patah perkataan
yang anda inginkan dan juga jenis niche pilihan anda.

Ada banyak syarikat ataupun agency yang menawarkan
servis penulisan secara ghostwrite ini yang anda boleh
cari di internet.

Tetapi, tidak semua akan memberikan hasil konten yang
berkualiti dan bagus. Perlunya bagi anda untuk membuat
perbandingan dengan melihat beberapa portfolio hasil
penulisan mereka.

Saya akan cuba menyenaraikan beberapa syarikat
ataupun platform yang menawarkan servis
penulisan ghostwrite ini kepada anda.

Pertama sekali perlunya anda tahu bahawa, untuk
mendapatkan konten yang berkualiti haruslah
datangnya dengan kos yang tinggi.

Tetapi, untuk penerbit persendirian seperti kita
yang baru hendak bermula ini, boleh cuba dengan
kos yang seminima yang mungkin.

Antara yang boleh saya cadangkan adalah..

• UPWORK

https://www.upwork.com

Bagusnya UPWORK ni adalah anda boleh
membuat tawaran terbuka untuk mana-mana
freelancer atau ghostwriter yang berminat.
Seterusnya ‘interview’ mereka berdasarkan
bajet anda.

Anda juga boleh melihat portfolio dan hasil kerja
mereka sebelum membuat keputusan untuk
mengambil servis dari mereka.

• EWRITERSOLUTION

https://ewritersolutions.com
Ini antara syarikat yang menawarkan servis
penulisan ghostwriter diantara yang termurah
dengan kualiti yang terbaik.

• THE URBANWRITER

https://theurbanwriters.com/
Ini juga salah satu agensi milik salah seorang
penerbit persendirian di Amazon KDP. Agensi ini
menawarkan pakej-pakej yang agak mahal, tetapi
mungkin ianya berbaloi dengan kualiti content
yang akan diberikan.

• HOTGHOSTWRITER

https://hotghostwriter.com/
Tidak pasti mengenai kualiti konten yang mereka
hasilkan. Boleh mencuba jika anda mahu.
Dibawah saya sertakan harga mereka tawarkan
bersama jumlah‘words’.

• EPICWRITE

http://epicwrite.com/
Juga tidak pasti mengenai kualiti konten yang
mereka hasilkan.
Melihat kepada harga yang, boleh katakan servis
mereka antara yang termurah berbanding apa
yang ditawarkan oleh agensi diatas.

• THE WRITINGSUMMIT

https://thewritingsummit.com/

Saya belum pernah mencuba servis dari mereka,
tapi dari apa yang saya lihat dari senarai pakej-
pakej yang mereka tawarkan. Agak mahal dari
yang lain.
Jika anda mahukan dapatkan servis penulisan
pelbagai genre ataupun niche. Boleh cuba servis
dari mereka ini.

• REEDSY

https://reedsy.com/

Platform ini baru juga saya jumpai dan belum habis
godek lagi dan perlu ‘request quote’ untuk dapatkan
harga dari penulis dalam platform ini. Tapi
bagusnya kita dapat melihat portfolio penulisan
mereka yang sudah diterbitkan di Amazon. Platform
ini juga tidak terikat hanya pada servis
ghostwriting. Ada juga tawarkan servis untuk
illustrasi, pemasaran dan juga webdesigner.

• FIVERR

https://fiverr.com

Laman web ini pasti sudah ramai yang tahu bukan?
Ya, ramai yang menawarkan servis ghostwriting di
fiverr ini. Dengan harga serendah $5 anda sudah
boleh dapatkan content untuk buku anda.
Tetapi, harus diingat bahawa jika anda dapatkan
dari ‘gig’ yang murah, kualiti kontennya juga pasti
bersesuaian dengan harganya.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan mereka
yang menawarkan servis ghostwriting di fiverr
ini adalah mereka yang dari negara Nigeria.

Terlalu ramai mereka-mereka ini yang tawarkan
serivs ghostwrite ini pada harga yang tidak
masuk akal.

Saya belum pernah mencuba, Cuma saya tidaklah
melarang anda untuk mencuba. Mungkin boleh
cuba jika anda tidak kisah akan kualiti buku yg
bakal dihasilkan.

Saya Akan TUNJUKKAN
Kepada Anda Bagaimana
Saya Hasilkan 50-100 Buah

Buku Didalam Masa
Sehari..

Lihat di Ruangan BONUS..

Berapa Jumlah ‘WORDS’
Yang Patut Dihasilkan?

Berapa ketebalan buku anda amat penting
untuk menentukan berapa jumlah keuntungan
yang bakal anda dapat.

Lebih TEBAL buku anda, lebih TINGGI harga
yang boleh anda letakkan.

Untuk panduan ini saya lebih fokuskan untuk
kita hasilkan BUKU FIZIKAL atau di Amazon
KDP ia dikenali sebagai PAPERBACK.

Jika buku berbentuk NOVEL ataupun FIKSYEN,
ia sememangnya memerlukan jumlah ‘WORDS’
yang banyak kerana peminatnnya terdiri dari
mereka yang meminati siri fiksyen yang lebih
tebal bukunya.

Untuk NOVEL dan Fiksyen Bersiri, jumlah patah
perkataan yang minima adalah 80 RIBU – 300
RIBU patah perkataan. Kos untuk jumlah
perkataan seperti itu boleh mencecah RIBUAN
ringgit untuk dihasilkan.

Seperti yang saya beritahu di awal modul
tadi, kita memerlukan buku yang MAMPU
memberikan kita pulangan pendapatan
yang pasif dan berulang-ulang setiap
bulan.

Jadi, kita bukannya mahu menjadi sebuah syarikat
yang menerbitkan koleksi-koleksi novel mahupun
buku fiksyen bersiri yang memerlukan kita
berbelanja besar hanya untuk menghasilkan sebuah
buku.

Cukup hanya untuk kita hasilkan buku yang
mampu memberikan maklumat kepada pembaca
dan info yang pembaca ingin tahu.

Untuk jumlah patah perkataan yang saya sarankan
kepada anda yang baru bermula ini adalah sekitar

7000 – 15,000.

Iaitu sekadar 30 –85 MUKASURAT.

Ya, ianya sudah cukup untuk menghasilkan sebuah
buku mampu ke memberikan anda pada
KEUNTUNGAN bermula $2 hingga $5 bagi jualan
SEUNIT buku.

Dan, dengan menghasilkan buku yang mempunyai
jumlah ‘WORDS’ di paras ini. Ia mampu
MENJIMATKAN KOS dan MASA untuk anda lebih
fokus menghasilkan LEBIH BANYAK buku.

Pada perkiraan saya, dengan hanya menerbitkan 20
UNIT BUKU yang BERKUALITI dan Niche
RESEARCH yang baik, anda sudah mampu untuk
mendapatkan PASSIVE INCOME sebanyak..

$10,000 SEBULAN
(BERSIH)

Cara Memilih Nama Pena
Yang Sesuai

Mesti ramai yang lebih teruja untuk menggunakan
nama anda sendiri sebagai ‘AUTHOR’ untuk buku
anda bukan?

Jika anda tanya saya, saya sangat-sangat TIDAK
MENGGALAKKAN anda untuk menggunakan nama
sendiri sebagai AUTHOR untuk buku anda nanti.

Ia berkemungkinan tinggi pesaing terdekat anda
dapat mengetahui buku anda dan niche anda JIKA
buku anda tersebut berjaya terjual beratus unit
sehari dan tersenarai didalam kategori BEST
SELLER BOOKS.

Kenapa mahu tunjukkan buku anda kepada pesaing?

Ianya bukan melibatkan berkongsi rezeki atau apa
pun. Ia lebih kepada untuk menjaga privasi
sesebuah buku yang mampu memberikan
pendapatan setiap bulan kepada anda.

Jika pesaing anda turut membuat buku yang sama,
dan malah dia mungkin turut hasilkan buku yg
sama dengan jumlah yg lebih banyak darianda.

Tidakkah pendapatan anda turut terjejas?

MELAINKAN anda didalam niche yang
mana buku tersebut membantu anda
untuk meningkatkan kredibiliti anda
sebagai PAKAR didalam niche tersebut..

Adalah SANGAT SAYA SARANKAN untuk
anda menggunakan nama sebenar anda
sebagai penulis buku tersebut.

YA, buku sangat membantu untuk anda
meningkatkan kredibiliti anda. Lebih-lebih
lagi jika buku tersebut dipasarkan di
pasaran’WORLDWIDE’ ini.

OKAY.. Kembali kepada cara untuk memilih
NAMAPENA yang sesuai pula..

Nama ‘AUTHOR’ yang catchy atau senang diingat
mampu membantu jualan sesebuah buku. Ini kerana
jika anda bercadang untuk menghasilkan lebih
banyak buku yang berkualiti didalam niche yang
sama.

Mereka yang telah membeli buku anda sebelum ini
berpotensi untuk mendapatkan buku-buku terbitan
anda yang lain pula. Jika anda bercadang untuk
membuat beberapa siri buku didalam niche anda,
lebih senang untuk pembeli mencari buku-buku anda
yang lain dengan sekadar mengingati nama anda
sebagai penulis.

Jika anda berada didalam niche ‘Business &
Motivation,’ nama pena juga mampu memberikan
anda tempias jualan buku hasil dari menggunakan
nama pena seakan sama dengan ‘Bestseller Author’
yang lain.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan nama pena
seperti ‘TONY ROBBINSONS’, jualan buku anda
mungkin akan mendapat tempias dari jualan buku
TONY ROBBINS.

Ianya TIDAK MENYALAHI mana-mana ‘terms’ dari
Amazon.

Jadi, gunakan peluang ini untuk menumpang
popularity sesebuah buku bestseller.

Asalkan anda tidak menggunakan nama asal
penulis tersebut

CARA DAPATKAN ‘COVER’
BESTSELLER

Tentu anda biasa mendengar ayat yang berbunyi..

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Tetapi, apa yang perlu anda tahu, COVER
memainkan peranan yang penting jika anda
mahu hasilkan buku di Amazon KDP ini.

Kerana prospek tidak dapat melihat buku tersebut
secara fizikal ditangan mereka. Dan mereka hanya
dapat menilai buku tersebut hanya dengan
melihat cover depannya.

Ia juga membantu untuk prospek untuk melihat
kelainan cover buku anda dan seterusnya
membezakannya dari buku-buku yang lain.

Cover yang menarik dan lain dari yang lain
boleh membantu meningkatkan jualan
sesebuah buku.

Anda boleh membuat beberapa research dengan
membuat perbandingan diantara buku-buku yang
tersenarai didalam BESTSELLER dan mengambil
inspirasi ataupun tiruvasi cover tersebut kepada
cover buku anda.

Dimana Nak Dapatkan
‘COVER’ Buku?

Jika anda merupakan seorang designer ataupun
pelukis, ianya tidak menjadi masalah bagi anda
untuk mendapatkan atau menghasilkan cover
yang terbaikserta memenuhi citarasa anda.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai pengalaman
didalam penghasilan cover buku, ada beberapa
tempat yang sesuai untuk anda dapatkan cover
buku yang anda inginkan.

Dibawah saya sertakan perbandingan antara
beberapa platform yang boleh anda dapatkan
dengan harga yang berpatutan.

• KDP Cover Creator

(https://kdp.amazon.com/en_US/help/topic/G
20111352 0)

Amazon KDP ada menyediakan software yang
dikenali sebagai COVER CREATOR yang dibina
didalam platformnya tersendiri. Apa yang
kurangnya ialah template yang diberikan oleh KDP
ialah template yang kurang menarik serta
kelihatan seperti cover bagi buku-buku klasik.

• CANVA (https://www.canva.com/create/book-
covers/

Ini antara platform yang memberikan anda
peluang untuk anda design cover anda sendiri
dengan PERCUMA. Banyak template yang menarik
dan catchy yang boleh anda pilih.

Ramai penerbit persendirian di Amazon KDP
menhasilkan sendiri cover mereka secara terus
melalui CANVA ini.

Anda tidak perlu memuat turun sebarang software
dan hanya boleh dilakukan secara terus di laman
web mereka.

• FIVERR
https://www.fiverr.com/gigs/design-book-cover
https://www.fiverr.com/hire/book-cover-design
https://www.fiverr.com/search/gigs?query=book%
20cover

Disini seperti yang anda tahu, memang banyak pilihan
‘gig’ yang menawarkan bermula serendah $5 untuk full
cover design.

Diatas saya sertakan beberapa link untuk memudahkan
anda membuat pilihan bagi mendapatkan cover yang
anda inginkan. Seeloknya ELAKKAN dari mendapatkan
cover yang melebihi harga $50. Banyak pilihan untuk
cover diparas harga tersebut.

• DESIGN SENDIRI
Kebanyakan buku yang saya hasilkan disertakan dengan
cover yang di design sendiri oleh saya. Saya tidak
mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan design
ini.

Saya hanya tahu beberapa tools asas didalam
Photoshop yang mampu memberikan saya design
cover yang simple dan paling penting ianya mampu
menjimatkan kos.

Contoh Bestseller Cover

Berikut dibawah saya sertakan contoh-contoh
bestseller cover yang boleh anda ambil inspirasi
dan tiruvasi kepada cover buku anda.

Niche: Business & Money

Niche: Children's Books

Niche: Cookbooks, Food & Wine

Niche: Computers & Technology

Niche: Crafts, Hobbies &
Home

Niche: Health, Fitness &
Dieting

Niche: Humor &
Entertainment

Niche: Parenting &
Relationships

Niche: Religion &
Spirituality

Niche:

Romance

Niche: Science Fiction &
Fantasy

Niche: Self-Help

Niche: Sports & Outdoors

Niche: Textbooks

Niche: Travel

Niche: Calendars

Teknik Kill 2 Birds With
1 Stone

Ramai terlepas pandang akan teknik yang saya
akan ajarkan ini.

Ramai yang ingat dengan hanya menggunakan satu
buku berbahasa English sudah mampu memberikan
keselesaan.

Jika sesebuah buku anda yang berbahasa english itu
sudah menerima #BSR yang rendah, itu bermakna
buku anda itu mempunyai permintaan
yangtersendiri.

Potensi untuk buku anda terjual adalah tinggi di
platform amazon yang lain seperti Amazon.de
(Germany), Amazon.fr (France), Amazon.in
(India), Amazon.com.mx (Mexico) dan lain-lain
lagi.

Jadi, buat beberapa tambahan buku yang sama, cuma
alihkan bahasa mengikut pasaran yang ingin anda
masuki.

Sebenarnya pasaran buku untuk Amazon KDP di
negara- negara maju yang lain seperti Germany,
France, Japan masih lagi UNTAPPED.

Tak ramai yang ‘AWARE’ dengan demand untuk buku
bagi negara-negara tersebut. Kebanyakan ‘Self
Publisher’ hanya fokuskan kepada pasaran utama
iaitu Amazon.com(US).

Jadi ini salah satu peluang anda untuk
mendapatkan tambahan passive income
dengan menghasilkan buku yang
di’translate’kan dengan bahasa lain untuk
memfokuskan negara seperti Germany,
France, Spain, Mexico dan lain-lain lagi.

Anda boleh dapatkan servis translation melalui
FIVERR ataupun UPWORK.

Dan selalunya servis untuk translation lebih
murah dari menghasilkan buku yang baru.

Ada seseorang yang saya kenal, jualan buku
beliau di pasaran Germany lebih tinggi dari
jualan di pasaran US apabila beliau hasilkan
buku yang sama beliau jual di pasaran US.

Kini, untuk setiap buku yang beliau hasilkan,
beliau akan pastikan turut sama mempunyai
buku didalam bahasa lain.

Ianya memberikan tambahan income
kepada beliau dengan hanya satu kos yang
kecil.


Click to View FlipBook Version